Tuesday, December 27, 2005

Saturday, December 17, 2005

Sekadar Renungan Bersama..

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wednesday, December 07, 2005

Recognizing a stroke

Remember the "3" steps. Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify.Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

1. *Ask the individual to SMILE.

2. *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

3. *Ask the person to SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (i.e. . . It is sunny out today) If he or she has trouble with any of these tasks, call 9-9-9 immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

After discovering that a group of non-medical volunteers could identify
facial weakness, arm weakness and speech problems, researchers urged the
general public to learn the three questions. They presented their conclusions at the American Stroke Association's annual meeting last February. Widespread use of this test could result in prompt diagnosis and treatment of the stroke and prevent brain damage.

A cardiologist says if every one who gets this e-mail sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved.

BE A FRIEND AND SHARE THIS ARTICLE WITH AS MANY FRIENDS AS POSSIBLE, you could save their lives.

Thursday, November 24, 2005

Maafkan Ju Abah !

Abah,

Sabtu 19 Nov, 2005, Ju ada seminar @ meeting di Ilham Resort, Port Dickson. Ju bawa mak sekali sebab kalau mak tak pergi pun mak seorang kat rumah. Sibuk sangat dari sampai pada pagi 18//11/05 sampai ke malam ada sessi perbincangan. Maafkan Ju abah, sebab tak ingat 19 November tarikh abah meninggalkan kami semua. Tahun ini genap 22 tahun abah meninggalkan kami keluarga abah yang tercinta.

18 November hari lahir Nasyirat Nu'man, kali ini tak sempat pun nak wish Happy Birthday kat dia. Hujung minggu ini adik buat rumah terbuka sempena Raya. Bolehlah jumpa budak-budak tu . Rindu pulak!! kalau depa ada nak marah jer ..tapi bila tak ada sunyi rumah tu.


Abah,
Mak sunyi kat rumah sekarang ni sebab cucu-cucu abah tak ada kat rumah Ju sebab Linda ada kat rumah dah jaga depa semua.

Abah,
Ju dapat tahu ada Linda ada masalah di tempat kerja sebab itu dia bercuti panjang tetapi rahsia ni hanya Ju yg tahu ..mak tak tahu pasal ni . Depa tak nak cerita kat mak sebab tak nak mak risau kut. Ju tak tahu nak buat apa . Apa yang boleh Ju buat cuma diam dan berdoa setiap kali solat semoga masalah yang Linda dan adik hadapi akan berakhir dengan baik . Takut sangat bila ada kawan bagitahu masalah yang Linda hadapi di tempat kerja. Tak dapat nak fikir yang perkara ni akan berlaku pada keluarga kita.

Abah,
Semoga abah tenang di sana , InsyaAllah doa Ju sentiasa mengiringi abah .

Wednesday, November 23, 2005

Pelangi Petang


Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

-Sudirman

Friday, November 11, 2005

Rahmat menjadi Wanita ISLAM

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang
tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para
wanita......

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun),
maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala
80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga
kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu
belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah
Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan
kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab
dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika
berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong
daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung
kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika
kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Thursday, November 10, 2005

Aidil Fitri 2005




November 3, 2005. Aidil Fitri disambut dengan sederhana. Tahun ini, pagi syawal meriah sebab adik dgn anak-anak beraya di kg.
Gambar kat sebelah ni masa achik (sepupu) dgn anak-anak dia beraya ke rumah. (duduk kat bawah) . Pada masa yg sama, makcik Diah dengan anak-anak serta cucu singgah di rumah nak jumpa dgn mak. Sorry ...gambar tak terang sebab ambik dgn henpon. Tengah tunggu adik email gambar2 yg dia snap masa pagi raya tu..nanti dah ada boleh la post kat sini.

Wednesday, November 09, 2005

Balik raya

30 oktober balik ke kampung dengan mak. Hari tu ahad, kena kerja ...mak ikut sekali ke ofis. Memang tak ada mood nak buat keje ...lepak kat kg aman. Ramai lak kengkawan kat room. Meriah gak sampai la tengah hari . Hilang rasa bosan. Sebelum balik solat zohor dulu di ofis. Hujan lebat la pulak ..adehhhh ..Paling tak suka kalau driving dlm hujan lebat...risau banjir lak kat sg buluh tu nanti. Abg Rosli kata hujan tak lama sbb kat satelit image tak nampak cam hujan akan lama.

Alhamdulillah dlm 1.30 hujan dah mula reda. Fikir pulak nak balik ikut jalan mana ni ?? eheheheh byk sangat yg aku fikir ..tension betul. Last2 ambik jalan highway connaught ...masuk ke jalan syed putra . Ikut plan nak naik jalan istana..last2 tersilap masuk ke brickfields pulak..adehhhh....ahahahha cam mana la bolehh konfiden naik ke exit Brickfield...isk iskkk dah ler jalan sesak sebab Deepavali ..tahu2 jer la penuh dgn gerai kat tepi kaki lima kedai...jalan 2 lane dah jadi 1 lane..hampeh tul...senang2 jer depa double park.

Nasib baik tahu jalan area tu sbb dulu masa naik bas mmg selalu lalu Brickfields bila nak gi SS2 PJ dari Chow Kit ...ihiks ..Mak dah tension....dia dok tanya tahu ke jalan nak keluar ke jln duta ...ehehehe aku relek jer ..ehehehe tension simpan dlm hati ...tapi ada sekali tu mmg terkuar perkataan ****** dari mulut bila keta potong Q..ahaks ..sabo2 kurang pahala puasa hari tu.

Sampai tol Duta tak jammed..alhamdulillah..tol sungai buluh pun ok ...adehh lapangg hati...sg buluh kat stesen komuter jer sesak sikit. Sampai kuala Selangor singgah bank in duit loan rumah. Lega , selesai 1 tanggungjawab.

Sampai ke kg dalam kul 4 petang. Satu hal lagi nak mengemas rumah lak . Adik dgn Linda baru habis vacuum habuk . Habuk tak ler banyak sangat sebab 2 minggu puasa dah balik kemas rumah dgn mak.

Sampai jer kg ..angkut beg dan segala macam barang dari dlm boot keta ...ehehe siap kat seat belakang pun ada barang ..adehhhh....kalau bawak lori mahu lori tu pun penuh..ehehehehe .

Petang tu dah tak sempat nak masak utk berbuka ...lagipun mana ada lauk mentah ..ehehehe yg ada sardin ...isk isk...last2 kuar dgn mak gi pasar ramadhan kat pekan selekoh..beli lauk dgn sayur dah siap masak. Sementara tu sempat lagi beli 2-3 jenis kuih . Putu kacang yg dah berkurun tak merasa tu zu beli sikit sebab teringin.

Malam tu selepas berbuka mak cadangkan gantung langsir dgn sarungkan kusyen sofa. Ok la ..sambil duduk2 tengok nabil dgn nasyirat main bunga api ..boleh la buat . Masalah la pulak...langsir tertinggal kat rumah di Kesuma Lakes...hari tu bawak balik langsir tu nak basuh ...tak sempat nak basuh kat kg ....adusss nasib baik bukan malam raya ..ada 3 hari lagi baru raya .

Zu cakap kat mak ..tak pe la ..esok 31/10 (Isnin) tu Zu bawak mak gi Teluk Intan la belikan langsir ..tapi mak kenala jahit . Mak kata okey. Isnin pagi tu macam2 alasan mak bagi kat cucu2 yg nak mengikut ..kalau depa ikut mmg tak jadi keje ..asyik bebelkan depa jer ..eehhehehe. Sampai kat tk intan ...jammed giler la pulak..adehhhhh cam KL jer sesak dia ..cari parking pun payah..sabar jer la ..hujan pulak tu. Singgah kat pasar ..beli ikan utk masak buka puasa. Nak sampai ke parking tu ..aduss hujan lebat la pulak...basah kuyup aku...uwaaaa...dok dlm keta 15 minit tak leh nak reverse sbb jalan dah jammed ...terpaksa tunggu hujan reda..mak kuar dari keta ...mintak bagi jalan...akhirnya sampai ke bank pulak...aduss tak jadi..Q sikit punyer panjang. Ada kedai langsir kat area bandar baru teluk intan tu ...alhamdulillah dapat kain yg sama kaler dengan langsir bilik yg sedia ada ...walaupun corak berlainan ..dari tak ada ..ambik jer la yg itu.

Dah kuar dari pekan tk intan...ingatkan syafiqa ..anak cousin Zu yg ikut sekali tu nak singgah hostel ambik blazer ...rupanya2nya dia kata blazer tu kawan dia tinggalkan kat guard di Sekolah Convent Tk intan. mak aiii....kena patah balik masuk town balik...kali ni ikut jalan lain ...tak jammed jalan tu ..alhamdulillah.

Aduss ...sampai rumah dah pukul 4 petang. Sebelum tu sempat lagi singgah rumah kak Ina mintak tolong abg Din bayarkan zakat fitrah on behalf sbb tak sempat nak gi masjid tk intan sbb basah kuyup tadi....ehehehe ..adik pun mintak kita bayarkan sekali utk family dia.

Malam tu tolong mak potong kain langsir..mak yg jahit . Zu bab menjahit ni hampeh...ihiks

Malam tu letih gilerr ..tido nyenyak...

Wednesday, October 26, 2005

Salam Aidilfitri



Sewaktu kita mula mengenali tutur bicara,
Budi bahasa masing-masing,
Kita mula belajar sesuatu yang indah lagi penuh bermakna,
Iaitu erti sebuah pertemuan,
Yang menunjukkan keupayaan diri kita.

Kematangan itu dari pengalaman kehidupan,
Yang kita lakui dan harungi bersama,
Tanpa penat dan jemu,
Namun masih tidak puas menerokai
seluruh alam buana,
CiptaanNya.

Namun setiap pertemuan itu,
Juga ada perpisahannya,
Tapi kau tabah menghadapinya,
Dan kau berkata,
"tiada pengalaman indah yang dapatku,
lupakan ketika bersama denganmu"
terimakasih menghargai nilai seorang insan
yang tiada harga jua tandingannya.


Kata-kata di kad raya yang baru diterima benar-benar menyentuh perasaan. Jika kata-kata ini menggambarkan rasa hatinya..begitu juga aku. Setiap baris kata-kata ini menggambarkan apa yang terjadi di dalam hidupku selama ini. Mengenali seseorang dan akhirnya kehilangan.

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI ,MAAF JUA DIPOHON ANDAI ADA SALAH & SILAP

Friday, October 21, 2005

Anda Mungkin "gila" Oleh Cinta ?? Fahamilah...

MW 1136 – Motivasi
Siri 239
Tajuk: Awas, anda mungkin 'gila' oleh cinta
Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
www.drtuah.com


Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah
kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui
tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan
sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai
dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada
waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu
untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza.
Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan
kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan,
dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS
bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan
nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh
diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu
itu.
Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya. Dia tentu
tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.

Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada
tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Kalau awal pagi
biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta
dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar
suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia
mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu
keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu.
Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia
tidak menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin
diganggu.

Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja
kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta,
kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses
perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal
memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda
bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang
sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan
terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya.
Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak
mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang
sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.

Cin! ta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan
yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan
kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan
menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit
hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia
sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah
dengan perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan
ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia
akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia
tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan
perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu
jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.

Hidup akan lebih indah kalau orang memahami. Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman.

Wednesday, October 12, 2005

Ramadhan Al - Mubarak


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA ..
Ramadhan kali ini disambut dengan sederhana.
Tahun ini ...Ju tetap keseorangan tanpa seorang lelaki yang bernama suami mahupun kekasih. Namun syukur kerana aku masih mempunyai mak dan anak-anak saudara serta kawan-kawan yang memahami.
Dulu ada dia...tahun ini hampa belaka..

Tuesday, October 11, 2005

Kereta


Rabu minggu lepas , baru dapat kereta ni tapi ada masalah sikit ..ntah cam mana ada kesan calar yg dalam di bahagian hadapan kereta. Rasa terkilan . Sampai hari ni , masih menanti tarikh bila pihak dealer nak tukar bahagian yg calar sebab depa dah setuju nak ganti seluruh bonet. Nak touch up tak sesuai ...harap-harap semua akan berjalan dengan lancar. Banyak dugaan yang perlu dilalui yang menguji kesabaranku untuk memiliki kereta ini. Apa-apapun aku harap mak akan gembira dengan adanya kereta ini. Setiap hari aku belajar utk menjadi berani dan bersabar di dalam menangani masalah yg ada. Tak nak la call salesman tu tiap-tiap hari...nanti dia naik fed up pulakkan? Cuma berharap dia tidak lupa dengan tanggungjawabnya. Duit balance pun tak dapat lagi ni ....adehh...sabarr ...puasa ni kena banyak sabar. Ada hikmah disebalik setiap kejadiankan? InsyaAllah...

Thursday, September 29, 2005

Pupus

Pupus by Dewa

Aku tak mengerti apa yang sedang kurasa
Rindu yang tak pernah begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak akan pernah tahu
Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara
Baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku
Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban..
Hingga akhirnya kaupun mau
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak akan pernah tahu



Hmm..memang kenala dengan batang hidung sendiri bila dengar lagu ni.Sebelum ni aku tak pernah perasan lagu ni sampailah terdengar Mawi menyanyikan lagu ini semasa konsert AF3. Sudah banyak kali kecundang..sampai bila agaknya. Bersabarlah wahai hati...

Tuesday, September 27, 2005

Kereta Baru

Semalam 25 Sept , sempat pergi ke showroom kereta . Dekat jer showroom tu dengan rumah.Mak dengan adik ikut sekali..Ninja2 pun ikut sekali. Riuh rendah jadinya. Ikut cakap mak tukar kereta , maka jadilah tukar kereta. InsyaAllah kalau tak ada apa-paa halangan...dalam minggu depan boleh dapat kereta tu kut. Asal mak bahagia ..cukuplah.

Dah lama mak suruh tukar , tapi kita jer yang degil. Rasa cam takut pulak nak tukar ...rasa tak konfiden jer nak bawak kereta lain.

Hari ini, tak jadi pergi meeting di IPK Bangsar sebab Nurul duty sorang. Ainil dengan Dee off . Hana dengan Wan shift petang. Adehh....nak call Pn .Mai no tel pulak hilang..isk iskk...

KA meriah hari ni ....

Saturday, September 24, 2005

Apsal Ni....

Apasal la rasa bosan sangat hari ni. Keje pun tak leh nak buat . Tak ada idea langsung. Form dah siap ...tapi nak buat notice pasal new service ni ..adeh..apasal la bengap sangat hari ni . Kg Aman pun tak menarik hari ni.

Apa-apapun...sempat gak jumpa boss utk dapatkan signature pasal meeting MLG Isnin ni di IPK Bangsar. Boss mood bagus jer ...ehehehe nasib baik....cuti pun dia dah approved.

Puas hati gak bila request Prof. Lee dapat diselesaikan dengan bantuan Nurul.

Purchase requisition form dah fill up utk Music School..yeahh....dlm bosan pun ada gak keje yg siap..ihiks ...till monday....bye

Thursday, September 22, 2005

Suka Dalam Duka

Kekeliruan yang masih berligar-ligar di fikiran membuatkan aku beberapa kali berkhayal ketika memandu ke tempat kerja pagi tadi. Hmm...alhamdulillah aku cepat tersedar. Persoalan demi persoalan di benak masih belum dapat diselesaikan.

Sampai di pejabat, signal wireless network tak ada pulak...adehh..haru betul ...hilang mood nak mulakan kerja. Finally pukul 1 tengahari baru boleh online. Makan pun pukul 3 hari ni ...nampak jer ceria ..tapi hati ini hanya Allah yang tahu.. Sabar jer la yer...

Wednesday, September 21, 2005

Sepetang Bersama Ninja-ninja



Gambar terbaru Ju dengan Ninja-ninja ..ehehehh Nasyirat, Nabil dan Nurdini. Gambar ni diambik Jumaat minggu lepas sebaik saja Ju balik dari kerja..Semua berebut nak pegang kamera..adehh nyaris tak hancus ..ahaks. Ni time tengah suka la ni..time tengah gaduh tak ada lagi gambar..lepas ambik gambar ni ..Nabil tumbuk Nasyirat...Nurdini yang kat belakang Nasyirat terduduk sebab di langgar dek Nasyirat...adehh..ehehhe tapi kalau tak ada depa ni semua ..sunyi jer rumah tu especially weekend bila depa balik ke rumah abah dgn mama depa.

Tuesday, September 06, 2005

KEAJAIBAN SELAWAT

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - Muslim.
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada bafinda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu maha luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
30) Sabda Bani SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Thabrani

Saturday, September 03, 2005

Langkawi

20-25 August yg lepas Ju bercuti. 22 August 2005, Adik dan keluarga dia pergi bercuti ke langkawi. Ju dengan mak, kak Ina, dan Iqa ikut sama. Kami bertolak dari rumah kak Ina pada pagi 22 August kira-kira pukul 10 menuju ke Kuala Perlis. Adik memandu dengan tenang dan sampai ke K.Perlis pada pukul 1.45 petang. Sampai ke Langkawi pukul 3 petang dan kami selamat sampai di Sri Intan Resort milik TM Berhad kira-kira pukul 4. Tercari-cari lokasi resort tu sebab ada alamat jer ..tak tahu pulak teluk baru tu rupanyer dekat dgn Holiday Villa..Ju pernah sampai ke Langkawi masa company trip kira-kira 8 tahun yang lepas.Masa tu Ju bawak mak sekali..naik kapalterbang. eheheh. Nasib baik aku ingat2 lupa Jalan ke Pantai Cenang..adehh...sebenarnya ingat nama jalan je tapi tak tahu arah mana dari pekan langkawi tu ..ehehe dah call reception pun bagi instruction pun blurr jer..adehh. Apa-apapun selamat gak kami sampai. 3 hari kat sana...3 hari la hujan di waktu pagi..so bila jenjalan kat pekan tu tak panas sangat. Nanti ada gambar lain dah scan..kita upload lagi. Yang kat atas ni gambar dari henpon kita..eheheh yg byk gambo ikan pelik2 jer dlm henpon ni ..gambo kita semua dlm kamera Iqa..dah cuci tapi nak kena scan pulak..isk iskk.. apapun...ada 1 gambo ni ntah tak perasan lak ada ambik guna henpon..gambo mak dgn kak Ina di UnderWaterworld.

Tengok gambo yg satu lagi ni ..cantik tak?? eheheheh . Tak sempat salin nama ikan ini..tapi cantik sangat.

Ikan oh Ikan


Ini dia ada 2 gambar ikan yg pelik tapi cantik di Underwater World Langkawi. Kali ke2 pergi ....makin mahal tiket masuk..adehh...tapi nak ikut meriahkan anak2 sedara..ehehe masuk gak la ...ada gambar lain tapi lain kali kita edit and post kat sini.

Thursday, August 18, 2005

Doa buat Kekasih

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....

Dan sekiranya aku menemui seseorang
yang baru di dalam hidupku
Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin...amin..yarabbal alamin....

Tuesday, July 19, 2005

Apa itu cinta...

Bercinta memang mudah.

Untuk dicintai juga memang mudah.

Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,

lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Patutkah diri sendiri sahaja dipersalahkan sedangkan takdir lebih berhak menentukan segalanya...

Mungkin cinta perlu diberi ujian utk mengetahui kekukuhan cinta itu sendiri tapi macam mana dengan aku yang tak pernah diberi peluang utk mendekati cinta dari orang lain.....

Aku hanya pasrah atas segala ketentuan dari NYA....

Migraine

Semalam Ju MC. Mild migraine. Dah lama tak kena ..dulu masa study selalu kena tapi Ju dah agak dah. Dengan apa yang berlaku sejak beberapa minggu yang lepas dan ditambah dengan tekanan kerja menyebabkan Ju sentiasa pening, mata berair dan tangan terasa lenguh.

Terasa serba tak kena...tapi bila balik rumah, semua masalah diketepikan. Terasa dah putus asa ...

Al-Kauthar



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1]
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak.

[2]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban.

[3]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari rahmat Allah).

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Wednesday, July 06, 2005

Ceritaku...ceritamu

Dah lama tak jenguk blog ni dan juga blog Shah. Bukan apa ...sejak membaca balasan email dari Shah , sebaris ayat itu juga yang membuat hati terluka dan bersedih. Tak sanggup membaca seandainya ada luahan hati Shah..mungkin jugak tiada tapi Ju menjauhkan diri. Ju sedar siapa Ju sebenarnya.

Bila Shah mendiamkan diri , Ju turut mendiamkan diri , tak mahu mengganggu orang yang tak sudi. Walaupun keliru dengan apa yang terjadi ...secara tiba-tiba Shah berubah, Ju tetap cuba memahami.

Hari ini, Ju teringat kat Shah...bukannya selama 2 minggu lebih kurang ni Ju tak ingat kat Shah...tapi hari ni Ju cuba menghubungi Shah..tak tahu di mana dia berada. Nak call ofis, takut nanti menganggu ..serbasalah. Selama ini pun Shah memang tak nak orang lain yang ada hubungan dengan dia tahu pasal Ju. Tak mengapalah.

Bila call ..tetiba putus, terasa dia reject my call tapi Ju hantar gak sms. Sekadar bertanya khabar. Shah jawab dia di Madinah. Mungkinkah dia menunaikan umrah agaknya. Alhamdulillah.

Syukur sebab Shah masih sudi menjawab sms dari Ju. Walau apapun, Ju sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga , sahabat serta kenalan di mana juga mereka berada temasuklah Shah. Semoga Shah masih ingat akan permintaan Ju di dalam email terakhir dari Ju tempoh hari.

Boss panggil utk evaluation appraisal...terasa stress lately membuatkan keje kurang memuaskan. Anyway...good luck to me ...

Tuesday, June 21, 2005

Perpisahan Terasing

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh... kini terasing luka
Oh... kini terasing luka
Perpisahan mengasing kita

Thursday, June 16, 2005

Pertemuan Keluarga

Abah

Hari Sabtu minggu lepas 12 June 2005, Ju, mak dgn adik pergi ke rumah Wak Ali di Felda Purun, Pahang. Ju ingat lagi masa arwah Wak Ali berpindah ke sana, Ju kecik lagi. Setelah beberapa puluh tahun, baru minggu lepas kami sampai ke sana. Itupun pasal ada majlis perkahwinan Zura, anak ketiga Wak Ali dgn Wak Asiah. Sebelum ni majlis Razak dengan Liza kami tak berkesempatan pergi.

Semua adik-beradik abah ada. Pakcik Jen, Makcik Enon, Wak Sariah kecuali makcik Munah di Batu Gajah dan makcik Diah di Lunas, Kedah. Mak Cik Diah membawa diri ke sana sejak pakcik Din buat hal. Kesian makcik . Sanggup pindah ke Kedah sebab nak ikut Mamat, anak sulung..last-last menantu yang disayang buat hal. Dengar khabar makcik dah pindah rumah lain . Nasib baik Emi dgn Andung ada . Budak-budak berdua tu la yang sara Makcik Diah.

Semua sepupu dari Seremban dengan Ipoh ada sama. Depa dah sampai malam sebelum tu. Ikutkan hati tak nak pergi sebab dah terasa mesti Wak Sariah akan ungkit soal kenapa tak kahwin lagi tapi tak berani nak cakap kat mak. Ikut jugaklah .

Abah,

Majlis berlangsung dengan sederhana. Cantik pelamin Zura berwarna Kuning dan orange. Ju banyak berdiam diri jer. Duduk kat dalam rumah , depan pelamin dengan mak, kak Ipah, Kak Peah, Kak Zah dgn Kak Zai. Siap kena usik lagi..pasal bunga telur. Kak Zai kata nanti Ju tak payah buat bunga telur ...buat bunga tapi ganti telur dgn epal..Adehh...memacam2 depa ni. Sedih dalam hati hanya Tuhan yang tahu tapi tunjuk muka senyum jer la. Tak komen apa-apa. Wak Asiah tanya kenapa diam? ..tak ada calon ke ? bila lagi nak berdua. Bertubi-tubi soalan..pedih telinga tapi nak buat cam mana .. Kita ni pompuan, kalau orang tak nak kat kita ..nak buat cam mana kan?

Abah,

Tak habis lagi cerita. Sebelum balik tu, Pakcik Fatehah ajak semua famili bergambar. Alahai...nanti kata sombong lak.Kitapun ikut jer. Last-last depa suruh kita duduk kat kerusi atas pelamin..adehh malunyer. Bila semua tetamu dengan penanggah dah balik, makcik Enon dgn mak cik Jamaliah, hidang kuih. Makan kuih la pulak..tengahari dah makan nasi.

Abah,

Mak Cik Enon sempat gak tanya kat mak pasal Shah. Ju buat tak dengar jer. Kak Peah pun dah tahu la tu..adehh...nak buat cam mana. Keputusan terletak di tangan Shah bukan Ju. Kalau dah dia kata kawan jer...tak tahu la nak cakap cam mana lagikan? Shah mintak masa , Ju berikan dia masa. Shah tak mahu di ganggu, Ju ikut jer. Kalau dia kata putus pun, Ju ikut jer abah. Pernah Ju jauhkan diri tapi Shah kata sayang pulak. Memang pun Ju sayang kat dia tapi bila beberapa bulan dia menyepikan diri , Ju bawak la diri. Hari tu bila dia kata sayang...seronok sangat.

Abah,

Kesunyian makin terasa. Kesibukan di tempat kerja membuatkan Ju terlupa seketika akan dilema di hati tapi kekadang bila dah balik ke rumah, masa nak tidur susah nak lelap terasa kosong jer hidup ni. Apatah lagi bila Shah sibuk sejak 2 minggu lepas, tak berani nak tegur dia . Bila hantar sms tak berjawab, Ju takkan kacau lagi. Biarla dia dengan kerja dia. Kekadang bila malam, tangan kiri ni rasa lenguh jer...kenapa hah?? Takut jugak.


Abah,

Cukup sampai sini dulu yer. Harap-harap ada berita gembira yang akan Ju coretkan di sini lain kali. Semoga abah tenang di sana.


Yang merindui

Ju

Wednesday, June 15, 2005

Ku sandar impian

Jika dia bukan jodohku..
Jauhkanlah dia dariku
Tetapi..
Jangan Engkau biarkan kesedihan berlabuh dihati ini..
Andai hajat tidak kesampaian
Andai hati tidak dapat menerima
Andai kekurangan diri menjadi penghalang
Alasan demi alasan hadir..
Itukah tandanya cinta atau
tanda diri tidak diperlukan
Biarlah aku pergi

Di tangan mu tuhan,
Kusandar impian,
Penentu, jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta utk ku..
Rela ku menjadi miliknya

Wednesday, June 08, 2005

A day trip to Batu Gajah, Perak

The recently family trip to Batu Gajah (June 4,2005) for my cousin's wedding was quite interesting beside the embarrassing part of being the eldest female cousin's that is still single. I was just sitting relaxing at the back of the car with my mom. The North South Highway near Rawang leading to Tanjung Malim stretch was quite jammed when we reached there around 9.30am. This is because it was a public holiday (Agung's Birthday) and School holiday. We reached Gopeng exit at 11.00am. Around 11.15am, we passed by Kellie's Castle. It looks beautiful from the main road. Wish I could stop and visit the place but unfortunately our main reason is to reach my auntie's Munah house for the kenduri. One fine day, we will visit Batu Gajah and Kellie's Castle together ..bolehkan ??

Here is some info about Kellie's Castle.

This amazing leftover from colonial times is set by a small river about 30 KM South West of Ipoh. The castle referred to is in fact an old unfinished mansion. It was to be one in the mould of great colonial houses, complete with Moorish-style windows & even a lift. A wealthy British Plantation Owner, William Kellie Smith, who lived in a splendid mansion in this area in the early 19th century, commissioned the building of the "Castle", which was to be the home of his (as yet unborn) son. The house was never occupied, as he died before the castle could be completed.

Being far away from home, Kellie desired his new residence to be reminiscent of his home back in Scotland. The castle is perched on top of a hill of what used to be a rubber estate.

Construction of this fine architecturally one-of-its-kind castle begun in 1915. However, it came to an abrupt halt with Kellie's sudden death in 1926. The estate on which it was situated was sold and the unfinished mansion soon surrendered itself once to the jungle. As we wander around the castle, there is eerie feeling of being watched. Sunlight streanm through a series of arches on the two main floors, casting ghostly shadows on the verandah running the length of the building. Perhaps, there is some truth to the local legend that the spirit of Old Man Kellie still wanders along the corridors ... It's the only castle built in Malaysia, the first, and the last. The castle is believed to have hidden rooms and secret underground tunnels.

The road that leads to Kellie's Castle follows the contours of the land in a dizzying, maze-like fashion, adding to the mystery and romance of the place.

Located between Gopeng and Simpang Pulai.The castle is situated on the way to Batu Gajah town at the Kinta Kellas Rubber Estate, about 30-minute drive and 14 km south of Ipoh City.

Saturday, June 04, 2005

Menara Condong Teluk Intan



Tetiba teringat kat Menara Condong ni. Dulu masa kecik-kecik abah selalu bawak kami main kat padang permainan dihadapan menara ni tapi sekarang dah jadi medan selera taman tu. Tak ada lagi pokok-pokok besar di tengah bandar Teluk Intan. Sekeliling menara pun dah jadi dataran. Dulu kedai-kedai kecik jer di belakangnya. Hmm itu 25-30 tahun yang lepas. Kenangan-kenangan manis suatu ketika dulu. Kalau ada sesaper yang nak datang ke Teluk Intan...singgahla di sini. Kita boleh jadi tour guide gak..ceh wahh....frankly speaking..beratus kali or maybe beribu kali pergi Teluk Intan tapi tak pernah naik ke atas tu ...adehh. Cam maner citer ni ?? eheheh jom arr ...kita gi sesama ok.

Here is some facts about this menara condong.

When it was first built in 1885, it was then known as the Clock Tower-mainly because of its function of telling the time, a role which is still maintained sehingga hari ini. When nature takes its course however, the tower leaned over to the west side, thus earning the name Leaning Tower of Teluk Intan, taking the cue from the famous leaning tower in pisa, Italy. Menara berukuran 25.5m ni berbentuk macam pagoda dan telah dibina pada 1885 oleh seorang kontraktor cina bernama, Leong Choon Choong.

Pada awal pembinaannya, ia digunakan untuk menempatkan tangki air bagi kegunaan kawasan setempat. Kini, ia berdiri megah sebagai satu binaan bersejarah dan akan terus menjadi satu daya tarikan pengunjung ke Teluk Intan.

Friday, June 03, 2005

Berdirinya Seorang Perindu


I love this song, especially the lyrics. Not referring to anyone here because somehow, it reflects the way I am.

Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji

Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia

Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan

Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu

-Ibnor Riza

Wednesday, June 01, 2005

Untuk Yang Bercinta..

A friend forwarded this note to me few days ago. Let's read..

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda,dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini "Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai

People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel



*Belajarlah mencintai dan menghargai , jika ingin dicintai dan dihargai...*

Kad jemputan

2 minggu lepas bila tetiba ada sms dari Kak Kamariah mintak alamat rumah , terdetik di hati agaknya Kak Kamariah nak kahwin kut. Betul tekaan, minggu lepas, Ju dapat kad jemputan dari Kak Kem...terasa tak nak tengok kad tu lagi...terus simpan dlm laci. Tak sanggup tengok kad jemputan tu.

Macam biasalah..bila ada kawan2 nak kahwin, ju akan mengasingkan diri. Tak boleh nak terima hakikat. Iskk tak elok kan...tapi memang itu yang Ju buat. Tak call, tak contact,tak email. Kita menjauhkan diri..terasa diri serba kekurangan dan ketinggalan.

Kali ini, Kak Kem pulak. Walaupun selepas habis study dulu, kami tak berapa rapat tapi bila status dia akan berubah, terasa jugak hati ini. Dapat ke Ju nak rasa cam apa yang kawan-kawan rasa. Hidup berkeluarga dan bahagia?

Air mata mengalir tanpa disedari. Ucapan Sayang dan cinta dari dia sejak minggu lepas membuatkan hati ini sedikit gembira.Terasa malu manalah tahu Ju jer yang lebih-lebih sayang dan berharap.Bila agaknya penantian ini akan berakhir...

Saturday, May 28, 2005

Hanya Untukmu.




Kau tersenyum
Ku terpaku
Cahaya di wajahmu
Hanyalah untukku

Sinaran matamu
Menusuk di kalbu
Tak mungkin ku melupakan
Sebegini pengalaman
Lalu hati pun berkata
Segala untukmu

Thursday, May 26, 2005

Harapan

Di sebalik tirai hati
Tertera satu janji
Yang paling suci termetrai
bersama harapan yang sukar dicapai

Bintang di langit cuba di gapai
menanti bulan jatuh ke riba
Harapan itu jauh bagiku
sama seperti samar rambulan
di balik gerhana awan malam


harapan tinggal harapan
harapan jadi taruhan
walau sekecil harapan
aku masih mengharap
mengharap bulan pulang ke pangkuan


hanya itu mampu kulakukan
menanti penuh harapan
tabir itu terlalu tebal untuk disingkap
janji yang masih termetrai disebaliknya
masih tak bisa terungkap

tinggal aku sorang
dihujung harapan
menunggu bulan
menggapai bintang
yang masih di awangan
keseorangan.

senyuman ku beri penuh makna
siapakah yang mampu mengerti...

Wednesday, May 25, 2005

My Wish

I wish that I could cause the sun
To warm the world with love
Remove the clouds a moment
To reveal the stars above

I wish that I could wipe that tear
From the corner of your eye
Bring happiness for your sorrow
Bring a smile for your sigh

I wish that I could better things
Put hope within your heart
Make today the best you've had
Right from its' very start

I wish that I were able
To make your dream come true
I wish I could - I wish I could
Do all these things for you

Stress: Symptoms and Management

Just want to share this useful information I received on May 13, 2005, during International Nurses Day exhibition. The exhibition was organised by School of Nursing.

SYMPTOMS OF STRESS

* Tension

*Inability to concentrate

*Feeling excessively tired

*A pounding heart

*Sweating palms

*Tight Muscles

*Sleep disturbances

*Depression

*Irritability

*Overreactions

*Memory problems

SMART STRESS MANAGEMENT

1. Be aware of your stressors and your emotional and physical reactions

2. Learn to play

3. Do regular physical exercises

4. Maintain your emotional reserves. Develop mutually supportive relationships.

Pursuerealistic meaningful goals

5. Talk out your troubles

6. Be a friend to yourself

7. Learn to plan

8. Avoid unnecessary competition

9. Build your physical reserves: be active, eat well-balanced, nutritious meals,

avoid nicotine, excessive caffeine

10. Get enough sleep.

Tuesday, May 24, 2005

Hanya Kawan??

Kadang kala bila hati dan mulut mengatakan tidak ataupun zaman sekarang ni bercakap guna sms jer...bila jari-jemari menaip tidak tapi sebenarnya hati mengatakan ya. Pelik tapi itu hakikatnya. Berkorban hati dan perasaan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Tapi adakah kita pasti yang orang lain itu gembira dengan tindakan kita menyisihkan diri ..menafikan cinta di hati?

Bila dia kata carilah orang lain atas sebab-sebab tertentu. Adakah kita akan merasa selesa dengan keadaan itu? Apatah lagi bila ianya melibatkan perasaan. Oleh kerana tidak mahu dikatakan tak malu ...dah orang tak sudi, kita pulak yang lebih-lebih macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorang maka kita pun cakap la tak apa. Di dalam hati ,sedih tak terkata..air mata mengalir tanpa disedari. Hati pernah berkata "Cukuplah ..hentikanlah tangisan ini". Pada saat itu hati mula belajar untuk membenci dia.

Hanya dengan perasaan marah dan benci sahaja yang boleh buat kita lupa dan meneruskan kehidupan baru. Marah, sedih, benci tidak lama bila mana hati ini merasakan yang dia juga merasa kesedihan ini..merelakan perpisahan kerana terpaksa..kerana keraguan yg penuh di hati? Semakin aku keliru.

Buat beberapa minggu, hati ini keliru dengan apa yang berlaku. Aku tidak sanggup mencari yang lain sedangkan aku tahu dia merasa sedih dan memerlukan aku hanya sebagai kawan.Dapatkah aku menafikan perasaan ini? Yang pasti , aku masih memerlukan dia di dalam hidupku.Adakah mungkin aku dapat meneruskan perhubungan ini?? Begitu banyak persoalan yang berputar di fikiran ...akhirnya kini aku pasrah ...

Kereta...

Lama dah tak jenguk blog. Tak tahu nak coretkan cerita apa sebab semua cerita sedih. Minggu lepas 15 may 2005, bila ada kemalangan kecil melibatkan kereta, rasa sedih sangat. Rasa cam tak boleh nak uruskan dan rasa masalah tu masalah besar sangat. Bila fikir balik tak la besar manapun masalah keta tu. Pasa masa tu fikiran rasa blank. Pergi workshop tak ada yg bukak . Mak memang gelabah gak tapi masa tu Ju pulak yang cool walaupun sebenarnya aku diam jer sebab tak thau nak fikir apa, celaru sungguh...pusing keliling Semenyih cari workshop tapi hari ahad tak banyak workshop yg bukak kedai.Yang ada pun uncle tu kata dia tak buat keje -keje ketuk. Aduss...nak buat cam mana kena jugak cuti emergency sebab bonet keta tak leh nak tutup. Kalau setakat kemek dengan lampu pecah sikit tu , ok lagi.

Bila sms kat Shah...rasa lega jugak dapat luah rasa marah dan kesal kita kat seseorang.

Esoknya awal pagi hantar keta kat workshop di Rinching, dekat jer dgn rumah.Alhamdulillah, abg tu dapat siapkan keta tu petang tu jugak dan hantar ke rumah. Lepas tu aku hantar dia balik ke workshop dia dan bayar upah.

Tuesday, May 10, 2005

Happy Mother's Day

Hari Ibu May 8,2005. Selepas solat subuh lebih kurang kul 6:10am, boleh terlena balik. Ingatkan nak baring2 jer sebelum pergi pasar. Sedar2 dah 8:30. Aduss..itupun mak bukak pintu bilik yg memang tak berkunci. Mak dah siap pakai baju kurung dah. Terus mandi dan bersiap. Ahahhah 20 minit dah siap..bukannya nak mekap sakan. Sarung jeans dgn tshirt ..kul 9.10 dan sampai semenyih.

Selepas beli ikan ,ayam dan sayur terus ke kedai baju. Memang cadang nak belikan mak baju. Akhirnya dapat gak sehelai baju utk mak..dan aduhai..terbeli la jugak kain utk buat kebaya..ahahaha ...lama tak buat baju kebaya. Apa-apapun...hari ni rasa ceria jer..siap beli basikal utk round2 taman dgn anak2 sedara di waktu petang.

Esok dept nak kena audit..adusss!!!

Thursday, April 28, 2005

Sibuk??

Entahlah!! hari-hari yang berlalu terus berlalu pergi. Siang berganti malam..malam berganti siang. Hidup kembali seperti setahun yang lepas. Aku menyibukkan diri dengan kerja. Malas nak fikir pasal lain. Samaada kerja atau mak atau anak-anak sedara. Tak fikir sangat pasal diri. Kalau fikir sure menangis..malas dah nak menangis tapi kekadang bergenang gak airmata. Tension pasal kerja bertambah teruk ..ditambah lagi dengan keadaan diri yang masih cuba mencari di manakah silap diri ini.

Rasa nak menyendiri kembali bertakhta di hati....ntah bila lagi nak singgah di sini.

Monday, April 18, 2005

Semusim telah berlalu

semuanya telah terjadi
cintaku telah pergi
dan kini kusendiri
tanpa dirimu lagi
tak mudah menepis cerita indah

semusim telah kulalui
telah kulewati
tanpa dirimu
tetapi bayang wajahmu
masih tersimpan di hati

tak pernah kubayangkan
kau putuskan cintaku
kucuba untuk lupakan
semua tentang dirimu

tak mudah bagiku
melupakanmu

semusim yang melelahkan
semusim yang menguras segenap emosi
segenap jiwa
dan air mata.

tepat semusim yang lalu,
aku akhirnya berhenti mengejar matahariku

Tuesday, April 12, 2005

Hujan...

Sabtu dan Ahad( 9 &10 April) Ju demam ..sakit seluruh sendi2 badan tapi masih boleh bawak mak pergi pasar dan beli barang keperluan dapur. Malam jumaat dah terasa sakit di tekak dan kerongkong..Sabtu pagi badan dah sedikit panas, tekak makin sakit...ahad lepas bila pagi ..terbatuk dan keluarkan kahak, ada sedikit darah..luka agaknya tekak ..terasa perit dan sakit bila menelan makanan..

Hari ini awal pagi lagi dah hujan . Di kawasan rumah tak la lebat sangat. Sempat lagi sampai ke tempat kerja sebelum hujan lebat turun di KL. Semasa tersangkut di dalam kesesakan jalanraya berhampiran plaza phoenix, di dalam hati telah terdetik mungkin Shah tak dapat jumpa dengan Ju sebab hujan . Masa tu langit gelap tetapi hujan belum turun.

Memang betul ...bila aku tengok handphone..ada sms dari Shah...kansel breakfast date hari ni..tak mengapalah..Allah tak izinkan. Di lain masa dan ketika mungkin...

Lagu Rindu ...

Angin lalu nyanyi lagu rindu
Rasa di kalbu kian syahdu
Air wajahmu gambaran sejuta pilu
Abadikan cinta abadikan segala
Rasa yang tercurah sama kita
Jangan bimbang jangan sekali kau ragu

**Kerana cinta cintanya
Kerana rasa imannya
Selama menyala cinta
dalam jiwa semua

Ayyi zamaan ayyi makaan
Kau tetap dalam ingatan
Ayyi zamaan ayyi makaan
Jiwa dalam kerinduan

Sang bayu nyanyi lagu rindu
Abadikan segala rasa
yang tersemat di kalbu

- Siti Nurhaliza

Saturday, April 09, 2005

Cinta...



Melly Goeslaw Feat Kris Dayanti - Cinta


Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yg ku mau
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia

Cinta
Biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagai manapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan
Cinta.....

Wednesday, April 06, 2005

Smile..

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...
If you smile
With your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile
If you just...

Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just...

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...

If you smile
Through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile...

That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile.....

-Trying my best to keep on smiling.. *sigh*

To have and not to hold...

To have and not to hold
To have and not to hold
So hot, yet so cold
My heart is in your hand
And yet you never stand
Close enough for me to have my way
To love but not to keep
To laugh, not to weep
Your eyes, they go right through
And yet you never do
Anything to make me want to stay
Like a moth to a flame
Only I am to blame
What can I do?
I go straight to you
I've been told
You're to have, not to hold
To look but not to see
To kiss but never be
The object of your desire
I'm walking on a wire
And there's no one at all
To break my fall
You're to have, not to hold

When love kills love...

When love kills love
Suddenly I think I always knew
I had my share of mistakes made quite a few
Finally I know when that's for sure
I don't look back in anger anymore
Suddenly the sun comes up again
There's a new beginning when we pass the end
Finally I know when that's for sure
I don't look back in anger anymore
When love kills love
Will someone rescue me
When love kills love
It's cutting through so deep
Suddenly I wake up from a dream
Someone tells me
I've been talking in my sleep
Finally I know when that's for sure
I don't believe in daydreams anymore
When love kills love
Will someone set me free
When love kills love
It's cutting through so deep
How can we choose when all we loose is all we have
We run away from all the pain
When love kills love

Tuesday, March 08, 2005

Where Do I Begin



Theme from "Love Story"
Words & Music by Carl Sigman & Francis Lai
Recorded by Andy Williams, 1971

Where do I begin
To tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me
Where do I start?

With her first hello
She gave new meaning to this empty world of mine
There'd never be another love, another time
She came into my life and made the living fine
She fills my heart.

She fills my heart with very special things
With angels' songs, with wild imaginings
She fills my soul with so much love
That anywhere I go I'm never lonely
With her around, who could be lonely
I reach for her hand -- it's always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all burn away
And she'll be there.


**Is there anyone out there feels the same way like the writer of this song? If yes, Ju wish, Ju could be the lucky girl.

Thursday, March 03, 2005

Mac Datang Lagi

Alahai....bulan Mac datang lagi...maka dlm masa 3 minggu lagi, bertambahlah lagi umur. Semakin tua tapi masih begini. Ada ke orang yang ingat tarikh lahir kita ni?? Nak sedih ke nak happy ek?? kalau ada orang ingat...happy la kut....kalau tak ada ...biasa la tu . My wishes this year...hanya Allah yang tahu...

Mungkinkah Terjadi ...

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi


* One of my favorite songs by Spider...

Saturday, February 19, 2005

Two Heartbeats

I hear a noise
My heart awakens
To the sound of your whisper
And the warmth of your voice
My heart beats faster
With your every touch
A single moment Is just enough
Look into my eyes
They are the windows to my soul
See into my heart
Find the me
I've never known
Awaken me softly
Kiss my dreams goodbye
You're creating a noise here
Two heartbeats together, yours and mine

Thursday, February 17, 2005

Happy Birthday Nur Dini...

Hari ini genap 2 tahun Nur Dini lahir kedunia sebagai anak saudaraku. Dini begitu bijak, cerdik dan petah bercakap berbanding Nasyirat dan Nabil. Agaknya sebab mak yang jaga dia dari umur 2 bulan sampailah sekarang. Mana tidak petah, abang-abang dan opah dia dok bercakap dgn dia sejak dia dlm buaian lagi. Siap pandai tepuk amai-amai masa umur 4 bulan...ehehehhe.

Hari ini....harijadinya tidak bersambut..tidak ada kek, Dini akan menjalani satu prosedur yang berkaitan saluran pernafasan di IJN. Ya..Allah..Engkau lindungilah Dini ..semoga Dini akan selamat menjalani pembedahan ini . Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui akan segala-galanya ..buruk dan baik untuk kami sekeluarga. Lindungilah anak saudaraku Dini..Amin.

Dini....Mak Long sayang Dini...

Elegi Sepi

Saat mentari beradu
Rembulan pun bertamu
Hatiku menjadi sayu
Dalam kesamaran waktu

Mengapakah rinduku
Masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu
Sudah berlalu

Mungkinkah rasa bersalah
Kasih menghimpit jiwa
Kerna terlalu leka
Membuatku terluka

Dikau yang begitu setia
Tabah hadapi segala
Namun ku mencari alpa
Kesal akhirnya

Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu

Apakah yang tertinggal kini
Kesedaran dihati
Yang kan tetap bersemadi
Jadi elegi sepi

Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu

-suka lagu oleh Azharina ni...sedikit sebanyak liriknya terjadi pada diri ...

Sunday, January 30, 2005

Rindu Semakin Jauh


Kering dan lesu sinar
Hilanglah punca arah
Kala diri beralah
Kerna tak terdaya menghukum jiwa
Walau ditakdir tiada lagi bersama
Kan ku semat rindu dalam dada
Suka duka cinta kita
Izinkan ku pergi
Membawa diri ini
Dan rindu dalam hati
Musim berlalu hatiku pun membeku
Memendam perasaan rindu
Dan malam kian membisu
Masih berdemar di jiwaku
Walau kau tiada lagi di sisi
Berpijak aku di bumi nyata
Walau hanya dalam mimpi
Mungkin itu yang disuratkannya
Ku genggam kenangan silam
Lambang kasihku

Sunday, January 09, 2005

My Beloved



As I look into Your eyes
I see all the reasons why
My life's worth a thousand skies
You're the simplest love I've know
And the purest one I'll own
Know you'll never be alone

My baby you
Are the reason I could fly
And 'cause of you
I don't have wonder why
Baby you
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive

Though these words sing are true
They still fail to capture you
As more words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

I will soothe you if you fail
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all

Saturday, January 08, 2005

Bicara Hati

Wahai hati
Sabarlah..
usahlah kau hiasi dirimu dengan kesuraman
usahlah sebegini rupa
Sudah banyak halangan kau tempuhi
Kau begitu tabah
Tetapi mengapa kini kau mula mengalah
Mengalah dengan masa dan keadaan..
Wahai hati
Usah mudah tewas
Bentengilah dirimu dengan perisai-perisai yang kukuh

Wahai air mata
Usahlah kau menitis lagi
sudah acap kali kau mengalir laju
cukuplah...
Usahlah kau menitis demi sesuatu yang tidak pasti
Titisan airmata itu hanya layak di hadapan Tuhan
Untuk menyesali dosa-dosa lalu

Wahai wajah
Usahlah kau hiasi dirimu dengan titisan air mata
Usahlah kau lakarkan dirimu dengan kemurungan
Hiasilah dirimu dengan warna-warna keindahan
Sinarilah dirimu dengan cahaya kebahagiaan

Wahai diri
Usahlah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti
Usahlah kau selubungi dirimu dengan masa depan yang tiada kepastian
Sesungguhnya masa hadapanmu hanya Tuhan yang Maha Mengetahuinya
Bersabarlah
Akan ada bahagia sesudah derita

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin