Friday, September 29, 2006

Ramadhan ke 6

Photobucket - Video and Image Hosting
Assalamualaikum wbt.

Hampir seminggu kita berpuasa dan hampir seminggu juga Kak Long merasa teramatlah malasnya untuk mengupdate blog. Kak Long menjadi semakin malas bila line internet kat tempat kerja ada masalah. Kejap ada kejap tak ada. Lagi pulak Kak Long guna wireless connection..kadang-kadang nak access blog yang ada banyak pictures sikit punya slow. Sabar jer la ...ehehe.
Sebenarnya tidak ada cerita yang menarik yang hendak diceritakan. Nanti asyik cerita pasal sahur , pasal berbuka , bosan la pulak nanti adik-adik semua nak membacanya ! .

Cuma ada satu perkara baru di bulan Ramadhan ini. Anak saudara Kak Long yang sulung, Nasyirat Nu'man bersahur di rumah Kak Long di hari-hari bersekolah. Setiap Subuh selepas panaskan lauk dan buat air , Kak Long akan kejutkan Syirat dan setakat ini dia akan bangun dan untuk pujuk dia makan, mak akan suapkan dia. Bila kena suap barulah dia makan dengan laju..eheheh. Manja dia ni ...tapi selalu jugak kena marah bila malas belajar. Teringat dulu masa kecik-kecik arwah Abah selalu suap adik (Abah Nasyirat). Sanggup masakkan apa yang dia nak makan semata-mata nak buat adik selesa untuk berbuka dan bersahur.

Semalam Syirat nak makan ikan bawal( dia sebut ikan sedap) ehehhe . Mak Kak Long tanya " ikan sedap ikan apa "? Adik ipar jawab ikan bawal. So, kebetulan dalam freezer ada ikan bawal, jadi mak gorenglah. Kak Long dengan rela masak sweet and sour pulak ikan bawal tu malam tadi sebelum tidur sebab Syirat kata dia nak makan ikan bawal sos..ihiks. Kelmarin kata ikan goreng, dah tu nak yg sos pulak. Adehh...tapi tak kisahlah asal dia nak berpuasa dan bersahur.

Subuh tadi, bersahurlah kami dengan ikan bawal sweet and sour hasil masakan Kak Long..ihiks..yummy. Maaf la ek..pagi-pagi lagi dah cerita pasal makanan ...ahahahah.

Okey la , sampai masa untuk memulakan kerja. Kak Long cuma nak bagitahu , InsyaAllah malam ini Kak Long akan ikut Adik dan famili balik kampung. Menjadi kebiasaan apabila giliran adik beraya di rumah mertua (raya1-2), dia akan balik ke kampung semasa Ramadhan walaupun sekejap. Kebetulan hujung minggu ini bukan giliran Kak Long bekerja , bolehlah ikut sekali.

Selamat berpuasa untuk semua yang sempat singgah di blog Kak Long.

Photobucket - Video and Image Hosting

*sayang famili,kawan2 blog(walau tak bersua muka).Kalian penghibur dikala lara*

Monday, September 25, 2006

Dilema Cuti Raya


Bila membaca tajuk di atas mesti ada yang mengata " alaa..baru 2 hari puasa dah sibuk cerita pasal raya". Memang ada kebenarannya kata-kata tersebut tetapi bagi Kak Long , setiap kali Ramadhan bermula, setiap kali itulah dilema akan tercetus. Mana tidaknya, semua 7 orang yang bertugas di dept ini muslim kecuali seorang. Kalau nak tahu selama 14 tahun Kak Long bekerja di sini dan di dept yang sama menjadi seorang ketua, memang pening bila memikirkan siapa yang patut bertugas dan siapa yang akan bercuti. Cuti umum memanglah library tutup tapi masalah akan timbul bila ramai yang nak cuti "extra".

Tahun-tahun sebelum ini, tidak ada masalah yang timbul kerana ada beberapa staff di sini adalah orang Lembah Klang,, so maknanya balik kampung bukan wajib kepada mereka. Jadi kalau mereka nak cuti, Kak Long akan minta mereka cuti awal dari mereka yang nak balik kampung atau cuti selepas kami yang balik kampung kembali bertugas. Lagipun semasa mereka di interview, Kak Long dah cakap awal-awal berkenaan cuti Raya.

Tahun ini lagi bagus, seminggu sebelum Ramadhan diumumkan, seorang staff baru dah apply cuti raya sebab dia nak balik beraya di Kedah. Adehh ...terpaksa kak long "reject " permohonan cuti dia sebab terlalu awal dan biasanya kak Long akan arahkan penolong pegawai untuk berbincang dan atur jadual kerja mereka. Budak baru sepatutnya tak boleh ambik cuti "extra" bila musim perayaan. "Final decision" memang kak Long yang akan buat , itupun setelah melihat dan berbincang dengan staff yang ada.

Jumaat lepas, setelah memikirkan yang perkara cuti raya ini mesti diselesaikan secepat mungkin, Kak Long berbincang dengan 2 penolong pegawai yang ada. Bila seorang kata dia tak ambik cuti "extra" lega sedikit hati ini. Yang seorang lagi cuma nak ambil cuti "extra" sehari saja. Masalah selesai bila hanya 2 orang pembantu perpustakaan yang akan cuti "extra" sebelum hari raya dan selepas cuti umum hari raya. Jadual bertugas dapat disusun dengan minimum 2 orang staff akan bertugas untuk setiap shif. Adeh..lega rasa hati.





Kak Long pulak , InsyaAllah akan bercuti dari 20-29 Oktober. Setelah ditolak cuti umum Deepavali,Hari Raya dan cuti hujung minggu, maknanya Kak Long akan ambik cuti "extra" 4 hari. 2 hari sebelum Raya dan 2 hari selepas Raya. Fuhh...lega dilema dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu masing-masing bermasam muka berebut untuk cuti. Selagi boleh, Kak Long nak berlaku adil dengan staff yang banyak membantu.Ada ke kengkawan yang mengalami situasi yang sama dengan Kak Long ?


Friday, September 22, 2006

Salam Ramadhan

Photobucket - Video and Image Hosting
Sekadar berkongsi ilmu ..

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Tuesday, September 19, 2006

Warkah buat Abah

Abah...

Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Hanya tinggal beberapa hari lagi. Ju teringat kat abah lagi. Terasa macam baru lagi abah pergi meninggalkan kami tapi bila di kira-kira sudah 23 tahun abah meninggalkan emak, adik dan Ju. Sudah 23 kali juga abah tidak bersama kami di bulan Ramadhan.Setiap kali kedatangan 18 November, hari lahir Nasyirat Nu'man cucu abah yang sulung , maka Ju akan ingat 19 November pulak merupakan hari yang amat memilukan. Abah pergi buat selama-lamanya.

Abah, Ju masih ingat lagi abah tak berapa sihat sebelum Ju ambik SRP lagi, tahun 1983. Masa tu Ju tak ambik kisah sangat , sebab tak terfikir Ju akan kehilangan abah. Ju nampak abah selalu baring kat kusyen kat rumah kkita di kuarters di simpang 3, Abah cam sesak nafas. Abah dah berhenti hisap rokok masa tu, tapi hanya baru-baru ini Ju dapat tahu,kawan-kawan Abah yang galakkan Abah hisap rokok balik.

Abah, mungkin sebab trauma kehilangan Abah masa adik darjah 5 menyebabkan adik tak merokok sehingga kini. Adik pernah menangis semasa dia di SEMESTI. Masa tu form 1. Bila mak jumpa cikgu adik , mak dapat tahu hal ni. Mungkin adik teringat kat abah masa tu . Dia dah berjaya sekarang ni abah . Adik bahagia dengan keluarga dia.Abah ada 3 orang cucu dah. Tak lama lagi , cucu Abah yang ke 4 akan lahir.

Abah, selama Abah masih ada, kami manja dgn Abah. Kami akan mengikut ke mana sahaja Abah pergi dengan mak. Tak pernah berenggang. Makan pakai kami semua Abah sediakan. Ju ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, Abah selalu bawak kami jalan-jalan naik kereta ke Bagan Datoh diwaktu petang sebelum sampai waktu berbuka di bulan Ramadhan. Semua kenangan itu masih terlipat kemas di ingatan Ju.

Abah, setelah genap 19 hari Abah di hospital, memang dah ditakdirkan Abah pergi tanpa kami disisi Abah. Mak pun tak dapat bersama Abah sebab Abah menghembuskan nafas terakhir di dlm ICU. Mak pernah bercerita, mak sempat bagi Abah minum masa Abah dlm wad ICU dan berada di dalam kesakitan yang amat sangat bila doktor hentikan drip. Kesian mak. Hari tu masa abah dah tak ada, Ju tak tahu macam mana mak dapat hubungi sedara mara. Ju tak pernah tanya mak sebab tak nak mak terkenang kembali saat itu. Masa tu mana ada telefon lagi kat kg.Ju rasa tengah malam kut masa tu, Ju dengar Wak Mamat datang berbisik-bisik dgn kak Ina di muka pintu rumah kita. Ju masa tu tak dapat nak tangkap khabar berita yang Aabah dah tak ada masa tu. Ju tertido lagi. Tau-tau jer lebih kurang pukul 4 pagi, arwah Edah, Alang dgn abang Ipin datang ke rumah kita. Ju tengah tidur dgn kak Ina . Adik pun tengah tidur lena. Depa datang ajak kami balik ke rumah yang Abah baru bina di kampung dekat dgn rumah mbah. Rumah tu belum siap 100% lagi masa itukan Abah? Kalau tak silap cuma tingkap belum dipasang, dan dapur belum siap.

Abah, mesti Abah tak percaya, subuh tu Ju naik basikal dgn adik, arwah Edah, kak Ina , abang Ipin, abang alang ke rumah Mbah. Mak dah ada di rumah kita masa tu rupanya. Ju tak tahu siapa yang hantar mak balik. Subuh tu tak ada orang lagi yg keluar pergi kerja. Kami saja yang berbasikal di jalanraya yang sunyi dan sepi itu. Tak teringat langsung nak mintak tolong jiran-jiran masa tu . Sampai sekarang ni Ju macam tak percaya yang Ju boleh jadi berani masa tu. Memang dah biasa naik basikal pergi sekolah tapi tak pernah pulak lepas ke kg mbah sejauh 6 km tu naik basikal , subuh pulak tu. Mungkin sebab masa tu Ju terkejut dgn berita abah dah tak ada menyebabkan Ju tak sedar apa yg Ju buat.

Abah, Ju masih ingat Ju pernah sepak terajang abah masa Ju darjah satu , Ju buat hal , mengamuk tak nak pergi sekolah.hampir separuh tahun semasa darjah 1, Ju macam tu...bila pagi jer Ju menangis sampaikan van sekolah kena tunggu depan rumah. Maafkan Ju abah, Ju tahu abah dgn mak malu bila Ju buat perangai masa tu. Kekadang abah pulak yang kena hantar Ju ke sekolah...jauh sekolah SRKJ tu. Abah masukkan Ju sekolah aliran Inggeris supaya anak abah ni pandai english kut . Terima kasih abah. Walaupun Ju tak pandai tapi bolehlaa.

Bila Abah kata Ju kena tukar sekolah menengah yang dekat dgn kuarters, Ju masih ingat lagi, Ju menangis sampai bengkak mata malam sebelum nak register di SMKJ, maklum la kawan-kawan semua kat SMKJ...tapi Ju ikut jugak cakap Abah. Ju ni degil kan Abah tapi lepas tu Ju buat jugak apa yang Abah dgn mak suruh buat . Sampai sekarang ni Abah. Ju kekadang berkeras dgn mak bila tak setuju dgn sesuatu hal..tapi bila sampai masa, Ju buat apa yang mak cakap bila Ju rasa ada betulnya apa yang mak cakap.

Raya nanti, InsyaAllah Ju akan ziarah pusara abah di pagi raya bersama-sama mak. Biasanya kak Ina dgn keluarga dia akan ziarah sama. Tahun ini, adik balik rumah mertua dia . InsyaAllah dia akan ziarah Abah jugak nanti. Abah, air mata sesekali bergenang semasa Ju menaip, jatuh berderai jugak tak tertahan rasanya. Abah rumah yang Abah bina utk kami semakin usang tapi kami tetap akan kembali ke sana juga sampai bila-bila selagi Allah izinkan. Ju dengan Adik dah ada rumah kami sendiri di Lembah Klang ini dan mak tinggal bersama -sama Ju. Cucu-cucu Abah , mak yang jaga sebab dia tak sampai hati bagi orang lain jaga cucu-cucu Mak dengan Abah.

Sekian dahulu yer abah. Ju rindu kat abah. Semoga Abah di letakkan bersama-sama orang yg beriman, Amin.

*Hormat dan hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih di sisi. Jangan kita sesekali menderhaka kepada mereka . Sesungguhnya tanpa mereka, kita tidak akan berada di mana kita berada sekarang. Walau hati terluka, walau hati terhiris, jangan sesekali meninggikan suara kepada mereka. Taatlah kepada kedua ibubapa kita. Peringatan untuk semua dan diri sendiri*

Sunday, September 17, 2006

Hikmah


Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Wallahu Akbar
Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Hasbi ya Allah

Di tepi kerinduanku
Memandang hampa pada dunia
Kuhanya orang biasa
Tak lepas dari rasa kecewa

Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia - sia
Semua kan ada hikmahnya

Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Wallahu Akbar
Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Hasbi ya Allah

Angan yang membalut mimpi
Dulu melukis nyanyian hati
Ku hanya orang yang telah
Satukan hatiku yang terbelah

Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia - sia
Semua kan ada hikmahnya

O.. Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia - sia
Semua kan ada hikmahnya

Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Wallahu Akbar
Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Hasbi ya Allah

Lagu dinyanyikan oleh Krisdayanti


*Setiap dugaan yang mendatang pasti ada hikmahnya. Jika kita merasa dugaan dan masalah yang kita hadapi amat payah untuk di hadapi, cuba kita lihat dugaan yang perlu dihadapi oleh mereka yang berada di negara-negara yang terlibat di dalam kancah peperangan. Bersyukur dengan apa yang kita ada ketika ini dan sama-sama kita berdoa semoga mereka akan lebih kuat, bersemangat dan bebas dari penindasan zionis.

Friday, September 15, 2006

Kes Pewangi Tumpah


Kalau nak tahu pagi semalam, pewangi kereta ..alaaa car fragrance yang baru kak long beli tumpah. Cam gini ceritanya. Pagi semalam dalam pukul 6.30am semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kereta dah banyak di jalanraya menuju ke KL. Mak aii...tetiba jer ada satu kereta tu brek, Kak long pun brek la kereta! botol pewangi yang kak long letak kat dashboard tu pun tumbang. Oleh kerana takut pewangi tu tumpah, cepat-cepatla kak long capai botol tu. Payah gak nak capai botol tu sebab tengah memandu. Bila dah dapat pegang botol tu..Kak long pun angkat la nak letak kat tepi...tapi malang betul la ..entah macam mana ...penutup botol tu tercabut! Apa lagi, separuh botol pewangi tumpah atas kain baju kurung. Waaaaa...kelam kabut kejap...pegang stereng sebelah tangan..sebelah lagi capai botol pewangi dan lebih malang lagi..penutup botol tu patah la pulak. Masa tu terfikir nak jer patah balik ke rumah pasal kain dah berbau wangii giler ...ekekekek. Tapi fikir2 balik..ala tak pe la nanti sampai ofis , cuci jer la kain kat tempat pewangi tu tumpah. Memang betul la..sampai jer kat parking lot, tengok2 kain dah kuning kena minyak wangi. Selepas di basuh pun masih wangi lagi...ekekke org pakai minyak wangi Dior ke RL ke , Eternity ke ? Kak long pulak pakai minyak wangi kereta ...akakakak..adehh...seharian wangi termasuk la bilik kat ofis ni sampai pagi tadi masih wangi sebab kat dalam kasut yang kak long pakai semalam pagi pun rupanyer minyak wangi tu tertumpah ke situ jugak...

*Pastikan pewangi kereta seperti di dlm gambar di atas diletakkan betul2 kalau tak nak jadi cam cerita kat atas*

Wednesday, September 13, 2006

Balik Kampung

Sabtu -9/9/2006. Setelah berminggu-minggu ...err sebenarnya berbulan-bulan tertangguh nak balik kampung, akhirnya hajat untuk balik kampung terlaksana juga. Walaupun mak tak berapa sihat ( kaki masih sakit), kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi dan sampai di rumah kazen pukul 10.30 pagi. Sebenarnya kalau nak diikutkan pukul 9.30pagi dah boleh sampai ke Simpang Empat ( rumah Kak Ina) tapi singgah dulu di Sabak Bernam, ingatkan nak beli sarapan rupanya tapi dah tengok ada kedai kain yang dah buka , dari tengok-tengok ajer kononnya tapi terbeli juga 2 pasang kain....ehehehe..adehh.

Kami tak jadi balik ke rumah petang sabtu sebab kaki mak sakit. Lagipun kalau dah balik ke rumah mesti mak nak kemas itu dan ini jadi kak ina kata tak payah baliklah. Minggu depan dia akan pergi tolong sapu-sapukan habuk di rumah tu.

Esoknya Ahad, 10 /9- kami sempat ke Teluk Intan.Dalam perjalanan,singgah ke warehouse sale kat tepi jalan. Memula masuk kata nak tengok-tengok jer ..tapi tengok dalam gambar (bawah) , akhirnya terbeli juga pinggan mangkuk dan periuk di Teluk Intan..ehehehe ..kalau dah pompuan tu pompuan gak la ..tak leh lari dari shopping. Keluar dari rumah kazen pun dah pukul 11, pilih memilih..pusing2 ...last-last sampai rumah pukul 2.00pm. Pukul 3.30 bertolak balik ke Semenyih. Heran gak..apasal tak cuti panjang tapi kereta bertali arus ..siap jammed lagi tu kat Sungai Buluh. Selalu kalau balik weekend, tak la banyak kereta cam hari ahad lepas. Sampai kat rumah dah 6.30pm. Letih rasanya ... tapi akhirnya tercapai hajat sampaikan baju raya untuk Kak Ina dan Iqa. Sempat pulak Kak Long tempah baju kurung untuk kak Long dan mak sekali..ehehehe .


*Minggu ni sibuk sikit dgn kerja so tak sempat nak jenjalan ke blog kengkawan*

Friday, September 08, 2006

That's The Way It Is


I can read your mind and I know your story
I see what you're going through
It's an uphill climb, and I'm feeling sorry
But I know it will come to you

Don't surrender 'cause you can win
In this thing called love

When you want it the most there's no easy way out
When you're ready to go and your heart's left in doubt
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is

When you question me for a simple answer
I don't know what to say, no
But it's plain to see, if you stick together
You're gonna find a way, yeah

So don't surrender 'cause you can win
In this thing called love

When you want it the most there's no easy way out
When you're ready to go and your heart's left in doubt
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is

When life is empty with no tomorrow
And loneliness starts to call
Baby, don't worry, forget your sorrow
'cause love's gonna conquer it all, all

When you want it the most there's no easy way out
When you're ready to go and your heart's left in doubt
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is

When you want it the most there's no easy way out
When you're ready to go and your heart's left in doubt
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is

That's the way it is
That's the way it is, babe
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is.




Lirik lagu nyanyian Celine Dion ini agak sinonim dengan apa yang telah kak long tempuhi. Begitu payah untuk mendapatkan cinta yang tulus ikhlas , mengapa jadi begitu? Ramai yang berkata cinta akan datang tetapi bersabar. Itulah yang kak long cuba lakukan dan terus lakukan iaitu bersabar. Setiap kali kecundang di dalam bercinta, setiap kali itulah terasa serik dihati akan timbul. Namun begitu, agak lama Kak long menyendiri tanpa cinta. Walaupun ada yang menyapa tetapi kegusaran akan timbul di benak fikiran sama ada cinta mereka ini tulus? Mungkin cinta mereka tulus tetapi hati ini amat payah untuk menerima kerana memikirkan kehendak keluarga dan juga kehendak hati. Walau apa pun kak long percaya cinta akan hadir dan Allah swt sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Walau cinta bernama lelaki tidak hadir namun cinta terhadap keluarga dan tuhan pencinta Alam tetap menjadi pegangan. Semangat ini akan tetap di hati..InsyaAllah.

Tuesday, September 05, 2006

Behind These Hazel Eyes

Seems like just yesterday
You were a part of me
I used to stand so tall
I used to be so strong
Your arms around me tight
Everything, it felt so right
Unbreakable, like nothing could go wrong
Now I can't breathe
No, I can't sleep
I'm barely hanging on

Here i am, once again
I'm torn into pieces
Can't deny it, can't pretend
Just thought you were the one
Broken up, deep inside
But you won't get to see the tears I cry
Behind these hazel eyes


I told you everything
Opened up and let you in
You made me feel alright
For once in my life
Now all that's left of me
Is what I pretend to be
So together, but so broken up inside
Cause I can't breathe
No, I can't sleep
I'm barely hangin' on


Behind These Hazel Eyes by Kelly Clarkson

Sunday, September 03, 2006

Coretan Hujung Minggu

Photobucket - Video and Image Hosting
Hari ini hari minggu
bersiap ke pejabat
bukan kerja lebih masa
hanya kerana tiba giliran
demi tanggungjawab
tugasan dilaksanakan
Blog kesayangan dijengah
untuk menghilangkan lelah
secawan air diteguk berselang seli
sambil jemari mengetuk kekunci
Sekadar ingin menyatakan
semoga ceria dan bahagia
untuk kita semua ...
berjumpa lagi di hari Selasa
InsyaAllah

~~Zura~~
Photobucket - Video and Image Hosting

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin