Posts

Showing posts from July, 2007

Sekuntum Mawar Merah...

Image
Cerita di bawah mungkin telah dibaca oleh kawan-kawan tetapi Kak Long hanya mahu berkongsi cerita ini dan mesej yang disampaikan. Sekadar renungan bersama... Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga

Kecurian...

Image
Hujung minggu kak long tidak ada apa-apa yang menarik. Hari Sabtu pagi sibuk tolong anak-anak saudara bersiap untuk ke sekolah(kelas ganti untuk cuti raya). Tengahari dan petang dihabiskan dengan bersantai di rumah( huhuhu depan tv sambil baca buku). Hari Ahad, pagi ke pasar, tengahari, lepak lagi depan tv dan petang, tolong mak alihkan pasu2 bunga di depan rumah. Tidak ada apa-apa yang luarbiasa berlaku tetapi keadaan berubah apabila jiran sebelah balik(tak pasti dari mana) tetapi mereka memang dah keluar dari rumah awal pagi sabtu lagi. Sedang kak long duduk2 santai menonton cerita " The Cronicles of Narnia" di Starmovie, terdengar suara "Excuse Me" dari luar pagar, kebetulan pintu rumah dan lampu di porch masih terbuka. Kak Long tak nampak siapa orangnya tetapi cam suara jiran sebelah. Kak long terus bangun dan mak yang ketika itu sedang berbual di telefon dengan kak Ina di kampung juga terus bangun. Jiran sebelah bertanya, ada ke nampak orang masuk ke rumah dia

Love...

Image
To My Friends Who Are...........SINGLE Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best. To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE Love isn't about becoming somebody else's 'perfect person.' It's about finding someone who helps you become the best person you can be. To My Friends Who Are............PLAYBOY/GIRL TYPE Never say 'I love you' if you don't care. Never talk about feelings if theyaren't there. Never touch a life if you mean to break a heart. Never look in the eye when all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways... To My Friends Who Are............MARRIED Love is not abo

Yang Teristimewa

Image
Allah S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan

Kritik ke Komen? Tak kisah laa...

Image
Berikut adalah komen yang iEn berikan terhadap jawapan tag yang kak long jawab di entri pada Ahad 22 Julai 2007. " Kak long adalah kes terlewat buat masa ini, tapi xmengapa masih sempat lagik untuk aku melihat jawapan virusnye. Rasanya baru saja kekenal dengan blog dia sebulan lalu (tak silap aku ler wekekeek!) Ini adalah komen aku terhadap jawapannye: Komen: Ciri-ciri antaramuka yg sederhana tidak mengisahkan Kak Long ni untuk menaip diari hariannya. Terutamanya adalah rakaman kerjanya,peristiwa dan juga keluarganya. Sifat yg rendah diri atau low profile melihatkan beliau disenangi dengan kedatangan pengunjung-pungunjungnya.Mungkin itulah kekekuatan semula jadi beliau, tetapi tidak pada blog.Kerajinan memposting yg aku lihat kebanyakannya adalah setiap hari terutamanya pada hari bekerja yg meliputi kisah2 apa yg dia tengah lakukan, apa yg dia sedang lakukan, dan apa aktiviti yang akan dia lakukan selepas ini. Apakah dia tidak menggunakan lagi buku diari sebelum ini? Ehem2. Mung

Pelik Tetapi Benar ..siaran ulangan

Image
Hehehhe ...oleh kerana Kak long telah di tag oleh Merak dan juga Ku Ina, maka kak long siarkan siaran ulangan entri terdahulu ini kerana tidak mahu menghampakan permintaan mereka. Kepada mereka yang telah membaca entri ini dahulu, sila abaikan..tutup mata okey...atau skip ke entri yang lain...lalalallaa. Merak dan Ku Ina..sila klik link di bawah ini yer... Pelik Tetapi Benar Tentang Kak Long

Wajah-wajah Dulu dan Kini

Image
Di atas permintaan MerakEmas yang telah menge"tag" kak long di dalam blognya, maka ini sajalah yg dapat kak long berikan untuk tatapan semua yg berkunjung. Yang sebenarnya banyak lagi gambar2 dari setiap tahun yang kak long ada tapi tak terjumpa pulak filenya maka ini sajalah yang ada sebahagiannya. Yang terawal ialah dari tahun 1983 - 24 Julai 2007. Wajah Kak Long tidak banyak berubah..kan ?? kann?? ihiks.

Status Blog

Image
Terlebih dahulu kak long nak ucapkan terima kasih kepada iEn kerana memberikan kak long "kerja" pada awal pagi hari minggu ini! eheheh maklumlah kerja di hari minggu, customer tak ramai, so tak la sesibuk mana. Virus yang diberi oleh ien adalah mengenai blog, cam ciri2 blog la kiranya...so sila baca, kalau tak nak baca...sila ke halaman yg lain ...huhuhu. 1) Apakah resolusi yang anda gunakan? resolusi ..errr tak pasti...yg ini kut 1024x786 2) Tema atau ciri-ciri blog? Diari, kerja,famili,isu semasa..pendek kata cam rojak..eheheh 3) Kekuatan Blog anda? (Shoutbox, Komen, Ramai Kenalan, Entri yang menarik perhatian atau lain2, sila nyatakan) Tak kuat manapun ..mana boleh puji blog sendiri, kecuali pendapat dari mereka yg mengunjungi blog..eheheh 4) Kelemahan Blog anda? kadang loading ok ...kadang tak okey...dia ikut kelajuan connection internet..huhuhu 5) Jenis connection anda? Streamyx 6) Berapa kali anda menukar baju atau template Blog? Baru sekali jer setakat ini 7) Kekerapa

Laluk??

Image
Ehehhe jgn salah tafsir ek...kak long hari ni kerja. Esokpun kerja. Masalahnya batuk dan selsema yang kak long hadapi masih belum sembuh sepenuhnya. Pagi tadi sebaik sampai ke ofis, kak long bersarapan sebab kena makan dulu sebelum makan ubat. Adehhh ubat selesema ni memang buat kak long laluk semacam arr...berasa seperti di awang-awangan..mesti mat gian suka dgn ubat ni kalau telan lebih dari 3 biji mahu terus laluk baik punyer kut..huhuhu...ni telan sebiji pun dah laluk lebih dari 4 jam masih terasa kesannya. Sepatutnya dah makan ubat ni kena rehat dan tidur..betul tak?? eheheh tapi kalau tidur mahu payah nak bangun macam semalam tengahari. Oleh sbb tu kak long duduk kat kaunter..perati students yg rajin pulak datang ke library hari sabtu ni...ehehehe. Sesekali jerit "syhhhhh" tapi mata kak long tak tengok kat depa yg dah mula bersuara tinggi masa berdiskusi..ahaks...bila dah kena sound, terus senyap ..tp sekejap jer senyapnyer!! tak sampai seminit dah mula cam bunyik ikan

Kenapa kena bayar?

Mungkin kak long yang tidak prihatin akan hal ini. Tetapi tidak pulak kak long perasan ada pengumuman yang dibuat berkenaan hal ini. Hal apa? isu apa? Inilah yang kak long nak ceritakan. Beberapa bulan yang lepas ketika balik ke kg, kak long dapat tahu orang-orang kampung yang mahu mendapatkan rawatan di Klinik kesihatan perlu membayar RM1.00 setiap kali datang. Semasa itu, kak long hairan sebab klinik kesihatan di Beranang semasa itu masih tidak mengenakan sebarang caj. Kak long tahu sebab kak long setiap 3 bulan sekali menghantar mak untuk rutin check up darah tinggi. Kak long terfikir kesian sungguh pada atuk, nenek, mak cik pakcik yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, terpaksa mencari RM1.00 utk mendapatkan rawatan. Mungkin ada pengecualian utk warga tua?? tidak dapat kak long pastikan tetapi makcik kak long yang dlm golongan warga tua, yang sakit2 kaki..tak larat nak jalan pun kena bayar seringgit utk dapatkan rawatan. Hari Selasa lepas, kak long dapati klinik kesih

Ratu Hatiku..Selamat Harijadi

Image
Alhamdulillah doktor kata mak sihat.Tak ada kencing manis,darah tinggi ok & tahap kolestrol juga ok. Kak long pulak pening lalat sbb mula selsema n suhu badan naik sikit. Selamat hari lahir mak!Semoga mak d panjangkn umur dan d murahkn rezeki.Terus ceria bsama kami,anak2 mak & cucu mak yg tersayang.Amin.Hujung minggu nanti p makan2 & jalan2 yer...Sayang mak,ratu d hati ju. -- ~Zura~

Apa2 jer

Hari ni tak byk kerja yg dpt d selesaikn.Badan rasa tak selesa,fikiran tk tenang.Kak long terasa buntu! Sbb tu kak long byk membantu kerja2 d kaunter melayan kerenah students. Hmm esok birthday mak tercinta dan esok juga mak ada appointment dgn doktor utk pemeriksaan darah tinggi.Sambil nak ambil result ujian darah.Harap mak tak ada apa2 penyakit lain..Esok klong cuti hantar mak ke klinik n saat ini masih berfikir apa nak bagi atau nk buat utk harijadi mak! Mata dh layu tp otak dok berfikir sungguh tidak memadai apa yg kak long telah lakukn utk membls jasa mak...Isk nangis dah ni..Sambung esok yer! -- ~Zura~

Sekejapnya

Isk esok dah kerja semula,isnin dah!2 hari cuti tak terasa..Adeh!Semalam lepak,hari ni pegi pasar ,lepak lagi,dan ptg basuh keta eheks pasal keta dh berdebu so kasi mandi biar kilat ehehe.Ok laa jom tido !Esok lewat plak bangun.Daaa -- ~Zura~

Berhati-hatilah...

Image
Syukur, alhamdulillah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada kak long pagi ini semasa memandu ke tempat kerja. Ketika Kak Long sedang menghampiri tol Grand Saga Batu 9, tetiba kereta di lorong sebelah kanan,telah membelok ke kiri secara tiba-tiba dan menekan brek keretanya, sedangkan ketika itu kak long sedang berada di lorong sebelah kiri dan agak laju kerana tidak ada kereta di hadapan. Oleh kerana itu secara spontan kak long memutar stering kereta ke arah kiri secara mengejut untuk mengelak dari melanggar kereta di hadapan dan memutar stering ke arah kanan semula kerana ada beberapa buah motosikal di sebelah kiri dan mereka begitu hampir dengan kereta kak long . Kenderaan dihadapan terpaksa membrek kereta kerana ada kerja-kerja menaiktaraf lebuhraya Grand Saga berhampiran tol tersebut dan lokasi kon yang agak terlindung di sebalik selekoh berbukit menyebabkan kereta-kereta yang menghampiri tol tersebut tidak perasan akan kon tersebut. Iskkk bahaya sungguhlah. Banyak kemalangan

Akibat habuk...

Image
..hidung dah mula berair, tekak dah perit, kepala pening dan badan dah mula suam2 ..adeh !!! Kak long mungkin tidak akan sampai ke semua blog kawan-kawan utk jangka masa yg lama, kalau tak sempat singgah blog anda..maaf yer. Kepada mereka yang akan melangsungkan perkahwinan, pertunangan, sambutan hari lahir, bercuti bersama keluarga atau apa sahaja perkara yang menggembirakan anda,terimalah ucapan tahniah,semoga terus berjaya , panjang umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu dari kak long...

Letih...

Image
Harap maaf! Kak Long tak tahu nak cerita apa hari ini. Kepada kawan2 yg sedia maklum, minggu ini dan minggu kebelakangan ini kak long mmg sibuk dengan kerja2 yg perlu di uruskan. kawan2 pn mesti sibuk jugakan? tapi kak long betul2 rasa letih fizikal dan minda pada petang ini. Maaf yer kak long tak berkunjung ke blog kawan2 hari ini. Proses memunggah, memilih dan mengangkut buku2 terpakai dari sebuah kolej yang telah tutup perniagaan amat memenatkan. Walaupun telah ada yg memulakan kerja pada awal pagi tapi apabila kak long memeriksa, masih ada buku2 yang boleh di gunakan tidak dipilih. Kak Long jenis tak suka cakap banyak, selagi kak long boleh buat, kak long buat sendiri. Yang lain2 ada kerja masing2 yg perlu di uruskan ..maklumlah perkhidmatan kaunter tetap diteruskan.

Isnin Yang...

Image
...mengejutkan !! sebabnya tetiba jer belumpun pukul 12 tghari, panel dari lembaga farmasi dtg buat lawatan. Tahun2 sebelumnya mereka akan datang melawat pada hari ke 2 ..so kami tak prepare apa benda pun la sbb tahun2 macam tu jugak . Kebetulan hari ni kaki kak long mmg masih capek lagi...so terpaksalah kawan kak long yang temankan panel pi tengok buku2 di tingkat atas. ...memenatkan!! sebabnya kak long kena letak kereta kat atas bukit...agak jauh dari blok kak long bekerja ni..jadinya mengah2 dan berpeluh2 ler jugak bila kena naik tangga dan berjalan dlm 300 meter ke tempat letak kereta ..huhuhu. Sebelum tu, 3 kali kena turun naik ke blok sebelah sebab kali pertama turun lupa nak bawa sijil cuti sakit utk hari jumaat nak suruh bos tandatangan. Pukul 2, kak long sekali lagi turun utk hantar dokumen yg salah seorang panel yg dtg pagi tadi tu nak tapi kak long lupa lagi nak bawak sijil cuti sakit tu ...aduhhhhhh!!! ...melegakan!! Akhirnya pukul 4.30 tadi kak long akhirnya dapat jumpa

Serunding

Siapa suka makan serunding?Tak kira serunding ayam,daging,kerang dll,pasti ada antara kwn2 suka.Ehehe kak long tk pernah masak serunding tp hari ni kak long suka2 je cuba buat serunding ayam!Wah lama nk siapkn tp hasilnya boleh tahan sedap ehehe..Baru je matikan api dapur!Esok boleh mkn serunding ayam !Siapa nk?Meh sini kita mkn sama2 -- ~Zura~

Kereta oh kereta

Hari ni kak long tpaksa tukar 2 tayar kereta krn masalah teknikal.Kalau tk d ikutkn kerenah "kekasih" akak ni takut dia merajuk tgh jalan ehehehe.Lari dah budget bln ni eheks.Entri d hantar via emel mgunakn mobile phone so byk shortcut ehehe -- ~Zura~

Ujian

Sejak kebelakangan ini,kak long sering tidak sihat fizikal dan mental...Ujian dari ALLAH swt ataupun balasan atas dosa2 lalu..Hari ini kak long cuti sakit lagi! -- ~Zura~

From Switzerland with Love...

Image
Yehaa..ampun maaf la ek...hari ni rasa tak ada idea nak bercerita..mood ceria kureng sikit ..ahaks!! Lagipun kaki kak long sakit hari ni ( apa kaitan kaki dengan jari tangan yang menaip? ekekkeke). Pening pun ada ni.Apa2pun tataplah gambar2 yang tak berapa indah di bawah ini okey... comel bekas coklat ni..coklat kat dlm lagi la comel dan sedap..ahaks Tak dapat pergi Switzerland, dapat coklat dari Switzerland pun jadilah. Adik kak long pergi ke London dan kemudian ke Switzerland...bukan holiday tapi business trip dgn office mate dia. Bila balik benda2 kat bawah dan atas ni ler souvenirnya ...cam tahu2 jer kak long ni hantu coklat ...ehehhehe. yummy...hampir hilang rasa tensen bila makan coklat ..ihiks comel sungguh keychain lembu ni ...gebu dan pendek ...errr cam kak long ekekek

Serba tak kena...

Image
Hari ini alarm tak berbunyi...hmmm rasa dah set utk hari2 kat mobile phone..aduss dah pukul 6.10..biasa bangun pukul 5.30 kalau minggu shift pagi. Di dalam hati, kak long kata " Habislah mesti sangkut kat dalam kesesakan jalanraya ni nanti". Sambil tu berdoa jugalah supaya jalan keluar dari pekan semenyih tu tak sesak. Sampai pekan semenyih dari Kesuma Lakes, jalan tak sesak ...alhamdulillah. 6.50-Sampai tol grand saga batu 9, ya allah dah sesak ke?? uwaaaaaaaa....tk pe tak pe..saboo...then suddenly ada bunyik agak kuat kat tepi kereta...kak long paling ke kiri, allahuakbar, ada seorang mamat ni bawak motosikal cam hampeh arrrr!! mesti handle motorsikal dia atau side mirror dia kena tepi kereta kak long..itu yg berbunyi tu...arghhhhh..habislahhh kemek kereta. Sampai kat ofis dah pukul 7 lebih tapi kak long tak mo tengok kereta tu ..apa yg kemek atau calar sbb fikiran dah serabut dengan hal kerja ...peningg dahh..ni tambah lagi satu hal...uwaaaa serba tak kena arrrr....Istighf

Cubalah utk Setia ...

Image
Wanita : Hello... Zura : Hello... Wanita : Siapa ni? Zura : Awak nak bercakap dengan siapa? Wanita : Siapa ni? Zura : Hmmm...saya zura Wanita : Saya nak tanya sikit... Zura : Ya?? Wanita : Awak ada kawan di Singapore? Zura : Ada ramai Wanita : No tel awak ada dlm bil telefon saya. Zura : Ye ker? Wanita : Siapa nama kawan awak? Di mana awak kenal dia Zura : E ada..S ada tapi saya tak pernah terima panggilan kecuali dari E , sekali last month tp masa tu saya sibuk. Wanita : Saya nak beritahu ni, yang E tu dah ada anak 3 orang. Dan nama dia bukan E Zura : oOoo..awak ni isteri dia ke? Saya kenal dia jer tp tak lebih dari kenalan biasa saja. itula pertama kali dia telefon saya..itupun cuma tanya khabar jer. jarang nampak dia online pun skrg ni ..cuma 2-3 thun lepas jer saya selalu nampak dia online. Wanita : yer...saya mintak tolong, kalau nampak dia online lagi, tolong bagitahu kat dia yang awak dah tahu status dia yer. Zura : Sure...no problem. Wanita : Terima kasih yer awak sudi bekerjas

Antara Sayang dan Suka

Image
.."jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka.....kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang....jangan cuba dapat kan apa yang kita sayang...tapi sayanglah apa yang kita ada........ "

Rutin Hujung Minggu dan Awal Bulan

Image
Setiap hujung minggu kak long akan ke pasar bersama mak. Beli ikan utk stok selama seminggu. Kalau kak long bekerja di hujung minggu , pasti hari Isnin kak long akan ke pasar. Kalau hari Isnin ke pasar, kenalah bawa Nu'aim dan Nurdini sekali ke pasar ... Semalam kak long pergi shopping barang dapur. Aduhh lenguh kaki 2 jam ulang alik dalam pasaraya tu ....biasa stok barang kering utk sebulan...tapi kadang-kadang tak cukup dan kadang2 terlebih...ehehehe. Breakfast dan lunch kat pasaraya tu sekali ...skip masak semalam..alalalalalala.