Sunday, March 30, 2008

Macam-macam...

Weekends dah kerja..esok OFF day. Banyak perkara nak kena buat esok.
1. Cuci Kereta...err...rasa kali ni nak hantar kedai sbb nak cuci enjin sekali..ihiks.
2. Ambik karpet kat kedai cuci karpet...nak basuh kat rumah tak larat nak angkat ..berat weh.
3. Pergi pejabat pos ...nasib baik surat tak yah beli stem..gomen dah bayo..ahaks.
4. Masak ....satu hal pulak nak mikir mak masak apa...cuba korang bagi idea sikit..eheheh.
5. Makan/minum..ni tak boleh lupa..ahaks. Sendiri masak..sendiri makan. Silap2 haribulan makan kat luar jer ...ekekek.

Selamat berhujung minggu...dan selamat memulakan minggu yang baru dengan lebih ceria.

Friday, March 28, 2008

Terima kasih Teman

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ila..seorang sahabat maya yang masih belum kak long temui tetapi telah bermurah hati menghantar hadiah harijadi kepada kak long walaupun terlewat..eheheh. Ila..walaupun Ila tersilap tarikh ..ianya masih "surprised" buat kak long. Apatah lagi mak kak long yang kena sign borang dari posmen masa hantar parcel ke rumah semalam..ahaks. Tak sangka sungguh. Kain tu cantik...nanti dah jadi baju kurung, kak long post gambar. Kad dan bookmark tu sungguh cantik..merah jambu dan biru. Brooch comei jer ....Muahhh ...thanks so much.
Good friends are like stars...
You don't always see them,
but you know they are always there.
Ila, you're one of the beautiful stars.
Binkie Pink Star

Thursday, March 27, 2008

Hari ini..


Semalam pergi klinik. Mak tak sihat sejak beberapa hari yang lepas. Batuk dan selsema kembali semula dalam masa 3 bulan dah 2 kali pergi klinik..ubat dah beberapa botol habis. Kak Long sendiri dah mula batuk dan doktor kata tonsil dah merah . No wonder semalam rasa demam tak demam..tapi badan memang rasa tak sedap sejak hari minggu lepas. Sebab tu masa birthday tak larat nak tak ada mood nak pergi ke mana-mana. Batuk kak long tak teruk tapi tekak memang perit dan terasa gatal.

Lupakan soal kesihatan. Hari ni nak selesaikan urusan dengan LHDN. Huhuhu income tax 2007 korang dah settled ke? Oleh kerana HRD dah bawak orang2 dari LHDN ke sini...so senanglah sikit kerja...ehehehe terus submit jer pada kakitangan LHDN tu nanti. Hmmm nak check semula apa2 yang yang di isi kat BE Form..kut ada yg tertinggal la pulak. Jumpa lagi...bila ? tak pasti..kalau ada..adalah. Kalau tak ada...teruskan mengingati yer..ihiks cam ada yang nak ingat! tak mengapa...ceria2 la yer.

Tuesday, March 25, 2008

Redah jer


Sebaik memulakan perjalanan ke tempat kerja subuh hari ini, kak long dah terjumpa penunggang motosikal yang motosikalnya tidak ada lampu..baik lampu belakang mahupun lampu depan. Iskk teruk betul la manusia semacam ini. Membahayakan diri sendiri dan juga pemandu lain.Sudahlah hari masih gelap ..kalau dah pukul 7 pagi ke barulah hari cerah..boleh jugaklah orang nampak dia. Itu masih dalam kawasan perumahan..kira tak banyaklah kenderaan. Kak Long melepasi penunggang tersebut dan tak tahulah ke mana hala tujunya.

Sesudah masuk ke jalan besar semenyih...laaa hai!! jumpa lagi motosikal yang tak berlampu..hmmm tak pasti pulak sama ada motosikal yang sama ke atau orang lain tapi kali ini ada pembonceng. Berdesupp dia potong kereta dan lori ..laju jer tanpa menghiraukan keadaan motosikal yang tidak berlampu..Hmmm kalau dia jatuh sendiri tak menyusahkan orang lain okey gak..ni takut jer orang lain yang tak perasan motosikal tu, nanti terlanggar! bukan ke itu menyusahkan orang lain.Tolonglah pastikan lampu kenderaan anda berfungsi sebelum memulakan perjalanan..tidak kira di waktu malam mahupun siang.

Susah kalau jumpa orang-orang yang tidak menghiraukan keselamatan dijalan raya ni..ikut suka hati jer!! main redah jer.

Monday, March 24, 2008

Ulangtahun

Semalam 23 March. ulang tahun kelahiran kak long. Seperti biasa tidak ada hadiah yang diterima...hanya ucapan dari beberapa rakan di blog. Semalam memang tidak ada rasa nak hepi2..nak keluar makanpun malas. Sedih ? tak jugak. Gembira? tak jugak. Biasa2 jer ..agaknyer dah memang terbiasa selama hidup ini tak pernahpun celebrate birthday. Apapun syukur masih dipanjangkan umur, cukup makan dan pakai. Masih mampu bernafas dibumi Allah ini. Semakin meningkat usia..semakin tua, namun kak long masih begini. Syukur, alhamdulillah.

Tuesday, March 18, 2008

Cerita ceriti

Dengan mata yang dah terasa pedih sebab mengadap pc seharian, kak long update la sikit blog ni yer. Kut nanti terkubur pulak blog ni ..ihiks. Sudahlah tak ada siapa yang nak nangis (mungkin kak long jer la kut.eheheheh) kalau blog terkubur tanpa nesan...ye tak? Rehat kejap utk blogging..ihiks.


Cerita 1


Hujung minggu lepas balik kampung. Berdua jer la ..mak dgn kak long. Hajatnya nak meminta pakcik di kg tukar atap zink rumah kampung. Dah banyak yang bocor. Maklumlah sejak arwah abah bina rumah tu dan setelah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga kira-kira 25 tahun yang lalu, belum lagi bertukar zink tu. Tak ada rezeki nak tukar sebab Pakcik tak sihat, tak tahulah macam mana..tertangguhlah hajat tu buat sementara waktu.
Kak long , mak , kak Ina dan Iqa sempat makan mee rebus dan ABC yang menjadi favorite sejak kecik lagi di Pekan Bagan Datoh petang tu...Ihiks...sedapppp. Gambo mee rebus dengan ABC korang bayangkan jer laa ek ..ihiks.



Cerita 2


Mak dengan abah Iqa merenung bas yang membawa puteri kesayangan.


Pagi Ahad kami hantar Iqa ke stesen bas Teluk Intan. Iqa dan 2 lagi rakan nak balik ke Balik Pulau. Cuti sekolah dah habis ..so kenalah naik bas dari Tk Intan ke Butterworth, kena naik feri dan seterusnya naik teksi utk ke asrama MRSM BP. Huhuhu kak long memang akan sedih kalau bab2 berpisah ni..terbit air mata bila Iqa bersalam dengan kami semua. Harapan keluarga cik kak kita ni ..eheheh moga berjaya dengan SPM 2008 nanti. Nanti majlis graduasi, insyaAllah kami naik ke Penang ek...

Huhuhu gambo curik ..so nampak belakang jer..Iqa dengan mak kak long

Friday, March 14, 2008

Salam Ceria ...



Salam buat semua ...


Kak Long masih lagi sibuk. Fuhh...lega sikit sebab internal audit oleh consultant yang dilantik telah selesai hari ini. Unexpected tuu kalau nak tahu !! sebabnya ikut jadual minggu depan baru mula ..tetiba jer pagi tadi dapat email kata hari ni...terkedu kejap! kejap jer sebab yakin semua dokumen ada simpan dalam fail2 dah. Cehh bila pakcik tu datang..dia bukannyer nak tengok pun ISO nyer procedures ...tak tahulah apa tujuan dia buat audit. Mungkin nak report kat top management kut. Apa2 pun...kak long nak wish selamat berhujung minggu buat semua kengkawan. Jumpa lagi Isnin nanti ,InsyaAllah. Daaaa.. ..

Tuesday, March 11, 2008

Tepu!!

Kadangkala tahap keaktifan menurun secara tiba2. Terasa seperti dah tak kreatif langsung di dalam meneruskan kerja2. Semangat semakin pudar dan terasa nak lari dari masalah2 yang mendatang. Iskk ..kenapalah terasa nak duduk di rumah..kerja dari rumah..tak ada orang yang perlu di selia..tak ada orang yang nak marah kat kita...huwaaa terasa tahap kecerdikan berada di paras yang tidak memberangsangkan. Kenapa tak boleh nak proaktif dah ni? Aduhai...tepu weh..tepu dah otak ni!Hmmm!!!


Maaf!! kerja melambak maka tidaklah dapat nak jalan2 ke blog yang lain!!

Tuesday, March 04, 2008

Cerita masak-masak

Tak ada cerita best hari ni ..so kita layan cerita pasal masak2 jer laa yer. Bukan main masak2 tau tapi cuma nak cerita apabila dah masak hari2...sampai kita tak tahu nak masak menu apa? ada tak korang rasa sebegitu? huhuhu mesti adakan?

Pagi tadi sebelum pergi kerja, masaklah dulu utk memudahkan mak kak long . Dengan Aim yng kadangkala buat hal tak nak tido petang, mak ada masa terhad utk masak makan malam ..so bila dah masak pagi tu ..senanglah mak panaskan ajer bila tghari dan petang.

Kalau kak long kerja pagi..balik dlm pukul 6, kak long mulalah memasak. Hmm hari2 ikan, ayam, udang, itu jer ulang alik ..sampai tak tahu nak masak apa lagi ...ehehheh. Weekend memang makan kat luar..dah malas nak masak weh...ahahahha. Klik2 website resepi kat net ni ..hmmm benda2 itu jugak..tak kuasa laa teman ni nak masak yang canggih2 manggih...bukannya apa..teman tak pandai..ekekek nanti jadi apa2 ntah.

Pagi tadi masak sup ikan merah...hmmm boleh tahan jugak rasanya ( akakakak masuk lif tekan button sendiri sampai bumbung) . Esok nak masak apa hah? hmmm rendang ayam? budak2 tu tak makan ler pulak!!

Oh yer..kalau nak masak pun kena masak 2 jenis tu..kalau masak yg pedas..kena ada menu tak pedas..ahaks ..itulah pengorbanan seorang wanita!! berkorban apa sahaja utk keluarga tercinta.

huhuhu sempena Hari Wanita Sedunia ...hidup Wanita!!Kita boleh !! semangat tu..ahaks.

Monday, March 03, 2008

Stop Waiting


Read the story...




Several times my daughter had telephoned to say, "Mother, you must come to see the daffodils before they are over.''
I wanted to go, but it was a two-hour drive from Laguna to Lake Arrowhead. "I will come next Tuesday", I promised a little reluctantly on her third call.Next Tuesday dawned cold and rainy. Still, I had promised, and reluctantly I drove there. When I finally walked into Carolyn's house, I was welcomed by the joyful sounds of happy children. I delightedly hugged and greeted my grandchildren."Forget the daffodils, Carolyn! The road is invisible in these clouds and fog, and there is nothing in the world except you and these children that I want to see badly enough to drive another inch!"My daughter smiled calmly and said, " We drive in this all the time, Mother." "W ell, you won't get me back on the road until it clears, and then I'm heading for home!" I assured her. "But first we're going to see the daffodils. It's just a few blocks," Carolyn said. "I'll drive. I'm used to this." "Carolyn," I said sternly, "Please turn around." "It's all right, Mother, I promise. You will never forgive yourself if you miss this experience."After about twenty minutes, we turned onto a small gravel road and I saw on the far side of the road, I saw a hand lettered sign with an arrow that read, "Daffodil Garden."

W e got out of the car, each took a child's hand, and I followed Carolyn down the path. Then, as we turned a corner, I looked up and gasped. Before me lay the most glorious sight.

It looked as though someone had taken a great vat of gold and poured it over the mountain peak and its surrounding slopes. The flowers were planted in majestic, swirling patterns, great ribbons and swaths of deep orange, creamy white, lemon yellow, salmon pink, saffron and butter yellow. Each different-colored variety was planted in large groups so that it swirled and flowed like its own river with its own unique hue. There were five acres of flowers."Who did this?" I asked Carolyn. "Just one woman," Carolyn answered. "She lives on the property. That's her home." Carolyn pointed to a well-kept A-frame house, small and modestly sitting in the midst of all that glory. W e walked up to the house.On the patio, we saw a poster. "Answers to the Questions I Know You Are Asking", was the headline.

The first answer was a simple one. "50,000 bulbs," it read.

The second answer was, "One at a time, by one woman. Two hands, two feet, and one brain."
The third answer was, "Began in 1958."For me, that moment was a life-changing experience. I thought of this woman whom I had never met, who, more than forty years before, had begun, one bulb at a time, to bring her vision of beauty and joy to an obscure mountaintop. Planting one bulb at a time, year after year, this unknown woman had forever changed the world in which she lived.

One day at a time, she had created something of extraordinary magnificence, beauty, and inspiration. The principle her daffodil garden taught is one of the greatest principles of celebration.

That is, learning to move toward our goals and desires one step at a time, often just one baby-step at a time and learning to love the doing, learning to use the accumulation of time. When we multiply tiny pieces of time with small increments of daily effort, we too will find we can accomplish magnificent things. We can change the world …"It makes me sad in a way," I admitted to Carolyn. " What might I have accomplished if I had thought of a wonderful goal thirty five or forty years ago and had worked away at it 'one bulb at a time' through all those years? "Just think what I might have been able to achieve!"My daughter summed up the message of the day in her usual direct way. "Start tomorrow," she said.She was right. It's so pointless to think of the lost hours of yesterdays. The way to make learning a lesson of celebration instead of a cause for regret is to only ask, "How can I put this to use today?"




Use the Daffodil Principle. Stop waiting.....


Until your car or home is paid off
Until you get a new car or home
Until your kids leave the house
Until you go back to school
Until you finish school
Until you clean the house
Until you organize the garage
Until you clean off your desk
Until you lose 10 lbs.
Until you gain 10 lbs.
Until you get married
Until you get a divorce
Until you have kids
Until the kids go to school
Until you retire
Until summer
Until spring
Until winter
Until fall
Until you die...

There is no better time than right now to be happy. Happiness is a journey, not a destination.
So work like you don't need money. Love like you've never been hurt, and dance like no one's watching.

Don't be afraid that your life will end, be afraid that it will never begin.



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin