Wednesday, March 31, 2004

Penang!!



27-29 march 2004- Kami sekeluarga bercuti ke Pulau Pinang. Adik dah ajak mak dengan aku, jadi akupun ikut jer la. Seronok layan Nasyirat, Nabil dengan NurDini di kolam mandi hotel park royal. Adik pergi pun sebab dia ada kerja kat sana.

Satu jer perkara yang aku tak sempat nak buat..makan nasi kandar. Kalau cerita kat shah ni for sure kena gelak...ehehehhee... dah kata dah...bila aku bagitau kat dia thru sms ,memang kena perli ! isk iskk...



Wednesday, March 24, 2004

Balik Kampung

20/3/2004 -Aku balik kampung dengan mak . Sehari sebelum tu , aku dah bagitahu dengan Shah yang aku nak balik kampung. Sampai kat rumah Kak Ina, aku dapat sms dari Shah tanya aku kerja ke tak? Bila aku cakap aku kat kg , dia rupanya terlupa. Iyalah...sibuk sangat dgn kerja-kerja di Proton tu . 2 hari jer aku kat kampung.

Thursday, March 11, 2004

Camelia 1

Untuk Shah...




Dia, Camelia
Puisi dan pelita ku
Kau sejuk seperti titik embun membasahi daun jambu
Di pinggir kali yang bening
Sayap-sayap mu kecil lincah berkepak
Seperti burung camar
Terbang mencari tiang sampan
Tempat berpijak kaki dengan pasti
Mengharungi nasib mu
Mengikuti arus air berlari
Dia, Camelia
Engkau gadis itu
Yang selalu hadir dalam mimpi-mimpi ku
Disetiap tidur ku
Datang untuk hati yang kering dan sepi
Agar bersemi lagi
Hmmmm..... bersemi lagi
Kini datang mengisi hidup
Hulurkan mesra tangan mu
Bergetaran rasa jiwa ku
Menerima kurnia mu
Camelia oh oh Camelia

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin