Nota buat Mak



Mak ...



Ju tak pandai nak mengeluarkan kata-kata indah buat mak. Walaupun Hari Ibu akan disambut pada hari Ahad ini tetapi bagi Ju, hari-hari yang dilalui adalah hari Ibu. Mak adalah segalanya buat Ju. Walaupun Ju pernah memberontak mengikut kata hati tetapi mak juga menjadi penyelamat Ju.

Dulu masa Ju tinggal berseorangan di kota raya ini, mak pula jauh di kampung tetapi Mak tetap memerhatikan Ju...Ju tahu mak. Mak mesti tanya kat akak yang duduk kat sebelah rumah sewa Ju bila mak datang menziarah Ju. Itu tanda mak prihatin.

Dulu, masa abah tinggalkan kita buat selamanya, Mak masih muda. Mak menjadi balu yang tidak mempunyai sebarang kerja untuk menyara Ju dan adik. Duit simpanan Abah tak sebanyak mana , tetapi mak tak gunakan . Mak sanggup bekerja mengangkut koko di estet yang berdekatan. Masa itu Ju tak tahu macam mana besarnya pengorbanan mak. Hanya setelah mengikut mak ke estet, Ju merasa betapa mak yang selama ini hidup senang dengan adanya Abah di samping terpaksa bekerja keras demi anak-anak tercinta.

Mak,

Abah dah lama pergi, sudah 24 tahun dan anak-anak mak telah berjaya. Walaupun tak sekaya mana tapi kami berjaya mendapatkan ilmu di menara gading. Ju berjaya juga membantu mak menyara adik di Universiti setelah Ju bekerja. Ju tak pernah lupa pada mak, percayalah.

Pengorbanan mak membesarkan kami dan kini mak membantu membesarkan cucu-cucu kesayangan mak tidak mungkin dapat kami balas sepenuhnya. Tidak sebesar mananya kalau setakat kami belikan mak itu dan ini kalau kami tidak mendengar nasihat mak? Betul kan mak?

Kalau kami dengar cakap mak, ikut nasihat mak dan kami berjaya , itu sudah memadai. Betulkan mak?

Suka duka kita harungi bersama.Kami cuba membalas pengorbanan yang telah mak berikan kepada kami sedaya upaya kami mak. Mak adalah segala-galanya dalam hidup Ju...walaupun Ju tak pernah ucapkan sayang kepada mak tapi Ju pasti mak tahu kami sayangkan mak dengan perbuatan kami dan apabila kami mendengar cakap mak walaupun pada mulanya ada sikap membantah tetapi akhirnya kami akan buat apa yang mak cadangkan. Walau hati mak terluka , terhiris , mak tetap bantu kami.

Naluri hati mak selama ini ada banyak kebenarannya dan Ju amat menyanjung tinggi mak. Mak adalah mak yang tidak ada gantinya. Biarlah Ju berkorban untuk mak demi menjaga hati mak.

Ju sayang sangat pada mak.

Comments

Normie said…
sayu saya baca en3 kak long dedikasi buat mak kak long nie....sejuk perut mak kak long...Selamat Hari Ibu gak utk mak kak long...*hugs**
Juezura said…
Terima kasih Noamee. Selamat Hari Ibu buat Noamee . Semoga menjadi ibu mithali yer
sd. said…
sedih nye baca entry ni..
tears drops..

T_T
Sahrul Izam said…
How sweet.. :)
Juezura said…
sayda : sorry buat sayda sedih sekali.

Izam : Thanks dear :)
Noushy Syah said…
Ibu, tiada duaaaaaaaaaaa...alhamdulillah kak long masih punyai ibu dan punya kesempatan untuk terus mengasihinya...cam Noushy, mommy pergi hampir 3 tahun yg lalu Noushy baru aje grad...tapi tiada apa yg noushy kesalkan kerana sepanjang2 yg Noushy igtkan,takdelah perkara yg Noushy adik beradik lakukan mengguris hati mommy..

Cuma kalau mommy hidup lebih lama tentulah nshy dan abg2 dpt tunjukkan pada dia how grateful we are being her children raised by her surrounded by LOVE!

Kak LOng telah buat yang terbaik utk mak Kak LOng tuh..alhamdulillah.
Abang Long said…
Kak Long apakhabar ?. IBU, EMAK, UMMI .... berbaktilah kepada mereka, sewaktu mereka masih ada disisi kita.
Selamat Hari Ibu utk ibu kaklong dan juga ibu2 sedunia...

salam sayang,
equil
Juezura said…
Noushy, Abang Long dan Equil


Terima kasih kerana sudi berkunjung. Tanpa Ibu siapalah kita kan ? .


Kak Long
aria ayumi said…
salam kak long... tersentuh diya baca entry ni... pengorbanan ibu tidak ternilai harganya ye kak... moga ibu2 kita diberkati Allah hendaknya... amin ya rabbalalamin....

Popular posts from this blog

Kes Pewangi Tumpah

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...