Saturday, May 28, 2005

Hanya Untukmu.




Kau tersenyum
Ku terpaku
Cahaya di wajahmu
Hanyalah untukku

Sinaran matamu
Menusuk di kalbu
Tak mungkin ku melupakan
Sebegini pengalaman
Lalu hati pun berkata
Segala untukmu

Thursday, May 26, 2005

Harapan

Di sebalik tirai hati
Tertera satu janji
Yang paling suci termetrai
bersama harapan yang sukar dicapai

Bintang di langit cuba di gapai
menanti bulan jatuh ke riba
Harapan itu jauh bagiku
sama seperti samar rambulan
di balik gerhana awan malam


harapan tinggal harapan
harapan jadi taruhan
walau sekecil harapan
aku masih mengharap
mengharap bulan pulang ke pangkuan


hanya itu mampu kulakukan
menanti penuh harapan
tabir itu terlalu tebal untuk disingkap
janji yang masih termetrai disebaliknya
masih tak bisa terungkap

tinggal aku sorang
dihujung harapan
menunggu bulan
menggapai bintang
yang masih di awangan
keseorangan.

senyuman ku beri penuh makna
siapakah yang mampu mengerti...

Wednesday, May 25, 2005

My Wish

I wish that I could cause the sun
To warm the world with love
Remove the clouds a moment
To reveal the stars above

I wish that I could wipe that tear
From the corner of your eye
Bring happiness for your sorrow
Bring a smile for your sigh

I wish that I could better things
Put hope within your heart
Make today the best you've had
Right from its' very start

I wish that I were able
To make your dream come true
I wish I could - I wish I could
Do all these things for you

Stress: Symptoms and Management

Just want to share this useful information I received on May 13, 2005, during International Nurses Day exhibition. The exhibition was organised by School of Nursing.

SYMPTOMS OF STRESS

* Tension

*Inability to concentrate

*Feeling excessively tired

*A pounding heart

*Sweating palms

*Tight Muscles

*Sleep disturbances

*Depression

*Irritability

*Overreactions

*Memory problems

SMART STRESS MANAGEMENT

1. Be aware of your stressors and your emotional and physical reactions

2. Learn to play

3. Do regular physical exercises

4. Maintain your emotional reserves. Develop mutually supportive relationships.

Pursuerealistic meaningful goals

5. Talk out your troubles

6. Be a friend to yourself

7. Learn to plan

8. Avoid unnecessary competition

9. Build your physical reserves: be active, eat well-balanced, nutritious meals,

avoid nicotine, excessive caffeine

10. Get enough sleep.

Tuesday, May 24, 2005

Hanya Kawan??

Kadang kala bila hati dan mulut mengatakan tidak ataupun zaman sekarang ni bercakap guna sms jer...bila jari-jemari menaip tidak tapi sebenarnya hati mengatakan ya. Pelik tapi itu hakikatnya. Berkorban hati dan perasaan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Tapi adakah kita pasti yang orang lain itu gembira dengan tindakan kita menyisihkan diri ..menafikan cinta di hati?

Bila dia kata carilah orang lain atas sebab-sebab tertentu. Adakah kita akan merasa selesa dengan keadaan itu? Apatah lagi bila ianya melibatkan perasaan. Oleh kerana tidak mahu dikatakan tak malu ...dah orang tak sudi, kita pulak yang lebih-lebih macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorang maka kita pun cakap la tak apa. Di dalam hati ,sedih tak terkata..air mata mengalir tanpa disedari. Hati pernah berkata "Cukuplah ..hentikanlah tangisan ini". Pada saat itu hati mula belajar untuk membenci dia.

Hanya dengan perasaan marah dan benci sahaja yang boleh buat kita lupa dan meneruskan kehidupan baru. Marah, sedih, benci tidak lama bila mana hati ini merasakan yang dia juga merasa kesedihan ini..merelakan perpisahan kerana terpaksa..kerana keraguan yg penuh di hati? Semakin aku keliru.

Buat beberapa minggu, hati ini keliru dengan apa yang berlaku. Aku tidak sanggup mencari yang lain sedangkan aku tahu dia merasa sedih dan memerlukan aku hanya sebagai kawan.Dapatkah aku menafikan perasaan ini? Yang pasti , aku masih memerlukan dia di dalam hidupku.Adakah mungkin aku dapat meneruskan perhubungan ini?? Begitu banyak persoalan yang berputar di fikiran ...akhirnya kini aku pasrah ...

Kereta...

Lama dah tak jenguk blog. Tak tahu nak coretkan cerita apa sebab semua cerita sedih. Minggu lepas 15 may 2005, bila ada kemalangan kecil melibatkan kereta, rasa sedih sangat. Rasa cam tak boleh nak uruskan dan rasa masalah tu masalah besar sangat. Bila fikir balik tak la besar manapun masalah keta tu. Pasa masa tu fikiran rasa blank. Pergi workshop tak ada yg bukak . Mak memang gelabah gak tapi masa tu Ju pulak yang cool walaupun sebenarnya aku diam jer sebab tak thau nak fikir apa, celaru sungguh...pusing keliling Semenyih cari workshop tapi hari ahad tak banyak workshop yg bukak kedai.Yang ada pun uncle tu kata dia tak buat keje -keje ketuk. Aduss...nak buat cam mana kena jugak cuti emergency sebab bonet keta tak leh nak tutup. Kalau setakat kemek dengan lampu pecah sikit tu , ok lagi.

Bila sms kat Shah...rasa lega jugak dapat luah rasa marah dan kesal kita kat seseorang.

Esoknya awal pagi hantar keta kat workshop di Rinching, dekat jer dgn rumah.Alhamdulillah, abg tu dapat siapkan keta tu petang tu jugak dan hantar ke rumah. Lepas tu aku hantar dia balik ke workshop dia dan bayar upah.

Tuesday, May 10, 2005

Happy Mother's Day

Hari Ibu May 8,2005. Selepas solat subuh lebih kurang kul 6:10am, boleh terlena balik. Ingatkan nak baring2 jer sebelum pergi pasar. Sedar2 dah 8:30. Aduss..itupun mak bukak pintu bilik yg memang tak berkunci. Mak dah siap pakai baju kurung dah. Terus mandi dan bersiap. Ahahhah 20 minit dah siap..bukannya nak mekap sakan. Sarung jeans dgn tshirt ..kul 9.10 dan sampai semenyih.

Selepas beli ikan ,ayam dan sayur terus ke kedai baju. Memang cadang nak belikan mak baju. Akhirnya dapat gak sehelai baju utk mak..dan aduhai..terbeli la jugak kain utk buat kebaya..ahahaha ...lama tak buat baju kebaya. Apa-apapun...hari ni rasa ceria jer..siap beli basikal utk round2 taman dgn anak2 sedara di waktu petang.

Esok dept nak kena audit..adusss!!!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin