Thursday, November 29, 2007

Apabila Hujan Mencurah Tiba

Di saat dan ketika ini, hujan sedang turun amat lebat sekali. Kak Long sedang membuat kerja-kerja di pejabat dan tiba-tiba terimbas kembali kisah kak long di zaman persekolahan dahulu. Kak Long fikir ada baiknya kak long ceritakan di blog untuk entri hari ini. Inilah kisah-kisah dimasa sekolah ketika ada hari-harinya hujan tiba tanpa diundang.

Semasa Kak Long bersekolah rendah, tidak banyak peristiwa lucu, kelakar mahupun menggembirakan ataupun menyedihkan berlaku yang melibatkan hujan. Cuma apa yang kak long masih ingat dan jelas di ingatan ini ialah baju hujan yang arwah abah kak long belikan untuk digunakan apabila hujan turun ketika turun dari van sekolah. Warna baju hujan yang cute utk budak montel yang comei (perasan...erkekekek) itu berwarna merah jambu atau bahasa sekarang ni lebih senang disebut warna pink...ihiks. Tak tahu apa sebab abah kak long belikan baju hujan dan bukannya payung untuk kegunaan kak long semasa itu. Mungkin sebab fikir budak kecik ni mana ler tahu nak simpan dan lipat payung kut...hmmm apa sebab ek..tak pastila pulak. Kelakar wehh bila ingat semula, kalau hari hujan, sebelum sampai kak long dah pakai baju hujan tu dalam van...ahahahaha..lepas tu bila turun tak la basah kuyup sebab jauh juga jarak van berhenti dengan rumah kak long. Maka berjalanlah budak montel itu dengan baju hujan kaler pink dan beg sekolah kotak berwarna merah dan hitam di dalam hujan bersendirian dan apabila sampai ke rumah, muka memang basah sebab baju hujan cover baju sekolah jer ...ekekkek stokin dgn kasut memang habis basah. Balik ke rumah mak tersayangpun sambutlah kepulangan anak montel dia ni ......huhuhu cam rasa sedih pulak time nak bercerita ini...ihiks.

Apabila naik sekolah menengah, ada satu hari tu, hujan amatlah lebat dan turun disaat-saat kak long nak pergi ke sekolah. kak Long dengan kazen pun tunggulah hujan tu reda. Apabila dah teduh, maka adalah air yang bertakung di jalanraya di hadapan rumah kak long. Semasa ini, abah kak long dah tiada lagi dan kak long telah berpindah ke kampung. Sedang kak long dan kazen terkial-kial nak kayuh basikal, tiba-tiba air memercik ke baju dan kain sekolah...huwaaaaaaaa ada ke patut ntah lori ke kereta( tak ingat) langgar air yang bertakung dan tentu korang dapat bayangkan bila baju kurung putih kena air lopak..huhuhuhu dengan itu maka kami berdua ambik keputusan tak pergi sekolah ...ekekekke jahat betul ...yer la dah suntuk masanya nak tukar baju ( alasan sebenonyer...ehehehhe..alhamdulillah dalam nakal ni berjaya jugak jadi orang...ahaks).

Ada banyak kali apabila tiba masa nak balik, hujan laa pulak. Masa sekolah menengah tak pulak kak long guna baju hujan tapi guna payung. Payah Oooo nak pegang payung sebelah tangan dan pegang handle basikal sebelah tangan tapi terpaksa jugaklah guna. Kalau hari panas tak ada angin , tak ada hujan kira okey guna payung masa baik basikal. Lain pulak ceritanya kalau naik basikal masa hari hujan. Huhuhu pernah sekali tu, hujan turun dengan angin pulak bertiup kencang, ketika itu, payung yang kak long guna tersingkap...wahhhh kelam kabut kak long kat atas basikal tu, mana lagi nak kontrol supaya tak jatuh basikal dan mana lagi nak tengok kereta/lori/motosikal yang lalu lalang dan pada masa yang sama terpaksa berhenti di tepi jalan dan tutup payung!! Huhuhu oleh kerana dah nak balik ke rumah..jadinyer biarlah basah kuyuppun tak apa...eehehe tapi syukur,alhamdulillah sepanjang naik basikal ke sekolah mahupun balik dari sekolah ketika hujan tidak ada kemalangan yang berlaku dan tidak pulak demam atau pening bagai. Sekarang ni kena hujan sikit pun demam la pening laa..ehehe maklumlah dah tua.

Apa yang tinggal kini hanyalah memori indah yang masih tersimpan di dalam ingatan. Walau hujan datang dan pergi, memori itu tetap tinggal di petak kenangan dan hati ini. Inilah sebahagian dari suka dan duka suatu ketika dahulu...

14 comments:

noushy syah said...

Kak lOng..selepas membaca entry kasawari nshy rasa kak long cuba tuka comments popup sng lagi nak bg komen,

Dalam dashboard;
1. Click Setting
2. Click Comments

Tick YES untuk soalan ini

Show comments in a popup window? YES or NO

Much more easier komen dipopup window tanpa menunggu blog itu download semula screen...

p/s wahh Nostalgia nih..hehhehe, nti flooding blog kak long dgn hujan yg non-stop tu nshy xtau..hehhee..

Zura@Kak Long said...

Noushy-->thanks so much dear. kak Long dah tukar dah setting utk comments. Huhuhu kalau banjir..kak long pindahlah ke rumah noushy ..boleh?? ekekekke

Abang Long said...

Nostalgia kak long menggamit memori Abang Long. Terus - terang, abang long suka dengan seorang yang menceritakan kisah lampau. Walaupun tidak hebat, tetapi cukup menggembirakan. Abang Long pun rasa macam nak ceritakan kisah lampau, tapi .... entahlah ... belum ada kekuatan.

Zura@Kak Long said...

abang long-->sebenarnya kisah suka duka di masa lalu memberikan kak long kekuatan untuk meneruskan kehidupan.Ianya menjadi panduan dan batasan untuk bertindak. Tidak ada apa yang perlu dimalukan.

Noushy Syah said...

a'aaa yeh yeh ..camni sekarang besh, sgt sng nak komen..lg arr nti nshy comot2kan ruan gkomen kak long nih hikssss...


wah wah..nak pindah rumah nshy bolee..tp cian plak kat mummy kak long tuh? Tinggal plak sowang2 hehehhe...

ticnube said...

arggg seronokk kan kisah2 lame.. haiii.. :)

mama ranggie said...

sungguh indah tuk dikenang...

arsaili said...

masa sekolah menengah bawa moto..klu hujan memang satu penyeksaan..sure basah baju ..tak selesa dalam kelas

Zura@Kak Long said...

noushy-->huhuhu kak long pindah bawak mummy sekali laa ..ihiks. Mesti Noushy geleng2 kepala ni..ahahaha.

Zura@Kak Long said...

mama ranggie--> memang sesungguhnya indahkan?

Zura@Kak Long said...

tic-->memang seronok!! mungkin semasa itu kita rasa tersiksa tetapi ada hikmah semua kenangan itu.

Zura@Kak Long said...

Arsaili-->huhuhu bawak moto kena pakai baju hujan ler tapi sure basah jugakkan..eheheh kak long amat memahami ;-)

sitilina said...

kak long, saya kan bila hujan mesti rasa sedih. teringat kecik2 dlu mask ayah salu g mana2 tinggal saya kt umah masa hujan2. huhu.

Zura@Kak Long said...

sitilina-->ehehehe jgn ingat yg sedihlaa lina...ingatkan yg best2 bila hujan :-)

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin