Kisah Kawad & Masuk Hutan

Photobucket - Video and Image HostingApabila terbaca kisah dan aktiviti budak-budak yang terpilih masuk ke program khidmat negara, Kak Long teringat akan kisah Kak Long semasa menyertai kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM), cawangan ITM.

Aktiviti ko-kurikulum yang Kak Long sertai semasa di ITM ialah PBSM. Semasa itu, pelajar part 1, wajib memilih antara Kesatria ataupun PBSM. Bila dah masuk part 2 atau part 3, baru boleh sertai persatuan lain. Semasa memula masuk PBSM, Kak Long menjadi ahli sahaja. Maklumlah budak baru. Di ITM Jalan Othman tak ramai yang menjadi ahli PBSM, jadi bila ada aktiviti di kampus Shah Alam, kami jadi tumpuan..eheheh.

Nak di jadikan cerita, alkisahnya, setelah masuk part 3, Kak Long dah jadi senior dalam PBSM di JO. Kak Long dan beberapa ahli dari kampus JO, di minta menghadiri Kursus Kepimpinan semasa cuti semester. Alahai..sudahlah kena berkawad, berkhemah dan sebagainya, kena pulak berkorban cuti semester selama 2 minggu untuk menyertai kursus tersebut.

Minggu pertama, aktiviti harian dipenuhi dengan latihan kawad. Selepas makan tengahari dan solat, berkumpul semula untuk latihan kawad. Pendek kata, sepanjang lebih kurang 5 hari, asyik kawad! Kawad!kawad!. Hari-hari terkejar-kejar takut tak sempat nak solat dan mandi, sampaikan tak ada selera nak makan. Penatnya jangan ceritalah. Selepas maghrib, diadakan pula aktiviti perbincangan berkaitan PBSM, rawatan kecemasan, kaunseling dan sebagainya.


Kepada mereka yang tahu kedudukan hostel di ITM Shah Alam itu, boleh bayangkan kak Long terkejar-kejar dari dorm di Hostel Cempaka, ke dewan makan di Hostel Kenanga. Berkawad dari perkarangan Hostel Cempaka sehinggalah ke hostel Delima dan kadang-kadang berkawad ke stadium ITM.
Dalam salah satu sessi latihan berkawad, kak long merasa jari kaki kak long sakit. Apabila dibuka boot dan stokin ketika berhenti rehat, Kak Long dapati kuku jari kelinking kaki kanan dan kiri tercabut. Alahai…kuku kaki pun ikut terkorban !

Aktiviti kawad tamat dengan acara bergambar diwaktu kawad malam. Ha! Ha! Ha! Kalau ada yang tengok gambar Kak Long semasa itu, mesti gelak habis sebab muka dah jadi merah kehitaman macam udang kena bakar! Sudahlah bergambar di waktu malam, nampak mata dengan gigi jer yang putih. Nasib baik pakai baju warna putih...ekekek kalau tidak tak nampak apa-apa dalam gambar. Masa itu tak perasan kulit muka dah hitam dek kerana berjemur dibawah sinaran matahari pagi, tengahari dan petang di padang kawad. Lagipun tak sempat nak tengok cermin . Keesokan harinya kami di kehendaki menyertai aktiviti berkhemah di hutan…hutan mana? Tunggu sambungannya….


Photobucket - Video and Image Hosting

Comments

Unknown said…
Baca blog ni ingat pulak time dulu-dulu. Kawad kaki, kawad usungan, kawad poncho (pkl 3 pagi), side roll, solo camp, latihan operasi bantuan bencana (LOBB) dll. Masa kena memang nak sumpah seranah je senior, tapi kini seronok pulak bila teringatkan apa yang dilakukan dulu dalam PBSMM DK ITM. Bila time aku pulak, entah berapa banyak pulak sumpah seranah junior kat aku.

Kanangan dan pengalaman tu nanti boleh le cerita kat anak cucu.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah