Friday, July 20, 2007

Kenapa kena bayar?

Mungkin kak long yang tidak prihatin akan hal ini. Tetapi tidak pulak kak long perasan ada pengumuman yang dibuat berkenaan hal ini. Hal apa? isu apa? Inilah yang kak long nak ceritakan.

Beberapa bulan yang lepas ketika balik ke kg, kak long dapat tahu orang-orang kampung yang mahu mendapatkan rawatan di Klinik kesihatan perlu membayar RM1.00 setiap kali datang. Semasa itu, kak long hairan sebab klinik kesihatan di Beranang semasa itu masih tidak mengenakan sebarang caj. Kak long tahu sebab kak long setiap 3 bulan sekali menghantar mak untuk rutin check up darah tinggi.

Kak long terfikir kesian sungguh pada atuk, nenek, mak cik pakcik yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, terpaksa mencari RM1.00 utk mendapatkan rawatan. Mungkin ada pengecualian utk warga tua?? tidak dapat kak long pastikan tetapi makcik kak long yang dlm golongan warga tua, yang sakit2 kaki..tak larat nak jalan pun kena bayar seringgit utk dapatkan rawatan.

Hari Selasa lepas, kak long dapati klinik kesihatan Beranang telah diubah suai dan sedang duduk2 menanti giliran, mak kak long kelam kabut mencari kad pencen yang mak dapat setelah abah meninggal dunia 24 tahun yang lepas. Rupa-rupanya akak yang duduk sebelah mak bagitahu mak yang sekarang ni semua orang kena bayar setiap kali mendaftar utk mendapatkan rawatan.. Adehh...walaupun hanya seringgit tapi dah ada kad pencen tu mak tak perlu membayar caj yang dikenakan hanya perlu menunjukkan kad pencen tersebut.

Mujur kak long ingat, kad itu tersimpan di dalam purse mak , yang mak pulak panik mencari di dalam handbag ..eheheh mana nak jumpa.

Seringgit bukanlah besar mana bagi sesetengah orang tetapi kepada mereka yang tidak ada duit tetapi perlu juga makan ubat, macam mana?

Ini hanyalah persoalan yang bermain diminda kak long. Mungkin kementerian ada alasan mereka yang tersendiri...

6 comments:

©Opah De said...

Astaghfirullah... sabar sabar... kenapa jadi macam ni? Malaysia dah semekin sangat ke? Macam ini ke nak tolong rakyat sendiri? Tu... pendatang haram dan tak haram tu, senang lenang aje menggunakan kemudahan di negara kita. Orang-orang kampung kita pula yang nak didera. Betul-betullah bagai anak sendiri mati kelaparan, kera di hutan disusui. Gila kot. Tamak tak bertempat.

H@iRiE said...

tu la pasal... tu hari hairy gi klinik tu tetiba kena caj RM1.memang la tak besar RM1 tu... tapi bagi yang kurang berkemampuan macam mana?tahun ni gaji kerajaan naik... mungkin nak cover kos kot!

Zura@Kak Long said...

Opah De

Itula pasal..kata nak bagi perkhidmatan terbaik..agaknyer itu yg kena caj utk cover kos. Dulu pendatang asing jer yg kena bayar..ni dah rakyat sendiri kena bayo...apa ke jadahnyer.

Zura@Kak Long said...

Hairie

Memang pada kita yg sediki berkemampuan RM1 tu tk besar mana tapi dapat juga ler nasik lemak biasakan?? tapi kesian ler kat org2 kg yg tak ada sedara mara nak nolong bayarkan tu ...iskkk heranler

mad redo1 said...

mmmmm... mad redo1 rasa kita niatkan RM1 tu sebagai sedekah untuk menampung kos bagi orang yang tak mampu yang rasanya diberi pengecualian sekiranya mereka ada bukti bahawa orang susah (kad Jabatan Kebajikan Masyarakat contohnya)

Zura@Kak Long said...

mad redo1

Orang2 kg kadangkala tak tahu pun mana nak dapatkan kad JKM tu,...kadang ketua kg pun dok buat tak tahu ada org susah kat kg tu.Kalau JKK kg tu aktif...prihatin ok ler. Kalau tk ..mmg akan ada yg tercicir dari mendapat manafaat sedekah kita tu

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin