Wednesday, March 07, 2007

Kisah Semalam


Semalam Kak Long kurang sihat. Batuk dan pening kepala. Sakit kepala yang bertumpu ke bahagian mata dan tengkuk menyerang semasa Kak Long sedang dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja pada malam Isnin lepas. Alhamdulillah sakit tidak terlalu teruk tetapi terasa mual sesangat. Tekak terasa loya. Banyak sangat fikir agaknya menyebabkan migrain menyerang.

Perubahan hidup yang sedang dan akan berlaku dan hal-hal berkaitan keinginan pihak sebelah sana dan permintaan mak tercinta menyebabkan fikiran sedikit bercelaru. Perselisihan faham yang berlaku di antara Kak Long, mak dan sidia menambahkan kecelaruan. Kak Long tersepit diantara dua.
Alhamdulillah, dugaan dan ujian yang dihadapi setakat ini mampu diselesaikan dengan perbincangan diantara kami berdua. Perkara-perkara yang menjadi isu diantara kedua pihak menjadikan kami lebih rapat dan memahami satu sama lain. Memetik kata-kata sidia "Awak mempunyai banyak persamaan dengan kehidupan saya dan saya semakin dekat dengan awak. InsyaAllah akan saya tunaikan janji saya. Berdoalah kepadaNya". "Kalau perkara begini tidak berlaku kita tidak akan mengenali antara satu sama lain. Ada hikmahnyakan? Sebenarnya ianya sebahagian dari ujian untuk awak untuk saya mengenali hati awak." Kata-kata ini sedikit sebanyak menenangkan hati yang keresahan.

Pengalaman lalu banyak mengajar Kak Long erti sabar dan diplomasi.Berterus terang adalah lebih baik untuk menyelesaikan masalah. Perasaan takut kadangkala menyelinap di dalam diri. Apakah ujian yang bakal ditempuhi lagi selepas ini? Hanya Allah s.w.t yang mengerti betapa takutnya hati ini. Bolehkah dipercayai dan Mampukah dua insan yang tidak mengenali satu sama lain sebelum ini meneruskan bibit-bibit kemesraan yang mula berputik dalam masa yang begitu singkat ?

4 comments:

kujie said...

Kak long...dlm membina satu perhubungan, ada beraneka kelakuan dan kebiasaan yg akan kita jumpa..yg baik atau yg buruk...kelebihan atau pun kelemahan.

Tiap kita adalah individu yg berbeza dan sudah tentu punya kehendak yg tersendiri..bila kita memulakan satu perhubungan kita tak mungkin sisihkan personaliti diri kita...bkn jaminan utk kita meninggalkan semua sifat itu. Kedua belah pihak kena accept jika kita mahu hubungan tu berkembang dan dilandasan yang betul.

Semua perlukan keseimbangan..tak kita perhubungan kita dgn ibubapa , adik beradik tau pergaulan seharian dgn teman sekerja atau teman sebilik..perlu ada keseimbangan bertolak ansur dan menghormati setiap pandangan dan pendapat individu tersebut..tak terkecuali dalam bercinta.

Berbeza pendapat bkn bermakna tidak sepakat...moga hubungan yang baru bercambah ini terus mekar dan membuahkan hasil semanis madu kak LOng.....sy gembira sgt...bahagia kerana KakLong sedang berbahagia....ada sikit2 masam tu biasalah kaklong...tu rencah kehidupan..penambah perasa dlm jiwa..hehehehe

Zura@Kak Long said...

Jie..terima kasih banyak kerana sudi memberi nasihat dan pandangan. Jie lebih berpengalaman dalam hal kekeluargaan walaupun Kak Long lebih umur...ihiks. Betul apa yang Jie katakan, kita mesti bertolak ansur, dan cuba menyelesaikan masalah bagai menarik rambut dari dalam tepung, rambut tak putus dan tepung pulak tak bersepah.Insya Allah, kak Long akan cuba mengukuhkan perhubungan ini sehingga ke akhir hayat.

Noushy Syah said...

Kak lOng...siapalah Noushy nak memberi nasihat, but again,nothing wrong if I say, no one is perfect, but to accept someone that you going to love of his imperfectness perfectly, is what counts...terima dia seadanya tanpa perlu mengubah kehidupan Kak Long mengikut rentak tertentu other then compromising..!!!

Moga2 Kak LOng dan dia akan diberkati olehNya.Doa dari kami rakan2 blogger semua buat kak Long sentiasa tau..:)xoxooxoxo

p/s celat dpt tak? ngehhh..

Zura@Kak Long said...

Thanks Noushy :-). Nasihat dari kawan-kawan amat Kak Long hargai. Walaupun kita tak sependapat tak bermakna kita tak boleh hidup bersama.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin