Tuesday, July 19, 2005

Apa itu cinta...

Bercinta memang mudah.

Untuk dicintai juga memang mudah.

Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,

lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Patutkah diri sendiri sahaja dipersalahkan sedangkan takdir lebih berhak menentukan segalanya...

Mungkin cinta perlu diberi ujian utk mengetahui kekukuhan cinta itu sendiri tapi macam mana dengan aku yang tak pernah diberi peluang utk mendekati cinta dari orang lain.....

Aku hanya pasrah atas segala ketentuan dari NYA....

Migraine

Semalam Ju MC. Mild migraine. Dah lama tak kena ..dulu masa study selalu kena tapi Ju dah agak dah. Dengan apa yang berlaku sejak beberapa minggu yang lepas dan ditambah dengan tekanan kerja menyebabkan Ju sentiasa pening, mata berair dan tangan terasa lenguh.

Terasa serba tak kena...tapi bila balik rumah, semua masalah diketepikan. Terasa dah putus asa ...

Al-Kauthar



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1]
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak.

[2]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban.

[3]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari rahmat Allah).

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Wednesday, July 06, 2005

Ceritaku...ceritamu

Dah lama tak jenguk blog ni dan juga blog Shah. Bukan apa ...sejak membaca balasan email dari Shah , sebaris ayat itu juga yang membuat hati terluka dan bersedih. Tak sanggup membaca seandainya ada luahan hati Shah..mungkin jugak tiada tapi Ju menjauhkan diri. Ju sedar siapa Ju sebenarnya.

Bila Shah mendiamkan diri , Ju turut mendiamkan diri , tak mahu mengganggu orang yang tak sudi. Walaupun keliru dengan apa yang terjadi ...secara tiba-tiba Shah berubah, Ju tetap cuba memahami.

Hari ini, Ju teringat kat Shah...bukannya selama 2 minggu lebih kurang ni Ju tak ingat kat Shah...tapi hari ni Ju cuba menghubungi Shah..tak tahu di mana dia berada. Nak call ofis, takut nanti menganggu ..serbasalah. Selama ini pun Shah memang tak nak orang lain yang ada hubungan dengan dia tahu pasal Ju. Tak mengapalah.

Bila call ..tetiba putus, terasa dia reject my call tapi Ju hantar gak sms. Sekadar bertanya khabar. Shah jawab dia di Madinah. Mungkinkah dia menunaikan umrah agaknya. Alhamdulillah.

Syukur sebab Shah masih sudi menjawab sms dari Ju. Walau apapun, Ju sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga , sahabat serta kenalan di mana juga mereka berada temasuklah Shah. Semoga Shah masih ingat akan permintaan Ju di dalam email terakhir dari Ju tempoh hari.

Boss panggil utk evaluation appraisal...terasa stress lately membuatkan keje kurang memuaskan. Anyway...good luck to me ...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin