Wednesday, December 31, 2008

Aktiviti Santai di penghujung 2008

Jalan-jalan di Metro Point Kajang. Bermula dengan window shopping, last2 terbeli juga beberapa pasang kain..huhuhu sepasang seorang. Bila penat dan haus singgah ler makan pulak. Shopping itu terapi ...ekekeke
Masa Nabil, Dini, Nu'aim ada di rumah dan kak long cuti, kami lepak di tepi tasik sebab dah jemu duduk depan TV..ehehe santai ambik angin sepoi2 bahasa di tepi tasik.Iqa dok menung mengawasi Nabil dan Nasyirat yang sibuk konon nak tangkap ikan dengan botol plastik..ehehehe.


Huhuhu...gambar di atas di ambil semasa menunggu Opah diorang ni beli barang dapur.


Suka memerhatikan keletah budak kecik yang tomei ini dengan gitar mainan dia ..ehehehh beriya2 dia bergaya.


Nabil selalu ada bila kami jalan2 di Nilai 3. Huhuhu gambar barang yang kami bawak balik dari Nilai 3 tak ada


p/s : Esok, 1 Jan 2009 InsyaAllah balik kampung. Doakan kami selamat sampai yer. Kak long nak hantar Iqa balik . Sementara tunggu result SPM dia nak belajar memandu bersama2 kawan2 dia di kampung.


Sunday, December 28, 2008

Makan malam di hujung minggu.meh makan sekali

Wednesday, December 24, 2008

Meh makan.Makan dgn budak2 kecil kadangkala menguji kesabaran. Ehehe kalau mereka buat kecoh,mengamuk atau merengek di meja makan,memang tak senang nak makan. Betuk tak?sebab tu kena sabo!seronok kalau budak2 tu mendengar kata masa makan kat luar.

Sunday, December 21, 2008

Cuti..


Selamat bercuti untuk yang bercuti ..selamat bekerja kepada mereka yang bekerja ..dan selamat memasak untuk mereka yang suka memasak ..ehehe bolehlah yang bercuti ini menumpang makan. Merapu pulak dah di petang Ahad ini..ehehhe. Saya akan bercuti selama seminggu ini dan akan kembali semula InsyaAllah pada 30 Disember. Semester baru akan bermula pada 30 Disember, so kami akan mula sibuk melayan kerenah budak2 kat UNI ini. Tapi cutipun rasanya kena juga ambik tahu jugalah email ofis kut2 ada yg penting. Hmmm...cuti pun kena fikir pasal kerja..ahaks.


Sementara cuti ini, kalau sempat update, kak long update blog ini yer. Sambil2 tu fikir2 apa azam di tahun hadapan ?


Saturday, December 20, 2008

Mimpi lagi..

Entah apa yang bermain di fikiran sehinggakan diri ini termimpi-mimpi. Walau kita tak boleh percaya kepada mimpi namun masih ada terselit rasa bimbang. Sampai 2 kali kak long berpimpi malam /subuh tadi.

Pertama, kak long bermimpi anak saudara kak long kemalangan.Dia datang mengadu kepada kak long dan apabila di lihat tidak ada luka yang ketara tetapi dia di dalam keadaan terkejut. Di dalam keadaan kelam kabut itu, kak long terjaga dari mimpi.

Kali ke 2 kak long bermimpi kak long menaiki motosikal dan tiba-tiba di himpit oleh kereta yang mengelakkan sesuatu di tengah jalanraya sehingga kak long terbabas dan terjatuh dari motosikal. Di dalam mimpi ini kak long terjatuh sebanyak 2 kali dan di himpit/langgar oleh 2 buah kereta yang berlainan. Di dalam mimpi itu, kedua-dua pemandu kereta itu telah lari dari tempat kejadian.

Ya Allah, lindungilah keluargaku dari segala mara bahaya dan hanya kepadaMu kami memohon perlindungan.

Friday, December 19, 2008

Internal Audit Lagi

Kelmarin dapat email ini:

Dear IQAs,

The Internal Audit is scheduled to be carried out from 22nd Dec 2008 – 9th Jan 2009. As such, we would like to call for an Internal Audit Preparatory Meeting.

The details are as below:


Date: 19th Dec 2008 (Friday)

Time: 3.00pm

Venue: Boardroom


isk iskk ...ada ke yang attend meeting ni nanti? ntah berapa kerat ler yang ada. Dah hujung2 tahun macam ni ramai yg cuti ..yang ni pulak baru hantar reminder . Bila tengok schedule audit tu...teman yang paling banyak dept kena handle...hmm partner yg sorang tu teman tak pernah bekerjasama dgn dia sebelum ini. Harap2 tak de laa teman kena buat semuanya nanti sebab awal 2009 nanti teman akan lebih busyyyyyyy nampaknyer dgn internal audit yg kena habis sebelum 9 Jan. Walau tak ada apa2 imbuhan buat keje extra ini.. Sabo jer le!!!

Thursday, December 18, 2008

Siri TV retro kegemaran saya

Huhuhu hari ni dah tak ada idea..so mak long ni mengimbau kenangan lama. Suatu ketika dahulu ( sampai sekarang masih ingat),saya suka menonton banyak siri TV..tak kira drama, komedi atau action seperti..

Moonlighting..siri tv di mana Bruce Willis menjadi hero ...
Remington Steel ..drama action dan penyiasat persendirian yg romantik dan kelakar

Oshin .. citer Jepun ni best..sedih ada,kelakar ada..ehehe walau berhadapan dgn kepayahan, akhirnya berjaya juga hidup senang..dari dia kecil sampai menjadi nenek..


Six Million Dollar Man and bionic woman yang original tau..bukan yang remake yg kuar kat tv baru2 ni..eheheh( mana boleh pisah kedua siri ini, ada kaitan arr..ehehe)

Battlestar Galactica (huhuhu apasal kita suka citer ni hah?? sebab jalan cerita atau sebab watak hero dia yg handsome..ehehehe
BJ and the Bear ( hahahah..travel sekali naik lori dgn "Bear" the monkey)


8 Is Enough( suka tgk famili dalam citer ni kecuh2 sebab kita berdua beradik jer..eheheh)


Full House ( Uncle Jesse yang handsome tu..plus keletah baby yang membesar bersama siri tersebut...ahaks)

21 Jump Street (memang ‘gila’ kat Johnny Depp ni –‘handsome’ abissss!)
Charles in Charge ( huhuhu ada ke orang lain yg suka tengok siri sitkom ni?)

Wednesday, December 17, 2008

The 5 dirtiest foods



by Sarah Jio, Vitamin G, Glamour Magazine


How would you rate your food-safety IQ? I know someone who never washes their fruits and vegetables after bringing them home from the market because he believes that they're washed at the store. Um, no. Read on to learn about what some call the "5 dirtiest foods" and for a food safety wake-up call...

****The dirty food list, according to this fascinating piece I found over at AOL Health include the following:
Eggs: While most eggs aren't going to make anyone sick, experts estimate that more than 2 million germy eggs (as in Salmonella infected) get into circulation each year, sickening 660,000 people each year and killing as many as 300. Um, maybe we should think twice about eating that cookie dough (or, judging by our conversation on Vitamin G, perhaps you'd rather take your chances?). How to buy cleaner eggs? Make sure the carton says they're pasteurized and never buy a dozen that contains any obvious cracks or leaks.
Peaches: They're pretty, but that's just skin-deep. Health experts warn that peach skins are doused in pesticides before they make it to grocery store to prevent blemishes. On average, a peach can contain as many as nine different pesticides, according to the USDA. This is one fruit you might want to buy organic (which may have blemishes, but won't have pesticides). (Here's How Peaches Can Help You Build Muscle.)

Pre-packaged salad mixes: Surprise! "Triple washed" doesn't mean germ-free say experts. Pathogens may still be lurking so be sure to wash your greens before tossing in your salad bowl. (Don't make these salad mistakes!)

Melons: Get ready to be grossed out. According to the article, "when the FDA sampled domestically grown cantaloupe, it found that 3.5 percent of the melons carried Salmonella and Shigella, the latter a bacteria normally passed person-to-person. Among imported cantaloupe, 7 percent tested positive for both bugs." Ewww. Your best bet: Scrub your melons with a little mild dish soap and warm water before slicing. (Stay healthy with these delicious winter fruits!)
Scallions: Blamed for several recent outbreaks of Hepatitis A, and other bugs like the parasite Cryptosporidium, Shigella and Salmonella, scallions present a food safety problem because of the way they grow (in the dirt) and lack of proper washing. While you can't control what happens in restaurant kitchens, you can give them a super-duper washing at home before cooking with.
Other dirty foods in the article include chicken, ground beef and turkey, raw oysters, and cold cuts. Click here to read 5 more.

The bottom line: Don't be afraid to eat these foods, just be aware of the precautions you need to take before enjoying them. Most food-borne illnesses are the result of hygiene carelessness somewhere in the food chain. Protect yourself!

On a scale of 1 to 10, how would you rate your food safety awareness and diligence? Do you wash all your produce? How about pre-packaged salad mixes?
And what about melons?
Do any of you wash the exterior with soap and water before slicing? Opss!! ha ha tak tahu...ehehehe

Tuesday, December 16, 2008

Cerai Kasih


Cerai hidup atau cerai mati? kedua2 mempunyai cerita yang berbeza. Sekarang ini dah macam menjadi trend bila sebut kes cerai berai mesti dikaitkan dengan golongan artis . Hakikatnya ramai juga dikalangan orang yang bukan artis ini yang bercerai.
Alasan untuk bercerai? selalunya yang kita baca atau dengar adalah sebab tiadanya persamaan, tiada persefahaman dan macam-macam lagi.

Cerai hidup, orang akan kata macam-macam mahupun positif ataupun negatif. Tak habis-habis orang akan bercerita dan menimbulkan pelbagai syak wasangka dan spekulasi. Bab nikah dan cerai seperti membeli baju dan selepas itu membuangnya sebab baju dah koyak atau tak muat atau sebab baju yang dibeli itu sudah luntur atau pudar warnanya. Adakah ianya sebegitu mudah? Rasanya tidak sebab kes adanya berlanjutan sehingga ke mahkamah dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan kerana tidak ada toleransi dan kerjasama dari kedua belah pihak.

Di dalam kes cerai hidup ini siapakah yang menjadi mangsa? Sedikit sebanyak anak-anak yang akan menerima kesannya. Kalau tak ada kes perebutan hak penjagaan anak, mungkin tidaklah panjang juga ceritanya tapi kalau ada, kasihan kepada anak-anak itu. Kadang2 bila sampai kisah "dalam kelambu" pun mereka ceritakan di mahkamah sebab masing2 nak menegakkan kebenaran.

Kalau bercerai mati, maksudnya sama ada suami atau isteri meninggal dunia maka terpisahlah mereka namun begitu rasanya kasih suami dan isteri yang bercerai mati itu biasanya tidak akan padam kecuali sebelum salah seorang dari mereka itu mempunyai dendam dan rasa amarah terhadap pasangan mereka yang telah meninggal dunia itu. Itu adalah satu kemungkinan dan ianya hanyalah pendapat peribadi saya.

Sebenarnya panjang kalau nak diceritakan kisah perceraian ini. Terlalu rumit dan terlalu banyak yang perlu diperhalusi. Cukuplah sekadar mengatakan ada juga perempuan mahupun lelaki yang sanggup makan hati dan bersabar dengan kerenah pasangan masing-masing kerana memikirkan masa depan anak-anak.

Cerai kasih bertalak tidak? iskk itu lagi menakutkan. Ada yang merasa takut mendekati dunia perkahwinan kerana kisah2 perceraian ini? Pasti ada.

Monday, December 15, 2008

Workshop

Hari ini hadir Workshop on business strategy. Huhuhu lepas break ramai yg belum masuk hall tp trainer dah tunggu. Biasalah kan ! Eheks

Thursday, December 11, 2008

Saya dah kembali...

berblogging..walaupun tak sempat nak cerita panjang sebab tak ada cerita nak diceritakan..eheh selain dari sibuk kerja dan menghabiskan baki cuti tahun yang tidak boleh di bawa ke tahun hadapan. Kalau ikutkan boleh jer blogging via mobile phone tapi idea kurang dan malas..ehehhe. Terima kasih kepada kawan2 yang sudi juga singgah walau saya "away" dan mereka yg tak singgah sebab saya tak pergi jengah blog mereka..saya fahamm.

Daaa...

Thursday, November 27, 2008

Lelaki atau perempuan lebih prihatin?


Beberapa soalan untuk kita fikir bersama. "Di antara anak lelaki dan anak perempuan, yang mana lebih mengutamakan keluarga ( ibu/ayah/adik) setelah mereka bekerja dan berjaya?".

Adakah lelaki atau perempuan yang setelah bekerja hanya fikir nak mengumpul duit untuk berkahwin atau sebaliknya membantu keluarga dan persekolahan adik-adiknya.

Kes seperti ini tidak berlaku kepada anak tunggal dan mempunyai ibu bapa yang kaya raya?
Siapa lebih pentingkan diri? anak lelaki atau anak perempuan?


Wednesday, November 26, 2008

Serabut ...

...serabut kepala otak teman memikir hal2 kerja dan hal2 keluarga. Dah tak kira mana satu yg kena siap dulu, mana yg boleh buat kemudian dah. Pasalnya semua dah kata urgent, semua nak kata kena buat..kena selesaikan..kena sediakan...kena follow-up. Bab follow up ni payah jugak kalau dept yg berkaitan tak beri kerjasama. Supplier pun kadang satu hal jugak. Lembab sangat bagi feedback. Akitbatnya tertangguh ler keje.


Huhuhu meja teman dah tak rupa meja. Nanti kalau kemas tak jumpa pulak yang nak dicari...ekekekke kadang pelik sikit teman ni..kalau dah terlampau kemas semua fail..payah pulak nak cari. Ni teman berblogging kejap sebab dah rasa "lemas".


Tuesday, November 25, 2008

Mudahkah memberi anak anda makan ubat?


Awal tahun ini semasa Nu'aim di masukkan ke wad , susah sungguh nak beri dia ubat tapi sekarang ini, alhamdulillah mudah pulak. Di dalam gambar ini kelihatan Nu'aim sedang diberi ubat batuk dan selesema menggunakan picagari :-). Bertenang jer dia makan ubat ..eheheh agaknya kita pun dulu macam itu ke? atau lebih teruk ..sampai mak pegang rotan sebab nak suruh kita makan ubat? ahaks.

Sunday, November 23, 2008

Lunch @ Pizza Hut

Huhuhu semalam kak long dengan mak makan di Pizzaa Hut. Sesekali hujung minggu malas nak masak ..ahaks.

Friday, November 21, 2008

How to Swallow Pills Easily...


...without gagging or getting them stuck in your mouth.



Kadang-kadang rasa nak marah jer bila ada di kalangan saudara mara mahupun rakan2 yang bila sakit dan perlu makan ubat berbentuk pil, mengelak tak nak makan ubat dengan alasan besar sangat pil dan macam2 alasan lagi. Semalam anak saudara kak long yg dah berumur 20 tahun masih ragu2 nak menelan ubat ..sanggup tahan demam dia ...hishhh rasa naik angin bila menasihat orang2 yang ada masalah macam ini..ehehehe. Ada ke dia kemam ubat tu dalam mulut bersama2 air yang dia minum dan tidak terus telan. Memang akan cair ler pil tu dan akan menambahkan rasa pahit di lidah.

Pagi ini, Kak long google dan di bawah ini adalah salah satu artikel yang kak long rasa dapat memberikan sedikit maklumat dan tips tentang masalah untuk menelan ubat berbentuk pil.

You don't have to suffer from "Phagophobia", or "the fear of swallowing" to experience problems when you're trying to take pills. Even though some pills are small in size, others are not. Especially when it comes to tablets. Some tablets, such as Vitamin C and E, can be quite large in size. Prescription drugs aren't always small in size either. And they can be difficult to swallow.
But, relax, because you can learn how to swallow pills easily.

Sometimes, a person tenses up when they are attempting to take pills. This can actually cause the muscles of the neck and throat to tense up too. This can make it difficult to swallow even the smallest of pills. If this happens to you, before you attempt to take the prescription drugs or vitamins pills or tablets, stop. Take several deep breaths and relax your neck and throat muscles. Breathe in and breathe out deeply until you feel calm again.

Read more...

Click this link for more info


Tips :

*Breathe deeply and relax before you take a pill or tablet.
Tarik nafas dan relaks yer...anggap jer pil tu macam coklat M&M

*Take a drink of water before you place the pill on your tongue.

Jangan ler minum sampai satu jug..tapi pil tak jugak masuk ke mulut. Letak ubat di lidah dan terus minum. Ubat akan masuk bersama2 air yang anda minum

*Tossing pills in the back of your throat can cause a gag reflex.

Jangan campak pil ke tekak..nanti tersekat pulak nafas...huhuhu


Haaa...anda yang sedang membaca ..awak laa ..siapa lagi? Heheheh.. ada masalah seperti anak saudara kak long juga yer...relaks ok..Ini lagi satu tips kalau pil yang nak ditelan besar sangat( walaupun mungkin awak jer yang rasa pil tu besar) Jangan susah hati.


*kalau besar sangat pil tu, belah dua supaya pil itu tak susah nak di telan.


Bagaimana melatih kanak-kanak menelan pil?
Sila klik di sini

Thursday, November 20, 2008

Think Before You Talk


This is a reminder for you and me. Always remember to think before you talk or otherwise you ended up giving ridiculous statements or nonsense. Think the pros and cons. The do's and don't. Concentrate and focused.

Wednesday, November 19, 2008

Dari dalam diri seorang insan...


Hidup ini memerlukan kita membuat satu keputusan yang betul dan terus maju ke hadapan. Mudah? Tidak mudah sebenarnya. Jika kita merasa keputusan yang kita buat itu adalah yang terbaik tetapi pasti ada dikalangan orang sekeliling yang merasa itu bukan jalan yang terbaik.

Pendapat kita kadangkala sama dan adakalanya pendapat kita jauh menyimpang. Namun kita tidak perlu menidakkan pendapat lain. Kita boleh menjadikan pendapat orang lain sebagai garis panduan di dalam melalui kehidupan kita sehari-hari.

Ada ketikanya kita terfikir akan saat-saat ketika kita membuat keputusan yang agak "tidak bijak" atau memalukan diri. Arghhh! kenapa perlu membuat kesilapan yang sebegitu? Adakalanya kita seperti tidak pernah belajar dari kesilapan. Dua tiga kali buat perkara yang "membodohkan" diri sendiri . Kenapa mesti buat silap lebih dari sekali?

Adakah kita silap apabila kita mengorbankan kepentingan diri sendiri hanya kerana tidak mahu ibu yang kita sayangi dan hormati merasa di pinggirkan? Walau ada orang2 yang mengatakan kita silap?

Walau difikir beribu kali, kak long tetap merasakan keputusan yang kak long buat adalah yang terbaik ketika itu dan sampai ke saat ini. Mungkin keputusan mahupun jalan yang kak long pilih tidak dipersetujui oleh orang lain, kita tidak perlu tunduk kepada desakan dari orang luar. Kita perlu selamatkan keadaan ketika itu. Apa yang penting apakah kita bahagia dengan apa yang kita ada sekarang ini? Untuk diri ini, jika ibu kita tidak memasamkan muka atau memalingkan mukanya dari kita, itu sudah cukup membahagiakan. Restu dan doa dari orang tua kita adalah lebih penting dari segalanya.

Tuesday, November 18, 2008

Happy 10th Birthday Nasyirat Nu'man


Jangan nakal2 sangat, rajin belajar dan semoga terus di rahmati Allah s.w.t. InsyaAllah, Ameen.

Whatever will be. Will be ...


My life becomes busier than before more complicated. More works, more thinking to be done. I can say that I am growing older and wiser (hopefully) with my workplace. I did mistakes before and I am still learning to manage the department better than before.

The status of the company has been upgraded to a University. Definitely more changes will happen in the near future. Sometimes, I feel I am not ready to take the responsibilities. The workload is getting heavier though. But I have to endure. There were times when I could not tolerate and bear the pressure and I thought that's it, I will leave but I couldn't. I have endured all the hardship, working under pressure, complaints from the users and I simply could not leave and run from the reality.

When I first joined this company about 16 years ago, I did not think that I would be working in a university. Frankly speaking, I joined because I need the work. I need to help my mom to support our family. After graduation, I went back to my hometown and did not stay in KL to explore for jobs opportunities.

Syukur, alhamdulillah, my mentor, Puan Norma (now, Prof. Norma) called my neighbor and leave a message for me to call her. Few days after that, I arrived in KL and stayed with my late cousin Edah. She accompanied me to attend the interview in section 19 PJ. We took mini bus no. 12 and a week after that, I received a call asking me to report for work.

The changes are for good. In 1992,there were only few staff ni the company, less than 30 but now, more than 200 staff. We were close with each other at that time. We even can memorize the students ID card( for regular user). I have cried before, many times but Allah gives me the strength to carry on and I hope I will continue to have the strength and courage to overcome whatever obstacles and turbulence that might show up.

Whatever will be, will be. The future's not ours to see. Only Allah knows the best and I hope I'm able to make better decisions now and in the future. The commitments and dedications from all of us will make this department as a better place. InsyaAllah.

Monday, November 17, 2008

Lagi-lagi tag...tapi saya tak kisah...

Aduhai, cikgu Nurul yang telah tag kak long hari ini . Oleh kerana kak long dah pernah buat tag yang kedua tu, maka kak long snap picture pagi ini sajalah yer Nunu :-). Jangan marah tau. Memang tak edit dan inilah saya. Tolong jangan hiraukan kesemakan yang anda lihat di sekeliling saya itu okey..eheheh.




Law & Order
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this


Kak long tak nak tag sesapa sebab kak long baikkkk...ahaks. ( sebenarnya rakan blogger semua dah kena tag yang sama ..habis list dah..ehehhe)

Friday, November 14, 2008

HAPPY 17TH BIRTHDAY TO NORSYAFIQA


HAPPY 17TH BIRTHDAY TO IQA. Walaupun tak dapat sambut dengan meriah sebab tengah sibuk dengan exam SPM, mak long harap Iqa ceria. Nanti bila Iqa dah habis exam, boleh datang rumah mak long dan kita celebrate, InsyaAllah. Kita buat sama2 dgn Nasyirat ek. Hehehe hari ni tengok jer laa seafood curry laksa dgn watermelon ice dari Secret Recipe dan beef lasagna yang mak long dan Cik Ana makan masa lunch hari ni ...ihiks. Lain kali kita letak gambar kek...huhuhu.



Thursday, November 13, 2008

November...


Hari ini tak ada idea nak bercerita. Sekadar mengingati tarikh-tarikh penting di bulan November.


Setiap kali November tiba, kak long akan ingat 14 November, 18 November dan 19 November.

14 November adalah tarikh lahir anak saudara kak Long iaitu Iqa yang sedang "bertarung" dengan soalan2 SPM. Iqa akan berusia 17 tahun. 18 November pula ialah tarikh lahir anak saudara kak long Nasyirat Nu'man yang akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 10. 19 November pula adalah tarikh sedih untuk keluarga kami apabila Abah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tahun ini sudah 25 tahun Abah pergi meninggalkan kami. Cucu-cucu Abah hanya mengenali Abah melalui gambar2 lama yang tersimpan kemas di dalam album.


Wednesday, November 12, 2008

Okey ke atau tak okey?

Kak Long nak tanya pada pengunjung blog ini yang menggunakan browser Mozilla Firefox, sama ada okey tak susun atur blog kak long yang baru ini?

Buat sementara kak long guna template ini dan jika anda masih melihat susun atur blog sebaris dan bukannya 3 kolum, harap maklumkan kepada kak long melalui komen di entri ini atau di shoutbox. Kak long tak letak semua widget dan aksesori lain sebelum mendapat komen dari anda semua. Huhuhu penat jer kalau dah siap semua tapi pengguna browser selain dari Internet Explorer tak boleh nak "view" blog dengan sempurna..ehehehhe.

Komen dari rakan2 sekalian amat kak long hargai.

Terima kasih.

Tuesday, November 11, 2008

Semoga Berjaya...


SIMFONI HATI mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008


Monday, November 10, 2008

Weiiii saper curikk ....

Balik dari Teluk Intan hari Sabtu lepas, kak long balik ke rumah kampung selepas singgah di rumah kazen kak long . Masa tu tak perasan tapi semalam masa nak balik ke KL, baru perasan semua penutup "nut" roda kereta kak long hilanggg...huwaaaaaaaaaaaa gerammm weh ..gerammm. Siapaler punya kerja ntah. Mesti orang tu terdesak nak duit pergi jual kat kedai besi buruk kut...berapa sen sangat ler dapatnyer. Hmmm mungkin jugak tuan punyer kereta yg parking area yg sama dan nak gantikan penutup nut roda dia yg hilang kut...huhuhuhu kalau teman tak sanggup ler nak mencuri hak orang. Last2 semalam, ganti penutup nut plastik jer laa..malas nak beli yg jenis besi . Sabo jer ler. Dunia..dunia.

Saturday, November 08, 2008

Letih

Jam baru sepuluh malam tp kita letih n mengantuk sangat. Awal pagi dh
memandu balik kg. Kemas rumah dh siap.esok ptg balik ke kesuma.Daa..

Friday, November 07, 2008

Sah ke?

Sah ke tuan-tuan semua? ..sahhhhh! muahahahhahha macam Tok Kadi tengah menanya saksi masa akad nikah laa pulak..ahaks. Bukan apa, kak long nak cakap pasal SAH kut yang blog kak long ini apabila di "view" menggunakan mozilla, layout akan kelihatan tunggang langgang, macam Shay dan Kak Tie cakap, entri sebaris dgn side bar...so macam PERBARISAN masa Merdeka. Untuk pengguna IE, rasanya tak ada masalah. Harap2 ini masalah sementara ajer, kalau tidak mungkin kak long kena "pindah rumah", tapi buat masa ini tak sempatlah nak pindah sebab sibuk.

Apa-apapun, kak long nak mintak maaf ler kepada sesiapa yang berminat (perasan konon ada "follower") untuk membaca entri di sini tetapi guna mozilla firefox sebagai browser dan tak dapat melihat layout blog ini yang "cantik sangat"..( ahahahha jangan marah...sila baca "cantik sangat" sbg "buruk sangat").

Kepala tengah pening sejak dari petang semalam..migrain datang lagi..huhuhu baru baik demam..takkan nak selsema pulak. Iskk iskk...mood jadi macam hampehhhhhhh. Sabo jer ler...

Thursday, November 06, 2008

Di mana silapnya

Bila Kak Tie komen kata entri kak long dah " lari" ke bawah, kak long tak tahu kat mana salahnya setting blog ini. Bila perati template macam tak ada masalah. Lagipun guna pc kat bilik ni okey jer kedudukan entri ..tapi bila guna pc lain, lari pulak kedudukannya..isk iskk...penin jugakler memikirnya. Kalau payah sangat, kak long tutup jer blog ni ....

Ada sesapa yg teror bab2 HTML dan blogging ni boleh tolong kak long ke? kat mana silapnya..

Wednesday, November 05, 2008

SPM oh SPM...


SPM 2008 dah semakin menghampiri. Kak Long pulak yang merasa berdebar-debar macam kak long yang nak ambik exam..ehehehe. Anak saudara Kak Long, si Iqa tu akan menghadapi SPM minggu hadapan iaitu hari pertama exam dia pada 11 November. Teringat pulak kes masa kak long ambik SPM berkurun yang lepas. Kisah sedih tau...sedih sebab kak long menangis kerana kertas BM..

Yaaaa..kertas BM yang orang lain boleh score A1 tapi kak long tak jawab satu segmen dalam kertas 1 atau 2( tak ingatla pulak sebab dah berkurun..eheheh). Habis exam utk hari tu masih tak sedar tapi bila malam kat rumah baru teringat. Patutlah orang lain dok tekun menulis, kak long dah siap..rupanyer kak long tak jawab satu bahagian lagi..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Menyesal tak berguna tapi alhamdulillah tak perlu ambik July paper utk BM..maknanya kak longnyer BM masih credit tapi corotnyer credit...uhukkksss. Malam tu baca nota ugama pun dah tak berapa nak konsentret, air mata dok mengalir mengenang kebodohan diri sendiri.

Pengajarannya adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan, ulang semak soalan2 dalam kertas soalan dan kalau ada masa lagi, semaklah jawapan yang sudah adik buat yer. Jangan kelam kabut.

Iqa, mak long doakan Iqa akan dapat jawab semua soalan2 dengan tenang dan Iqa akan berjaya. Banyakkan berdoa, terus berusaha dan InsyaAllah akan lebih berjaya dari apa yang Iqa dapat masa Trial Exam. Go for 9A1 ...

Monday, November 03, 2008

Busy but ..

..I am happy. It has been a while since the last update. I was busy during the weekend doing groceries shopping with my mom. On Saturday afternoon I received a phone call and an sms. The call was from my auntie who stays in Seremban and the sms was sent by my cousin Hana who stays in Ulu Langat. Wah!! Surprise! Surprise!

They told me that they wanted to come to my house. Eheheheh ...well right after I hung up the phone, I prepare all the ingredients for “carrot beehoon". There was no veggie in the fridge because I am thinking to buy all the fresh veggie on Sunday. Ihiks..Anyway when I saw the carrot and the chicken meat in the fridge, wallaaa...the “carrot beehoon" popped up in my mind..

Last Saturday was almost like "raya open house"..Eheheheh. I served "kuih raya" tarts and the "tempeyek Ikan Bilis" plus the “carrot beehoon. My auntie came with my uncle. My cousin Hana came with her sons, daughter, mom ( my mother's sister), a brother( came with his 2 sons) and a sister.

Sorry guys, no photos...forgotten to snap at least few photos ...eheheh too busy cooking and chit chatting...ahaks. Hmmm..." rugi “because not many relatives or friends came to my house since my house location is quite “remote" 38km from downtown KL.

Anyway...till next entry, please do take care !!

Wednesday, October 29, 2008

Happy 2nd Birthday ...

2 tahun yang sudah...29 October 2006 lahirlah seorang putera




Dengan Opah dan Kakak semasa berusia 2 bulan

...Muhammad Nu'aim. Buah hati famili semua yang comey, kelakar dan nakal eheheh. Tak plan nak celebrate apa2pun sebab sibuk dgn kerja....tapi tak tahulah pulak kalau mama dia ada beli kek..ihiks. Kish2 pp Nu'aim..semoga dipanjangkan umur, cepat bercakap dan dengar kata Opah, mak long, Abah dan Mama.

Oktober 2007

2008


Tuesday, October 28, 2008

Episod sibuk datang lagi..

Sekarang ini episod hari2 yang sibuk telah bermula. Dengan batuk yang tak hilang lagi, kepala tambah serabut, meja tambah selerak dan kerja banyak yang tertunda...aduhhhh.

Friday, October 24, 2008

3 hari...

..kak long menyepikan diri. Sepi bukan kerana merajuk dan bukan kerana marahkan sesiapa atau melarikan diri dari masalah. Cuba teka sebab apa kak long menyepikan diri? Terus terang lebih mudahkan? Kak Long menyepikan diri sebab kak long tak sihat. Demam. 3 hari demam dengan batuk. Bila makan ubat, demam kebah tetapi demam datang lagi...sakit semua sendi dan pening kepala semua lengkap.


Hari ini datang jugalah ke tempat kerja walau tak sihat seratus peratus tapi oleh kerana pagi tadi pening dah berkurangan, kak long bolehlah memandu. Sewaktu menaip entri ini kepala dah mula sakit semula, jadi kak long kena berhenti yer. Jaga diri semua...



p/s :
Saper tau nama karektor kartun di atas ini? Dalam pada demam, kak long sempat tiru gambar kartun ini hanya kerana sayangkan anak saudara yang beriya-iya suruh kak long lukis. Ehehehe tibai jer lukis asal dia suka.

Monday, October 20, 2008

3 malam 3 hari di Kuching, Sarawak


3 hari di Kuching, Sarawak tetapi masa untuk berlibur hanya sekejapan saja. Orang kata , menyusuri Sungai Sarawak pada waktu senja sambil menyaksikan matahari terbenam dan melihat "Pak Tambang" mendayung sampan menyeberangi sungai memang nyaman. Huhuhuhu tapi kak long sempat sampai ke WaterFront tapi tak sempat nak tunggu sampai matahari terbenam tapi memang cantik.

Tebingan Kuching atau waterfront yang dibina pada 1993 menyimpan rentetan sejarahnya yang menarik. Di sinilah bermulanya sejarah Kuching dengan ketibaan seorang pengembara dari England, James Brooke yang menumpaskan pemberontakan di sungai atas permintaan bapa saudaranya Sultan Brunei. Sarawak ketika itu adalah sebahagian daripada Brunei. Sebagai balasan, Sultan Brunei melantik James Brooke menjadi Rajah Sarawak, sehinggalah pendudukan Jepun tahun 1941. Selepas perang, anak saudara Brooke, Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.

Bazaar menjual ole2 dan cenderamata berjajaran di sepanjang jalan berhampiran WaterFront. Peminat cenderamata dan pengumpul barangan antik, pasu Sarawak, hasil seni suku kaum serta ukiran kayu tidak seharusnya melepaskan kunjungan ke sini. Tak banyak yang dibeli di sini. Byk yang menarik tapi tak sempat nak jelajah semua sebab kawan2 yg lain dah menanti di TOPSPOT..food court berhampiran Hilton tu..huhuhu berpeluh jalan kaki dari water front ke situ. Jarak jadi jauh sebab kami tersesat sedikit...ehehe ada jalan dekat tapi kami ambik jalan jauh..ahaks.. adventure jugak petang itu.

Muzium Sarawak menempatkan koleksi artifak Borneo yang cukup komprehensif dan memiliki cita rasanya yang tersendiri mengenai Borneo dan penduduknya. Justeru, persembahannya dalam bentuk koleksi syiling, alat senjata, pakaian, tembikar, ukiran, tekstil, barang-barang perhiasan dan pelbagai artifak seni, budaya dan sejarah adalah nadi kehidupan masyarakat bumi kenyalang itu.Muzium pun tak sempat nak singgah sebab bila balik ke Hotel hari Sabtu, muzium dah tutup..ehehehe.

Selepas dinner hari sabtu yang lepas, kak long ke Pasar Satok bersama rakan2. Shima , iaitu adik kepada Arsaili sempat menemani kami membeli beberapa ole2 kenangan untuk orang tersayang. Shima yang baik hati juga bersama2 ulang alik pusing keliling Pasar Satok sebab ada yang nak beli terubuk masin dan kuih lapis sarawak. Selepas habis shopping, berhenti pulak makan mee kolok( tertunai sudah impian yang makan mee kolok Sarawak..ehehehhe poyo jer).

Shima juga bawa kami pusing2 malam Sabtu lepas melihat keindahan Kuching pada waktu malam. Dapatlah kami tengok beberapa landmark Bandar Kuching walaupun waktu malam tapi alhamdulillah, merasa jugalah jalan2 sekitar Kuching. Thanks so much to Arsaili dan Shima. Nanti Shima kalau datang KL jangan lupa bagitau kak long tau. Macam Diana cakap, kalau tak bagitahu siapppp. Ahaks.

Pengunjung tidak seharusnya melepaskan peluang menaiki perahu tambang untuk menyeberang Sungai Sarawak yang mengenakan tambang 50 sen seorang. Dari sini, anda dapat melihat Astana, istana yang dibina oleh Charles Brooke pada 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, Ranee Margaret. Huhuhu tak sempat nak merasa naik perahu tambang tu.

Pada masa ini, Astana James Brooke telah menjadi kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak. Kami sempat pusing2 area astana ni malam sabtu yg lepas ..hampir tengah malam. Shima berhentikan kereta di hadapan pagar istana untuk sessi bergambar kenangan. kak long tk ada gambar tu..dalam kamera kawan...isk isk kena ingat nak mintak jugak gambar tu dari Zaiton dan Prof. Nor untuk kenangan.

Fort Margherita ialah kubu pertahanan yang sangat penting pada masa Charles Brooke. Kubu ini diberi nama Margherita, bersempena nama isterinya. Fort Margherita, akhirnya dijadikan Muzium Polis. Sangat menarik untuk dikunjungi bagi melihat sejarah kepolisan di Sarawak, senjata, meriam tua, pedang serta bilik-bilik khas untuk banduan dan bilik hukuman. Kami tak sempat pergi muzium ini. Ye la dah malam manalah sempat, muzium dah tutup.

Sarawak River Cruise membolehkan anda melihat penempatan penduduk serta bandar di pinggir sungai, Jambatan Satok yang terkenal serta berpusing di Jambatan Pending- Dah cadang nak naik boat tu tapi tak sempat...adehhh kecewa ( tapi ada alasan pulak lain kali nak pergi lagi...eheheh).

Kampung Melayu, Masjid Negeri ( mempunyai lima “Golden domes”) dan kilang memproses Sarang Burung dan Kilang Tembikar (yang terkenal dengan reka bentuk ukiran asli Sarawak). Pusing2 di kawasan kampung melayu menaiki kereta yang dipandu oleh Shima membolehkan kami melihat suasana kampung Melayu Gersik yang terkenal di Kuching. Tak beli sebiji pun tembikar Sarawak. Hmmm rugi rasanya.

Menyeberangi Sungai Sarawak melalui Jambatan Satok untuk menuju ke Kuching Utara-Shima bawak pusing-pusing sampai ke Petra Jaya dan dapat lihat mat2 rempit berlumba.

Muzium Kuching - dengar jer cerita pasal muzium ni dari shima...tak ada masa nak pergi. Mungkin lain kali.

Perpustakaan Awam Negeri Sarawak- tengok dari jauh ajer sebab waktu dah hampir tengah malam..tapi cantik sebab dekat tasik ( ke sungai hah?) ehehhehe nampak air jer malam tu tapi tak sure tasik ke sungai kat sebelah perpustakaan tu.

Akhir sekali terima kasih buat Shima yang sudi melayan Kak Long dan kawan-kawan sebagai tetamu.Malam itu kami sampai di bilik hotel hampir jam 12 tengah malam.

Sila klik di sini
untuk melihat gambar2 yang sempat kak long ambil semasa di sana.

Friday, October 17, 2008

Sampai dah...

Akhirnya kami samoai ke Kuching pada pukul 12.30 pagi 17 oktober, 2008. Huhuhu flight delayed selama 1 jam. Alhamdulillah cuaca okey sepanjang perjalanan. Tidur pukul 2 pagi..bangun pagi ni ambik sarapan di hotel. Sekarang kami di campus baru di Kuching dan sessi pertama akan bermula sebentar lagi. Selepas sarapan tadi sempat jalan2 ke kawasan sekitar hotel, termasuk padang merdeka dan kedai2 sekitar.

Wednesday, October 15, 2008

Bila Hujan Turun Di kala Senja

Pemandangan di kawasan letak kereta di hadapan blok perpustakaan
Hujan turun dengan begitu lebat sekali di petang Rabu ini. Termasuk hari ini sudah 3 hari berturut-turut hujan turun di waktu petang membawa ke malam. Bila hujan lebat dgn guruh dan petir silih berdentum di langit kelabu, hati jadi sedikit runsing. Kak Long paling tak suka memandu dalam keadaan hujan diwaktu malam. Dalam keadaan jalan licin, jalan sesak dan had penglihatan yang terhad menyebabkan diri ini memandu dalam keadaan stress ..isk iskkk rasa tak sabar nak sampai ke rumah.

Titis-titis hujan di luar jendela

Monday, October 13, 2008

Nak Terbang ke Bumi Kenyalang

Diam tak diam dah seminggu tak update blog ni. Bukannya apa, tak ada idea, tak ada mood dan tak ada rasa nak berblogging..ehehehhe. Di ofis mmg sibuk tapi kalau nak update di rumah pun boleh sebenarnya tapi tak buat..ampunnn ek. Apapun tinggal 4 hari lagi sebelum kak long away dari ofis selama beberapa hari. Kak Long akan sampai di Kuching malam Khamis 16 oktober sehinggalah Ahad 19 Oktober. Flight details belum dapat lagi. Kali ini bukan bercuti tapi urusan kerja..eheheh. Sampai sini dulu..nanti kalau ada cerita lain kak long update lagi yer. Daaa..

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin