Wednesday, May 30, 2007

Tak sihat...


Huhuhu mesti x percaya kak long sakit lagi.pagi 5 am hantar anak sedara p klinik pasal sakit perut dr kul 3.30pg.balik dr kelinik akak pulak yg sakit perut.Tahan juga sampai kul 8 p klinik yg dekat sikit.Doktor kata mungkin keracunan makanan. Dlm pd sakit sempat p ambik alan,abg si syafiqa dr stesen komuter btg benar.balik je terus x sedap bdn!demam..badan mula panas.kul 6 baru larat nk mkn.tpaksa mkn sbb nk mkn ubat.la ni dok lepak atas katil. Tgk laa bertimbun ubat macam2 jenis kat tepi katil di dlm gambar sebelah ini.

En3 ini dihantar via mobile blogger. Sorry ek, byk guna short form.

Friday, May 25, 2007

Macam-macam cerita (2)




Cerita 1

Hari ni nak pergi ke KL selepas kerja . Yess..ada date!! ahahaahh date pebenda...kak long nak tunggu anak sedara kak long yg balik dari MRSM Balik Pulau tu di area Mydin yang dekat dengan Puduraya tu. Semalam dia sms kata bas Maktab akan hantar ke KL. Ikut rancangan bertolak dari sana pukul 3, jadinya akan sampai KL pukul berapa hah?? 5 jam sampai ke? ..iskk...balik kerja pukul 5, kalau turun KL , sebelum kul 6 dah sampai ..mak aiii 2-3 jam nak tunggu bas sampai ni...mana pulak nak pergi sementara tu ?? nak balik dulu, mengabihkan masa pulak nak patah balik...hmmm parking kat bangunan sinar suria dekat mydin tu ok ke tak?? ahahaha saper nak jawab ni ...


Cerita 2


Dear all,

The Internal Audit Preparatory Meeting is confirmed as follows:

Date: 25th May 2007 (Friday)
Time: 3pm
Venue: Boardroom

Updated Internal Audit Schedule attached.




aduhai...lemah semangat teman bila tgk email ni...isk iskk...bila bukak schedule, teman jadi leader utk team 2? uwaaaaaa....tak mo ..tak mo...walaupun dah byk tahun kena jadi internal auditor , tapi kali ini malasnyer rasa ...dah ler jadi leader, kena tunjuk rajin ...eheheheh. Rasanya baru jer last year punyer audit..ni dah sampai masa lagi ke?? dalam team teman, ada 2 org jer yg tak busy sgt , teman dgn sorang lagi dari finance dept...tp kadang2 teman dgn dia pun busy gak. Yang 2 org lagi tu mmg selalu busy...out of the office manjang...hmmm nampak gaya cam tahun lepas, kami berdua jer laa yg buat keje ...hmm boss , pls la adalah increment in july ek ...plss ...ahaks ...cam laa bos baca blog ni.

+susah betul nak buat keputusankan?? nak putuskan cinta pun tak susah cam ni ...ahahahah+

Thursday, May 24, 2007

Jangan mulakan...


Laporan Khas: Remaja ketagih rokok kian membimbangkan
Oleh Azrul Affandi Sobry


Kempen kesedaran belum cukup berkesan banteras tabiat buruk



KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.

Malah, satu kaji selidik Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati semakin ramai golongan muda, khususnya remaja terjebak ke dalam kancah ketagihan rokok.

Kajian itu mendapati, sehingga akhir tahun lalu, seorang daripada setiap dua lelaki dewasa di negara ini yang berusia antara 25 hingga 64 tahun adalah perokok. Kumpulan ini mewakili kira-kira 2.9 juta daripada 3.1 juta perokok di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata walaupun pelbagai usaha membanteras tabiat buruk itu dilak- sanakan kerajaan, ia masih belum berkesan untuk membendung gejala merokok.

Beliau yang juga Ketua Pasukan Projek Kaji Selidik itu, berkata jumlah wanita yang merokok di negara ini turut membimbangkan iaitu 174,000 orang dengan 68,000 berumur antara 35 hingga 44 tahun, 45,000 (25 hingga 34 tahun), 24,000 (45 hingga 54 tahun) dan 37,000 (55 hingga 64 tahun).

Dari segi pecahan etnik, perokok di kalangan orang Melayu adalah paling tinggi dengan jumlahnya mencatat 1.77 juta atau hampir 50 peratus daripada mereka yang berumur antara 25 hingga 64 tahun.

Jumlah perokok di kalangan kaum Cina pula ialah 435,000 merangkumi 21.2 peratus keseluruhan komuniti dewasanya, manakala 183,000 perokok daripada kalangan kaum India (16.2 peratus).

Jangan mulakan . Pantaulah anak-anak kita . Kadangkala pengaruh rakan sebaya lebih kuat dari kata-kata ibu dan ayah. Rakan-rakan yang merokok, cubalah hentikan tabiat anda kerana banyak buruk dari faedahnya. Kita sibuk marah anak2 merokok tapi ada dikalangan kita yang merokok di hadapan anak-anak kecil tanpa memikirkan kesannya terhadap anak-anak.


Kak Long dah nampak keburukan akibat merokok. Abah Kak long meninggal dunia akibat penyakit yang sedikit sebanyak berpunca dari tabiat merokok. Adik kak long tidak merokok, baru-baru ini pakcik kak long berjaya berhenti merokok...bravo.


Pastinya anda akan berkata, " kalau nak mati, tak payah merokok pun mati juga". Memang benar kerana hidup mati kita di tangan Allah swt. Pernahkah anda terfikir bahawa kita boleh dan patut mengelak dari sebarang perkara negatif dan memudaratkan. Walaupun impak atau kesannya tidak anda nampak sekarang, mungkin esok lusa anak-anak , isteri atau rakan-rakan anda akan menerima akibatnya ..."2nd hand cancer". Walaupun mereka tidak merokok tetapi akibat terhidu asap rokok dari perokok2, mereka yang menjadi mangsa. Secara peribadi, kak long amat rimas bila terpaksa berada dikalangan mereka yang sedang merokok .


Jangan mulakan...

Wednesday, May 23, 2007

Buah Hati Pengarang Jantung


Jalan-jalan cari makan di Chicken Rice Shop bersama Nasrul Nabil,Nasyirat Nu'man dan Nurdini. Kira okla ..boleh kawal 3 ninja ni yang baik perangai semasa makan dan shopping dengan mak long mereka ni..ihiks. Kalau ada mama dgn abah atau Opah, bukan main mengada-ngada..ehehehe.


Kakak yang manja walau dah ada adik..ihiks


Jalan-jalan di tepi tasik di kawasan perumahan sambil melayan NurDini main. Nu'aim tengok jer la ....eheheh.

Nasrul Nabil dan Nur Dini . Mak Long kena paksa Nasrul Nabil main sekejap dengan Dini sebab dia sibuk dengan basikal pusing keliling tasik...eheheh.

Sunday, May 20, 2007

Ragut...

Semalam kak long diberitahu oleh salah seorang " cleaner" di blok ini, bahawa seorang pelajar uni kami telah di ragut rantai lehernya semasa sedang berjalan berhampiran McDonald's Taman Connaught, Cheras beberapa hari yang lepas. Menurutnya lagi, salah seorang pekerja yang menjaga boom gate di pintu masuk uni juga telah di ragut rantainya tidak jauh dari pintu masuk ke uni. Pada ketika itu keadaan di hadapan pintu masuk kampus agak sunyi kerana hari sabtu dan pada pukul 7.30 malam, memang tidak ramai orang yang berada di kawasan tersebut. Dia cuma mahu membeli makanan utk makan malam di restoran yang berhampiran bila tiba2 2 orang lelaki yang menaiki motosikal terus meragut rantai lehernya. Mujurlah tidak ada kecederaan teruk yang menimpa mangsa.

Isk...sekarang ini begitu mudah manusia mengambil kesempatan dan mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit. Telah terlalu banyak kes yang berlaku dan kadangkala tidak terfikir oleh kita bahawa perkara ini akan terjadi kepada rakan-rakan, keluarga mahupun kepada diri kita sendiri. Berhati-hatilah dan sentiasa berwaspada dengan penjenayah ragut ini.


Hmm..kak long selalu pergi ke bank ataupun kedai yang berhampiran yang jaraknya tidak sampai 100 meter dari pintu masuk kampus berseorangan dan alhamdulillah tidak ada perkara buruk yang berlaku. Walaupun pernah ada memo dikeluarkan oleh jabatan komunikasi supaya setiap pelajar dan kakitangan uni tidak keluar berseorangan, namun kadangkala kita ini selalu ambil mudah dan lalai dgn peringatan yang diberi.


Minta dijauhkanlah kita dari menjadi mangsa manusia yang tidak bertimbangrasa dan tidak bertanggungjawab ini. Kenapa mereka melakukan kerja ini? adakah kerana mereka malas mencari kerja yang halal atau ragut ini adalah kerja mudah yang tidak memerlukan kelulusan?. Entahlah, apa yang pasti , semoga mereka akan menerima padah dan mendapat balasan di atas apa yang telah mereka lakukan. Amin.

Saturday, May 19, 2007

Cerita Hari Jumaat & Sabtu


Jumaat 18 May 2007

Kepala masih berdengung. Hmmm ...doktor kata bp naik semula. ARghh....dlm masa tak sampai 2 minggu...bp naik semula setelah kembali normal. Makan dijaga, tak main belasah tapi bp naik pulak. Seharian duduk dlm rumah dok layan kakak ( Nurdini) tengok kartun di tv( maleh nak naik atas tengok tv kat bilik), tido, main dengan anak saudara, tolong mak masak dan baca surat khabar. Petang duduk2 di buaian tepi porch bersama baby Nu'aim dan Nurdini. Malam layan TV lagi sampai pukul 1 pagi...ihiks ..bosan ke membaca cerita ni? ahaks ...maaflah yer, inilah sebahagian rutin hidup kak long kalau tak bekerja.

Sabtu 19 May 2007

Kepala masih terasa berat. BP still tak turun la ni walaupun semalam dah makan ubat. Pagi tadi dah makan ubat dah tapi kak long buat mengadap pc lagi. Patut kena berehat tapi bosan ler ..nak buat kerja tak ada mood!! Malas sungguh rasanya bila kena tempias mood sebegini. Tambahan di hujung minggu. Tak sabarnyerla nak apply cuti panjang ..away from everything and everyone.

Trying not to think too hard ..tapi tak dayalah...still thinking..and thinking . Di mana dan bila ada penghujungnya. Perlukah aku menangis untuk meringankan beban yang bersarang dihati ini? Aku tidak menangis bila aku membuat keputusan yang paling besar dalam hidupku 2 minggu yang lepas ..tapi hari ini aku ingin menangis...memang tidak ada siapa yang akan memujukku..aku sedar itu tapi hanya Engkau yang tahu akan baik dan buruk buatku Ya Allah...berikanlah aku ketenangan . Engkau teguhkanlah hati ini di dalam menempuh dugaanmu ini...

Airmata tidak mampu ku tahan lagi...



Thursday, May 17, 2007

Pening...

Aduhai...sejak petang semalam kepala ini terasa berdenyut-denyut. Dah lama tak rasa pening macam ni ...last check blood pressure normal dah ...iskkk kenapa laa jadi begini. Mood kerja tak ada langsung ni . Dah la bila on YM ni, ada malaun yang mengaku hubby org tapi dok mengayat nak no telefon...iskkkkk ..sabo jer laaaa ...kang aku block ..kata aku sombong lak ..iskk payahhhhh.

Semalam bila balik..sangkut pulak 20 minit dlm traffic jammed depan ofis ni ...uwaaaaaaaaaa..lagi tambah pening ..tp bila balik mandi semua ...hilang la jugak. Bangun solat subuh cam terhoyong hayang( betul ke ada perkataan ni) ...tibai jer la.

Tengahari ni pening dtg lagi!!dah laa pagi aku missed induction session yang patut aku bagi utk new staff kat uni ni ...adehhhh . Malaun ni masih mengayat...sabo jer la ...nak off..aku tgh chat dgn kawan. Hmmm diam jer la ...moga2 dia faham....tp semalam pun dia tak reti putus asa!!

Bila semangat ini akan pulih??? ni pening tension kut ...aduhaiiii

Tuesday, May 15, 2007

Macam-macam cerita ...

Cerita 1

Kerja yang sepatutnya disiapkan hari ini tak juga dapat disiapkan sebab bekalan elektrik terputus selama beberapa jam. Staff lain semua sibuk di basement memunggah buku-buku lama. Keadaan di kaunter agak sibuk dengan student yang sibuk nak berurusan. Malanglah wehh...tak dapat nak tolong sebab system pun tak jalan. Generator hanya untuk sebahagian lampu tapi bukan utk sistem perpustakaan. Hmm ..kena review la kes ni.


Cerita 2

Tengah kelam kabut selesaikan back log semasa sistem down, tetiba ada panggilan interkom dari external communication dept. Panel dari lembaga akreditasi nak tengok fasiliti di library. Iskkkk kata esok pagi...ni tetiba datang petang ni pulak. Tawakal jer la mengadap dan menjawab soalan2 dari panel. Akhirnya panel dari UiTM, UM dan UPSI tu semua okey jer..tak demand sgt ...Alhamdulillah.


Cerita 3

Bincang-bincang nak pergi ke tidak Annual Dinner company di Legend Hotel pertengahan bulan June. Nak ikut jalan mana ..siapa tumpang siapa dan macam2 lagi. Last-last submit juga la RSVP form ke HRD. Dah pakat nak pergi sekali dengan 2 orang kawan ofis. Yang lain2 naik kereta staff yang sorang lagi. Kalau ada spouse boleh pergi dgn spouse tapi sebab tk ada ..jadi pergi dengan staff ofis laa yer ..eheheheh.

Cerita 4

Meluahkan rasa bimbang dan phobia akan tersesat bila kak long kena pergi ke Putra Jaya Jumaat ini. Tak pernah lagi sampai ke bangunan kerajaan di Putrajaya tu ...tengok kat map langsung tak faham..eheheh sudahlah tak ada PARCEL E kat map tu ..uwaaa...cam mana ni!!! mesyuarat kena attend sebab hari tu tak pergi masa 1st meeting utk 2007. Moga-moga tak sesat laa kak long di Putra Jaya nanti..Amin...

Monday, May 14, 2007

Signal Strength : Poor

Isk iskk...sabo jer la ek..bilaa yang empunya pc ada sedikit monday blues...tetiba signal wireless network pun kejap ok kejap tak ok...cam biskut ..kejap ada kejap tak ada !! Sementara boleh ini, kak long updatelah blog, kut2 petang nanti langsung tak ada signal.

Ingatkan dah selepas lunch, semangat sikit nak teruskan kerja, last-last begini pulak ceritanya..ahahaha langsunglah malas.

Cuaca kat luar pun hujan lebat ketika ini. Sejak dari pukul 3:30pm tadi. Keadaan ini menambahkan kemalasan diri ini..adehhh rasa nak tampor jer diri sendiri.!! buat kerjalaaaaaaa....asyik nak blogging jer . Apa hal lak nak malas sebab kerja guna sistem yg berlainan bukan guna internet pun...alalallalalalala... ihiks . Kerja ..kerja kerja...tolong buatkan kerja kak long wehhh...

Friday, May 11, 2007

Nota buat Mak



Mak ...



Ju tak pandai nak mengeluarkan kata-kata indah buat mak. Walaupun Hari Ibu akan disambut pada hari Ahad ini tetapi bagi Ju, hari-hari yang dilalui adalah hari Ibu. Mak adalah segalanya buat Ju. Walaupun Ju pernah memberontak mengikut kata hati tetapi mak juga menjadi penyelamat Ju.

Dulu masa Ju tinggal berseorangan di kota raya ini, mak pula jauh di kampung tetapi Mak tetap memerhatikan Ju...Ju tahu mak. Mak mesti tanya kat akak yang duduk kat sebelah rumah sewa Ju bila mak datang menziarah Ju. Itu tanda mak prihatin.

Dulu, masa abah tinggalkan kita buat selamanya, Mak masih muda. Mak menjadi balu yang tidak mempunyai sebarang kerja untuk menyara Ju dan adik. Duit simpanan Abah tak sebanyak mana , tetapi mak tak gunakan . Mak sanggup bekerja mengangkut koko di estet yang berdekatan. Masa itu Ju tak tahu macam mana besarnya pengorbanan mak. Hanya setelah mengikut mak ke estet, Ju merasa betapa mak yang selama ini hidup senang dengan adanya Abah di samping terpaksa bekerja keras demi anak-anak tercinta.

Mak,

Abah dah lama pergi, sudah 24 tahun dan anak-anak mak telah berjaya. Walaupun tak sekaya mana tapi kami berjaya mendapatkan ilmu di menara gading. Ju berjaya juga membantu mak menyara adik di Universiti setelah Ju bekerja. Ju tak pernah lupa pada mak, percayalah.

Pengorbanan mak membesarkan kami dan kini mak membantu membesarkan cucu-cucu kesayangan mak tidak mungkin dapat kami balas sepenuhnya. Tidak sebesar mananya kalau setakat kami belikan mak itu dan ini kalau kami tidak mendengar nasihat mak? Betul kan mak?

Kalau kami dengar cakap mak, ikut nasihat mak dan kami berjaya , itu sudah memadai. Betulkan mak?

Suka duka kita harungi bersama.Kami cuba membalas pengorbanan yang telah mak berikan kepada kami sedaya upaya kami mak. Mak adalah segala-galanya dalam hidup Ju...walaupun Ju tak pernah ucapkan sayang kepada mak tapi Ju pasti mak tahu kami sayangkan mak dengan perbuatan kami dan apabila kami mendengar cakap mak walaupun pada mulanya ada sikap membantah tetapi akhirnya kami akan buat apa yang mak cadangkan. Walau hati mak terluka , terhiris , mak tetap bantu kami.

Naluri hati mak selama ini ada banyak kebenarannya dan Ju amat menyanjung tinggi mak. Mak adalah mak yang tidak ada gantinya. Biarlah Ju berkorban untuk mak demi menjaga hati mak.

Ju sayang sangat pada mak.

Wednesday, May 09, 2007

Berdiam diri itu Lebih Baik?


Seperti yang diduga, bertubi-tubi tuduhan dilemparkan kepada kak long. Entah mengapa, kak Long tidak mahu membalas kemarahannya kerana dia sendiri tidak sedar apa kesalahannya. Berdiam diri adalah jalan yang kak long fikir lebih baik daripada membalas dan akhirnya membabitkan orang lain.

Benarkah berdiam diri itu lebih baik? Mungkin ada yang berpendapat sebaliknya tetapi Kak Long rasa inilah jalan yang terbaik. Biarlah semua kesalahan terletak di bahu ini yang tidak seberapa kukuhnya tetapi InsyaAllah boleh Kak Long hadapi.

Tuesday, May 08, 2007

Bersalahkah aku?

Maaf kerana tidak berkongsi masalh yang kak long hadapi dengan anda semua. Kak Long fikir dengan menerima seseorang di dalam hidup ini begitu mudah sekali. Sesungguhnya kak long masih keliru dengan apa yang berlaku.

Adakah kak long bersalah apabila memilih keluarga dari dia? Selama 2 bulan kak long cuba menafikan ketidaksesuaian kami. Hanya dia yang betul..hanya dia yang boleh mengarahkan itu dan ini.

Akhirnya bila kali kedua dia menghina mak walaupun tidak secara langsung, kak long tidak mampu bertahan lagi. Walaupun sebelum ini mak telah merasa sesuatu yang tidak kena di dalam perhubungan ini tetapi kak long masih cuba menyelamatkan keadaan. Kali ini kak long nekad untuk tidak meneruskan perancangan yang telah diaturkan.

Desakan yang dia dan keluarganya hamburkan kepada kak long tidak dapat kak long terima. Pendapat kak long tidak diendahkan dan cara mereka menyampaikan cadangan tidak kena pada tempat dan gayanya menyebabkan mak begitu marah.

Kata putus telah disampaikan kepada adik dan adik iparnya yang mencadangkan kami disatukan pada peringkat awal..tetapi heran kenapa mesti dia masih menghubungi kak long seperti tidak ada apa yang berlaku. Kak Long tidak mahu ada apa2 lagi dengan dia ...tolongggglahhh jangan ganggu hidupku lagi. Selama ini hanya kak long yang beriya-iya tapi dia ikut suka jer nak hubungi atau tidak. Bila orang dah tak nak baru nak sibuk2 buat panggilan..tolonglahh...tak mahu lagi...serik.

Apa kata anda bila seseorang menyebut " Awak bagitahu kat mak awak tu, jangan melatah pada perkara2 yang belum tentu boleh" . " Maaflah tetapi mungkin mak awak dah lama tidak ada suami menyebabkan dia jadi marah-marah"." Saya tidak mahu mak awak masuk campur dalam urusan saya bila kita berkahwin".Heyyy...tolonglah.. mak saya berhak ke atas saya dan saya patut dengar cakap mak. Kenapa mesti menghukum mak sedangkan mak hanya menyuarakan pendapatnya.

AWak nak kuasai hidup saya? oh tidak....pleaselah, mak saya tidak ada galang gantinya.Kalau orang lain boleh dengar cakap mak..kenapa tidak saya? Bila saya kata tidak bersedia, dan memohon supaya mengikut pendapat mak saya, awak sendiri tidak dapat membuat keputusan dan menyalahkan mak saya.

Cukuplah sampai di sini...biarkan saya hidup seperti dahulu.


Friday, May 04, 2007

Harap maaf...

Abang,kakak, adik dan rakan-rakan

Kak Long @ zura akan berhenti dari dunia blog ini buat sementara waktu.
InsyaAllah, jika keadaan telah kembali seperti biasa dan masalah dapat diselesaikan, kak long akan kembali semula.

Doakan kak long supaya kak long dapat menyelesaikan masalah yang mendatang ini.


Sampai jumpa lagi, terima kasih.



Kak Long

Thursday, May 03, 2007

Be Right Back...

Dear all,


Kak Long will be away from the office for few hours. I will be back in the office in the afternoon, InsyaAllah.


Love,

Kak Long


p/s: KLIBF here I come...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin