Monday, December 31, 2007

My Wish For You...



Dear Friends...



To your home….. Warmth
To your heart…… Faith
To your soul……. Joy

May Allah bless you with all that is beautiful and pure!

Have a great holiday!

Happy New Year...


Sunday, December 30, 2007

Ku Mahu


Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Ku larutkanmu dalam kasihku

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku terkena
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Nyanyian :Siti Nurhaliza


*Seandainya perasaan itu hadir sekali lagi tidak aku lari daripadanya. Seandainya ia tidak hadir, tidak akan aku kecewa. Igauan itu masih berbahang...

Saturday, December 29, 2007

Aduhai Kelabu Mata Hitamku

Sejak 2 menjak kebelakangan ni mata semacam susah nak fokus laa pulak. Spek ni baru jer..hmmm baru tak baru tapi dah lebih setahun ler ...ehehehhe. Huhuhu jangan ler pulak makin rabun mataku ini . Hmmm mungkinkah kena tukar yg ada kombinasi rabun jauh dan dekat ..Oh noo..maklumlah dah tua ni kan..ahaks. Pernah sekali last month, masa nak bagi briefing, kak long boleh tak nampak ler pulak perkataan yg tertulis kat handout yg kak long bawak, dah ler masa tu lampu kat depan hall tu di OFF separuh sebab ada slides sedang ditayangkan...aduhai.Naik kelabu mata hitamku...eeheheheh.Kalau tuko biru tak pe gak...eheheh.
Sebab tu kak long risau bila memandu dlm hujan di waktu malam dan elak dari memandu di jalan yang gelap diwaktu malam kecuali terpaksa. Huhuhu esok nak balik kampung selepas habis kerja pukul 5 ptg, InsyaAllah sampai kampung selepas maghrib, doa2nya cuaca elok sepanjang perjalanan..

Friday, December 28, 2007

Salah jugak ke..

Bila staff hantar sms, "akak, esok saya EL" ..kak long jawab "ok". "akak, saya EL hari ni", pun ok...tapi kalau nak EL pun tengok2 laa alasannya. Tengok jugalah ada berapa orang rakan yang sedang bertugas. Kalau dah tinggal seorang nak jaga dept, kena fikirlah jugak bila nak ambik cuti tu. Ni kita dah tahu awal2 yang dia akan cuti hujung tahun walaupun dari orang lain kita dapat maklumat tu...kita diam jugalah sebab nak tengok betul ke tidak....kita bagi juga dia cuti walaupun terpaksa ubah perancangan awal. Bila ada staff sms, nak EL, tak pernah pulaklah kak long ni kata TIDAK, at least pandai2 laa depa ni tukar shift atau mintak kawan gantikan giliran dia , so kak long tak kisahlah sebab kalau kak long EL pun ada yang sanggup menggantikan, dan ada juga yang bagi alasan tak nak . Setiap kali ada sms mintak EL dengan alasan anak tak sihat, orang yg jaga anak tak ada, saya tak sihat, saya itu..saya ini ..kak long tak kisah, betul ke tidak alasan itu, terpulanglah, cutilah asalkan memang ada baki lagi cuti tahunan. Kalau betul2 memang tak boleh nak cari pengganti, kak long sendiri kerja walaupun kalau ikutkan kak long tak perlu nak ikut giliran ...ikut shift..tapi tak kisah jugaklah sebab dah itu keadaan kerja di institusi pendidikan. Dah 15 tahun kat sini, dan pernah jadi kuli, memang kulipun sebab bukan bapak kitanyer companykan? eheheheh..berdua jer jaga dept ni..so kami boleh bertolak ansur. Itu dah menjadi pilihan kak long, so kak long terima jadual kerja yang ada, tapi ada yang dalam diam tak boleh nak terima, itu kAK Long tahu tapi tak seteruk tempat lain yang kena stay back sampai 3 pagi . Staff layan friendster..staff layan blog, staff layan YM, kak long tak pernah marah sebab pandai2la jaga tugas masing2...itupun salah kak long lagi ke? tak timbangrasa ke? Awal2 masa temuduga dah cakap, macam mana jadual kerja kat sini tapi iyerlaa...mula2 nak dapat kerja mesti kata semua boleh, sanggup saja...

Dah buat semua tupun ,itupun kak long ni masih di katakan tidak bertolak ansur?..ambik kesempatan..tak ingat orang bawahan? Kadang2 kita nak suruh buat itu ini, kalau staff tak buat, kak long buat sendiri ...tapi tak pernah pulak la menengking, jerit pekik kat staff lain. Orang bawahan buat silap, kak long jugak yang kena marah, kak long yang kena jawab dgn pihak atasan. Kak Long beri kepercayaan kepada kakitangan buat kerja masing2 sebab tak suka nak bising2 setiap kali buat salah, tapi ..tapi kak long jugaklah yang salah ke? Mungkin ada salah dan silap kak long, tidak kak long nafikan tapi selagi boleh tak pernah tuding jari kat sesapapun..entahlah, mungkin kak long yang tak ingat tapi teruk macam mana pun memang kak long yang kena jawab. Teruk sangat ke kak long melayan anak2 buah kat ofis ni...ada ke setiap kali appraisal, kak long ni letak report semuanya buruk, semuanya salah, semuanya markah rendah? tak ada..sekurang2nya mesti average dan ramai yg dapat above average tapi kenaikan gaji bukan kak long yang buat keputusan...so ikut rezeki masing2lah berapa dapatnya.

Esok2 kalau kita telah berada di atas, mampukah kita melayan kerenah kakitangan kita semua? Kalau tak ada orang bawahan, mudahlah agaknya tapi kalau ada ramai, pandai2lah kita,sama2 ada tanggungjawab walaupun seberapa kecil atau besarpun jawatan kita. Kalau fikir senang nak jadi bos, mudah nak jadi orang atasan...fikir2lah.Hakikatnya tidak sebegitu...walaupun bukan semuanya susah tapi tengoklah nasib kita...untung2 mudahlah hendaknya. Maaf juga atas apa juga kesalahan kak long yang tidak menegur kalau itu menjadi kesalahan ..jangan sampai kak long mengamuk jer sudahlah...sebab seingat kak long tak pernah pulak mengamuk sakan kat ofis ni!!

Thursday, December 27, 2007

First Letter Of Your Name...Z

Layan tag dari Noushy..aduhai kerut2 dahi dok fikir jawapan ...eheheheheh. Saja ler tu noushy nak menambah kerut di dahi kak long ni ..ahaks.

"Z for Zuraini"


Here’s the rules of the thumb: Use the first letter of your name to answer each question. Must be places, names…Nothing made up. Can’t use own name for boy/girl’s name question. If can’t answer, skip to next one.

1. Famous Singer: Zoe Tyler ..kira famous la ek noushy sbb dia pernah buat recording ..now jadi vocal coach ...ehehehhe main letak jer nama ni





2. Four Letter Word: ZERO

3. Street: err....Zainal Abidin Street , Penang ( ehehehe direct translation of Jalan Zainal Abidin)


4. Colour: Zinc orange /zincgelb


5. Gifts/Present: Zinnia (flower)



6. Vehicle: Zeppelin-the rigid airship



7. Things in Souvenir Shop: zig zag letter opener





8. Boy Name: Zahrul

9. Girl Name: Zureen

10. Movie title: Zorro: the legend of ...





11. Drink: Zappel -apple flavour soft drink...


12. Occupation: Zookeeper


13. Celebrity: Zed Zaidi ( malaysian actor for dramas and movie )

14. Magazine: ZigZag Surfing Magazine

15. U.S. City: Zurich , California




16. Pro Sports: errr...zip..zero...sorry no answer

17. Fruit: Zucchini ..never seen this fruit before...anyway here is the photo...huhuhu macam sayur jer ek..ehehe


18. Reason for Being Late to work: ZZZZzzz..huhuhuhu


19. Something you throw away: zero answers ...please give at least yes or no.

20. Something you shout: Zip your mouth!!! pls ..ehehehhe

Friday, December 21, 2007

Monday, December 17, 2007

Kawan baik...


Susah kak long nak katakan di sini tetapi kak long tidak ada kawan baik. Semua kawan kak long adalah kawan biasa. Kak long sendiri merasakan yang kak long bukanlah seorang kawan yang baik, yang sentiasa ada di sisi kawan yang memerlukan. Ini kerana kak long selalu menghampakan permintaan dan undangan kawan-kawan. Kak long boleh berkawan dengan semua orang tetapi hanya sebagai kawan biasa. Orang yang tidak mengenali tidak akan memahami situasi yang di hadapi...

Friday, December 14, 2007

Masihkah Kau Ingat...



To all my friends out there...
Pucuk pauh delima batu
Anak Sembilang di tapak tangan
Biar jauh beribu batu
Jauh di mata di hati jangan..

Thursday, December 13, 2007

Saja nak mengomel...

Kali ni nak cerita lagi sikit pasal trip ke tanah tinggi Cameron hujung minggu lepas. Salah satu tempat yang kami pergi ialah Boh Tea Centre. Perjalanan ke ladang Boh agak mencabar. Bukit yang sejauh 2 km terasa seperti berkilo-kilo meter jauhnya sebab jalannya sempit dan berliku2. Lebih kurang jalan naik ke Frasers Hill tu laa ...huiyoooo at least kat Fraser tu kenderaan utk naik dan turun pada jangkaa masa yang telah ditetapkan. Lain pulak kat ladang Boh ni...isk iskk kalau kereta berselisih pun kena slow2 dan siap kena berhenti atau reverse kalau dah tertembung di jalan yg tak boleh nak selisih. Amatlah menacabar apabila terpaksa berselisih dengan bas yang membawa pelawat2 . Haiyaa bas tu pulak mentang2 laa itu jalan dia ...eheheh punyerlah laju dia bawak..ada yg tak nak mengalah tu ...nak lepas diri jer ...cissss. Ada sekali tu , kereta kami di hadapan dan tiba2 terserempak dgn bas. Adik kak long terpaksa undurkan kereta ...kak long dgn mak dah jerit kata ada kereta kat belakang yg follow dekat sgt. Adik pulak hanya perasan kereta yg kedua yg berada jauh sedikit dari kereta kami..dia terus undur....iskk apa lagi terkena laa muncung kenari tu kat bontot kereta kami naiki ..mujur tak ada yg kemek ..alhamdulillah..mak kak long dah pucat dah..sakit badan dia menahan takut dgn jurang di sebelah kanan jalan. Tapi perjalanan yg amat mencabar itu berbaloi bila tengok pemandangan ladang teh yang cantik di sekitar Boh Tea Centre yang terletak di Sungei Palas. Seriau punyer pasal sampai lupa nak ambik gambar kereta yang naik dan semasa kereta bertembung ...huhuhu.Pengalaman yang menarik walau mengerikan..phobia dgn accident..ihikss.!!

Kak Long rasa adalah lebih baik jika di masa2 cuti dan pelawat lebih ramai dari hari2 biasa, kenderaan yang nak naik dan turun mesti di dalam jangkasa masa yang tertentu ..at least peruntukan masa 1-1 setengah jam utk turun atau naik supaya perjalanan lebih lancar. Huhuhu tetapi siapalah kita utk mengajar pihak pengurusan ladang ek ..eheheheh.

Tuesday, December 11, 2007

Cuti @ Cameron Highlands



huhuhu jinak Ooo rama2 ni..ahaks

Kak Long agak sibuk sejak balik dari bercuti. Sepanjang di Cameron Highlands, boleh dikatakan sepanjang masa hujan.Oleh sebab itu cuaca di sana sejuk dan angin bertiup kencang...cuaca adalah lembap secara keseluruhannya. Dalam hujan gerimis dan di antara waktu2 yang tidak hujan itulah kami sempat juga jalan2 di sana. Inilah sebahagian Gambar-gambar di Cameron Highlands ,sila klik di sini

Nasyirat nak manja dgn Opah ler tu..ehehhe

mak kak long bersama Nurdini, Nabil dan Nu'aim

Macam-macam jenis teh Boh ada kat sini...


Thursday, December 06, 2007

Jom kita ...

Walau hanya bercuti selama 3 hari 2 malam tetapi kak long rasa teruja nak pergi ke Cameron Highlands ni. Bukan apa, Cameron ni kalau dari kampung tak la jauh sangat tapi tak pernah sampai lagi...huhuhu. Lagi pulak pergi dengan famili, anak-anak sedara semua ada, harap2 meriahlah cuti kali ini sepertimana meriahnya percutian di Langkawi 2 tahun lepas. Setakat sampai ke kawasan perkelahan di kaki banjaran Titiwangsa ini kak long pernahlah pergi sendiri...ihiks. Jom ramai-ramai kita pergi bercuti..rehatkan minda yang mungkin sedang kusut masai atau sedih atau keliru atau sedang marah...meh kita bawak2 bertenang...

Wednesday, December 05, 2007

Bukan tak Sayang...


Apabila membaca entri di blog arsaili tentang kisah beliau melawat Menara Pisa di Itali dan membandingkannya dengan Menara Condong Teluk Intan, kak long teringat akan lambang bandar Teluk Intan ini yang belum kak long naiki. (Lalu lalang kat bawah dan tepi menara dah beribu kali) ehehehehhe. Adehlah...malu betul!. Bukannya jauh sangatpun Menara Jam tinggi ni dengan rumah kak long di kampung,hanya kira-kira 45 minit kalau memandu tapi hairan jugak tak pulak kak long teringat nak naik.Kalau tak silap dulu memang boleh naik ke atas menara tu tapi tak pastilah pulak sekarang ni kut dah di banned pulak...ahaks. Rugi ler pulak rasanya. Dataran kat bawah menara condong tu sentiasa ada ekspo..pelbagai ekspo dari barangan rumah, binatang eksotik dan lain-lain. Untuk tambah pendapatan majlis daerahlah kut sewanya tu ..ehehehe.

Orang lain tak pastilah pulakkan..tapi kak long rasa kita ni selalu sangat lupa atau tak sedar( tanpa sengaja) akan kesan2 sejarah yang ada berhampiran kita. Silap2 haribulan sejarah bangunan kat luar negeri tu lagi kita tahu dari sejarah negeri sendiri. Setiap kali ada urusan di Teluk Intan, setiap kali itu jugalah kak long akan lalu di kawasan menara condong tetapi tak singgah dan kadang2 lupa nak mendongakpun( tak boleh dongak lama-lama sebab memandu weh..ehehe).

Bukan tak sayang atau tak ingat ..kita sayang dan ingat tapi kenapa yer?

Tuesday, December 04, 2007

Maaf jua..


..dipohon maaf kepada rakan-rakan yang pernah menjemput kak long untuk menghadirkan diri ke majlis atau perjumpaan di rumah mereka atau di mana juga. Niat di hati memang ingin nak memenuhi undangan tetapi apabila sampai masanya kak long tidak dapat pergi kerana mengutamakan keluarga.

Kak Long sebenarnya selalu mendahulukan keluarga dan kadangkala walaupun mengenepikan keperluan diri tetapi kak long sedaya upaya cuba membantu dan tidak sampai hati nak kata tidak...

Kak Long tidak menyalahkan anda jika anda merajuk hati dengan kak long kerana kak long memahami.

Dato' Dr. Hj.Fadillah Kamsah kata apabila lahir pada 23 mac, orang itu adalah "makhluk 2 alam"..huhuhu bukan biawak weh tapi seseorang yang lahir pada 23 mac, orang itu memang penyayang, suka mengutamakan orang lain. Beliau juga seorang yang suka di kelilingi oleh ramai orang dan kadangkala beliau suka menyendiri dan bertenang. Itu adalah kak long.

Maaf sekali lagi...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin