Thursday, January 25, 2007

Tanggungjawab...


Hari ini hari keempat dan terakhir Kak Long bekerja untuk minggu ini. Esok tak kerja sebab nak hantar mak buat pemeriksaan doktor. Setiap 2 atau 3 bulan sekali, kak Long akan menghantar mak ke klinik. Dulu masa mak di kampung, klinik diseberang jalan saja, jadi mak jalan kaki. Pemeriksaan darah tinggi dah menjadi rutin buat mak sejak setahun selepas abah meninggal dunia 23 tahun yang lepas.

Sejak awal minggu ini, tidak banyak kerja "urgent" yang perlu diselesaikan. Perjalanan ke tempat kerja dan balik dari kerja berjalan lancar sebab Kak Long masuk kerja pukul 11 dan habis kerja pukul 8. Lalu lintas pada waktu pergi dan balik lancar tanpa kesesakan yang menyesakkan kewarasan diri ...ehehehe. Itu kelebihannya bekerja shift lewat iaitu perjalanan yang mudah. Apa yang tak "best"nya kerja lewat ini ialah apabila terpaksa meletak kereta di kawasan bukit dan agak jauh dari blok library ini. Masa naik okey la sebab naik dengan kereta. Bila nak balik...kenalah alihkan kereta ke tempat meletak kereta yang dekat dengan blok ofis sebelum pukul 8 sebab dah gelap.Mak aii..naik bukit tu rasa semput yang amat...ehehehhe..nampak sangat tak "fit". Exercise percuma turun bukit..naik bukit .. turun tangga..naik tangga...

Next week..shift pagi pulak..adeh..sesak oh! sesak nafas...tapi tanggungjawab ini perlu diteruskan ..

4 comments:

nuu_OL said...

heheh ye ye execise naik butkit turun bukit free...tapi..malas je nak wat..:))

Zura@Kak Long said...

ehehehh nurul....bijak-bijak adik akak !! terlalu la malas nyer nak naik bukit tu ...rasa putus nafas Ooo...ekekekk

Mersik said...

Alahaii baik sungguh hati zura jaga mak dan membawaknye jumpa doktor selalu..

Tersentuh hati tua pokcik nih..uhuks uhuks.. (Maklom la..hanya oang tua yg memahami hati oang tua. )

Semoga Tuhan sahajalah yg membalasnya..

Itu oang tua kat pondok buruk pun kena selalu diziarah2 gitu.. manalah tahu..kut2 tak sihat ke, terlebih2 sihat ke..hik hik

Zura@Kak Long said...

eheheh pokcik. mekasih ler puji2 tu. Tp kita bukan nak di puji...sbb itu dah jadi tnggungjawab. Pokcik tu ramai dah yg jaga...kita tk ziarah pun..ramai yg menanti kat depan pintu...ehehhe

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin