Posts

Showing posts with the label tekanan kerja

Tak sengaja

Dari kelmarin lagi kelopak mata berkedip-kedip...kalau tak faham apa itu berkedip..maknanya sama dengan bergerak2. Orang tua2 kata kalau sebelah kiri yang bergerak2, ada sesuatu yang tidak baik atau tidak menggembirakan akan berlaku. Mungkin secara kebetulan, memang ada hal kerja yang kurang menyenangkan berlaku tanpa disengajakan. Huhuhu invoice dah 3 bulan pending tak settled. Tak tahu kat mana silapnya, seingat saya, dah pass kat finance tapi tak dapat dikesanlah pulak. Cari kat bilik tak ada original invoice, yang ada printed copy dari email. Adehh...mungkin juga sebab Januari sibuk dengan audit, menyebabkan saya tersalah letak. Alhamdulillah, account tak kena sekat. Ihiks...customer tak sengaja, supplier kasi reminder jer laa ek. Rasa nak ketuk2 kepala sendiri sebab tak followup dengan finance dan boleh buat silap untuk 2 invoice dari supplier yang berbeza!!

Akhir-akhir ini..

Image
...saya terasa sangatlah tertekan dan serba tak kena. Bukan soal cinta terpendam. Itu dah lama saya dapat lupakan dan tak kisah sangat. Ini soal periuk nasi. Soal kerja yang semakin hari semakin menekan jiwa sampaikan terasa nak QUIT. Rasa gundah gulana .Kalaulah tak dapat bantuan dan sokongan dari kawan2 di jabatan ini, mahu rasanya letak jawatan kejap2 ini juga. Terasa sia-sia jer 16 tahun bersama-sama susah senang. Apabila orang luar yang beri komen negatif, baru nak sedar, baru nak melenting. Dulu-dulu kita bagi cadangan tak pernah nak ambik tahu. Last2 bila nak buat perubahan, macam nampak salah kita pulak kononnya tak pernah bagi tahu pasal kekurangan. EEee...tolongggglahhh..malam tadi dah sakit kepala, sampai kena ambik pil penahan sakit. Pagi ini pun terasa macam ada urat yg putus jer dalam kepala ni..rasa terbakar, perit, pedih hati dan jiwa. Dah lama tak menangis...dan hari ini terasa air mata senang sangat meleleh. Astaghfirullah...sabarlah hati..buatlah apa yang boleh..sele...