Monday, January 29, 2007

Kawan Lama

Sedang duduk-duduk memerhatikan skrin komputer ini, tiba-tiba Kak Long teringat satu insiden yang berlaku hujung minggu lepas.Lokasinya di depan salah sebuah kedai di Pekan S. Petang itu, kak long bersama-sama mak keluar ke pekan S untuk membeli sedikit barang keperluan. Sesudah siap "shopping" di supermarket F, Kak Long melintas jalan untuk ke kedai yang lain. Sebaik sampai di depan kedai tiba-tiba kak long perasan kelibat seorang teman lama semasa di ITM..kira-kira 17 tahun yang lepas(huhuhu lamanyer??).Kak Long tak lah rapat sangat dengan kawan yang ini tapi masih boleh cam lagi muka dia ( tak berubah cam zaman sekolah dulu). Kak Long dengan muka selamba tegur dia " Eh! ni A.....kan? Kawan yang seorang ini terkebil-kebil sambil menten senyum. Di seketika itu terdetik di hati Kak Long, "adehh malunya..dia tak kenal aku". Kak Long pun siap bagi nama penuh pada dia. Dah sebut beberapa kali nama pun dia masih terpinga-pinga tak ingat...lama-lama(lebih kurang 4 minit kut), dia dengan senyum lebar ingat akan diri ini. (Ntah betul ingat ke tidak tak pasti la pulak).

Apa-apapun setelah bertukar-tukar cerita serba sedikit..maka kami pun berpisahlah. Sebenarnya Kak Long tahu serba sedikit tentang dia sebelum ini sebab selalu baca email kawan-kawan satu batch. Entah siapa masukkan email kak long dalam mailing list grup itu ..cuma Kak Long jer yang low profile..tak berapa ngam nak masuk menyampuk dalam perbincangan diantara kumpulan yang terkenal masa di fakulti dulu. Kak Long lebih suka ambik tahu dari jauh sahaja. Kadang-kadang kita saja yang ingat kat orang..orang tak ingat kat kitapun...


*Sehingga ke hari ini masih tertanya-tanya berubah sangatkah diriku ini..burukkah paras rupaku di mamah usia?*


6 comments:

kujie said...

bkn kak long dh berubah..dia yg memori low..hehehe..
sy pernah juga mcm tu...kita ni manusia...apalagi melayu...hahaha..melayu mudah lupa!

Noushy Syah said...

Kak LOng, at times mmg ade yang lupa, bukan fasal perubahan rupa,tapi betul aarr cam Kak Jie takap tuh..memori di alow ahakss!!

kak Long said...

thanks Jie..thankss NS ..eheheh yer la kut...dianyer memory low ...ahaks..sabo jer aku !!

Abang Long said...

abang long pun selalu kena "memory low" ... ambil masa nak ingat balik ... tapi kalau ditegur ... abang long akan buat selamba macam "dah ingat balik" .. walaupun tak berapa ingat ... sebab nak jaga "air muka" orang yang menegur .....

kujie said...

a'aha...abgLong...kita mmg patut jaga air muka dia...dia tegur dan kenal kita pun dah elok sgt² tu...tandenya kita ni fofuler...:p

Zura@Kak Long said...

abang long...rasanya dia tak ingat saya sebab saya tak popular cam dia tu ...adehh dah ler kak long ni tak lawa.

Jie~~~kak long yang tegur dia dulu..uhukss bukan dia tegur kak long. Itu yg malu tu ...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin