Hanya Kawan??

Kadang kala bila hati dan mulut mengatakan tidak ataupun zaman sekarang ni bercakap guna sms jer...bila jari-jemari menaip tidak tapi sebenarnya hati mengatakan ya. Pelik tapi itu hakikatnya. Berkorban hati dan perasaan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Tapi adakah kita pasti yang orang lain itu gembira dengan tindakan kita menyisihkan diri ..menafikan cinta di hati?

Bila dia kata carilah orang lain atas sebab-sebab tertentu. Adakah kita akan merasa selesa dengan keadaan itu? Apatah lagi bila ianya melibatkan perasaan. Oleh kerana tidak mahu dikatakan tak malu ...dah orang tak sudi, kita pulak yang lebih-lebih macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorang maka kita pun cakap la tak apa. Di dalam hati ,sedih tak terkata..air mata mengalir tanpa disedari. Hati pernah berkata "Cukuplah ..hentikanlah tangisan ini". Pada saat itu hati mula belajar untuk membenci dia.

Hanya dengan perasaan marah dan benci sahaja yang boleh buat kita lupa dan meneruskan kehidupan baru. Marah, sedih, benci tidak lama bila mana hati ini merasakan yang dia juga merasa kesedihan ini..merelakan perpisahan kerana terpaksa..kerana keraguan yg penuh di hati? Semakin aku keliru.

Buat beberapa minggu, hati ini keliru dengan apa yang berlaku. Aku tidak sanggup mencari yang lain sedangkan aku tahu dia merasa sedih dan memerlukan aku hanya sebagai kawan.Dapatkah aku menafikan perasaan ini? Yang pasti , aku masih memerlukan dia di dalam hidupku.Adakah mungkin aku dapat meneruskan perhubungan ini?? Begitu banyak persoalan yang berputar di fikiran ...akhirnya kini aku pasrah ...

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah