Suatu Masa - Bahagian 2
Ketika Adik kak long di lahirkan, kak long berusia 4 tahun lebih. Kak Long ingat lagi baju mengandung mak yang berwarna pink dan kuning dgn bunga2 sulam kecil berwarna warni yang cantik. Baju tersebut masih ada di dalam simpanan di rumah kami di kampung kalau tidak silap kak long.
Kini, dia hanya memanggil adik kak long sebagai Adik. Kami semua memang tidak memanggil nama dia tetapi panggilan kekal sebagai adik dan kak long pula Akak ataupun Ju. Semasa adik dilahirkan kak long tak mengerti apa-apa hanya sibuk bermain bersama sepupu-sepupu kak long di halaman rumah nenek kak long yang kami panggil mbah. Mbah dalam bahasa Jawa ialah nenek. Mak ketika itu bersalin di rumah nenek dengan berbidankan seorang bidan kampung. Pada zaman 60an dan awal 70an, masyarakat kampung masih menggunakan khidmat bidan kampung ketika bersalin.
Satu lagi peristiwa yang tidak dapat kak long lupakan ialah bila mana kak long menangis ketakutan di dalam rumah apabila ada seorang lelaki yang kurang siuman duduk di hadapan pintu rumah kak long. Ketika itu mak menyidai kain di halaman rumah. Mak pun dah ikut sama menangis sebab mak pun sebenarnya takut dengan org gila tu...huaaa tragis ek ...aduhai..panik betul masa tu ..bukan kak long saja yg panik, mak pun kak long rasa lebih panik sebab pintu rumah memang tidak berkunci semasa mak keluar tetapi daun pintu terkatup. Nak masuk pintu belakang, malang pulak berkunci. Mak kak long jerit mintak kak long buka pintu belakang tapi budak kecik ni mana lah reti ...dah takut sangat, berdiri tak bergerak tepi buaian adik di dalam bilik....eheheheh adehhh.
Akhirnya lelaki kurang siuman itu berjalan ke arah lain dan mak dengan sepantas kilat menyerbu masuk dan memeluk kami....adehh saat2 mencemaskan jugak yer tak?? maklumlah kalau dibuatnya org tu larikan kami, tidaklah dapat kawan-kawan semua membaca cerita ini ...ahaks !!
Sekian buat kali ini. Bila ada kesempatan kak long akan ceritakan pula kisah tengok wayang pacak ,berpuasa dan berhari raya di tahun 70an dan 80an. Tunggu...
Pada hari adik di lahirkan, di TV telah disiarkan filem Mat Bond lakonan Mat Zain. Ehehehe Adik kak long pernah di panggil " mat bond" oleh seorang pakcik kak long kerana dilahirkan ketika filem tersebut sedang ditayangkan di TV hitam putih yang Abah bawa ke kampung (rumah mbah) . Bila kak long ingat2 semula, semasa adik kak long dilahirkan macam ada kenduri sebab ramai ahli keluarga berkumpul di rumah Mbah. Kami yang kecik2 ni sibuk tengok TV jer laa..bukan tahu apapun..eheheheh. Masa tu dah ada TV dah ....yeayy...ahaks. Siap bergaduh cubit -cubitan lagi dengan sepupu kak long yang lebih kurang sebaya. Sepupu kak long tu dah meninggal dunia akibat barah rahim beberapa tahun yang lepas.
Kini, dia hanya memanggil adik kak long sebagai Adik. Kami semua memang tidak memanggil nama dia tetapi panggilan kekal sebagai adik dan kak long pula Akak ataupun Ju. Semasa adik dilahirkan kak long tak mengerti apa-apa hanya sibuk bermain bersama sepupu-sepupu kak long di halaman rumah nenek kak long yang kami panggil mbah. Mbah dalam bahasa Jawa ialah nenek. Mak ketika itu bersalin di rumah nenek dengan berbidankan seorang bidan kampung. Pada zaman 60an dan awal 70an, masyarakat kampung masih menggunakan khidmat bidan kampung ketika bersalin.
Dalam tempoh mak berpantang selepas bersalin, kak long tinggal dengan mak di rumah Mbah. Abah pula berulang alik ke tempat kerja dari kampung. Mujurlah tempat kerja tidak jauh dari kampung , cuma kira-kira 5 batu.
Pernah satu malam, di tahun 1973, bilik tidur di penuhi asap. Rupa-rupanya ubat nyamuk yang dipasang utk menhindarkan gigitan nyamuk telah membakar dengan perlahan tilam kekabu. Kalau kekabu dibakar, ia tidak akan menyala tetapi terbakar dengan senyap..merayap di sekeliling tilam kecil adik kak long yang ketika itu berumur baru beberapa bulan. Kak Long ingat-ingat lupa peristiwa ini kerana baru berumur 4 tahun lebih ketika itu tetapi baru-baru ini mak ada bercerita kisah ini kepada kak long.
Pada ketika itu juga , air bah sedang melanda kawasan perumahan itu. Air memenuhi seluruh kawasan diluar rumah tetapi tidak sampai masuk ke dalam rumah. Keesokan harinya Abah menghanyutkan tilam yang telah 99 peratus terbakar di malam sebelum.
Bercerita tentang kisah banjir, bukan sahaja tilam terbakar yang dihanyutkan, tetapi botol susu kak long pun Abah hanyutkan ...ekekeke sampai hati arr nak bagi kita berhenti hisap susu, botol susu jadi mangsa...uwaaaa ..ahaks.
Satu lagi peristiwa yang tidak dapat kak long lupakan ialah bila mana kak long menangis ketakutan di dalam rumah apabila ada seorang lelaki yang kurang siuman duduk di hadapan pintu rumah kak long. Ketika itu mak menyidai kain di halaman rumah. Mak pun dah ikut sama menangis sebab mak pun sebenarnya takut dengan org gila tu...huaaa tragis ek ...aduhai..panik betul masa tu ..bukan kak long saja yg panik, mak pun kak long rasa lebih panik sebab pintu rumah memang tidak berkunci semasa mak keluar tetapi daun pintu terkatup. Nak masuk pintu belakang, malang pulak berkunci. Mak kak long jerit mintak kak long buka pintu belakang tapi budak kecik ni mana lah reti ...dah takut sangat, berdiri tak bergerak tepi buaian adik di dalam bilik....eheheheh adehhh.
Akhirnya lelaki kurang siuman itu berjalan ke arah lain dan mak dengan sepantas kilat menyerbu masuk dan memeluk kami....adehh saat2 mencemaskan jugak yer tak?? maklumlah kalau dibuatnya org tu larikan kami, tidaklah dapat kawan-kawan semua membaca cerita ini ...ahaks !!
Sekian buat kali ini. Bila ada kesempatan kak long akan ceritakan pula kisah tengok wayang pacak ,berpuasa dan berhari raya di tahun 70an dan 80an. Tunggu...
Comments
~ Ila ~
NIce Kak LOng...bole buat novel ni!!