Tuesday, October 30, 2007

Dua Hari Lagi...


Email received few days ago...


Dear Management Team,


"You are kindly requested to drop by HRD to pick up the T-shirt and a door gift on 31 October 2007. Instead of wearing it on the 1st day of the Summit, we hope that you can wear it on the 2nd day which is the 3 November 2007 during the day tour of KT town. (You are strongly advised to wear comfortable attire during the long journey from KL to KT on the 2 November 2007)."

**************

huhuhu part barang2 free dan part jalan2 ni mesti di buat reminder ..kut2 terlupa ..ihiks. Kak Long harap sempatlah jumpa bloggers di KT semasa day tour KT town tu nanti..ehehe kalau sudi sila kontek kak long via gmail or YM yg ada utk nombor telefon. Kalau tidak tak mengapa..Terima kasih yer.

Sunday, October 28, 2007

Ubahsuai..

Bukan hanya rumah atau kereta yang boleh di ubah suai tetapi diri kita juga boleh diubahsuai. Bukan buat plastic surgery tetapi ubahsuai perangai dan sikap kita. Sebenarnya susah atau sukar untuk mengikis tabiat buruk mahupun sikap -sikap yang tidak disenangi dari diri.

Perlu ada keinginan dari dalam diri sendiri untuk berubah barulah boleh dilakukan ubahsuai itu. Jika diri tidak mampu untuk berubah dengan kadar segera ataupun berubah dengan cepat ke arah kebaikan, maka buatlah sedikit demi sedikit. InsyaAllah kita mampu melakukan yang terbaik.

Bercakap pasal ubahsuai, sebenarnya di rumah kak long juga ada sedikit projek ubahsuai yang kecil sedang berlaku. Perubahan ini telah lama diidamkan dan InsyaAllah akan siap tidak lama lagi. Sedikit-sedikit mengumpul, akhirnya telah bermula juga projek ini.

*************
Terus berusaha untuk menjadi seorang anak, makcik,kawan dan yang lebih penting menjadi seorang insan yang lebih baik . OD menggalakkan kak long menulis sehelai sehari selama 365 hari..persoalannya, mampukah kak long menulis dengan baik? aduhai kena buat ubahsuai jugalah dalam hal ini ...huhuhuhu.

Saturday, October 27, 2007

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan??

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah..

****************
Saya terima ini dari seorang teman.Seperti satu peringatan.Mampukah saya jadi seorang teman sebegini? Meminjamkan bahu untuk bersandar,telinga untuk mendengar,meminjamkan masa untuknya dan menggembirakannya tika berduka?

Saya mohon agar saya dapat jadi teman yg sebegini dan teman saya juga mampu jadi teman sebaik ini tika saya memerlukan. Andai saya dalam kegelapan, adakah teman yang sudi memimpin tangan atau menyuluh jalan agar saya tak kesesatan???

Friday, October 26, 2007

Harapan Itu


Di sebalik tirai hati
Tertera satu janji
Yang paling suci termetrai
bersama harapan yang sukar dicapai

Bintang di langit cuba di gapai
menanti bulan jatuh ke riba
Harapan itu jauh bagiku
sama seperti samar rambulan
di balik gerhana awan malam

Harapan tinggal harapan
harapan jadi taruhan
walau sekecil harapan
aku masih mengharap
mengharap bulan pulang ke pangkuan

Menanti penuh harapan
Walau tabir itu terlalu tebal untuk disingkap
Menanti janji yang ditakdirkan untukku
Walau kadang harapan itu pudar
ketika harapan itu sedang bersinar

Tertinggallah aku
dihujung harapan
menunggu bulan
menggapai bintang
yang masih di awangan

senyuman ku beri penuh makna
Hanya DIA yang mampu mengerti...


-Zura-

Wednesday, October 24, 2007

Cerita sebelum dan Ketika Raya


Ramai yang bercerita tentang sambutan Aidil fitri di blog masing-masing, jadinya kak longpun nak cerita laa juga tapi tak banyak dan tak ada gambar...ini la dia ceritanya.

Rabu 10 Oktober
Balik kampung . Sampai di kampung pada pukul 6.30 petang. Singgah di Pasar Ramadan di Simpang Empat utk membeli juadah berbuka puasa. Sementara mak membukak semua pintu dan tingkap rumah kampung, kak long mengangkut segala harta karun dari boot kereta dan seats belakang( baca tu ..seat belakang) ekkekekeke. Penuh sarat kereta tu...sampai malam masa berbuka ada lawak antara kami dua beranak.

Mak : Kereta yg ada ni bila balik kampung taim raya cam gini, boleh jugalah muat tapi kalau ada penumpang belakang tak muat ler.

Zura: Kalau kereta yg hari tu tak jadi beli tu ...eheheheh memang tak muat ler barang.

Mak : Lori jer laa jawabnyer kalau ada lebih barang sebab MPV pun seats jer lebih tp boot kecik...ahahhahahaa.

Zura: Ekekekekekk...lori ler pulak!!

Adik dan famili sampai dari Kesuma pada pukul 11 malam.


11-12 October
Persiapan raya bermula. Adik mencari daun ketupat dari pokok kelapa yg ada di belakang rumah. Malam tu adik dan mak menganyam kelongsong ketupat. Adik temankan mak pergi beli daging dan ayam di Pekan Selekoh. Kak Long sibuk mengemas dan memasak. Petang sebelum raya dah mula merebus ketupat dan memasak rendang ayam. Daging goreng satay yang menjadi favorite,kak long sendiri masak malam raya sesudah berbuka buat kali terakhir di bulan Ramadhan.
Seronok sangat bila kak long siap masak, tengok adik ipar dan anak-anak ( Nasyirat Nu'man dan Nasrul Nabil) sedang sibuk menggantung langsir. Akhirnya Nabil menolong kak long menggantung langsir bila Nasyirat dah tak boleh konsentret sebab tengok TV...ehehehhe.


Pagi raya
Mak dan adik ipar sibuk di dapur. Linda memanaskan kuah soto. Mak pulak membungkus lauk2 dan ketupat serta sedikit kuih2 untuk makcik2 , pakcik serta Nenek saudara yang tinggal berhampiran rumah kak long. Memang menjadi tradisi kami akan bertukar2 hidangan raya . Kak Long pulak dikerah oleh mak utk memvakum seluruh rumah ...aiyooo peluh2 den pagi rayo tu ...ekekekekke.

Sebaik Adik dan Nasyirat balik dari masjid, kami pergi ziarah kubur Abah , nenek dan saudara2 lain di Simpang 3.

Balik dari kubur, kami ziarah ke rumah makcik di belakang rumah. Sebaik habis makan lontong dan ayam masak kicap di situ, kak Ina dan famili sampai. Kami bersama-sama balik ke rumah yang terletak tak sampai 3 minit jalan kaki...ihiks. Sebaik sampai hujan lebat turun mencurah-curah...abis laa perancangan utk beraya di hari pertama. Bila hujan teduh, kami sambung beraya sehinggalah sebelum maghrib baru tiba ke rumah. Kami jalan kaki jer sebab tak jauh...yang paling jauhpun dalam 700 meter jer jaraknya...ihiks.


Raya ke 2
Rumah kak long di kampung di kunjungi oleh saudara-mara 9 kereta sekali gus..bila dah termasuk mak bapak, anak-anak, adik beradik semua sekali dalam 40 orang rasanya..ehehehe.Semua tu anak2 sedara, cucu-cucu dan cicit mak. Kira sepupu, anak sedara dan cucu kak long la tu ...eheheh dah lama kak long jadi nenek sedara. Kelam kabut kak long..nasib la ada adik, linda, kak ina dan Iqa membantu menyediakan air dan makanan( ketupat, lontong dan rendang). Meriah rumah masa tu ..ehehehe.

Raya ke 3
Adik dan famili balik ke Klang(rumah mertua). Kak Long pula beraya ke rumah kak Ina dan terus ke Teluk Intan...huhuhu jangan tak percaya..sambung shopping lagik tu ..ahaks...kak long belikan Iqa kasut dan kak long pulak terpikat kat satu selipar tu ...adehh lepas raya ni sengkek la ...

Raya ke 4 dan 5
Lepak di rumah. Mengemas barang2 yang perlu di bawa semula balik ke Kesuma.

Raya ke 6
Berjumpa Fysal di Klinik Kesihatan Selekoh selama 10 minit kut..eheheh. Kak Long singgah di rumah Besan Mak di Klang dan makan tengahari di sana. Sebelum sampai di Kesuma, kena detour ke Jusco Cheras Selatan atas permintaan mak...aiyoooo melayang lagi fulus...eheheh tapi duit mak laa ..ehehehe.
Bila sampai rumah, lampu tak ON..aikkkk bila periksa, main switch dah OFF . Mungkin sebab disambar kilat/petir. Aduhhhhh..petisejukkk berbau hapak. Habis frozen food di dalam freezer busuk. Mujurlah stok ikan dah di bawak balik kampung .Sebaik solat maghrib, terus membersihkan peti sejuk...huhuhuhu mujur hilang bau dalam peti sejuk bila letak daun pandan dan daun limau purut. Last2 tido pukul 2 pagi malam tu.

Raya ke 7
Demam...huhuhu.

Raya ke 8
Beraya ke rumah makcik di Seremban. Makan tengahari di sana. Sebelum balik pekena laksa pulak..ihiks .

Raya ke 9
Lepak di rumah...tak ada orang datang ..penat masak kut2 ada org datang...ehhehehe.

Itu sajalah ceritanya. Raya ke 10 keje dah ...ehehehe. Errrkk..panjang pulak jadi cerita pendek ni. Ampun maaf yer..ahaks.


Monday, October 22, 2007

Salam Sesudah Raya

Salam buat semua. Kak long terpaksa mengubahsuai blog ini kerana sepninggalan kak long kerana bercuti raya, rumah dah tunggang langgang dek angkara satu script tu ...uhuks. Penat mengemas di kampung dan di rumah sendiri sebaik pulang dari bercuti belum habis, kena pulak tambah pening dengan setting blog. Ihikss...apa-apapun kak long nak ucap terima kasih kerana sudi juga kawan-kawan singgah ke sini walau tuan rumah tak dapat menjawab semua mesej yang di tinggalkan. Nanti kalau tak sibuk sangatr, kak long ziarah kawan2 yer..Daaaa ..

Saturday, October 13, 2007

SALAM SYAWAL 1428H @ AIDILFITRI 2007


Kepada

Rakan serta taulan

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Arsaili, AbangLong, Noushy, Syah, Noamie, Anis, Addeen ,Abang Putra, Budin,Hairie,Wilda, sitilina, Mersik, MerakEmas, arinna, iEn, Diya, Tic, Abang KS, Kujie,Jaja, Beib, Faizah, Roshatika, Sahrul Izam , Equilibrium, Airynnz,Sayda, Ricky Wan, Uncle J, Shay, Luna, mamaranggie, Mad_Redo1,Cikgu Nurul, Fysal,Iyandz, Nizie, Opah De, Banji dan semua silent reader/visitor yang sudi singgah ke simfoni hati. Maaf kalau nama anda tidak kak long sebut.

Kak long memohon andai ada salah silap kak long kepada anda semua, harap dimaafkan.
Kepada semua yang akan memandu untuk balik kampung termasuk juga kak long, diucapkan selamat memandu , berhati2 di jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju..InsyaAllah.

Wednesday, October 10, 2007

Menuju Angkasa

Angkasawan pertama negara berlepas jam 9.21 malam ini untuk misi 10 hari

BAIKONUR (KAZAKHSTAN): Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) memilih Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai angkasawan pertama dari Malaysia, menyertai misi ke angkasa lepas, dijadual berlepas dari sini, malam ini.
Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu, akan berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko, dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome di sini, pada 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos sebelum ini.

Malaysia mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua .

zura-->walau siapa juga yang akan terbang malam ini , dipanjatkan doa supaya mereka berada akan selamat berlepas , mendarat dan kembali semula ke bumi. InsyaAllah.

Tuesday, October 09, 2007

Bila sudah ketagih...

Bila sudah terperangkap dengan dunia cyber, tumpuan kerja hilang tetapi asyik ingat nak online saja....ada yang tak tidur malam..sanggup tidor dulu..lepas tu bangun tengah malam..hanya kerana kawan "online" akan hanya online selepas tengah malam..huhuhu kak long
telah melaluinya. Semasa tinggal berseorangan, ada internet line kat rumah, apa lagi..tgh malam buta sampai ke pagi sanggup online ..cuma utk merasa happy sembang..chatting tapi tak sampai kemana pun. Kak long tahu ramai hubby2 orang yang mengaku bujang..melayan anak-anak dara(mak dara pn ada) yang online bersembang..sampai ada yg lupa anak
bini..yang perempuan pulak sampai lupa suami dan anak2.

Kalau anda boleh membezakan di antara 2 dunia ini..realiti dan siber, tidak mengapa. kak long tahu ramai juga yang pandai membahagikan masa dan tidak mencampuradukkan urusan keluarga dan dunia siber tetapi yang sedihnya bila ada kita yang hanyut..dibawa arus keseronokan ..ada teman online...rasa dihargai menyebabkan hilang pertimbangan....huhuhu itu duniaku yang telah lama berlalu. Syukur masalah dapat diatasi.

Biasanya manusia hanya akan sedar setelah dikecewakan..mahupun setelah melihat padah yang diterima oleh rakan2 terdekat mahupun diri sendiri. Beringatlah..jangan pulak kerana dunia IT yang kecanggihannya boleh memakan diri, anak2 murid ( utk cikgu) tengok cikgu datang ke sekolah layu jer ...huhuhu mengantuk sebab tak tidor..bukan kerana menyediakan bahan pengajaran tetapi berborak. Yang keje pejabat pulak..tak kiralah swasta ke gomen, tk ada semangat nak kerja...asyik ingat nak online malam ni ..nak jumpa "sidia" ...

Berwaspadalah...fikir-fikirkanlah. Biar bersederhana dalam apa jua bidang yang anda terokai seperti dunia siber yang tidak ada sempadannya ini.

Monday, October 08, 2007

Suatu masa -bahagian 7


Hari Raya semakin hampir dan pastinya umat islam telah mula menyediakan persiapan utk menyambut syawal. Kuih dibuat, rumah di kemas, baju baru dibeli. Kak Long telah memulakan persiapan seperti membeli baju 2-3 bulan sebelum tibanya ramadhan. Semua persiapan kak long dan mak kak long yang sediakan sama ada utk rumah kak long di kesuma dan juga rumah pusaka di kampung. Oleh kerana setiap raya kami akan beraya di kampung, maka persiapan utk rumah kg juga harus dibuat. Minggu lepas kak long dengan mak dah balik kg , mengemas, mengemop dan meracun rumput di sekeliling rumah. Hari Rabu nanti bila kami balik ke kampung, cuma perlu masak dan memasang langsir. Lagipun adik dan adik ipar serta anak-anak , Nasyirat Nu'man, Nasrul Nabil, Nurdini dan Nu'aim akan beraya di kampung sebelum mereka beraya di Klang ( rumah mertua adik).

Ketika ini, kak long teringat kembali di saat-saat manis ketika Abah kak long masih ada. Seperti
juga di bulan Ramadhan, beberapa hari sebelum Hari Raya Abah telah mula sibuk mencari daun kelapa muda untuk dibuat ketupat dan abah akan menganyam kelongsong ketupat, mengisi beras ke dalam kelongsong dan kemudiannya merebus ketupat selama beberapa jam.

Pada ketika itu mak juga rajin membuat kuih raya yang pelbagai jenis. Biasanya abah yang akan membantu dan Kak Long ketika itu hanya pandai makan...huhuhu. Arghhh teringat betapa manjanya kak long ketika itu. Semua mak dengan abah yang sediakan. Baju Raya tak perlu dirisaukan. Pasti ada baju raya, baju kurung, gaun dan kasut baru utk kak long. Adik apatah lagi..semuanya lengkap.

Sejak abah pergi, hanya mak yang bersusah payah menyediakan semua untuk kami dua beradik. Setelah kak long bekerja dan sudah berdikari, mak dan kak long yang berusaha menyediakan persiapan untuk hari raya. Ketupat kami masak sendiri, kak long memasukkan beras dan menjaga api semasa merebus. Adik pulak kalau dia balik awal dari Uni ketika itu, dia akan mengambil alih tugas merebus ketupat.

Setelah adik berkeluarga, dia akan balik raya di kampung selang setahun bergilir beraya di rumah keluarga mertua di Klang dan hanya akan balik ke kampung pada raya ke 2 atau 3. Kalau dia tak balik ke kampung sebelum hari raya, hanya tinggal kak long dan mak yang berdua dan sudah pasti tidak semeriah bila ada adik dan keluarga adik bersama-sama terutama di malam dan pagi raya.

Kak Long lihat, adik kak long telah mengikut jejak langkah abah kak long didalam menyediakan persiapan menyambut syawal untuk anak-anak beliau. Kak Long tak buat banyak kuih sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana adik dan adik ipar membeli kuih2 dan kak long hanya membuat 1-2 jenis kek kalau sempat semasa di kampung nanti.

Walau di mana juga kita merayakan Aidilfitri, semangat kekeluargaan amatlah penting. Ingatlah ibu dan bapa kita walau di mana juga kita berada.Pusara Abah akan kami kunjungi di pagi Aidilfitri.
Kekalkan tradisi di dalam menuju kemajuan. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ...

Thursday, October 04, 2007

Bukan cerita lawak...

Malam itu mak dan anak dah keletihan dan terlena di depan tv di ruang tamu. Sedang lena di ulit mimpi...tiba-tiba...

Mak : Eh..dah pukul berapa ni ?
Anak: Dengan mata yang tak berapa nak terbukak sebab mengantuk menengok jam di handset. Iskkk dah 5 setengah dah mak . Apasal tak bunyik pulak alarm ni tadi . Terlepas dah sahur.
Mak: Tak ngapa...biasapun kita tak lalu nak makan cuma tak dapatlah makan ubat.
Anak: Yer laa..( sambil ambik handset letak dlm handbag..kut2 takut tertinggal dan terus mandi sementara menanti azan subuh.Kalau dah mandi , senang selepas solat terus pergi kerja).

Sebaik sahaja keluar dari bilik mandi, si anak terdengar mak melaung dari tangga.

Mak : Long...cuba tengok jam handset tu sekali lagi..mak tengok jam kat dapur tadi baru 3 setengah.
Anak : Hah?? 3 setengah ke??

Mak : iyerrrr...macam mana tengok jam tadi?
Anak : iskkk ....silap tengok la tadi tu ...mengantuk sgt !! Si anak punyerla perati jam kat hall dgn dapur...sah baru 3.45 pagi.

Si anak terus baring kat atas comforter dan sambung tido sampai pukul 5..ihiks ..kalau tidak tadi....ada ler orang tu sampai ofis pukul 4.30 pagi...eheheheh.

Tuesday, October 02, 2007

Kerepek pisang sdn bhd ...

Sebelum balik ke Kesuma pada hari minggu yang lepas, pakcik di kampung telah bekalkan pisang abu atau pisang nipah sebanyak 2 setengah tandan....huhuhu penuh boot kereta teman. Pisang2 ini kat rumah kak long di kesuma pun ada pokoknya tapi bila berbuah tak sempat pun nak buat kerepek ..ehehe tak ada masa ( huhuhu alasan!! maleh sebenonyer). Semalam mak kata sebelum pisang2 tu masak dan terbuang, baik ler buat kerepek ( kerepek raya ler ni..eheheh). Kak Long tolong mak menggoreng kerepek ...huh lenguh wehh berdiri depan kuali yang panas pulak tu ..menitik peluh kepanasan...udah ler puasa pulak tu. Lauk dgn sayur buka puasa nak siap, nabil, dini dengan nu'aim ikut mama depa balik rumah depa ...so tak ada saper mengacau ler. Sila ikuti proses membuat kerepek pisang ini yer ...huhuhu proses telah diringkaskan.

1
Kulit pisang yang bergetah dikupas dengan sabarnya. Kena guna minyak masak utk mengelakkan getah pisang terlalu banyak melekat di tangan dan pisau..part ni memang serah kat mak laa ...huhuhu mak teman pun tak konfiden nak bagi teman buat keroje ni...ahaks. Nampak tak pisang tu ...hah..itu pisang abu atau pisang nipah setengah org panggil. Yang putih tu pisang mentah yang dah dibogelkan...huhuhu itu tangan mak teman ler tu ...ihiks.

2

Pisang yang telah di kupas akan di hiris menggunakan alat yang tertera di dalam gambo di atas . Huhuhu tak boleh nak ingat pulak apa ke nama alat ni. Iskk tetiba "blank" kepala otak ni pulak ..ihiks. Hati2 ek jangan sampai terhiris jari sendiri pulak kalau nak mencuba...eheheh.
3

Hirisan pisang sedang di goreng di dalam kuali . Semasa menggoreng, kak long masukkan bancuhan air garam sebanyak 1-2 sudu makan supaya kerepek pisang akan terasa lemak2 masin..

4
Taraaaa...kerepek pisang telah siap utk di kunyah...kruk ..kruk!! saper nak ..sila dtg beraya ke rumah kg atau di kesuma..InsyaAllah akan di hidangkan kerepek pisang sdn bhd ini...eheheh ini lah kuih raya kita ...yang lain tu ...main tunjuk2 jer kut ...ehehehe
Sekian..terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin