Tuesday, March 18, 2008

Cerita ceriti

Dengan mata yang dah terasa pedih sebab mengadap pc seharian, kak long update la sikit blog ni yer. Kut nanti terkubur pulak blog ni ..ihiks. Sudahlah tak ada siapa yang nak nangis (mungkin kak long jer la kut.eheheheh) kalau blog terkubur tanpa nesan...ye tak? Rehat kejap utk blogging..ihiks.


Cerita 1


Hujung minggu lepas balik kampung. Berdua jer la ..mak dgn kak long. Hajatnya nak meminta pakcik di kg tukar atap zink rumah kampung. Dah banyak yang bocor. Maklumlah sejak arwah abah bina rumah tu dan setelah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga kira-kira 25 tahun yang lalu, belum lagi bertukar zink tu. Tak ada rezeki nak tukar sebab Pakcik tak sihat, tak tahulah macam mana..tertangguhlah hajat tu buat sementara waktu.
Kak long , mak , kak Ina dan Iqa sempat makan mee rebus dan ABC yang menjadi favorite sejak kecik lagi di Pekan Bagan Datoh petang tu...Ihiks...sedapppp. Gambo mee rebus dengan ABC korang bayangkan jer laa ek ..ihiks.



Cerita 2


Mak dengan abah Iqa merenung bas yang membawa puteri kesayangan.


Pagi Ahad kami hantar Iqa ke stesen bas Teluk Intan. Iqa dan 2 lagi rakan nak balik ke Balik Pulau. Cuti sekolah dah habis ..so kenalah naik bas dari Tk Intan ke Butterworth, kena naik feri dan seterusnya naik teksi utk ke asrama MRSM BP. Huhuhu kak long memang akan sedih kalau bab2 berpisah ni..terbit air mata bila Iqa bersalam dengan kami semua. Harapan keluarga cik kak kita ni ..eheheh moga berjaya dengan SPM 2008 nanti. Nanti majlis graduasi, insyaAllah kami naik ke Penang ek...

Huhuhu gambo curik ..so nampak belakang jer..Iqa dengan mak kak long

1 comment:

TV de LCD said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV de LCD, I hope you enjoy. The address is http://tv-lcd.blogspot.com. A hug.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin