Thursday, December 23, 2004

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa maknanya impian datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menanti ku
Atau jelmaan titi kenangan
yang bernama pengalaman

Siapakah diantara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa oleh resah
Mimpi yang tak sudah

Saturday, December 11, 2004

Perpisahan

Perpisahan ini sementara
Dalam sedih tetap terpaksa

Perpisahan ini sementara
Dalam keliru tetap rela

Perpisahan ini sementara
Dalam hati tetap bersua

-Sri Diah

Wednesday, December 08, 2004

Rindu Datang Lagi

Di ketika ini,
Kerinduan bertandang lagi
Mengetuk pintu hati.
Rindu terus bertapak
Seakan tidak mahu pergi..

Kenapa rindu datang lagi?
Kenapa tidak mahu pergi dari hati ini?
Di kala sunyi dan di kala kesibukan melanda
Rindu tetap hadir walau cuba dihalang.

Apakah rindu akan hilang tidak lama lagi?
Apakah rindu akan terus bersemadi di lubuk hati ?
Andai masih tidak ditemui penghujung rindu...
Andai kepastian masih di dalam kesamaran ..
Rindu ini akan terus bertakhta..

Bertakhta lah engkau wahai rindu
Selagi nyawa dikandung badan
Rindu buatNya yang Esa tidak berpenghujung
Rindu yang satu ini..
Menuntut kesabaran
Menuntut kesetiaan
Menuntut keberanian

Namun apakah kesudahannya...
Adakah aku tahu?
Adakah dia tahu?
Jawapannya pasti tidak
Yang pasti ...
Keizinan dariNya yang Esa dan usaha
Yang menentukan.

Walau kesudahan amat pahit untuk ku telan
Akan ku gagahi juga
Aku telah berusaha
Namun apa dayaku..
Aku akan terus melangkah
pergi jauh membawa diri
Dengan izinMu .




Friday, December 03, 2004

Kerinduan


Kerinduan menapak teguh
Ditetangga kalbu
Menanti saat bila bertemu
Tiada ragu-ragu

Jika ditinggalkan sedih dan pilu
Dengan rindu terlepaslah rasanya rindu
Rindu mula berputik
Dihati kalbu

Rindu mengalir menempatkan rasa
Tidak bertemu gundah gulana
Rindu datang menempat diri

Rindu pergi membawa hati
Kesana kesitu kesini
Rindu kembali penyedap hati

Ibarat pungguk rindukan bulan
Bila suria menyinari alam
Pungguk bertanya
Dimanakah bulan yang semalam
Cahaya suria seperti berkata
Usah dikenang pada yang tiada
Ambillah daku sebagai pengganti
Mengubat rindumu sanubari
Cukuplah buat seketika

Rindulah hanya pada yang Ada
Dia yang hidup yang Maha Berkuasa
Yang sentiasa berada dimana jua

Bertapaklah rindu disanubari
Tidak terhitung nikmat diberi
Rindu terus menundukkan diri
Ingin bersama cinta sejati




Thursday, December 02, 2004

Sayang Dia...




"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Menjadi Nyata"


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin