Tuesday, September 04, 2007

Suatu Masa - Bahagian 2


Ketika Adik kak long di lahirkan, kak long berusia 4 tahun lebih. Kak Long ingat lagi baju mengandung mak yang berwarna pink dan kuning dgn bunga2 sulam kecil berwarna warni yang cantik. Baju tersebut masih ada di dalam simpanan di rumah kami di kampung kalau tidak silap kak long.

Pada hari adik di lahirkan, di TV telah disiarkan filem Mat Bond lakonan Mat Zain. Ehehehe Adik kak long pernah di panggil " mat bond" oleh seorang pakcik kak long kerana dilahirkan ketika filem tersebut sedang ditayangkan di TV hitam putih yang Abah bawa ke kampung (rumah mbah) . Bila kak long ingat2 semula, semasa adik kak long dilahirkan macam ada kenduri sebab ramai ahli keluarga berkumpul di rumah Mbah. Kami yang kecik2 ni sibuk tengok TV jer laa..bukan tahu apapun..eheheheh. Masa tu dah ada TV dah ....yeayy...ahaks. Siap bergaduh cubit -cubitan lagi dengan sepupu kak long yang lebih kurang sebaya. Sepupu kak long tu dah meninggal dunia akibat barah rahim beberapa tahun yang lepas.

Kini, dia hanya memanggil adik kak long sebagai Adik. Kami semua memang tidak memanggil nama dia tetapi panggilan kekal sebagai adik dan kak long pula Akak ataupun Ju. Semasa adik dilahirkan kak long tak mengerti apa-apa hanya sibuk bermain bersama sepupu-sepupu kak long di halaman rumah nenek kak long yang kami panggil mbah. Mbah dalam bahasa Jawa ialah nenek. Mak ketika itu bersalin di rumah nenek dengan berbidankan seorang bidan kampung. Pada zaman 60an dan awal 70an, masyarakat kampung masih menggunakan khidmat bidan kampung ketika bersalin.

Dalam tempoh mak berpantang selepas bersalin, kak long tinggal dengan mak di rumah Mbah. Abah pula berulang alik ke tempat kerja dari kampung. Mujurlah tempat kerja tidak jauh dari kampung , cuma kira-kira 5 batu.
Pernah satu malam, di tahun 1973, bilik tidur di penuhi asap. Rupa-rupanya ubat nyamuk yang dipasang utk menhindarkan gigitan nyamuk telah membakar dengan perlahan tilam kekabu. Kalau kekabu dibakar, ia tidak akan menyala tetapi terbakar dengan senyap..merayap di sekeliling tilam kecil adik kak long yang ketika itu berumur baru beberapa bulan. Kak Long ingat-ingat lupa peristiwa ini kerana baru berumur 4 tahun lebih ketika itu tetapi baru-baru ini mak ada bercerita kisah ini kepada kak long.

Pada ketika itu juga , air bah sedang melanda kawasan perumahan itu. Air memenuhi seluruh kawasan diluar rumah tetapi tidak sampai masuk ke dalam rumah. Keesokan harinya Abah menghanyutkan tilam yang telah 99 peratus terbakar di malam sebelum.
Bercerita tentang kisah banjir, bukan sahaja tilam terbakar yang dihanyutkan, tetapi botol susu kak long pun Abah hanyutkan ...ekekeke sampai hati arr nak bagi kita berhenti hisap susu, botol susu jadi mangsa...uwaaaa ..ahaks.

Satu lagi peristiwa yang tidak dapat kak long lupakan ialah bila mana kak long menangis ketakutan di dalam rumah apabila ada seorang lelaki yang kurang siuman duduk di hadapan pintu rumah kak long. Ketika itu mak menyidai kain di halaman rumah. Mak pun dah ikut sama menangis sebab mak pun sebenarnya takut dengan org gila tu...huaaa tragis ek ...aduhai..panik betul masa tu ..bukan kak long saja yg panik, mak pun kak long rasa lebih panik sebab pintu rumah memang tidak berkunci semasa mak keluar tetapi daun pintu terkatup. Nak masuk pintu belakang, malang pulak berkunci. Mak kak long jerit mintak kak long buka pintu belakang tapi budak kecik ni mana lah reti ...dah takut sangat, berdiri tak bergerak tepi buaian adik di dalam bilik....eheheheh adehhh.

Akhirnya lelaki kurang siuman itu berjalan ke arah lain dan mak dengan sepantas kilat menyerbu masuk dan memeluk kami....adehh saat2 mencemaskan jugak yer tak?? maklumlah kalau dibuatnya org tu larikan kami, tidaklah dapat kawan-kawan semua membaca cerita ini ...ahaks !!

Sekian buat kali ini. Bila ada kesempatan kak long akan ceritakan pula kisah tengok wayang pacak ,berpuasa dan berhari raya di tahun 70an dan 80an. Tunggu...


8 comments:

sitilina said...

wah sgt dalam ingatan kak long kat peristiwa zaman kecik2 yer. mesti seronok kan bole mengalami peristiwa macam2 dari zaman yg tertulis dalam buku sejarah (13may) sampai la ke zaman moden ni :D

Zura@Kak Long said...

sitilina-->alhamdulillah memori dibantu dengan apa juga yang diceritkan oleh mak kepada kak long. Banyak memori yang boleh diceritakan apabila melihat album gambar lama2..ehehe

Anonymous said...

Hehehehe betul2 nostalgik .Sy lahir lbh krg dgn k long tp mgkn lambat sikit kut . Zmn kanak2, sy le heroin kat kg . Dr mandi sg , panjat pokok , masuk hutan kuar hutan semuanya sy buat . Bergaduh dgn bdk lelaki smpi bertumbuk2 pun pernah . Kena libas dgn t/pinggang @ rotan smpi berbirat2 tu dah biasa . Alahai.... nakal sggh waktu tu . Kesian dgn mak n ayah . Tentu seksa nak menjg sy . Kat sekolah jgn cakap le , selalu kena denda dgn cikgu sbb nakal . Tp nakal2 sy , sllu jd ant top 3 student kat sekolah . Kihkihkih cikgu dah tak terkata2 . Nasib baik le dah beso ni jd org , klu tak ontah ler . (*kata2 mak ni)

~ Ila ~

Zura@Kak Long said...

Ila ---> ehehhe bab kenakalan kak long belum diceritakan tu..err...kak long tk nakal arr ..eheheh

arsaili said...

kak long ni..org suh buka pintu dia pergi jenguk adik kat buai plak..ekekeke...

Zura@Kak Long said...

arsaili-->huhuhu budak kecik lagi arr masa tu ...ekekek takutnya lebih daripada berani!!ahahah skrg ni pun takut2 gak ...ekekeke

Noushy Syah said...

hehhehe...I'm trying to focus what have been said in the entry..coz the scenario and atmosphere said terlalu asing bagi shaye...

NIce Kak LOng...bole buat novel ni!!

Zura@Kak Long said...

noushy--> kak long terasa tk best arr sebab noushy tak leh nak faham...kak long tahu cara kak long menulis main belasah jer tu buat citer cam kelam kabut kan?? uhukss ..

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin