Kereta...

Lama dah tak jenguk blog. Tak tahu nak coretkan cerita apa sebab semua cerita sedih. Minggu lepas 15 may 2005, bila ada kemalangan kecil melibatkan kereta, rasa sedih sangat. Rasa cam tak boleh nak uruskan dan rasa masalah tu masalah besar sangat. Bila fikir balik tak la besar manapun masalah keta tu. Pasa masa tu fikiran rasa blank. Pergi workshop tak ada yg bukak . Mak memang gelabah gak tapi masa tu Ju pulak yang cool walaupun sebenarnya aku diam jer sebab tak thau nak fikir apa, celaru sungguh...pusing keliling Semenyih cari workshop tapi hari ahad tak banyak workshop yg bukak kedai.Yang ada pun uncle tu kata dia tak buat keje -keje ketuk. Aduss...nak buat cam mana kena jugak cuti emergency sebab bonet keta tak leh nak tutup. Kalau setakat kemek dengan lampu pecah sikit tu , ok lagi.

Bila sms kat Shah...rasa lega jugak dapat luah rasa marah dan kesal kita kat seseorang.

Esoknya awal pagi hantar keta kat workshop di Rinching, dekat jer dgn rumah.Alhamdulillah, abg tu dapat siapkan keta tu petang tu jugak dan hantar ke rumah. Lepas tu aku hantar dia balik ke workshop dia dan bayar upah.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah