Friday, July 28, 2006

Sungai itu...

Photobucket - Video and Image Hosting





Sungai itu
mengalir tanpa henti
berbakti tanpa jemu
walau diri lesu

Sungai itu
hilang di balik bukit
walau terselindung
tetap berbudi

Sungai itu
menjadi saksi
suka duka insan
bersyukur sesungguhnya

Sungai itu
menjadi teman bicara
sang perindu
dara dan teruna...

Sungai itu
anugerah dariNya
sayangilah
hargailah..


~~zura~~

Wednesday, July 26, 2006

Hujan Semalam

Hujan semalam membasahi bumi
Menyegarkan hati
Hujan berlalu tiada kembali
Menyirami lagi

Cinta semalam meninggalkan kesan
Luka dalam hati
Cinta berlalu bersama hujan
Kini tiada lagi

Sang mentari di pagi hari
Mengeringkan embun
Sang mentari di tengahari
Teriknya terasa di hati

Hujan semalam mungkinkah kembali
Pada esok hari
Dan membawakan cinta nan sejati
Suci dan abadi



Sudirman (Syed Haron Ahmad)



Nota: Baris-baris lirik lagu ini amat mendalam maksudnya. Kisah yang berlalu diharapkan akan berlalu pergi bersama arus deras selepas hujan. Apabila hujan turun , kadangkala hati mengharap agar kisah baru yang indah dan ceria akan menghadirkan diri sebagai pengubat luka di hati. Mungkinkah akan terjadi?

Tuesday, July 25, 2006

Manusia,malaikat,syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan
solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...
kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan
Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang
menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style
langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti
terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat
lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini,
berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah
pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak
tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain
orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini
kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-
menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat
apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa,
tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,
sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh
bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin
melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang
tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan
RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,
kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di
akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

SMS utk Semak Status Halal Pada Makanan

Untuk dikongsi bersama....

Buat pengetahuan semua, ada cara mudah untuk semak status makanana tersebut
sah halal atau tidak. Untuk menyemak status halal pada makanan:

1. taip HALAL <13>
2. hantar ke DAPAT (32728)

Cth:
HALAL 9556404002153

Msg from DAPAT:
JAKIM K/Bar: 9556404002153
Status: SIJIL SAH
Tkh Luput: 14/03/2008
Prd: MIRINDA ORANGE P 1.5
Syt: PERMANIS SDN BHD (050)

Sebarkan mesej ini kepada rakan muslim anda bagi mengelakkan ummat
Islam dari termakan makanan yang haram!!!
Hanya 0.65sen sahaja bagi mendapatkan status makanan yang anda makan..

Friday, July 21, 2006

LPG Cylinders (cooking gas) Expiry date




Very important information

Dapat info ni dari email yang diterima semalam. So ...kita share info ni untuk panduan bersama.

Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan
accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara
alpha-numerical seperti berikut
;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March ( Suku pertama ),

B utk June (Suku kedua ),

C utk Sept ( Suku ketiga ), &

D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat
digunakan


Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan
kesedaran dan menyelamatkan nyawa
.



Thursday, July 20, 2006

Doa kebahagiaan


Ya Allah...
seandainya telah Engkau catatkan...
dia milikku tercipta buatku...
satukanlah hatinya dgn hatiku...
titipkanlah kebahagian antara kami...
agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
ya Tuhanku Yg Maha Mengasihi...
seiringkanlah kami melayari hidup ini...
ke tepian yg sejahtera dan abadi...
maka jodohkanlah kami...

tetapi Ya Allah...
seandainya telah Engkau takdirkan...
dia bukan milikku...
bawalah dia jauh dari pandanganku...
luputkanlah dia dari ingatanku...
dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku Yg Maha Mengerti...
berikanlah aku kekuatan...
menolak bayangannya jauh ke dada langit...
hilang bersama senja nan merah...
agarku sentiasa tenang...
walaupun tanpa bersama dgnnya...

Ya Allah yg tercinta...
pasrahkanlah aku dgn takdirMu...

sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan...
adalah yg terbaik utkku...
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yg terbaik buat hambaMu ini...

Ya Allah...
cukuplah Engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku...
di dunia dan akhirat...
dgrkanlah rintihan dari hambaMu yg daif ini...
jgnlah Engkau biarkan aku sendirian...
di dunia ini mahupun di ahkirat...
menjurumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dpt membina kesejahteraan hidup...
ke jln yg Engkau redhai...
dan kurniakanlah kami keturunan yg soleh dan solehah...

Ya Allah...
berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
dah peliharalah kami dari azab api neraka...

Amin...amin...ya rabbal'aalamin...

Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, July 19, 2006

Dealova

Lirik pilihan hati . Sesiapa yang suka kat lagu ni ,hayatilah yer....
Photobucket - Video and Image Hosting
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapu tanpa dirimu
Oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku slalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hati ku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela
kau selalu ada

Hanya diri mu yang bisa membuatku tenang
Tanpa diri mu aku merasa hilang....
.... dan sepi.....
.... dan sepi....

Kau seperti nyanyian dalam hati ku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela
Kau slalu ada...
Kau slalu ada...

Lirik Dealova by Once Dewa
Dipetik dari OST Dealova
Photobucket - Video and Image Hosting
Nota: pada siapa aku nak tuju lagu ni ? tak ada sesiapa buat masa ni ...hancus semuanya. Hanya tinggal memori luka

Monday, July 17, 2006

Dia Ibuku...

SELAMAT HARI JADI MAK ....

HAPPY BIRTHDAY MAK..semoga mak di panjangkan umur , dimurahkan rezeki dan kami sayang mak sehingga ke akhir hayat kami mak..

Friday, July 14, 2006

Oh No!!...tak halal ??


Sekadar berkongsi maklumat..

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family

Restoran-Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

5. untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

6. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya
tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM
, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan
makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

7. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome CafÃ*©, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang
mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

8. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

9.
Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

10. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

11. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

12. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan
semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam

Tuesday, July 11, 2006

BookFest 2006


Tengok tajuk pun mesti korang dah tahu kan? sampai kat ofis pagi tadi , Hana bagi surat-surat yang bertulis kak long la penerimanya ..ehehhe. Salah satu dari sampul surat tu berisi kad jemputan untuk hadir ke "Academic BookFest 2006" yang akan diadakan di Mid Valley Exhibition Centre.

Menurut apa yang tercetak di kad jemputan, lebih kurang 170 gerai pameran disediakan untuk pengunjung. Ala..kira cam pesta buku tahunan yang diadakan di PWTC tu ler. Kalau pergi mestilah ada gerai karangkraf, alaf 21, DBP, PNM,Cambridge, Berita Publishing , Koop UM, ILBS dan banyak lagi . Kak Long pun tgh fikir..nak pergi ke tidak. Rasanya nak pergi masa waktu bekerja sebab hujung bulan dah plan nak balik kampung. So..jumpa di sana ek!!

Tempat
Mid Valley Exhibition Centre
Aras 3, Centre Court
Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Tarikh
27-30 Julai 2006

Masa
10 pagi-9.30 mlm


MASUK PERCUMA

Saturday, July 08, 2006

Tiada Sesal di Hati


Dibawah ini adalah cetusan rasa seorang teman ..

Tak kan pernah ku sesali pernah mengenali
tak kan mungkin ku ingkari pernah menyayangi
dan akan selalu menyayangi walaupun ku tahu
kau tak pernah peduli hingga sempat melukai hati
namun ku pahami itulah arti yang harus ku mengerti
dan itulah jalan yang harus ku lalui
tapi semua itu tak kan membuatku berhenti
untuk terus mengejar mimpi dan mimpi
dan tak kan pernah terhenti

Malam ini...


Malam ini
Sunyi sepi
Sayup anjing menyalak
Gemersik bayu

Malam ini
Terkenang lagi
Memori duka
Memori pahit

Malam ini
Tiada airmata
Duka telah berlalu
Bayu malam mengiringi

Malam ini
Bermula episod
layar kehidupan
setia menanti

Malam ini
hatinya tenang
sinar mentari esok
menjanjikan harapan
Hatipun berbunga lagi...




zura @12.29am -July 8,2006

Thursday, July 06, 2006

Mawar Kering Di Jambangan


Di kala senja merangkak tiba
Pandangan tertumpu ke arah meja di sisi tingkap
Mata tertumpu pada sejambak mawar
Sudah lama kuntuman mawar merah itu berada di sisi
Hadirnya mawar menjadi penyeri
hati melonjak girang
Memori itu masih terpahat
di minda ini..
Memori pahit manis
Terngiang di minda gelak tawa di awal perjalanan
Tangis mengganti tawa di akhir perjalanan
Walau hati bagai dicarik
Bak kaca terhempas ke batu
Berderai air mata
Namun itu semua memori semata ..
Kini...
Mawar kering di jambangan itu
setia mengingatkan aku akan detik-detik yg berlalu..
~ZuRa~

Tuesday, July 04, 2006

Hello...Salam Utk Semua

images


Harap maaf...tak dapat nak menulis panjang untuk beberapa hari ini kerana kesuntukan masa dan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin