Posts

Showing posts from 2013

Balik

Hujung minggu di kampung.  Dah agak lama tak balik.  Last balik semasa raya haji yang lepas. Hari ini cadangnya nak ronda Teluk Intan cari mee rebus yg fames itu. Kalau rajin lagi ke manjung ..lepak jusco manjung. Semoga dipermudahkan.

Mimpi

Kelmarin mimpi arwah Abah dan malam semalam mimpi Arwah pakcik..ayah kepada seorang kazen. Di dalam kedua2 mimpi mereka masih ada. Semoga ini hanyalah mainan tidur ... Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.

Tak sihat...

Sendi-sendi rasa sakit. Badan rasa tak sihat. Ingatkan nak off hari jumaat tapi apabila badan dah rasa semacam ambil jer la off hari ini.

Ulang tahun ke 21

Hmmm dah 21 tahun? Lama sungguhkan? Rasa macam baru jer mula bekerja. Hari ini genap 21 tahun sejak mula join kolej ini. Memula kolej, kemudian  kolej universiti dan sekarang jadi universiti. Dari berdua kemudian berempat dan sekarang sudah ada duabelas orang. 21 tahun kalau pelihara anak dan masuk universiti....eheheheh. Tak tahu berapa lama lagi akan berada di sini. kadang-kadang terasa putus asa...bosan...tapi alhamdulilllah sehingga ini, masih bertahan.

Serik

Hari ini konvo di uni tempat bertugas. Sebagai anggota senat kenalah ikut sama perarakan masuk bersama ahli majlis dan canselor. Sesi pertama okay..Alhamdulillah tapi Sesi kedua kasut tiba2 jadi longgar dan terasa nak tertanggal masa nak masuk ke dalam dewan. Oh tidakkkk..panik la makcik kejap..Alhamdulillah stop kejap di depan pintu dewan dan makcik masukkan tisu dlm kasut dan berdoa moga tak tercabut kasut tu. Alhamdulillah selamat naik ke pentas dan turun dari pentas dan terus masuk bilik utk minum petang..huhuhu. Masalah tak habis bila perlu berjalan ke ofis dan ambil handbag. Dengan tisu yang dah bertambah lagi masa kat dlm tandas..huhuhu sakit dah jari2 kaki masa berjalan ke ofis.  Alhamdulillah sampai juga..terasa cam jauh jer dari blok a ke b tapi sebab kasutlah. Esok pakai flat jer laa..huhuhu. Pengajran nya : jangan pakai kasut baru yang tak penah di cuba semasa ada event..syukur Ya Allah. Kalau tidak malu nyerrr kalau kasut tertanggal!

Terkenang

Image
Zulhijjah tiba lagi.. Ya Allah apabila melihat umat Islam yang kini di Makkah menanti saat untuk mengerjakan haji saya menjadi rindu dan terkenang-kenang 2 tahun lepas. Saat-saat pahit manis itu... Manis apabila bas sampai di hadapan hotel dan terpandang pintu masuk 1...King Fahd Gate..terimbau kenangan semasa membuat umrah pada 2010. Allahuakbar. Allah mengkabulkan doa saya di Multazam iaitu untuk sampai lagi ke Makkah. Kenangan sedikit pahit...sikit jer ...eheheh apabila bas rosak semasa dalam perjalanan ke Arafah , perjalanan dari Arafah ke Mina dan dari Mina ke Makkah. Dah mengantuk...esok kita sambung lagi.

Hari-hari yang kelabu

Image
Dah lama tak meluah rasa di sini. Kebelakangan ini rasa amat tertekan dengan kerja. Kadangkala rasa tak boleh nak cope. Haishh...giler laa. My so called boss kasi extra keja yang memang tak boleh nak tolak. Dia ajak lunch dan masa lunch dia bla bla bla...adeh laa masa tu makan pun rasa tak tertelan. Dah la tak bawak buku nota ke apa ..arghhh jenuh nak ingat apa dia suruh buat. Balik ofis sempat draf kat ppt apa2 yang kita dapat dari mental note kita yg semakin tepu. Sabtu dan Ahad rasa amat malas nak fikir pasal kerja....ahahah so kita buat popia nestum. Ada orang tu mengidam nak rasa...so insya'Allah akan cuba hantar parcel ke sana tu. Alhamdulillah selepas solat semalam...Allah kasi idea kat kita apa yang perlu dibuat untuk esok. Mudah-mudahan akan dapat selesaikan sebelum hari meeting Khamis ini walau pasti sukar mendapatkan maklumat yang diperlukan dari pihak2 yang terlibat. Chaiyok chaiyokkk Cik Zu...semoga hari-hari yang mendatang di lalui dengan tenang dan diperm

Kemaafan dendam yang terindah..

Image
Mufti Ismail Menk wrote ... "Forgiveness doesn't change the past but it makes facing the future much easier..." Hidup perlu diteruskan.  Abaikan apa yang telah berlalu. Kemaafan untuk mereka yang menyakiti memang sukar dilupakan tetapi kita perlu beri peluang kepada diri sendiri untuk merasai kegembiraan dan kebahagiaan. Jangan biarkan bayangan masa lalu mengaburi masa hadapan. Rancang dan bina masa hadapan bersama mereka yang menghargai diri kita. Insya'allah semoga diredhai.

Relakan jiwa

Kusangka hidupku Selamanya kelam Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta Memaksa diriku Menapaki jalan Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku Kini kau pun hadir Memberi cahaya Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri Menuntun hatiku ke palung asmara Seakan ku hidup kembali dari matiku Engkaulah cinta Yang selama ini aku cari Ku Relakan Jiwa Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku Hati bukan untuk dimiliki Tapi untuk dicinta dan mencintai Kurelakan jiwaku padamu Seandainya waktu Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu Akan kubiarkan mati hatiku selamanya Sehingga kau datang membangunkan aku Sumber :  http://www.liriklagumuzika.com/2012/12/lirik-lagu-relakan-jiwa-hazama.html#ixzz2eHExX2JQ

Demam selsema

Hari ni demam selsema. Sejak petang semalam dah sakit tekak. Minum air kosong banyak2...tapi masih tka berjaya hilangkan. Akhirnya malam tadi tidur hidung sumbat..mulut ternganga( buruk pasti rupa..haha). Hari ni juga tak ambik mc sebab 2 org staff dah mc sebab demam selesema (hmmm menjangkit dari korang la akak ni kann...ehehhe) . Lagipun ada kerja yang perlu disegerakan atas arahan chairman..huhuhu. Moga cepat sihat..insyaAllah.

Balik kampung

Hari ni balik kampung. Sabtu ada wedding...

Tak sihat

Image
Sakit kepala dari pagi dan berkurangan petang tadi. Dah malam ni sakit semula..susah nak tidur.. #kepiluan melanda

Gambar-gambar raya 2013

Image
kerepek popia nestum. Resepi sendiri reka...ehehehe.  popia nestum. krap krup rangup dan manis lemak.  Famili . Mak, adik , ipar dan anak-anak saudara tuan punya blog dengan mak dia...ihiks. Anak-anak saudara yang disayangi mak , adik dan adik ipar serta saya ^_^ Di rumah pakcik di Ipoh Nak balik dah... masa untuk balik  Tata... 3 syawal..balik beraya di rumah Nyang Chu Assalamualaikum....ehehehe kami datang nak beraya geng berlima dah nak balik ke Klang pulak dalam perjalanan ke Ipoh

4 syawal

Feeling sick... Feeling tired...

Pra raya 2

Image
Tak larat nak bercerita...letihhhh sangat2 ! Lain masa kak long edit entri ini dengan cerita penuh eh..dari pukul 5 pagi rabu sampailah jam sekarang 1.18am khamis...non stop bekerja .ehehe ..berhenti solat je.

Salam Aidil Fitri 2013

Image

Pra raya 1

Banyak kerja2 yang perlu dilaksanakan hari ini. Sebaik tiba di rumah kampung tadi dah menyapu dan mengemop di bantu oleh Nabil dan Nasyirat. Memasak untuk berbuka hari ini. Spagetti carbonara cendawan utk Nasyirat dan Nabil. Utk kak long dan mak cukup sekadar kari ikan dan nasi putih. Agak letih tapi dah plan nak masak kek malam ni...huhuhu kalaulah larat.

Hampir penuh

Image
Boot kereta yang dah penuh dgn barang2 utk dibawa balik ke kampung..hihihi berpeluh2 kak long menyusun barang2 dan beg baju selepas sahur tadi. Insyaallah akan memulakan perjalanan balik selepas pukul 9 pagi.

Kembali ke blog

Image
Tiada lagi mukabuku untuk seketika..atau mungkin untuk selamanya? Tunggu dan lihat jika hati berubah..

Salam Ramadhan 1434

Image
Di kesempatan ini kak long memohon ampun dan maaf andai ada salah silap terkasar bahasa kak long kepada mereka yang mengenali. Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan buat kita semua, InsyaAllah.

Yakinlah..

Image
...bahawasanya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini. #memujuk hati

Satu persoalan...

Tidak kira lelaki atau perempuan...suami mahupun isteri...Walaupun sayang cinta saling diucap tapi apabila ada salah satu pihak yang menyebut ..memuji tentang orang lain...hati pasti terguris...so beringat2 lah..Sekuat mana pun hati kata tidak mengapa sebab ego..tapi benarkah? tidak ada sekelumit pun rasa terkilan dihati?

Mari berzikir

Image
Untuk kebaikan bersama..sama2lah kita amalkan.. Sharing is caring (^-^)

~*~WAHAI PARA SUAMI~*~*

Image
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,  dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu, kau merosak kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT

Sunnah Rasulullah

Image

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya? Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat

Penantian

Image
Salah sebuah lagu yang menjadi kegemaran

Selamat Tahun Baru 2013

Image
Semoga kita semua mendapat anugerah yang terbaik dariNYA ...In sha Allah.