Saturday, December 20, 2008

Mimpi lagi..

Entah apa yang bermain di fikiran sehinggakan diri ini termimpi-mimpi. Walau kita tak boleh percaya kepada mimpi namun masih ada terselit rasa bimbang. Sampai 2 kali kak long berpimpi malam /subuh tadi.

Pertama, kak long bermimpi anak saudara kak long kemalangan.Dia datang mengadu kepada kak long dan apabila di lihat tidak ada luka yang ketara tetapi dia di dalam keadaan terkejut. Di dalam keadaan kelam kabut itu, kak long terjaga dari mimpi.

Kali ke 2 kak long bermimpi kak long menaiki motosikal dan tiba-tiba di himpit oleh kereta yang mengelakkan sesuatu di tengah jalanraya sehingga kak long terbabas dan terjatuh dari motosikal. Di dalam mimpi ini kak long terjatuh sebanyak 2 kali dan di himpit/langgar oleh 2 buah kereta yang berlainan. Di dalam mimpi itu, kedua-dua pemandu kereta itu telah lari dari tempat kejadian.

Ya Allah, lindungilah keluargaku dari segala mara bahaya dan hanya kepadaMu kami memohon perlindungan.

4 comments:

Abang Long said...

Mimpi adalah mainan tidur. Namun, tidak salah untuk berjaga - jaga dan bimbang dengan keselamatan diri. Yang penting berserah kepada Allah.

Tie said...

Sentiasalah berselawat dan berzikir, moga2 Zue dan yang tersayang dilindungiNya..

Kak Zue said...

abang long-->terima kasih.

Kak Zue said...

kak Tie-->terima kasih. InsyaAllah zue akan sentiasa ingat pesanan kak tie

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin