Posts

Showing posts with the label life and love

Let me hold your hand..

Image
I received this email message forwarded by one of my "online friends" aka "cyber friends" . I used to hang out in one of the chatting room. It was long long time ago..ehehehe. Now, I would like to share this message with all of you.. Little girl and her father were crossing a bridge. The father was kind of scared so he asked his little daughter, 'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.' The little girl said, 'No, Dad. You hold my hand.' 'What's the difference?' Asked the puzzled father. 'There's a big difference,' replied the little girl. 'If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go.' In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold ...

Cerita Hati dan Perasaan

Image
Catatan ini mungkin pernah anda temui di blog2 yang lain. Maafkanlah kak long kerana mahu mengisi ruang ini sekali lagi dengan catatan yang sama. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang ki...

Pengorbanan?

Image
Malam tadi, kak Long menonton slot cerekarama di TV3. Tajuk drama tersebut "Cahaya Hati". Biasalah pada mulanya drama ini berkisar tentang 2 orang sahabat dan seorang wanita. Wanita ini di sayangi oleh kedua-dua lelaki ini dan apa yang membuat kak long terfikir ialah pertama, biasalah seorang lelaki mengalah di dalam merebut kasih seorang wanita walaupun dia sendiri mengasihi wanita tersebut. Apa juga alasan dia untuk melakukan pengorbanan dari segi hati dan perasaan masih boleh diterima akal tetapi di dalam drama ini, lelaki tersebut telah memberikan matanya , bukan sebelah tapi kedua belah matanya kepada wanita tersebut yang telah menjadi buta akibat bahan pencuci filem ( apa ntah tak tahu kak long nama bahan tersebut). Mungkin juga sejenis asid kerana muka wanita ini juga rosak teruk. Ketika pembedahan dilakukan, tidak dilihatkan kepada penonton bahawa buah hatinya yang telah mendermakan kedua belah matanya utk sang kekasih yang disayangi. Akhirnya wanita tersebut mengahwi...

Kisah Semalam

Image
Semalam Kak Long kurang sihat. Batuk dan pening kepala. Sakit kepala yang bertumpu ke bahagian mata dan tengkuk menyerang semasa Kak Long sedang dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja pada malam Isnin lepas. Alhamdulillah sakit tidak terlalu teruk tetapi terasa mual sesangat. Tekak terasa loya. Banyak sangat fikir agaknya menyebabkan migrain menyerang. Perubahan hidup yang sedang dan akan berlaku dan hal-hal berkaitan keinginan pihak sebelah sana dan permintaan mak tercinta menyebabkan fikiran sedikit bercelaru. Perselisihan faham yang berlaku di antara Kak Long, mak dan sidia menambahkan kecelaruan. Kak Long tersepit diantara dua. Alhamdulillah, dugaan dan ujian yang dihadapi setakat ini mampu diselesaikan dengan perbincangan diantara kami berdua. Perkara-perkara yang menjadi isu diantara kedua pihak menjadikan kami lebih rapat dan memahami satu sama lain. Memetik kata-kata sidia "Awak mempunyai banyak persamaan dengan kehidupan saya dan saya semakin dekat dengan awak....