Macam Mana ?
Apa nak buat kalau kita pinjamkan duit kepada kenalan tapi bila kita memerlukan kembali duit tersebut, dia buat diam jer. Bila ditanya, diam juga. Bukankah sepatutnya kalau kita tak ada duit nak pulangkan, kita akan mintak maaf dan mungkin akan kata, "boleh tak saya bayar sikit2"? Yang peliknya walau tak ada duit, ambik jugak order org yg nak buat makan2, katering la kononnya tapi pakai duit sendiri dulu..claim kemudian. Iskk...duit org yg dia pinjam tak pulangkan...sebaliknya dia buat modal pusingan ke? Sebenarnya kita tak redhakan pun duit tu dipinjamkan kat orang tu, sebaliknya orang yg diamanahkan untuk menyimpan duit itu bagi kat org tu sebab kesian org tu tak ada duit nak bayar yuran universiti anak dia...hmmm entahlah betul ke tidak. Hmm...apa perlu dilakukan? redha jer ke? terus menanti? sedangkan diri di dalam keadaan memerlukan ? Kalau seringgit dua ..okey la jugak..boleh halal jer.