Wednesday, October 26, 2005

Salam Aidilfitri



Sewaktu kita mula mengenali tutur bicara,
Budi bahasa masing-masing,
Kita mula belajar sesuatu yang indah lagi penuh bermakna,
Iaitu erti sebuah pertemuan,
Yang menunjukkan keupayaan diri kita.

Kematangan itu dari pengalaman kehidupan,
Yang kita lakui dan harungi bersama,
Tanpa penat dan jemu,
Namun masih tidak puas menerokai
seluruh alam buana,
CiptaanNya.

Namun setiap pertemuan itu,
Juga ada perpisahannya,
Tapi kau tabah menghadapinya,
Dan kau berkata,
"tiada pengalaman indah yang dapatku,
lupakan ketika bersama denganmu"
terimakasih menghargai nilai seorang insan
yang tiada harga jua tandingannya.


Kata-kata di kad raya yang baru diterima benar-benar menyentuh perasaan. Jika kata-kata ini menggambarkan rasa hatinya..begitu juga aku. Setiap baris kata-kata ini menggambarkan apa yang terjadi di dalam hidupku selama ini. Mengenali seseorang dan akhirnya kehilangan.

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI ,MAAF JUA DIPOHON ANDAI ADA SALAH & SILAP

Friday, October 21, 2005

Anda Mungkin "gila" Oleh Cinta ?? Fahamilah...

MW 1136 – Motivasi
Siri 239
Tajuk: Awas, anda mungkin 'gila' oleh cinta
Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
www.drtuah.com


Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah
kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui
tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan
sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai
dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada
waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu
untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza.
Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan
kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan,
dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS
bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan
nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh
diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu
itu.
Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya. Dia tentu
tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.

Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada
tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Kalau awal pagi
biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta
dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar
suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia
mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu
keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu.
Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia
tidak menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin
diganggu.

Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja
kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta,
kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses
perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal
memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda
bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang
sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan
terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya.
Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak
mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang
sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.

Cin! ta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan
yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan
kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan
menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit
hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia
sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah
dengan perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan
ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia
akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia
tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan
perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu
jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.

Hidup akan lebih indah kalau orang memahami. Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman.

Wednesday, October 12, 2005

Ramadhan Al - Mubarak


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA ..
Ramadhan kali ini disambut dengan sederhana.
Tahun ini ...Ju tetap keseorangan tanpa seorang lelaki yang bernama suami mahupun kekasih. Namun syukur kerana aku masih mempunyai mak dan anak-anak saudara serta kawan-kawan yang memahami.
Dulu ada dia...tahun ini hampa belaka..

Tuesday, October 11, 2005

Kereta


Rabu minggu lepas , baru dapat kereta ni tapi ada masalah sikit ..ntah cam mana ada kesan calar yg dalam di bahagian hadapan kereta. Rasa terkilan . Sampai hari ni , masih menanti tarikh bila pihak dealer nak tukar bahagian yg calar sebab depa dah setuju nak ganti seluruh bonet. Nak touch up tak sesuai ...harap-harap semua akan berjalan dengan lancar. Banyak dugaan yang perlu dilalui yang menguji kesabaranku untuk memiliki kereta ini. Apa-apapun aku harap mak akan gembira dengan adanya kereta ini. Setiap hari aku belajar utk menjadi berani dan bersabar di dalam menangani masalah yg ada. Tak nak la call salesman tu tiap-tiap hari...nanti dia naik fed up pulakkan? Cuma berharap dia tidak lupa dengan tanggungjawabnya. Duit balance pun tak dapat lagi ni ....adehh...sabarr ...puasa ni kena banyak sabar. Ada hikmah disebalik setiap kejadiankan? InsyaAllah...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin