Posts

Showing posts with the label Balik kampung

Kalutkah aku?

Hari ini terasa badan masih sengal2..letih mengemas rumah dan halaman rumah di kampung. Memandu pergi dan balik dalam masa tak sampai 36 jam agak memenatkan juga. Dalam perjalanan balik kampungpun masih tak lepas dari menerima berita isu kerja pengubahsuaian di pejabat dan membuatkan hati semakin geram dan bimbang. Rasanya otak ni memang tak cukup rehat..sampaikan bila tidurpun termimpi2 masalah2 yang dihadapi. Alahailaa weh Cik Zue..jangan kalut..jangan paniklah! Ada masa lagi untuk selesaikan masalah. Yer..saya kena kuatkan semangat dan usaha.

Dah sampai...

Image
Sesak... ...kampung. Saya dah ada di kampung dan saya rasa letih tapi mata ni tak mau pulak lelap. Perjalanan hari ni macam musim cuti raya. Byk betul kereta disepanjang jalan sehinggakan berlaku sedikit kesesakan di Kuala Selangor.Apapun alhamdulillah selamat sampai. Selamat berhujung minggu buat semua. Enjoy your weekend guys n gals. Take care. Indah pemandangan sepanjang perjalanan...sawah pagi menghijau di Sekinchan

Balik Kampung...

Image
Huhuhu hari ini balik ke kampung. Pertukaran rancangan di saat akhir, kak long balik sendirian hari ini...huwaaa . Mak dah balik dengan adik dan famili.Hari ini masih bekerja, jadinya selepas kerja baru Dah lama tak memandu sorang2 bila balik ke kampung...seriau jugak. Bila kena balik seorang ni, dah jadi macam sebelum kak long pindah ke rumah yang ada sekarang ini 7 tahun yang lepas. Masa di rumah sewa di kampung baru, KL, kak long memang akan balik memandu berseorangan. Harapnya jalan tak sesak ler hari ni dan kak long tak perlu mengekor lori atau treler yang menyebabkan kak long akan mengantuk ( pernah terjadi dulu, dah terlelap bila mengekor belakang lori tapi alhamdulillah selamat sampai). Kalau berkesempatan, singgahlah ke rumah di kampung ( akan berada di kampung sehingga 5 oktober). Kawan2 juga boleh singgah ke rumah kak long di Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Telefon dulu yer kalau nak datang..ehehe nanti tak ada orang pulak kat rumah. Doakan kak long selamat sampai ke kampung ...

Kes Nyaris Tertinggal Bas Masa Raya

Apabila tiba musim nak balik kampung untuk hari raya, kak long teringat satu kejadian yang tidak dapat kak long lupakan. Macam biasalah, sesiapa yang tak ada kenderaan sendiri tu mesti beli tiket bas nak balik ke kampung. kak long tak terkecuali. Pengangkutan awam yang setia bersama seiring sejalan ketika itu ialah bas. Biasanya sejak masuk ITM pada 1989, bila nak balik kampung naiklah bas ekspress ke Teluk Intan dari hentian Puduraya dan kak long akan berhenti di Simpang Empat dan selepas tu mengambil bas yang menghala ke Bagan Datoh. Bila sekarang ni tengok orang berebut-rebut nak beli tiket bas setiap kali musim raya tiba, kak long teringat kenangan manis bila senang dapat tiket balik naik ekpress dan pahitnya bila terpaksa beli tiket bas tambahan dan berebut2 serta berbaris panjang nak beli tiket. Ketika naik bas tambahan, merasalah naik bas yang tak ada nombor tempat duduk (siapa cepat dia dapat) dan tak ada air-cond. Masa tu kak long balik dgn kazen kak long Hana. Turun kat Tk In...

Cerita ceriti

Image
D engan mata yang dah terasa pedih sebab mengadap pc seharian, kak long update la sikit blog ni yer. Kut nanti terkubur pulak blog ni ..ihiks. Sudahlah tak ada siapa yang nak nangis (mungkin kak long jer la kut.eheheheh) kalau blog terkubur tanpa nesan...ye tak? Rehat kejap utk blogging..ihiks. Cerita 1 Hujung minggu lepas balik kampung. Berdua jer la ..mak dgn kak long. Hajatnya nak meminta pakcik di kg tukar atap zink rumah kampung. Dah banyak yang bocor. Maklumlah sejak arwah abah bina rumah tu dan setelah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga kira-kira 25 tahun yang lalu, belum lagi bertukar zink tu. Tak ada rezeki nak tukar sebab Pakcik tak sihat, tak tahulah macam mana..tertangguhlah hajat tu buat sementara waktu. Kak long , mak , kak Ina dan Iqa sempat makan mee rebus dan ABC yang menjadi favorite sejak kecik lagi di Pekan Bagan Datoh petang tu...Ihiks...sedapppp. Gambo mee rebus dengan ABC korang bayangkan jer laa ek ..ihiks. Cerita 2 Mak dengan abah Iqa merenung bas yang m...

Suatu masa -bahagian 7

Image
Hari Raya semakin hampir dan pastinya umat islam telah mula menyediakan persiapan utk menyambut syawal. Kuih dibuat, rumah di kemas, baju baru dibeli. Kak Long telah memulakan persiapan seperti membeli baju 2-3 bulan sebelum tibanya ramadhan. Semua persiapan kak long dan mak kak long yang sediakan sama ada utk rumah kak long di kesuma dan juga rumah pusaka di kampung. Oleh kerana setiap raya kami akan beraya di kampung, maka persiapan utk rumah kg juga harus dibuat. Minggu lepas kak long dengan mak dah balik kg , mengemas, mengemop dan meracun rumput di sekeliling rumah. Hari Rabu nanti bila kami balik ke kampung, cuma perlu masak dan memasang langsir. Lagipun adik dan adik ipar serta anak-anak , Nasyirat Nu'man, Nasrul Nabil, Nurdini dan Nu'aim akan beraya di kampung sebelum mereka beraya di Klang ( rumah mertua adik). Ketika ini, kak long teringat kembali di saat-saat manis ketika Abah kak long masih ada. Seperti juga di bulan Ramadhan, beberapa hari sebelum Hari Raya Abah t...

Suatu Masa - Bahagian 2

Image
Ketika Adik kak long di lahirkan, kak long berusia 4 tahun lebih. Kak Long ingat lagi baju mengandung mak yang berwarna pink dan kuning dgn bunga2 sulam kecil berwarna warni yang cantik. Baju tersebut masih ada di dalam simpanan di rumah kami di kampung kalau tidak silap kak long. Pada hari adik di lahirkan, di TV telah disiarkan filem Mat Bond lakonan Mat Zain. Ehehehe Adik kak long pernah di panggil " mat bond" oleh seorang pakcik kak long kerana dilahirkan ketika filem tersebut sedang ditayangkan di TV hitam putih yang Abah bawa ke kampung (rumah mbah) . Bila kak long ingat2 semula, semasa adik kak long dilahirkan macam ada kenduri sebab ramai ahli keluarga berkumpul di rumah Mbah. Kami yang kecik2 ni sibuk tengok TV jer laa..bukan tahu apapun..eheheheh. Masa tu dah ada TV dah ....yeayy...ahaks. Siap bergaduh cubit -cubitan lagi dengan sepupu kak long yang lebih kurang sebaya. Sepupu kak long tu dah meninggal dunia akibat barah rahim beberapa tahun yang lepas. Kini, dia ha...

Cerita balik kampung

Image
Atas permintaan seorang rakan, kak long cuba jugak la cerita sikit2 pasal balik kampung ahad lepas sampai hari selasa. Sebenarnya tak ada apa yang menarik berlaku di sepanjang perjalanan kami sekeluarga ke kampung di Bagan Datoh . Kami sampai di rumah sepupu kak long pada jam 11.30 malam. Kak Ina tak ada di rumah kerana mengambil Iqa di Bandar Teluk Intan. Iqa balik bercuti dari Butterworth bas pukul 7 malam. Dalam perjalanan kak long ada hantar msg ke shoutbox ...dan hari Isnin lepas ada hantar entri tajuk Aduh ...eheh sila baca entri tersebut di bawah...pasal kes kak long kena gigit semut dengan terseliuh tu. Seronok sebenarnya bila travel balik kg dengan anak2 sedara di dalam kereta penuh dengan gelak tawa dan bising giler layan kerenah depa masa balik ke Kesuma Lakes. Masa pergi tak bising sebab depa semua tido...ehehehh kak long pun teringin nak tidor ..tapi tak pulak terlelap.heran betul...ahaks ..biasanya kalau org lain memandu, mesti tertidor. Perjalanan ke kampung tak ada yg m...