Wednesday, January 31, 2007

Kisah Kawad & Masuk Hutan - Bahagian 2

Meh kita sambung cerita pasal masuk hutan hari ini.
Photobucket - Video and Image Hosting Seramai lebih kurang 40 orang ahli PBSM menyertai kursus kepimpinan peringkat ke 2 tersebut. Latihan peringkat ke 2 ialah di Kem Bina Semangat Pasir Panjang, Port Dickson. Nama jer latihan di Kem..tapi kami semua berkhemah di kawasan hutan di luar kawasan kem tersebut. Aduh mak! Itulah pertama kali Kak Long berkhemah di kawasan hutan. Perasaan semasa itu?? Takut ada, terujapun ada juga. Maklumlah, semangat dapat selesaikan latihan berkawad masih tersemat di hati…ehehehehh.
Senior dan jurulatih seramai 2 orang dengan bantuan ahli-ahli lain mendirikan khemah untuk ahli lelaki dan perempuan. Kami ditugaskan untuk pelbagai aktiviti termasuklah jadi jaga , tukang masak dan lain-lain.

Pada satu malam, Kak Long ditugaskan untuk menjadi pengawal di kawasan khemah. Shift kak long kalau tak silap masa itu ialah dari tengah malam ke subuh. Sedang lena tidur, kak Long di kejutkan seorang senior untuk bertugas. Semasa peringkat awal berjaga, masih cergas lagi. Mata melilau melihat sekeliling kawasan khemah yang gelap. Sayup-sayup terdengar desiran air laut dan salakan anjing. Sesekali terdengar suara jurulatih dan senior bersembang di kawasan yang agak jauh dari kawasan kak long bertugas.Kak Long tersedar bila ada senior datang buat rondaan. Adehh…rupa-rupanya kak Long terlelap sambil duduk. Eheheheh konon jadi jaga tapi boleh tertidur sambil duduk. Wah!! berjaya juga jadi pengawal di dalam hutan sendirian…eheheh.

Aktiviti repelling and abseiling dan berjalan di atas tali dari pokok ke pokok berjaya kak Long lakukan. Aktiviti kawad tetap berjalan seperti biasa di waktu pagi selepas bersarapan…ehehehe. Bab lari dalam kawasan perkhemahan itu adalah sesuatu yang mencabar sebab banyak akar-akar pokok hutan. Ada sekali itu, kak Long tersungkur sebab terseradung akar pokok. Aduhh! Tersembam cam nangka busuk jatuh dari pokok…ekkekeke. Malunya bila jurulatih dok pekik “ woittt..apasal boleh jatuh tu tak ada angin tak ada ribut, boleh tumbang...”.

Aktiviti berjalan diwaktu malam sambil tutup mata memang menyeronokkan. Kami dikehendaki berjalan menyusuri tali yang telah diikat oleh senior dan jurulatih. Berjalanlah kami tanpa mengetahui arah mana kami berjalan. Panduan kami cumalah tali tersebut. Rasanya jauh jugak berjalan tapi bila dah dibuka ikatan mata, baru perasan, rupanya tali tersebut di ikat di sekeliling kawasan perkhemahan sahaja…ingatkan jauh ke dalam hutan sebab masa berjalan banyak kali kaki terlanggar akar pokok dan tunggul kayu. Selepas itu, kami di pisahkan dan aktiviti kali ini ialah duduk sendirian di satu kawasan hutan yang agak jauh dari kawasan perkhemahan. Yang peliknya masa itu, Kak Long tak ada perasaan takut…ehehehe berlagak “confident”.

Ada sesiapa yang pernah mengharung Lumpur di kawasan paya bakau ? Ya..salah satu aktiviti semasa kem bina semangat itu ialah berjalan di kawasan paya bakau. Kami berkawad ke kawasan paya bakau yang terletak kira-kira 1 km dari kawasan perkhemahan. Kak Long adalah diantara mereka yang terakhir masuk ke kawasan paya. Oleh sebab itu, laluan dah banyak yang berlubang-lubang dipijak oleh mereka yang sampai lebih awal. Ya Allah!! Susahnya berjalan di kawasan paya . Bila dah terpijak kawasan yang lumpurnya tebal, nak angkat kaki dan bergerak ke hadapan amatlah payah. Kak Long dah mula rasa menggelabah sebab tak ada orang lain yang bersama dengan kak long semasa itu. Ahli yang lain dah berada jauh di hadapan. Dalam susah payah nak bergerak , boot pulak tertanggal dan tertinggal di dalam lumpur…uwaaaaaaaaaa tolongg!
Mujur ada seorang hero datang menyelamatkan heroin ini…ceh wahh…ehehehehe. Kamal, seorang ahli dari kampus JO berpatah balik dan membantu menarik tangan Kak Long keluar dari kawasan paya bakau tersebut. Sebaik sampai di tepi jalan besar, semua ahli bertepuk tangan. Ahahahah berjaya juga Kak Long mengharungi cabaran walaupun terpaksa di bantu…ihiks

Pengalaman menyertai kem kepimpinan dan bina semangat tersebut amatlah bernilai. Kita boleh menilai kemampuan diri dan semangat “boleh” tetap tersemat di hati.
Cuma jangan masukkan Kak Long dalam air yang dalam seperti laut, sebab Kak Long memang akan panik …phobia….ehehehehhe.

Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, January 30, 2007

Kisah Kawad & Masuk Hutan

Photobucket - Video and Image HostingApabila terbaca kisah dan aktiviti budak-budak yang terpilih masuk ke program khidmat negara, Kak Long teringat akan kisah Kak Long semasa menyertai kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM), cawangan ITM.

Aktiviti ko-kurikulum yang Kak Long sertai semasa di ITM ialah PBSM. Semasa itu, pelajar part 1, wajib memilih antara Kesatria ataupun PBSM. Bila dah masuk part 2 atau part 3, baru boleh sertai persatuan lain. Semasa memula masuk PBSM, Kak Long menjadi ahli sahaja. Maklumlah budak baru. Di ITM Jalan Othman tak ramai yang menjadi ahli PBSM, jadi bila ada aktiviti di kampus Shah Alam, kami jadi tumpuan..eheheh.

Nak di jadikan cerita, alkisahnya, setelah masuk part 3, Kak Long dah jadi senior dalam PBSM di JO. Kak Long dan beberapa ahli dari kampus JO, di minta menghadiri Kursus Kepimpinan semasa cuti semester. Alahai..sudahlah kena berkawad, berkhemah dan sebagainya, kena pulak berkorban cuti semester selama 2 minggu untuk menyertai kursus tersebut.

Minggu pertama, aktiviti harian dipenuhi dengan latihan kawad. Selepas makan tengahari dan solat, berkumpul semula untuk latihan kawad. Pendek kata, sepanjang lebih kurang 5 hari, asyik kawad! Kawad!kawad!. Hari-hari terkejar-kejar takut tak sempat nak solat dan mandi, sampaikan tak ada selera nak makan. Penatnya jangan ceritalah. Selepas maghrib, diadakan pula aktiviti perbincangan berkaitan PBSM, rawatan kecemasan, kaunseling dan sebagainya.


Kepada mereka yang tahu kedudukan hostel di ITM Shah Alam itu, boleh bayangkan kak Long terkejar-kejar dari dorm di Hostel Cempaka, ke dewan makan di Hostel Kenanga. Berkawad dari perkarangan Hostel Cempaka sehinggalah ke hostel Delima dan kadang-kadang berkawad ke stadium ITM.
Dalam salah satu sessi latihan berkawad, kak long merasa jari kaki kak long sakit. Apabila dibuka boot dan stokin ketika berhenti rehat, Kak Long dapati kuku jari kelinking kaki kanan dan kiri tercabut. Alahai…kuku kaki pun ikut terkorban !

Aktiviti kawad tamat dengan acara bergambar diwaktu kawad malam. Ha! Ha! Ha! Kalau ada yang tengok gambar Kak Long semasa itu, mesti gelak habis sebab muka dah jadi merah kehitaman macam udang kena bakar! Sudahlah bergambar di waktu malam, nampak mata dengan gigi jer yang putih. Nasib baik pakai baju warna putih...ekekek kalau tidak tak nampak apa-apa dalam gambar. Masa itu tak perasan kulit muka dah hitam dek kerana berjemur dibawah sinaran matahari pagi, tengahari dan petang di padang kawad. Lagipun tak sempat nak tengok cermin . Keesokan harinya kami di kehendaki menyertai aktiviti berkhemah di hutan…hutan mana? Tunggu sambungannya….


Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, January 29, 2007

Kawan Lama

Sedang duduk-duduk memerhatikan skrin komputer ini, tiba-tiba Kak Long teringat satu insiden yang berlaku hujung minggu lepas.Lokasinya di depan salah sebuah kedai di Pekan S. Petang itu, kak long bersama-sama mak keluar ke pekan S untuk membeli sedikit barang keperluan. Sesudah siap "shopping" di supermarket F, Kak Long melintas jalan untuk ke kedai yang lain. Sebaik sampai di depan kedai tiba-tiba kak long perasan kelibat seorang teman lama semasa di ITM..kira-kira 17 tahun yang lepas(huhuhu lamanyer??).Kak Long tak lah rapat sangat dengan kawan yang ini tapi masih boleh cam lagi muka dia ( tak berubah cam zaman sekolah dulu). Kak Long dengan muka selamba tegur dia " Eh! ni A.....kan? Kawan yang seorang ini terkebil-kebil sambil menten senyum. Di seketika itu terdetik di hati Kak Long, "adehh malunya..dia tak kenal aku". Kak Long pun siap bagi nama penuh pada dia. Dah sebut beberapa kali nama pun dia masih terpinga-pinga tak ingat...lama-lama(lebih kurang 4 minit kut), dia dengan senyum lebar ingat akan diri ini. (Ntah betul ingat ke tidak tak pasti la pulak).

Apa-apapun setelah bertukar-tukar cerita serba sedikit..maka kami pun berpisahlah. Sebenarnya Kak Long tahu serba sedikit tentang dia sebelum ini sebab selalu baca email kawan-kawan satu batch. Entah siapa masukkan email kak long dalam mailing list grup itu ..cuma Kak Long jer yang low profile..tak berapa ngam nak masuk menyampuk dalam perbincangan diantara kumpulan yang terkenal masa di fakulti dulu. Kak Long lebih suka ambik tahu dari jauh sahaja. Kadang-kadang kita saja yang ingat kat orang..orang tak ingat kat kitapun...


*Sehingga ke hari ini masih tertanya-tanya berubah sangatkah diriku ini..burukkah paras rupaku di mamah usia?*


Do It Today

Do the right thing;
Do it today;
Do it with no hope
of return or promise of reward;
Do it with a smile and cheerful attitude;
Do it day after day after day
Do it, and someday
There will come a day
That will be a payday
For all the yesterdays
You spent focused on the current day-
That will not only give value to today,
But will make each future day
Outshine each yesterday.
And what more could you ask of a day?

-John C.Maxwell-





*Ternanti2 bila agaknya nak dapat gaji..mintak2 ada ler bonus ..ihiks *

Thursday, January 25, 2007

Tanggungjawab...


Hari ini hari keempat dan terakhir Kak Long bekerja untuk minggu ini. Esok tak kerja sebab nak hantar mak buat pemeriksaan doktor. Setiap 2 atau 3 bulan sekali, kak Long akan menghantar mak ke klinik. Dulu masa mak di kampung, klinik diseberang jalan saja, jadi mak jalan kaki. Pemeriksaan darah tinggi dah menjadi rutin buat mak sejak setahun selepas abah meninggal dunia 23 tahun yang lepas.

Sejak awal minggu ini, tidak banyak kerja "urgent" yang perlu diselesaikan. Perjalanan ke tempat kerja dan balik dari kerja berjalan lancar sebab Kak Long masuk kerja pukul 11 dan habis kerja pukul 8. Lalu lintas pada waktu pergi dan balik lancar tanpa kesesakan yang menyesakkan kewarasan diri ...ehehehe. Itu kelebihannya bekerja shift lewat iaitu perjalanan yang mudah. Apa yang tak "best"nya kerja lewat ini ialah apabila terpaksa meletak kereta di kawasan bukit dan agak jauh dari blok library ini. Masa naik okey la sebab naik dengan kereta. Bila nak balik...kenalah alihkan kereta ke tempat meletak kereta yang dekat dengan blok ofis sebelum pukul 8 sebab dah gelap.Mak aii..naik bukit tu rasa semput yang amat...ehehehhe..nampak sangat tak "fit". Exercise percuma turun bukit..naik bukit .. turun tangga..naik tangga...

Next week..shift pagi pulak..adeh..sesak oh! sesak nafas...tapi tanggungjawab ini perlu diteruskan ..

Wednesday, January 24, 2007

Senyum Seribu Erti

Hi! Auntie..Hi! Uncle

Nie saya Muhammad Nu'aim

Senyum manis dari Aim untuk semua...

muahhhhss

**Kak Long tak ada idea buat masa ini..eheheh**

Friday, January 19, 2007

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1428


20 January 2007 (Maghrib 19 January 2007)


**Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia,Ameen.**

Wednesday, January 17, 2007

Masam-masam Manis



Seawal 6.20 pagi, Kak Long dah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja hari ini. Bukan hari ini sahaja , malah kalau Kak Long shift pagi 8-5, kak Long akan keluar awal sebab nak elak kesesakan jalanraya di pekan Semenyih, tapi minggu ini, bermula dari Isnin lepas, kesesakan yang berlaku seawal dari pukul 6.15 amatlah menggeramkan dan menyakitkan hati. Arghhh!!!sabo..sabo...tapi melihatkan manusia-manusia yang hanya tahu mementingkan diri sendiri memotong "Q", cilok sana, cilok sini, menyebabkan jalan yang ada 1 lorong saja menjadi 3 lorong, dan akhirnya orang-orang yang lebih awal "Q" macam Kak Long ini jadi terkebelakang, terkemudian . Kalaulah manusia yang tak reti bahasa tu ikut "Q" rasanya perjalanan akan lebih teratur ,walaupun lambat. Sakit hati betul....tapi apa nak buat, mungkin juga disebabkan waktu subuh masuk lewat sekarang ini menyebabkan orang yg keluar awal sebelum pukul 6, menunggu sehingga pukul 6 lebih untuk keluar dari rumah iaitu selepas solat subuh. Sabo jer la ....perjalanan yang memakan masa 40 minit menjadi 1 jam lebih...alah bisa tegal biasa tapi tahap kesabaran ada hadnya ...eheheh nanti jadi "hulk" baru tahu...

++Awal pagi lagi dah terasa macam makan limau masam...kelat pahit !! sabo jer laa. Mengalah lebih baik dari dari kena maki free dek pemandu lain ..yer tak??++

Walaupun awal pagi tadi terasa geram, marah, tak puas hati dengan kesesakan jalan raya yang tak pernah selesai, namun ada juga manisnya hari ini. Lawatan panel dari Lembaga Akreditasi Negara berjalan dengan lancar. Semua soalan yang diajukan dapat Kak Long jawab dan nampaknya ahli panel berpuas hati dengan jabatan yang kak Long terajui ini. Alhamdulillah, moga-moga kelulusan akan diberikan untuk semua kursus yang dipohon.

Bulan depan, ada lagi lawatan dari LAN untuk program yang lain...bersedia sajalah dengan doa panel yang datang tak banyak kerenah..

++Mujur ada jugak manisnya hari ini++

Monday, January 15, 2007

One Step Further


Do more than exist:
live

Do more than touch:
feel

Do more than look:
observe

Do more than read:
absorb

Do more than hear:
listen

Do more than listen:
understand

Do more than think:
reflect

Do more than just talk:
say something

Sunday, January 07, 2007

Belajarlah menulis di atas pasir

Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.

Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir: Hari ini, sahabt baikku telah menampar mukaku. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabtnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu: Hari ini, sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.

A bertanya: “ kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata: “ Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu.”

Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin