Monday, February 27, 2006

MondaYy BlueS !!

Hari ini datang awal sebab tak cukup staff.2 orang off duty sebab kerja weekend. Adehh..harap-harap Wendy datang , kalau tidak kena stay back sampai pukul 8.

Semalam dapat sms dari Ainil kata Library System and Internet Down. Pagi ini, tengok SQL server dengan semua in house system down!! Aiseyyy kena la buat semua operasi dalam manual. Satu hal la pulak budak-budak ofis nak kena key in semula bila system dah ok nanti..bila?? tak ada pulak budak2 IT cakap bila server akan okey. At least internet connection dah okey.

Week end tak kerja tapi boring ...sebab belum gaji...ehehehe. Itu yang malas sangat nak keluar jenjalan. Sabtu pergi pasar . Lepas tu singgah ke supermarket beli barang keperluan dapur.

Lalalallala..bosan-bosan...ehehehe.


Wednesday, February 22, 2006

Tangan Ibu

PERASAAN SEDIH AKAN TIMBUL APABILA MENGENANGKAN IBU KITA SENDIRI
Assalamu'alaikum,Sekadar untuk berkongsi cerita yang indah ini, dan juga saling mengingati akan pengorbanan ibu kita utk kita...



Kepada yang masih ada ibu...
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belahbersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikiankami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yangcantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,

Seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untukmembantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan ter bayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memilikikeindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban , segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...With Love to All Mother
" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu....
kami lah hamba yang mengharap belas darimu ... "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa . . . . ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Tuesday, February 21, 2006

Nasrul Nabil & Nur Dini


Nabil & Dini latest photo

Hari yang Suram

Semalam off day ...so berehat jer kat rumah. Selepas zohor ..henfon berbunyi, tengok no yang tertera nombor fixed line ..mesti ofis kawan. Tak ramai yg tahu no tel maxis.
Bila di jawab , terdengar suara aida yg sedih...menangis . Iskk apasal lak ni?
Bila di tanya , dia kata Fizzi..kawan chatter yg tinggal di Singapore meninggal dunia 1pm semalam..20 Feb 2006 kerana terlibat dalam kemalangan.

Terkejut ...baru beberapa minggu yang lepas semasa terjumpa di room KA ...bergurau-gurau dengan dia dengan kengkawan lain..tetiba dapat berita dia dah tak ada . Allah lebih menyayangi beliau. Semoga arwah di cucuri rahmat Allah swt dan di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Amin.

Fizzi...masih ternampak-nampak dia dengan ikon melompat di katil yang menjadi pilihan dia setiap kali masuk KA . Semua itu terpahat di dalam kenangan memori di KA ...

Selepas dapat news pasal Fizzi...posmen pulak sampaikan 2 surat saman ..orang kata saman ekor ...ada ke bulan 11 ...bulan feb baru dapat ..siap lagi kena tempat yg sama pada januari 2006. Aiseyy....melayang la Rm300. Bukan laju pun....80+ jer ...area tu kalau bawak 60 cam tak berjalan jer kereta ...pelik betul depa ni buat perangkap . ...pagi tadi try bawak 60km/j ..mak ai....cam treler balak naik bukit jer lambatnya .

Apa-apapun...adik kata jangan bayar, tapi tengok kat tv tu ..iskk iskk...

Sunday, February 19, 2006

Ahad yang blur ..tapi ceria ...eheheheh

adeh..lama tak update blog ni . Giliran keja hari ni ..so ada masa terluang sikit . Biasanya keja 2 org ...sorang staff dah resign ..sementara tunggu staff baru , keje la sorang2.

Last week kita dapat handphone 3G. Hadiah dari celcom yg pernah buat promosi di UCSI. Kebetulan masa kita beli reload card ..ada cabutan ala-ala fear factor ...eheheh kena buat cabutan bertuah dalam balang penuh dgn ulat ...ehehehe kita no problem dgn ulat..jgn ular sudah....huwaaaa ..geli ...ehehehe. Alhamdulillah. Dapat 2 kali cuba ..sekali dapat note pad Xpax..sekali lagi dapat henpon tu ..ehehe abis satu campus tahu pasal tu .

Tapi buat masa ni lum sempat lagi try henpon tu... sebab bila balik..anak-anak sedara ada kat rumah ...kang kita bukak kotak..habis semua serbu....ehehehe...
Next week la kut mula guna gantikan henpon siemen yg dah mula buat hal tu ...

Hari ni ramai lak students datang ke library...bila duty berdua tak ada lak orang ...ironi betul ...

Rasa penat jer minggu ni ...sbb keje pagi..kalau keje malam...tak yah tempuh jem pagi kat plaza phoenix...alalalalal...jumpa lagi ...

Thursday, February 09, 2006

Pemandangan di Kampung


Ini lah pemandangan waktu petang di hadapan rumah Ju kat kampung pada Februari 1,2006.Gambar ini di ambil dari atas titi. Satu lagi gambar yang ada gambar rumah Ju di kampung yang kian usang tak dapat nak di "post" kat sini . MMS ada masalah pulak. Masa ni tengah demam dan batuk yang teruk tapi dah petang bosan dok dlm rumah..duduk la tepi titi...ehehehe...Titi yang boleh nampak tu titi rumah pakcik Sohod.

Hari Asyura : Fadhilat-fadhilatnya

السلام عليکم ورحمة الله وبرک



14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari
Asyura (10 Muharram, bersamaan Khamis, 9 Februari 2006)


1. Melapangkan masa / belanja anak , suami &
isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya
pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam
kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman
dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon
pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak
berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari
Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan
pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji,
seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka.


Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan
Kepada Yang Lain-Lain.




LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin