Thursday, August 30, 2007

Syukur dalam Hiba


Alhamdulillah, syukur kak long selamat sampai di rumah petang semalam. Selama kira-kira 2 minggu terakhir ini, kak long terasa ada kelainan padanya tetapi kak long tak berbuat apa-apa cuma berharap ianya tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Allah telah menjanjikan dan ditakdirkan petang semalam peristiwa ini terjadi lagi. Sejak 8 tahun yang lepas, ianya pernah terjadi kepada kak long selama 2 kali dan ini adalah kali ke 3 dan tanpa ada tanda-tanda yang menyakinkan ianya terus tidak berbunyi, tidak bising-bising seperti sebelumnya.

Huhuhu, apa yang anda fikir kak long akan ceritakan hari ini? Cuba teka...dapat tak?? Hari ini parking lot depan blok ofis kosong...biasanya WNJ menjadi penyeri di situ ( cewahhh..ehehehe). Hari ini kak long menumpang orang untuk datang ke tempat kerja. Uwaaa mujurlahh adik ada di rumah dan pagi ini kak long minta jasa baiknya menghantar kak long ke ofis. Hiba arr bila tak ada transport nak datang kerja. Nak naik bas, jauh sangat sampai kena tukar banyak kali bas baru boleh sampai ke sini dan ambil masa yang panjang.

Kalau nak tahu, petang semalam kak long sampai ke rumah okey jer tapi 15 minit selepas itu, apabila kak long nak keluar semula dan beli sesuatu di kedai, kereta tak boleh nak dihidupkan!! uwaaaaaaaaaa apasal ek?? kak long agak2 mesti bateri kereta dah "kong". Syukur sebab tidak terjadi di tepi jalan atau lebih buruk lagi di tengah kesesakan jalanraya. Aduhai..bila adik nak tolong belikan bateri malam tadi, tak ada pulak yang sama version "55 ah" . Adus..mana kak long tahu bateri ni ada banyak version ek?? syahdu betul laa...dulu masa pakai Iswara, ada warningg alarm non stop bunyik , so masih sempat hantar ke pusat servis di kg baru tu. Kali ke 2 pun terjadi di rumah di Kesuma Lakes, tau2 jer pagi nak pergi pasar, kereta tak boleh nak hidup. Kali ini, dengan kereta WNJ ni, kali pertama setelah hampir 2 tahun, dia meragam. Dah sampai masa agaknya. Jangka hayat bateri kereta maksimum berapa lama hah?? Dari pengalaman lepas , jangkahayat bateri kereta kak long cuma antara 22 sehingga 24 bulan sahaja.
Iskk..iskkk petang ini pun ntah dapat atau sempat ke tidak beli bateri sebab adik kak long bawak Nurdini ke IJN utk medical check up selepas setahun dia menjalani prosedur kecil berkaitan jantungnya. Harap-harap medical checkup akan berakhir dengan lebih awal dan Nurdini sihat can ceria seperti selalu..walaupun kadang2 pening bila dengar dia non-stop menyanyi segala lagu yang dia dengar di radio dan tv...ehehehe sayang Dini, the sweet dan lovely rose among the thorns.

Petang ni, tunggu jer laa orang jemput...ehehe ntah pukul berapa..sabar jer laa . Esok tak jadilah balik kampung kalau kereta tak pulih lagi hari ini. Bila dah jadi macam ini, terasa perlunya seorang lelaki di samping ek...hhmmm bila fikir semula, kalau dah desperate, call jer trak tunda...ekekeke. errk!! cam mana nak call depa ek?? aiyokkk.

Wednesday, August 29, 2007

Tunggu yer...

Dear Management Team

We are pleased to announce that this year's Summit will be conducted in our very own Kuala Terengganu campus from the 2nd to 4th November 2007.

You are requested to pre-book these dates in your calendar. However, if you are unable to join us this year, an early notice with valid reason is much appreciated. This would then be subjected to the VC's approval.

Thank you.


Regards

*****
hrd



* Tengok email di atas ni..huhuhu...ni baru hujung bulan August, dah kena pre-book tarikh utk meeting di bulan November!! advanced sungguh laa HRD ni...ehehehe.Nasib baik dah 2 minggu selepas raya. Kalau tidak mahu juga mengadap VC..ihikss cam bagus jer kak long ni nak mintak excuse...ekekek takkan dapat punyerlaa nak escape dari meeting ni. Tahun-tahun sebelum ini,summit di adakan di hotel2 seperti di Genting, Fraser's Hill dan Port Dickson tetapi kali ini di kampus di Terengganu ajer..huhuhu jimat belanjawan ler ni sambil melawat2 kampus baru. Tak mengapalah, kalau ada masa terluang di antara banyak2 meeting/talk dalam masa 3 hari di sana, bolehlah jumpa rakan taulan yang berada di KT , InsyaAllah. Tak sabar pulak rasanya nak ke Terengganu..ihiks..

Tuesday, August 28, 2007

Tag Kenal Mengenali Kut...

Aduhai....dah 2 orang mengetag kak long..ehehe lepas ni tak ada apa yg rahsia la tentang kak long. Apa-apa pun kak long layan jugakla mana yg boleh.



5 benda dalam tas tangan kak long
1. Pen
2. hp
3. dompet
4. kunci rumah / ofis
5. tisu
Sebenarnya ada lebih dari sepuluh barang dalam tas tangan ..sarat beg.


5 benda dalam beg duit saya

1. Lesen memandu
2. Kad pengenalan
3. Duit kertas dan segala resit pembelian...eheheheh
4. Kad Bonuslink/kad realrewards
5. ING Insurance Medical Card/Kad klinik/blood type card



5 benda yang disukai dalam bilik saya

1. Katil ...eheheheh
2. Almari baju yang mesti penuh dengan baju ler takkan makanan..ahaks
3. Almari buku ( ada koleksi novel dan majalah,buku2 dan macam2 lagi )
4. TV..err jarang layan tv ni ...ehehehe sbb tk ada astro... layan tv kat ruang tamu
5. Bilik air /bilik mandi dlm bilik yang penuh toiletries...eheheheh



5 perkara yang saya nak lakukan

1. Kalau diizinkan Allah nak ke Mekah dengan mak
2. Nak tukar kereta jenis MPV...eheheheh cam ada ramai anak jer
3. Nak renovate rumah kalau ada rezeki
4. Nak pergi cuti2 setiap tahun kalau ada rezeki
5. Nak ada errrr...( apa korang fikir?? cuba jawab) ehehhe


5 perkara yang sedang dilakukan

1. kerja (kejap layan skrin keja ..kejap layan sini...eheheh)
2. layan tenet (sama mcm ryn dengan nizie hehe)
3. Dengar radio (bukan dari internet)
4. Sambil jawab teguran kawan di YM
5. Sambil perati ke luar bilik arah kaunter ..huhuhu kerja tetap.


Seperti biasa, tidak akan memforward tag ni sebab tahu ada yg malas nak layan...ehehehe.

p/s : takziah buat Shai kerana kehilangan ibu tercinta pagi ini. Kak long menerima sms beliau ketika menaip entri ini. Sabar yer Shai. Doakan kesejahteraan roh ibu ..semoga rohnya akan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Monday, August 27, 2007

Mudahkah memaafkan?


Memang bukan mudah untuk memaafkan orang yg telah melukakan hati
tetapi hanya dgn memberi kemaafan hati akan merasa lebih tenang.

Bersetujukah anda dengan ungkapan ini?apa pula kata anda?

Kak long mengaku kak long amat payah utk memaafkan seseorg yg telah melukakan
hati ini.walaupn skrg kemarahan telah reda namun semua peristiwa yg
menyakitkan hati masih kemas di dalam lipatan memori. Kemaafan adalah
dendam yang terindah?

Friday, August 24, 2007

Cerita balik kampung

Atas permintaan seorang rakan, kak long cuba jugak la cerita sikit2 pasal balik kampung ahad lepas sampai hari selasa. Sebenarnya tak ada apa yang menarik berlaku di sepanjang perjalanan kami sekeluarga ke kampung di Bagan Datoh . Kami sampai di rumah sepupu kak long pada jam 11.30 malam. Kak Ina tak ada di rumah kerana mengambil Iqa di Bandar Teluk Intan. Iqa balik bercuti dari Butterworth bas pukul 7 malam.

Dalam perjalanan kak long ada hantar msg ke shoutbox ...dan hari Isnin lepas ada hantar entri tajuk Aduh ...eheh sila baca entri tersebut di bawah...pasal kes kak long kena gigit semut dengan terseliuh tu.

Seronok sebenarnya bila travel balik kg dengan anak2 sedara di dalam kereta penuh dengan gelak tawa dan bising giler layan kerenah depa masa balik ke Kesuma Lakes. Masa pergi tak bising sebab depa semua tido...ehehehh kak long pun teringin nak tidor ..tapi tak pulak terlelap.heran betul...ahaks ..biasanya kalau org lain memandu, mesti tertidor. Perjalanan ke kampung tak ada yg menarik tapi dlm perjalanan balik best..

Selasa lepas, dalam perjalanan balik, kami singgah makan satay di Hentian Kinrara..eyeyeye adik belanja makan satay. Hari Isnin lepas birthday dia tapi tak ada sambutan pun ...eheheh kat kg , siap dia meracun rumput di sekeliling rumah lagi tu ...tak ada celebratepun. Patut kak long yang belanja ek?? eheheheh.

Nabil dengan Nurdini siap buat lawak lagi ..depa sibuk kata kereta belakang yang mengekor Naza Ria kami tu garang sebab lampu kereta tu memang nampak garang ..siap macam ada eyelid lagi tuh...huhuhu...memula tak percaya tapi bila kak long tengok..uikss betullaaaaaa...ekekek gelakk sakan kami.

Dah tu Nabil buat trivia merapu . Soalan dia " senaraikan 10 binatang yang bertanduk 2" ekekekke. Nampak mudah soalan ni kan?? cuba senaraikan ..berapa lama anda ambil masa utk dapatkan 10 nama binatang? ahahahahha. Jenuh jugak nak fikir jawapannya tau..ehehe cuba laa. Nurdini yang tak tahu apa pun menyampuk ..siap ada keluar perkataan "batman" , "cicakman" ekekekek..kelako giler budak2 tu. Nasyirat pulak menyampuk sikit2 jer sebab dia demam..eheheh 3 hari di kampung, dia demam..sampailah hari ni tak baik sangat lagi tu.

Akhirnya adik kak long hantar kak long dgn mak ke rumah kak long tepat pukul 9:30 malam, itupun selepas singgah di klinik ambik ubat utk Nasyirat dengan Nu'aim.

Itu ajer la rasanya cerita balik kampung...Isnin kak long update dengan gambo ek..eehhe InsyaAllah.

Thursday, August 23, 2007

Berat sangat ke?


Kak Long terima satu offline message di IM mengadu berat sangat blog kak long ni sebab lama sangat nak terbukak....eheheheh. Aduhai...kak long selalu juga terkena bila pergi blog kawan2..ada yg berat sebab server yg slow kut...Apa-apapun bila kak long tak sibuk sgt, kak long cuba la nak buang "lemak-lemak" di blog ni supaya tak berat. Pendapat anda semua amat kak long hargai.


Wednesday, August 22, 2007

Tak Habis lagi..


Masih tak habis lagi sibuknya.Hari ini sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh selama 2 hari. Masa cuti pun masih ambil tahu hal2 berkaitan dengan kerja...huhuhu..dari masuk kerja pukul 11 sehinggalah sekarang ini baru ada masa nak tengok blog...Apapun kerja memang tak pernah habiskan?? layan jerlaaa...

Monday, August 20, 2007

Aduh...

Semalam kaki dah kena gigit dek semut ipoh.2 kali dia sengat mak ai
bisa boleh tahan.sampai hari ni bengkak lagi.ptg tadi masa sapu daun2
kering tmasuk lekuk tanah x rata,aduh tseliuh sikit.apa2pun terima
kasih sudi singgah ke sini.salam kenal buat mereka yg pertama kali ke
simfoni hati.Tataa..

Saturday, August 18, 2007

Lagi-lagi pasal Kak Long...

Sejak rehat dari dunia blog selama 4 hari ( macam lama beno ek..ekekkeke). Kak Long dah berhutang 1 tag dari Roshatika Nasib baik ingat sebelum away lagi ..baiklah kak long buat. Apa tag yang Ros mintak kak long buat ek?? adehh boleh lupa pulak detailsnya ...japp..jap pi jenguk blog ros kejap ...eekkekeke boleh ek..tungguuuuu.
Haaaa..dapat dah( selepas 1 minit lebih sikit pi jengah blog Ros.eheheh. 8 perkara mengenai kak long!! selain dari apa yang semua dah baca kat profil kak long di blog ni..apa lagi laa 8 perkara tentang kak long ni hah?? kejap ek...fikir kejap...errr okey, kita fikir sambil menaiplaa, cepat sikit..ihiks.



Perkara 1 :

Kak long adalah orang pertama dikalangan sepupu2 dan adik beradik yang dapat jejak kaki ke Menara Gading. Itu yang kak long tahulah,kalau sepupu sepapat, sedara bau2 bacang tu tak kira laa sebab kak long tak kenal...ehehehhe. Alhamdulillah, ingat lagi mak dengan akak sepupu yang bekerja di Sungai Way, Selangor hantar kak long ke Sekolah atas bukit di seksyen 2 , Shah Alam tu naik bas jer.dengan mengangkut beg yang sederhana beratnya...orang susah masa tu , mana ada kereta lagi. Bantal utk dok asrama pn beli kat asrama tu. Huuhuhu sebak bila ingat kisah lama.


Perkara 2:

Amatlah phobia dan geli geleman dengan ulor..eheheh ada yang tak faham ke ni apa ulor tu ?? ular laa !! Kak long very the takut dengan ular. Kalau ada yang sua ular plastik pun ke kak long ,mahu demam seminggu kut ...huhuhu tolongg jangan buat gitu kat kak long yer..saper buat kak long sumpah!! ahaks .


Perkara 3:

Selain dari ular, binatang lain yang paling kak long geli tengok dan nak pegang ialah anak kucing yang baru lahir tu termasuklah tikus sekali ...huaaaaa , kak long pernah jatuh tangga ( rumah kampung) dek kerana geli dengan anak kucing baru lahir ( yang masih tak celik mata) di suakan ke muka kak long oleh makcik kak long di kampung..huhuhu mujur tak patah riuk kaki tangan sebab jatuh tangga...eheheh. Alhamdulillah dapat korang baca cerita ni lagi ...Cacing, lipas no problem..eheheh belagak kejap.


Perkara 4:

Sejak form 4 dah hidup berdikari dengan mak saja sebab abah meninggal dunia semasa kak long tunggu keputusan peperiksaan SRP masa form 3. Sebab tu kak long memang rapat dengan mak macam kawan . Adik pulak form 1 dah "away" di asrama( kak long form 6 masa tu )..eheheh manja laa dengan mak lebih sikit.


Perkara 5:

Kak Long ni pendiam dengan orang yang kak long belum berapa kenal. Tapi kalau kat cyber ni lain pulak ek..peramah jer (perasan jap...ekekekek). Kalau dengan jiran2 yang jauh tu kak long senyum jer ...jangan orang kata sombong pulak ek..ehehehe.


Perkara 6:

Selalu merendah diri, tak suka demand!! tak percaya?? kak long baru dapat "reserved parking lot" sedangkan orang lain dah berkurun2 dapat ...ehehhe sebab apa?? sebab kak long tak suka nak bising2. Kalau orang bagi, kak long terima, kalau tak ada, diam jerlah. Begitu juga dengan akses panggilan telefon keluar kawasan. Oleh kerana sekarang kak long kena sentiasa berhubung dengan staff di Kuala Trengganu, maka kak long terpaksalah minta logistic and maintenance dept upgrade access code...huhuhu sebelum ini, kak long buat panggilan ke handset budak2 di Tganu tu ..ehehehehe. Officer yang jaga pasal telefon ni cakap, "kenapa ko tak mintak access ni sebab ko kan ke head of dept"...ehehehhe kak long jawab, " tak ada keperluan". heheheh korang jgn marah ek..kak long masuk lif, tekan butang ke atas dengan sendirinya ini...ahaks.


Perkara 7:

Rimas apabila berada di kalangan mereka yang merokok. Huhuhu, tolong...aku lemas. Di larang merokok di depan, belakang, kiri dan kanan kak long okey...terima kasih.



Perkara 8:

Suka membaca tetapi amatlah jarang dapat membaca walaupun dikelilingi buku2 dari setebal setengah inci ke lima inci . Sebab apa?? sebab dah malas tengok buku kut...ehehehe kecuali novel..kak long akan cuba habiskan dalam masa 1-2 hari ..ehehe sampai pukul 3 pagi pun boleh membaca lagi tu ..ehehehe .



Uikss...habis dah?? berjaya jugak selesaikan tugasan yang Ros berikan. Ikutkan kak long kena tag 8 orang yang lain, tapi kak long rasa cukup sampai disini yer sayang!!.


Friday, August 17, 2007

Welcome back ...

Huhuhu...welcome back to me. Sampai bila?? tak tahulah. Ada jugak yang mencari2 di mana kak long yer. Merak, sayda, Hairie, Rick, Kak Jie, Noushy, banji, redo1, Jaja,Ziela, Arinna,Noamie,EncikFarmasi, Roshatika dan yang lain2 , terima kasih kerana sudi singgah ke blog kak long walaupun kak long tak ziarah blog anda semua.

Kadangkala kita merasa kita perlu berada jauh dari semua yang ada untuk mengembalikan semangat yang kejap ada , kejap tak ada. Hairie kata kak long merajuk ke? eheheh merajuk dah tua2 ni tak ada yg pujukpun...kak long menyibukkan diri dengan kerja lebih baik...huhuhu. Adehh..kerja oh kerja...memang tak akan habis !! away dulu yer ..ihiks sayang semua.


Thursday, August 09, 2007

Keputusan Yang Wajar

Keputusan kak long untuk tidak menyertai perjumpaan dengan kawan-kawan semasa di U, kak long rasa adalah yang terbaik buat ketika ini. Kelmarin sebaik sahaja kak long sampai di rumah selepas waktu kerja kira-kira jam 9, mak kak long dah terbaring di atas sofa, kelihatan tidak sihat. Rupanya mak demam, sakit2 badan dan sakit gigi jugak..alahaii.

Kak Long rasa tak sampai hati nak tinggalkan mak seorang diri di rumah semalam menyebabkan kak long mengambil cuti kecemasan. Kak Long ajak mak pergi klinik, mak kata tak payahlah , demam salah urat, apa yg doktor tu boleh buat...adehh dah mak cakap macam itu, kak long diam ajelah. Kebetulan adik ipar kak long baru beransur sembuh dari demam dan sakit mata (anak-anak2 dia pn sakit mata kecuali yang sulung). Pagi semalam dia pergi berurut di Rinching Hulu, dan kak long suruh mak ikut sekali. Kak Long jaga baby Nu'aim dan Nasyirat. Nurdini ikut mama dgn Opah.

Siapa kata senang jadi suri rumah wehh??? Dalam masa 2 jam lebih kak long di rumah dengan Nu'aim dan Nasyirat, aduhaii....kelam kabut di buatnya . Kak Long tukar lampin Nu'aim, letak di dalam 'walker" dan kak long masak nasi dan tumis sotong utk lunch si Nabil. Sementara tu mintak tolong nasyirat tengok2kan adik dia ..bukan ajer dia tengok siap dia buat "walker" adik dia macam "merry go round" tapi nu'aim tu suka la pulak...eheheh kak long tengok jer sambil sidai kain kat luar.

Sampai masa Nasyirat nak ke sekolah, baju semua dah siap ada kat luar almari, so terjerit2 la kak long suruh dia tukar baju sebab dia dok leka tengok kartun. Dah dia siap, dia tanya " tak ada bekal utk rehat ke mak long?" alamak...iskkk apasal boleh lupa ni..kak long kata guna jer la duit belanja yang Opah bagi pagi tadi. Lepas tu dia tanya, bekas air mana?? eheheheh adehhhh...mak long dia kelam kabut baru teringat nak isi bekas air yang dia guna masa pergi KAFA.

Nasyirat selamat pergi ke sekolah, Nabil pulak balik dari sekolah, kak long tengok dia sorong basikal, rupanya basikal dia tumbang dan rantai lucut, kesian dia jalan kaki panas2 tu sorong basikal. Lepas tukar baju, dia sibuk nak betulkan rantai dan kak long tolong dia tapi cam tikus baikkan labu jer ...ehehehhe.

Akhirnya kak long kata, biarlah Abah nabil jer betulkan malam ni, dan dia pun angguk dengan muka tak puas hati...iskk basikal ada gear ni bukan macam basikal kita kat kampung dulu2 tu. Ssudah mak kembali dari berurut, mak kata apasal donat yg beli tadi tak bagi kat nasyirat? Kak Long tepuk dahi...Ya Allah...kelam kabut dengan aim menangis tu semua sampai lupa ada donat utk bekal nasyirat....eheheh tabik sping betul kat mak yang hari2 lebih 9 jam jaga 4 orang cucu dan kadang2 tu sempat masak lagi...aduhaii betapa sayang Opah kepada cucu2nya mengatasi kesakitan yang di rasai.

Mak Kak Long masih tak berapa sihat walaupun selepas berurut semalam, jadi pagi tadi kak long hantar mak sekali lagi berurut dan harap2 urat2 mak yang bengkak tu dah beransur pulih.

Jadi kak long rasa adalah lebih afdal jika kak long tinggal di rumah hujung minggu ini temankan mak , kalau mak dah sihat, mungkin akan balik ke kampung atau sambil cuci mata di Nilai 3...ehehehe kalau ada yg berkenan boleh dibeli. Kalau mak masih belum sihat, biarlah kami berehat saja di rumah.

Tuesday, August 07, 2007

Alasan...

Kenapa agaknya kadangkala kita cuba mengelak dari bertemu rakan-rakan lama(semasa belajar). Entahlah kak long rasa tak kuasa nak jumpa dengan orang apatah lagi bila kak long kena travel! Kalau orang datang ke rumah sembang kejap2 tak mengapa tapi kak long tak suka sungguh pergi ke rumah orang lain. Tak ada mood langsung nak sembang-sembang, gossip-gossip dengan kawan-kawan ( kalau dah bermalam mestilah ada gossip2 kan!!) iskk...banyak kali dah bagi alasan tak nak pergi gathering...biarlah orang kata kak long sombong ..tapi kak long rasa bukan sombong kut...ehehe sebab kalau jumpa memang akan tegur cuma malas nak jalan-jalan2 sekadar nak tengok rumah baru orang...jauh pulak tu ...ya ampunn...tak kuasa sungguh laaaaa. Malas !!! dah rancang nak shopping dengan mak ..so kawan boleh tunggu ...ihikss..jahatnya aku...korang mesti marah kak long kan?? kan?? eheheh kak long ni suka buat hal sendiri laa ..cam mana ek!!

Nota buat kak Gee,kak Chah,Wan dan tuan rumah Ha..maaf tak dapat pergi...jgn marah ek!!Lain kali Zu singgah ke sana, InsyaAllah.Hehhehe depa mana tahu blog ni wujud!!

Monday, August 06, 2007

Busy...


Sorry guys and gals..no updates today!! Keeps smiling okey ...

Thursday, August 02, 2007

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki


Hari ini kak long sekadar mahu berkongsi cerita di bawah ini yang kak long petik dari ruangan Dicelah-celah kehidupan di surat kabar Mingguan Malaysia. Ini adalah cerita seorang wanita yang kecewa tetapi telah berbahagia dengan hidupnya sekarang.

``Katanya dia mempunyai banyak pengalaman pahit semata-mata kerana ingin memenuhi hasratnya berkahwin dan mempunyai anak seperti yang dikehendaki oleh ibunya. Tetapi hasrat saya tidak kesampaian.

``Kira-kira 25 tahun lalu memang sukar mencara suami setaraf, begitu juga zaman ini. Malah zaman ini lebih teruk lagi. Yang lulus U tak semestinya dapat suami yang sama-sama lulus U. Nasib baik kalau dapat lulusan diploma, jadi kalau setakat ada kerja tetap itu sudah memadailah. Begitulah dengan nasib saya.

``Setelah sekian lama mencari saya masih gagal, akhirnya bertemu seorang lelaki lulusan diploma bekerja dengan swasta. Persahabatan kami mulanya berjalan baik, tapi selepas tiga bulan saya dapat tahu dia bukanlah lulusan diploma seperti didakwa, cuma SPM tapi saya tak kisah asalkan bertanggungjawab.

``Tapi yang tak menariknya dia mula meminjam wang saya, mulalah menceritakan masalah hidupnya yang susah, mula-mula dia kata ibunya sakit di kampung, dia perlukan duit untuk membayar bil hospital. Waktu itu RM3,000 cukup banyak pada saya, tetapi memikirkan adik-beradiknya pun susah, tak ada seorang pun kerja kerajaan maka dia dipertanggungjawabkan untuk menolong ibunya.

``Saya puji sikapnya yang prihatin terhadap ibunya, jadi saya pun bantu. Saya pergi melihat ibunya di hospital bukan tak percaya, tetapi nak tunjuk muka dan bersimpati. Lepas enam bulan adiknya pula hendak berkahwin, sekali lagi dia minta bantuan, saya nak pinjam RM2,000 untuk bantu ibunya, hati saya mula berdetik, berapa banyak lagi saya kena bantu dia ni. Tetapi memikirkan perhubungan kami sudah lebih setahun dan kami pun sudah berjanji untuk berkahwin, maka saya pun bantu.

``Saya pergi ke majlis kahwin adiknya, memang meriah. Besar majlis perkahwinan yang dibuat. Langsung tidak menunjukkan mereka kurang wang dan buat kenduri kecil-kecilan seperti dakwaan kawan saya bahawa keluarganya tak berduit.

``Saya juga dapat tahu bukan semua adik-beradiknya tak berduit, ada yang lulusan U dan berjawatan tinggi. Tiga orang abang termasuk adik perempuannya sudah bekerja ada dengan swasta dan seorang pegawai kerajaan.

``Jadi tidak benarlah dakwaannya bahawa adik-adiknya masih bersekolah dan belum bekerja. Sepatutnya pegawai kerajaan itu boleh masukkan ibunya dulu ke hospital kerajaan, dan tidak sepatutnya dia seorang sahaja tanggung bil hospital.

``Saya juga melihat hubungan adik-beradiknya cukup erat, bekerjasama dan saling membantu terutama menguruskan perkahwinan adik perempuannya. Hati saya mula curiga memikirkan apakah benar dakwaan kawan saya ini bahawa adik-beradiknya tak berduit. Patutlah dia tidak menggalakkan saya hadir di majlis perkahwinan adiknya. Namun semua kecurigaan itu saya padamkan, mungkin benar dakwaannya, kerana dia lebih mengetahui. Saya cuma melihat luarannya sahaja.

``Setelah dua tahun berkawan janjinya kami akan berkahwin masih kabur, malah mula mengelak bila ditanya pasal kahwin. Selang dua tahun seorang lagi adiknya kahwin, kami masih tak kahwin lagi. Kerana umur saya sudah meningkat saya pun mendesak supaya perkahwinan kami disegerakan.

``Dipendek kan cerita kerana didesak dia tinggalkan saya tanpa membayar hutangnya termasuklah baki bil hospital emaknya RM2,000, kahwin adiknya RM2,000, hutang kad kredit, dan lain-lain berjumlah lebih enam ribu.

``Saya memang frust menonggeng bila ditinggalkan, tapi semuanya saya telan kerana itu kesilapan saya sendiri mudah percaya pujuk rayu dan pembohongan orang. Dah tahu ditipu tapi masih percaya dengan orang yang suka berbohong.

``Alasan kuat dia tinggalkan saya konon emaknya tak restui perkahwinan kami, kerana ada calon lain. Tetapi setahun kemudian dia kahwin dengan gadis yang bukan pilihan ibunya. Dia burukkan ibu kerana tidak mahu saya jadi menantu.

``Kerana simpati dengan nasib saya, setahun kemudian kawan-kawan kenalkan saya dengan seorang jejaka, kata mereka baik. Walaupun mulanya saya tak suka, tetapi kerana pujukan emak, tak semua lelaki jahat dan suka menipu, hati saya lembut dan terbuka untuk menerimanya.

``Tetapi apa yang membuatkan pintu hati saya terus terkunci selepas enam bulan kami berkawan ialah, jejaka ini anak emak, semua mesti mendapat restu emak, nak keluar makan tengah hari pun kena tanya emak. Apa lagi nak keluar malam, nak berjalan-jalan dan sebagainya, semuanya dia mesti bincang dengan emaknya.

``Pada mulanya selepas enam bulan berkahwan dan saya dibawa bertemu dengan emaknya saya kira jejaka ini memang sesuai dengan jiwa saya, bertanggungjawab terhadap keluarga, rajin sembahyang dan baik, rupanya dia ni ada banyak syarat yang terpaksa saya penuhi kalau kami berkahwin.

``Antara syarat yang melemahkan hati saya, lepas kahwin saya mesti duduk di rumahnya bersama tiga orang adik-beradiknya, tak boleh pindah ke rumah sendiri. Sebab sebagai anak sulung dia terpaksa membantu ibunya menguruskan keluarga selepas ayahnya meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

``Katanya ibunya melatih dia bertanggungjawab dan mesti menguruskan adik- beradiknya sehingga semuanya habis belajar dan bekerja. Kerana itu saya tidak boleh pindah. Setelah saya congak saya kira terpaksa duduk bersama keluarganya lebih 10 tahun sebelum boleh memiliki rumah sendiri itu pun kalau diizinkan, mesti membantunya dalam susah dan senang, maka hasrat saya untuk berkahwin dengannya jadi pudar. Bukan kedekut tetapi apalah gunanya. Dan saya bimbang saya tidak dapat memenuhi syarat-sayarat jadi menantu pilihan ibunya.

``Banyak lagi syaratnya yang lain yang tak perlu saya ceritakan satu persatu, walaupun kecil, tetapi merimaskan, dan saya tak mahu saya kesal kemudian hari. Jadi saya padamkan hasrat untuk berkahwin dengan jejaka anak emak ini. Ketika itu usia saya sudah menjangkau hampir 30 tahun. Saya kira syarat ini mungkin merupakan cara terbaik ibunya menolak saya menjadi menantunya. Walaupun dinafikan oleh jejaka ini. Kami berpisah dengan baik.

``Dua tahun kemudian melalui kawan saya berkenalan dengan duda anak dua. Ketika diri dimakan usia duda bukan masalah asalkan bersetuju di hati dan ada sifat bertanggungjawab itu yang paling inginkan kepada calon suami saya.

``Tetapi sayangnya duda ini masih sayangkan isteri dan anak-anaknya. Dia mungkin mahu menjadikan saya sebagai alat untuk memenangi hati isterinya kembali. Itulah kesimpulan yang boleh saya buat terhadap duda itu. Salah satu contoh, setiap kali kami keluar makan dia akan telefon anak-anaknya dan memberitahu di mana dia berada, dengan siapa dan makan apa.

``Memang bukan hak saya sekat niat baiknya bertanggungjawab pada anak-anak, tetapi caranya tidak kena, dia menyakitkan hati saya. Setiap kali dia telefon anaknya dia akan kirim salam pada bekas isterinya yang masih belum kahwin tu.

``Mereka sudah bercerai lebih 2 tahun, bekas isteri dan anak-anaknya tetap tinggal di rumah lama mereka, cuma duda ini sahaja yang terpaksa pindah ke apartment tinggal menyewa rumah bersama kawan-kawannya bujangnya.

``Mulanya saya tidak sedar sikap duda ini masih sayangkan bekas isterinya, tetapi setelah hampir setahun berkawan, sikapnya menjadi semakin jelas. Saya tak marah kalau dia bawa anak-anaknya makan bersama kami. Tetapi anak-anaknya jarang mahu ikut kalau saya bersama kecuali kalau ada hajatnya.

``Saya dapat rasakan anak-anaknya tidak sukakan saya, bukan sahaja mereka tidak mahu berbual malah saya tanya pun mereka tidak mahu jawab. Mereka hanya berbual dengan ayahnya saja, mereka anggap saya tidak ada di hadapan mereka. Jadi apa gunanya kami berkawan. Saya bukan rampas ayah mereka.

``Saya juga ada maruah, saya bukan mahu memisahkan hubungan mereka anak beranak, itu tanggungjawab seorang ayah. Tetapi sikap duda ini yang langsung tidak menegur kesombongan dan keangkuhan anak-anaknya, saya rasa di sini letakkan kesalahan besar yang duda ini telah lakukan.

``Kalau belum kahwin lagi ayahnya tidak berani menegur sikap anak-anaknya, apa lagi kalau kami berkahwin nanti, tentu dia lebih tidak berani. Anak-anaknya sudah darjah lima dan tingkatan satu bukan masih kanak-kanak kecil lagi. Mereka patut dilentur sejak dari rebung bukan setelah menjadi buluh.

``Namun saya sedar duda ini berbuat demikian supaya anak-anaknya cemburu dan memujuk ibu mereka supaya mereka berkahwin semula. Duda ini menggunakan anak-anaknya untuk memikat isterinya kembali.

``Setelah dikaji jelas duda ini masih tergila-gilakan isterinya setelah dia menyedari kesalahan yang pernah dilakukannya suka memikat gadis untuk berpoya-poya dulu. Jadi apa gunanya saya berkahwin dengan lelaki seperti ini. Dia pun sering kesempitan wang untuk memberi nafkah kepada anak-anaknya. Sering minta bantuan saya. Jadi saya tak mahu seksa diri saya untuk kesenangannya.’’ Demikian cerita Normaria yang telah bertekat tidak mahu berkahwin jika untuk menyusahkan diri sahaja.

Katanya jika ada rezeki lebih, dia dahulukan ibunya. Kini dia banyak habiskan masa melancong setelah mengerjakan haji dan umrah. Dia mahu ibunya bahagia dengan cara hidup yang dipilihnya, tetap bahagia tanpa berkahwin. Dan ibunya merestui setelah mengikuti banyak masalah yang ditempuhinya.

Kini dia memelihara seorang anak yatim berusia empat tahun, dia akan mendidiknya sambil berharap anak ini menjadi temannya bila dia tua kelak. Falsafah Normaria dia tidak mahu membazirkan wang kepada lelaki yang belum tentu boleh membahagiakan dirinya. Katanya kalau dia tersalah langkah dahulu, dia mungkin mengalami nasib sama seperti yang dilalui oleh Farawahidah dan Elyana.

Dia tidak kesal digelar andartu asalkan tahu apa yang ingin dicapainya dalam hidup ini, malah dia bahagia tanpa suami.

Sedikit sebanyak kisah di atas lebih kurang seperti yang kak long hadapi cuma berbeza jalan peristiwa yang di alamai dan mak kak long tidak pernah mendesak seperti ibu di dalam kisah ini. Juga tidak sebanyak itu duit dilaburkan cuma masa yang banyak terbuang begitu sahaja di dalam menanti sebuah jawaban. Kekesalan yang kini menjadi tembok di sekeliling diri...Igauan masa lampau menjadi peringatan yang tidak mungkin akan terhakis.
Biarlah kita dicintai kerana diri kita dan bukannya wang ringgit yang ditaburkan.

*Bahagia ada di mana-mana asalkan kita tahu bagaimana mengurus dan mencarinya dengan hati terbuka.

Wednesday, August 01, 2007

Di Sebalik cerita Senyum itu...


Apabila kak long membaca entri di blog noushy tentang senyuman, kak long teringat satu peristiwa petang semalam ketika kak long hendak balik dari tempat kerja.


Ketika kak long di dalam kereta dan mula bergerak dari tempat meletakkan kereta, ramai pelajar sedang melintas jalan dan kak long pun memberi laluan kepada mereka. Ketika itu juga, ada seorang staff dari science lab menghampiri laluan pejalan kaki, kak longpun dengan rela hati senyum pada dia ..aduh malang sungguh, dia buat tak tahu jer. Muka masam mencuka, termalu kak long bila dia buat macam itu. Agaknya dia tak nampak kut yang kak long senyum pada dia..mungkin dia fikir kak long senyum dengan tembok ...ehehehe. Nak kata tak kisah tak boleh juga, telah banyak berlaku kes semacam ini. Mungkin kali ini kak long di dalam kereta dan dia tak perasan walaupun tinted cermin kereta taklah segelap mana...ehehehe.


Di sini, ramai staff dari pelbagai kaum, tetapi yang buat rasa terkilan itu, bila ada muka-muka baru (orang melayu) di uni ini yang seperti buat endah tak endah apabila bertembung dengan staff lain. Bukannya ramai sangatpun bumiputra di sini tetapi mereka-mereka ini kak long tak fahamlah!! sekurang-kurangnya bila orang dah senyum tu , walaupun tak kenal, balaslah senyuman itu...bukannya kena bayarpun. Bukan kak long seorang yang perasan akan hal ini tetapi kawan kak long di satu jabatan juga merasakan begitu. Kalau dulu, kami kenal setiap staff , terutama yang ramah, tetapi ini,, setakat kenal nama pun ada sebab kak long akan register nama staff-staff baru di dalam system library.Rasa kelakar pun ada sebab kadang2 itu, bila ada yang dah resign pun kak long tak perasan . Memang mustahil utk mengenali semua 300 lebih staff yang ada tetapi beberapa kerat orang melayu yang ada pun tak nak buka mulut ataupun sekurang-kurangnya secebis senyuman...apa nak dikata lagi yer tak?? bukan boleh diajar dan dipaksa.

Orang-orang yang macam ini biasanya tidak akan bertahan lama di sini. Kak Long dah 15 tahun di sini, hampir 16 tahun dan kak long perhatikan, kalau seorang staff itu tidak "give and take", datang kerja pukul 9, balik pukul 6, tak boleh langsung kalau kena stay back sikitpun , mulalah membebel..risau resah gelisah...hmm memang tak akan lamalah dia di sesuatu organisasi.

Dari pengalaman kak long , kita tidak boleh berkira sangat dengan waktu kerja kita kerana kita tidak akan rasa gembira dengan apa yang kita lakukan. Kalau ada kerja yang memerlukan kita balik lewat sedikit, teruskanlah kalau tidak ada apa-apa urusan penting lain kerana kerja kita itu juga penting. Janganlah bila nampak sahaja jarum jam pukul 6, berdesupp hilang dari pejabat, tinggalkan kawan-kawan yang sedang meneruskan kerja. Kak Long kalau dapat staff yang macam ini, memang makan hatilah!! Hilang rasa respek dan kak long akan rasa tak selesa nak tolak ansur dengan orang yang seperti ini.

Jangan lupa utk senyum kepada bos anda, rakan-rakan sepejabat atau sebangunan ataupun sekampus dengan anda hari ini dan hari-hari seterusnya. Senyuman anda itu mungkin adalah senyuman yang pertama di terima oleh mereka hari ini.

Banyak lagi isu-isu di pejabat ataupun organisasi yang boleh diperkatakan..apa kata anda?? boleh kita berkongsi cerita.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin