Tuesday, November 13, 2007

Entah Mengapa...

..hati ini menjadi sayu dan sedih sejak menerima berita pemergian ibu saudara Hairie , rakan blogger kak long. Kak Long di kampung apabila terbaca mesej yang ditinggalkan oleh Uncle J di shoutbox. Sebelum itu airmata kak long telah mengalir apabila berbicara dengan Hairie di YM dan membaca kisah Hairie di hospital bersama-sama ibu saudaranya.


Kak Long terfikir apakah ada orang yang akan menjaga kak long sekiranya ditakdirkan kak long menderita sakit seperti yang di alami oleh ibu saudara Hairie. Ibu saudara Hairie tidak mempunyai keluarga sendiri , tidak ada anak dan tidak ada suami. Jika ditakdirkan kak long juga berseorangan sehingga ke akhir hayat, adakah anak-anak saudara mahupun saudara mara yang lain sudi menjaga kak long ....

Kesedihan ini membuatkan airmata ini mengalir deras ketika kak long menaip entri ini. Al-Fatihah untuk arwah ibu saudara Hairie. Minggu hadapan genap 24 tahun Abah kak long meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya...sayu hati ini bertambah-tambah lagi.

14 comments:

UncleJ said...

dont worry zura..future tak siapa yg tau sebenarnya...dont think about it too much...

be happy always...

zawahil-nor said...

Nasib setiap kita tak sama.So, bykkan berdoa dan yg selebihnya bertawakkal...

arsaili said...

umm..tak pe, setiap org Allah dah tetapkan..jodoh, ajal maut dan pertemuan di tangan Allah. Berdoa semoga dipermudahkan. Kak long ambik la anak angkat ke?

Zura@Kak Long said...

Uncle J-->thanks so much bro. Nasihat amat dihargai.

Zura@Kak Long said...

cikgu panji-->terima kasih. InsyaAllah doa sentiasa berterusan.

Zura@Kak Long said...

Arsaili-->anak2 sedara 6 orang dah seperti anak sendiri..harap2 mereka tidak akan melupakan kak long kelak.

Noushy Syah said...

Salam kak LOng...yea betul semua itu ketentuan Allah kan..yang penting kita sama2 berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Zura@Kak Long said...

Noushy--> InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan Allah kelak. Terima kasih

aria ayumi said...

hope kak long lebih kuat ye... :) insya Allah, anak2 sedara kak long takkan lupa kak long... :)

al-fatihah.

noamee said...

hanya Allah yang lebih tahu kak long..jgn difikirkan sngt k.

ceria selalu..penawar hati..setiap solat bnykkan berdoa insyaAllah!!

Zura@Kak Long said...

Diya-->terima kasih yer. Begitu juga harapan kak long semoga mereka tetap mengingati kak long

Zura@Kak Long said...

Noamee--> Terima kasih. InsyaAllah akan kak long tidak lupa utk terus ceria dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan.

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Salam Kak Long...
Hmm... bukan Kak Long sahaja yang memikirkan begitu. OD yang ada suami pun berfikir begitu. Kalau aku sakit teruk nanti, sanggupkah suami menunggu dan menjaga aku? Bagaimana dengan adik-adik, anak-anak saudara dan cucu? Sanggupkah mereka?
Kalau fikir seperti itu, pasti akan membuat hati sayu. Jadi, OD usulkan agar Kak Long jangan fikirkan sangat. Kita berserah kepada ALLAH. Segala ketentuanNYA adalah yang terbaik untuk kita. Buat masa sekarang, kita gunakan masa sebaik-baiknya, eratkan silaturrahim antara keluarga dan sahabat-sahabat handai dan berdoalah, semoga ALLAH mempermudahkan kita di masa tua nanti.

Zura@Kak Long said...

OD-->betul kata OD, kita hanya mampu meneruskan kehidupan ini sebaik mungkin dan berdoa semoga dipermudahkan utk kita di masa hadapan.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin