Simfoni kehidupan yang penuh suka dan duka...
Life is a journey and This is my life...
Salam Ramadhan 1434
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Di kesempatan ini kak long memohon ampun dan maaf andai ada salah silap terkasar bahasa kak long kepada mereka yang mengenali. Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan buat kita semua, InsyaAllah.
Dulu-dulu masa arwah abah kak long masih ada, semasa bulan puasa, abahlah yang sibuk juga di dapur mahupun membeli juadah berbuka. abah pandai masak. Kalau adik tak ada selera nak makan, abah akan masak sambal telur untuk adik. Ada lagi satu lagi lauk yang abah selalu masak..tapi kak long lupa la pulak apa masakannya. Sampai sekarang ni kalau mak masak sambal telur, adik akan lebih berselera makannya. Abah selalu bancuh air sirap bandung dan macam2 lagi jenis air ketika berbuka puasa. Abah balik kerja awal, jadinya bila waktu petang sementara menanti waktu utk berbuka puasa, abah akan bawak kami jalan2 naik motor dan kemudian setelah abah beli kereta, dengan kereta yang tidak secantik mana itulah abah bawak kami ronda-ronda ke jeti bagan datoh yang terletak kira-kira 6-7km dari rumah. Mak di rumah menyiapkan juadah berbuka puasa dan kami lepak2 ambik angin laut..ehehe sungguh manja ketika itu..ahaks. Sekarang ini, anak2 sedara kak long, Nasyirat Nu'man dan Nasrul Nabil menghabiskan...
Walau hanya bercuti selama 3 hari 2 malam tetapi kak long rasa teruja nak pergi ke Cameron Highlands ni. Bukan apa, Cameron ni kalau dari kampung tak la jauh sangat tapi tak pernah sampai lagi...huhuhu. Lagi pulak pergi dengan famili, anak-anak sedara semua ada, harap2 meriahlah cuti kali ini sepertimana meriahnya percutian di Langkawi 2 tahun lepas. Setakat sampai ke kawasan perkelahan di kaki banjaran Titiwangsa ini kak long pernahlah pergi sendiri...ihiks. Jom ramai-ramai kita pergi bercuti..rehatkan minda yang mungkin sedang kusut masai atau sedih atau keliru atau sedang marah...meh kita bawak2 bertenang...
Susah kak long nak katakan di sini tetapi kak long tidak ada kawan baik. Semua kawan kak long adalah kawan biasa. Kak long sendiri merasakan yang kak long bukanlah seorang kawan yang baik, yang sentiasa ada di sisi kawan yang memerlukan. Ini kerana kak long selalu menghampakan permintaan dan undangan kawan-kawan. Kak long boleh berkawan dengan semua orang tetapi hanya sebagai kawan biasa. Orang yang tidak mengenali tidak akan memahami situasi yang di hadapi...
Comments