Posts

Showing posts from June, 2005

Perpisahan Terasing

Perpisahan itu selalu terjadi Kepada insan yang bercinta Sungguh sedihnya rasa Apabila ianya terjadi Perpisahan bermula dari dua hati Yang kehendaknya tak dituruti Ataupun manusia Yang berperasaan benci Sebuah cinta dan harapan Menjadi debu berterbangan Tersekat nafasku kabur pandangan mataku Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya Oh oh... mengapa terus mengharap menanti Walau cukup kusedari dia takkan kembali Rintangan dari orang yang tak sudi Menerima cinta dari hati ini Menarik diri dan pergi Membawa serpihan hati yang sepi Perpisahan itu sungguh menyedihkan Tapi semuanya di tangan takdir Kita dikatakan pasangan bahagia Oh... kini terasing luka Oh... kini terasing luka Perpisahan mengasing kita

Pertemuan Keluarga

Abah Hari Sabtu minggu lepas 12 June 2005, Ju, mak dgn adik pergi ke rumah Wak Ali di Felda Purun, Pahang. Ju ingat lagi masa arwah Wak Ali berpindah ke sana, Ju kecik lagi. Setelah beberapa puluh tahun, baru minggu lepas kami sampai ke sana. Itupun pasal ada majlis perkahwinan Zura, anak ketiga Wak Ali dgn Wak Asiah. Sebelum ni majlis Razak dengan Liza kami tak berkesempatan pergi. Semua adik-beradik abah ada. Pakcik Jen, Makcik Enon, Wak Sariah kecuali makcik Munah di Batu Gajah dan makcik Diah di Lunas, Kedah. Mak Cik Diah membawa diri ke sana sejak pakcik Din buat hal. Kesian makcik . Sanggup pindah ke Kedah sebab nak ikut Mamat, anak sulung..last-last menantu yang disayang buat hal. Dengar khabar makcik dah pindah rumah lain . Nasib baik Emi dgn Andung ada . Budak-budak berdua tu la yang sara Makcik Diah. Semua sepupu dari Seremban dengan Ipoh ada sama. Depa dah sampai malam sebelum tu. Ikutkan hati tak nak pergi sebab dah terasa mesti Wak Sariah akan ungkit soal kenapa tak kahwin

Ku sandar impian

Jika dia bukan jodohku.. Jauhkanlah dia dariku Tetapi.. Jangan Engkau biarkan kesedihan berlabuh dihati ini.. Andai hajat tidak kesampaian Andai hati tidak dapat menerima Andai kekurangan diri menjadi penghalang Alasan demi alasan hadir.. Itukah tandanya cinta atau tanda diri tidak diperlukan Biarlah aku pergi Di tangan mu tuhan, Kusandar impian, Penentu, jodoh pertemuan Seandai dirinya tercipta utk ku.. Rela ku menjadi miliknya

A day trip to Batu Gajah, Perak

Image
The recently family trip to Batu Gajah (June 4,2005) for my cousin's wedding was quite interesting beside the embarrassing part of being the eldest female cousin's that is still single. I was just sitting relaxing at the back of the car with my mom. The North South Highway near Rawang leading to Tanjung Malim stretch was quite jammed when we reached there around 9.30am. This is because it was a public holiday (Agung's Birthday) and School holiday. We reached Gopeng exit at 11.00am. Around 11.15am, we passed by Kellie's Castle. It looks beautiful from the main road. Wish I could stop and visit the place but unfortunately our main reason is to reach my auntie's Munah house for the kenduri. One fine day, we will visit Batu Gajah and Kellie's Castle together ..bolehkan ?? Here is some info about Kellie's Castle. This amazing leftover from colonial times is set by a small river about 30 KM South West of Ipoh. The castle referred to is in fact an old unfinished m

Menara Condong Teluk Intan

Image
Tetiba teringat kat Menara Condong ni. Dulu masa kecik-kecik abah selalu bawak kami main kat padang permainan dihadapan menara ni tapi sekarang dah jadi medan selera taman tu. Tak ada lagi pokok-pokok besar di tengah bandar Teluk Intan. Sekeliling menara pun dah jadi dataran. Dulu kedai-kedai kecik jer di belakangnya. Hmm itu 25-30 tahun yang lepas. Kenangan-kenangan manis suatu ketika dulu. Kalau ada sesaper yang nak datang ke Teluk Intan...singgahla di sini. Kita boleh jadi tour guide gak..ceh wahh....frankly speaking..beratus kali or maybe beribu kali pergi Teluk Intan tapi tak pernah naik ke atas tu ...adehh. Cam maner citer ni ?? eheheh jom arr ...kita gi sesama ok. Here is some facts about this menara condong. When it was first built in 1885, it was then known as the Clock Tower-mainly because of its function of telling the time, a role which is still maintained sehingga hari ini. When nature takes its course however, the tower leaned over to the west side, thus earning the name

Berdirinya Seorang Perindu

Image
I love this song, especially the lyrics. Not referring to anyone here because somehow, it reflects the way I am. Sikap mu meremukkan hati Sengaja kau kenang lagi Kisah menyentuh hati gelisah diri ini Adakah ku diuji Kasih ku yang terlalu dalam Usahlah dipersendakan Sabar dan kejujuran jadi akar cinta Agar kita bahagia Berdiri aku di sini bukan untuk seketika Berdiri aku sebagai perindu Meski pun jiwa ku sedih Terasa bagai dihiris Namun ku tersenyum selalu Ku sentiasa beri kesempatan Semoga ada ruang kemesraan Kita yang punya perasaan Terkadang rasa terkilan Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang Kerana ku merindu -Ibnor Riza

Untuk Yang Bercinta..

A friend forwarded this note to me few days ago. Let's read.. Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang. Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya. Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu. Ulasan: Masa akan menentukan segalanya

Kad jemputan

2 minggu lepas bila tetiba ada sms dari Kak Kamariah mintak alamat rumah , terdetik di hati agaknya Kak Kamariah nak kahwin kut. Betul tekaan, minggu lepas, Ju dapat kad jemputan dari Kak Kem...terasa tak nak tengok kad tu lagi...terus simpan dlm laci. Tak sanggup tengok kad jemputan tu. Macam biasalah..bila ada kawan2 nak kahwin, ju akan mengasingkan diri. Tak boleh nak terima hakikat. Iskk tak elok kan...tapi memang itu yang Ju buat. Tak call, tak contact,tak email. Kita menjauhkan diri..terasa diri serba kekurangan dan ketinggalan. Kali ini, Kak Kem pulak. Walaupun selepas habis study dulu, kami tak berapa rapat tapi bila status dia akan berubah, terasa jugak hati ini. Dapat ke Ju nak rasa cam apa yang kawan-kawan rasa. Hidup berkeluarga dan bahagia? Air mata mengalir tanpa disedari. Ucapan Sayang dan cinta dari dia sejak minggu lepas membuatkan hati ini sedikit gembira.Terasa malu manalah tahu Ju jer yang lebih-lebih sayang dan berharap.Bila agaknya penantian ini akan berakhir...