Thursday, December 28, 2006

Tahniah buat NorSyafiqa Nordin!!!

Sekalung tahniah buat Ieqa kerana telah berjaya di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pagi tadi semasa Kak Long di dalam kereta sedang memandu, ada panggilan yang tidak ada "ID", rasa malas nak jawab tapi bila dapat panggilan ke 2, Kak Long jawab jugalah. Wahhh...terdengar suara Ieqa " Mak Long, Ieqa dapat 8A". Gembira sungguh dan terdengar suara rakan-rakan sekelasnya yang riuh rendah. Semasa Kak Long menelefon semula setelah kak Long sampai ke pejabat, iqa dan rakan-rakannyer nak "celebrate"...ehehehhe.Alhamdulillah...tak sia-sia pergi tuisyen dan tak semestinya tak tinggal di asrama, kita tidak boleh berjaya.
You Go Girl!!! selepas ini SPM pulak ...Ieqa Boleh!!!

CONGRATULATIONS ON YOUR SUCCESS !!!

Imbasan 2006 -bhg 2

Hari ini merupakan hari terakhir Kak Long bekerja untuk tahun 2006. Esok Kak Long akan mula bercuti dan akan masuk semula bekerja, InsyaAllah pada 3 Januari 2006.

Secara keseluruhannya, Kak Long bersyukur kerana Kak Long berjaya mengharungi suka dan duka di tahun 2006 ini. Alhamdulillah, walaupun tidak bertemu dengan "Mr. Right" namun dengan adanya kaum keluarga dan sahabat handai yang sentiasa menyokong dan memberikan panduan, maka Kak Long masih berdiri dan berlari.

Walaupun pada pertengahan tahun, Kak Long merasa amat tertekan dengan kerja, tetapi alhamdulillah dengan adanya perubahan di pihak atasan, Kak Long tidak merasa tertekan sangat.

Segala kejadian dan peristiwa yang telah berlaku adalah sejarah yang patut dijadikan tauladan dan sempadan supaya hidup kita akan lebih berjaya di hari-hari yang mendatang. Selamat tinggal 2006....


Tuesday, December 26, 2006

Imbasan 2006 - bhg.1

Sebenarnya , Kak Long tidak tahu apakah cerita yang patut Kak Long luahkan di sini. Kalau ikutkan tajuk entri, maka sepatutnya cerita-cerita yang berlaku kepada diri kak long di tahun 2006 yang kian hampir ke penghujungnya.

Rasa-rasanya Kak Long kena membuka semula entri dari awal tahun nampaknya kerana ketika dan saat Kak Long mengadap komputer ini, terasa semua cerita dah bercampur aduk seperti rojak..manis, masin, masam, pahit semua ada. Kak Long perlu "sort out " cerita 2006. Hendak di katakan tidak banyak, rasanya banyak cerita . Hendak di katakan banyak, tidak pasti pula. Aduh..kenapa jadi macam ini ya...mungkin kerana awal tahun banyak cerita duka dari suka!!

Friday, December 15, 2006

Bagai Melukut Di Tepi Gantang


Dulu dia...
dijeling
dirayu
dimanja
sayang sungguh..
Kini dia..
ditolak
ditepis
masih tersenyum
walau sendirian..
Esok dia...
masih di sini
tetap menanti
terus berharap
walau diri dianggap
melukut di tepi gantang..

Tuesday, December 12, 2006

Macam-macam ada...

.:Sepetang di Muzium Negeri:.

Ahad lepas, 10 Disember 2006, Kak Long membawa Ieqa, anak saudara kak long dari kampung yang datang bercuti di rumah Kak Long melawat Muzium Negeri dan Taman Budaya Negeri Sembilan. Walaupun dah selalu berkunjung ke Seremban,tak berkesempatan nak singgah. Setelah sekian lama sejak zaman Kak Long praktikal di Perpustakaan Awam N. Sembilan kira-kira 16 tahun yang lepas, baru kali ini Kak Long menjejakkan kaki lagi ke muzium Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat perpatih minangkabau ...huhuhu. Perati bumbung muzium yang berbentuk tanduk kerbau "kabau" yang terkenal.

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Cuaca mendung ketika kami sampai

Photobucket - Video and Image Hosting

tangga muzium dan sebahagian Istana lama NS

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Di hadapan Istana Ampang Tinggi Mak dengan Nabil

.:Mari Berkelah:.
Sabtu lepas Kak Long bawa anak-anak saudara berkelah di Hutan Rekreasi Sungai Tekala.
Photobucket - Video and Image Hosting
Perjalanan yang tenang ...
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
tengok apa tu?? Nabil dengan pelampung yg ditiup dlm kereta..
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
sukanyer dia...huhuhu Nasyirat Nu'man dah kesejukan..ehehe
*Gambar-gambar semasa mandi manda di sungai sila lihat "slide shows "di ruangan tepi kiri*.

.:Gambar-gambar kenangan di Aidil fitri 2006:.
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Gambar famili yang tak cukup korum...huhuhu

Kepada kawan-kawan yang ingin melihat gambar-gambar kenangan keluarga kak long semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lepas sila klik
http://photos.yahoo.com/zura_ms2000
Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, December 04, 2006

Cuti-cuti Malaysia

Minggu lepas Kak Long cuti dari 28 Nov-3 Dec. Maaflah kalau ada kawan-kawan yang tertanya-tanya ke mana Kak Long menghilangkan diri . Ihiks!! itupun kalau ada yg perasan akan "kehilangan" Kak Long dari dunia blog. Kak Long bercadang nak "update" blog di rumah tapi malang pula bila ada masalah teknikal yang timbul disaat ingin meng"online" kan diri ..ihiks ..nasib laa

Alaa..bukan cuti-cuti malaysia pun...cuti-cuti lembah Klang jer, eheheh pasalnyer kak long bercuti dan berehat di rumah saja.Bila dah di rumah, jadi suri rumah sepenuh masa, masak, mengemas,tengok tv, petang-petang main badminton dgn anak buah kat depan rumah...eheheh. Ada jugalah kami keluar jalan-jalan sekitar lembah klang ini. Oleh kerana tak banyak cuti yang boleh di "carry forward" maka, Kak Long ambil kesempatan untuk bercuti sementara "students" kat kampus ramai yang bercuti semester. Kawan-kawan di library kiranya boleh "kao tim" laa kerja-kerja yang ada...eheheh.

Pada pendapat Kak Long, walau ke mana pun arah tuju percutian kita, kalau kita bersama-sama keluarga yang tercinta, maka percutian itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Walaupun kita hanya mampu berkelah di Sungai Gabai atau pun Tekali di Selangor ini, memadai jika dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga kita.

Okey la , kak long nak sambung kerja semula. December ini bulan yang sibuk jugak. Kak Long post sebahagian gambar yang kak long sempat @ teringat nak ambil semasa kak long jalan-jalan untuk tatapan semua. Kalau tak nak tengok pun tak menjadi masalah...eheheh



Photobucket - Video and Image Hosting
Ieqa dgn Nabil
Perhatikan muka Nasrul Nabil yang masam mencuka sbb mak long dgn opah tak nak belikan mainan...eheheh.
Photobucket - Video and Image Hosting
Kak long dgn Nabil
Photobucket - Video and Image Hosting
Nabil menghabiskan ABC yg kak long order.

Friday, November 24, 2006

Mentari bersinar kembali...


Berita yang diterima beberapa minggu yang lepas adalah satu berita gembira yang tidak disangka-sangka. Berita apa? rombongan merisik ke? eheheh ..bukanlah. Namun berita ini rasanya menceriakan hati Kak Long yang sebelum ini, mula terasa bosan dan macam-macam rasa lagi yang terbuku di hati.

Berita yang di sampaikan oleh salah seorang bos di kampus sebenarnya amat di sambut baik oleh kakitangan di jabatan ini terutamanya kak long. Walau berita ini tak "official" tapi rasanya akan menjadi kenyataan.

Jabatan yang kak long terajui akan mendapat seorang Vice President yang lebih mudah di dekati, yang disenangi oleh ramai dan "cool". Walaupun sebelum ini dia bukan bos kak long tapi bila sesekali berbual ketika meeting , dia amat mesra dan kelihatannya amat mudah memahami.

Mungkin ada dikalangan kawan-kawan yang terbaca salah satu entri di blog ini, di mana Kak Long meluahkan rasa kesal, sakit hati, geram dan macam-macam lagi kerana merasa amat tertekan dengan kejadian-kejadian yang berlaku dan gara-gara bos yang tahu menyalahkan orang saja.

Mudah-mudahan dengan kedatangan bos baru ini, mentari 2007 akan lebih bersinar terang dan ketika ini juga, sinar-sinar itu telah mula menampakkan diri di sebalik awan di dada langit...InsyaAllah.


Image hosting

Thursday, November 23, 2006

Tertinggal...

Saja nak kongsi cerita lawak ini dengan semua...

Satu ketika dulu sebuah kerajaan di timur tengah telah merangka untuk
membuat satu projek yang menyerupa NASA, meneroka ilmu di bidang angkasa lepas. Selepas berjaya mencipta kapal angkasa sendiri, mereka merancang untuk menghantar tiga orang angkasawan di bidang tertentu selama 4 tahun untuk membuat kajian di angkasa lepas. Bidang yang di pilih adalah bidang bayi tabung uji, ilmu cakerawala dan ilmu kesihatan yang membabitkan rokok.


Maka dipilihlah tiga orang yang paling berkalibar untuk memikul tanggung jawap tersebut. Pertama seorang doktor perempuan yang memang terkenal pakar dalam bidang percantuman bayi tabung uji. Dia berjanji walau pun dia seorang diri mengkaji bidang tersebut, sekembalinya nanti selepas 4 tahun, dia akan membawa pulang sekurang kurangnya sepuluh bayi sihat ke bumi.

Kedua, seorang Prof. Didalam bidang cakerawala, dia berjanji, selepas
empat tahun nanti, dia akan memberi penyelesaian bagaimana manusia boleh hidup di planet lain.

Ketiga, seorang penggila rokok, dia dipilih kerana terlalu kuat ketagih menhhisap rokok, dia hisap empat kotak 20 batang rokok sehari. Dia berjanji sekembalinya nanti selepas empat tahun, dia a kan menghasilkan satu rokok yang akan memberi kepuasan kepada semua penghisap rokok.

Maka sampailah hari yang dinantikan, hari pelancaran dan penghantaran
mereka bertiga keangkasa lepas. Maka beribu-ribu orang menghadiri
upacara penghantaran tersebut di tapak pelancaran kapal angkasa itu.

Doktor perempuan tadi pergi sambil membawa beratus ratus tabung uji
untuk dibuat penyelidikan di angkasa. Si Prof pula membawa beratus-ratus buku dan peralatan untuk tujuan penyelidikannya, manakala si penggila rokok membawa 24 almari yang penuh dengan rokok yang mengandungi 30 jenama rokok berlainan jenis yang terdapat diserata dunia, kesemuanya ditaja oleh syarikat-syarikat rokok dunia. Sangat seronok dia, maklumlah rokok free, sapa tak mahu oi. Mereka pun disorakkan bagai raja semasa pemergiannya.

Selang beberapa jam ruang angkasa dipenuhi asap tebal dan bunyi bising tanda pemergian mereka membawa misi besar negara mereka dan rakyat untuk masa depan.

Masa berlalu, orang ramai semakin hari semakin lupa tentang mereka dan akhirnya sampailah masa yang berlalu selama empat tahun. Negara
dikejutkan dengan kepulangan mereka pada tarikh tertentu. Maka berduyun-duyunlah manusia berkumpul menantikan kepulangan mereka sebagai wira negara. TV1 hinggalah TV30 berkumpul untuk menemuramah mereka. Tiba-tiba angkasa lepas bergema, kelihatan dari jauh sebuah kapal angkasa menghampiri bumi, sedikit demi sedikit kapal itu kelihatan membesar, menandakan ia semakin hampir.

Apabila ia mendarat semakin riuh orang ramai bertepuk tangan. Bila kapal itu berhenti, semakin tidak sabar melihat wajah hero mereka.

Pintu kapal terbuka, doktor perempuan turun mendahului yang lain,
terbeliak semua mata yang ada, dia turun bersama 10 kanak-kanak yang kelihatan begitu gembira. Bila kakinya menjejaki lantai lapangan terbang tersebut,wartawan menyerbunya dan bertalu-talu soalan diajukan. Dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut. Kedua, muncul Prof. Cakerawala, dia juga diserbu dan diajukan beribu soalan oleh wartawan, tapi dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut.

Selepas selesai keduanya, semua wartawan dan orang ramai, terutamanya penghisap rokok, tertumpu pada orang ketiga, si Penggila Rokok. Tunggu punya tunggu akhirnya keluarlah Penggila
Rokok tersebut, maka bergemuruhlah orang ramai bertepuk, wartawan tanpa berlengah lagi menyerbu ketangga kapal angkasa untuk menemurahnya. Tetapi sesuatu yang agak pelik telah berlaku, si Penggila Rokok bergegas turun, tanpa menghiraukan wartawan yang menyerbunya, dia menolak mereka ke tepi, dengan wajah yang sangat marah, dia bukannya menuruni tangga pesawat tersebut, tapi terjun kebawah sambil menjerit "


Pinjamkan aku lighterrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Aku terlupa bawak lighter, aku nak hisap rokok, empat tahun aku tak hisap rokoooooooooook
Bodooooooooooh!!!!!!"? ?? ? ? ? ..

moral of the story: Always prepare a check list ...ehehehe.

Thursday, November 16, 2006

Muhammad Nu'aim

Maaf yer semua ... kak long tak ada idea dan byk masa nak post entri baru kat sini...ni just nak update kat semua nama anak saudara kak long yg terbaru ialah Muhammad Nu'aim ...ni gambar terbaru yang sempat kak long ambil kelmarin..dah berubah muka dia...makin gebu pp dia cam mak long dia kan?? ehehehe...


Photobucket - Video and Image Hosting




Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, November 10, 2006

Pergi Tak Kembali

Khamis 9 November 2006, kira-kira pukul 7.45 pagi, Kak Long menerima satu berita sedih. Mak Cik Kak Long yang biasa kami panggil makcik munah telah pulang ke rahmatullah. Belum sempat kak long dan keluarga menziarahi makcik sejak di masukkan ke Hospital Besar Ipoh, 4 hari yang lepas, makcik telah pergi tak kembali lagi. Masih terbayang-bayang senyuman dan raut wajahnya apabila berkata-kata.

Mujur sempat Kak Long dan keluarga sampai ke rumah makcik di Batu Gajah sebelum makcik yang telah siap di kapankan ketika itu di bawa ke surau berdekatan untuk disembahyangkan dan seterusnya di kebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Ketika berita di terima kak long telah berada di pejabat, jadi kak long tinggalkan kereta di kampus dan pergi ke Batu Gajah menaiki kereta adik. Malam tadi kira-kira pukul 8 malam, kak long tiba semula ke KL dan sampai dirumah pada pukul 9 malam.

Takziah utk semua ahli keluarga Makcik Munah dan utk sepupu2 kak long, Norman, Nurul, Bakhtiar dan Badrul , semoga kalian terus tabah dan doa kita semua utk ibu kalian yang tercinta semoga Allah mencucuri Rahmatnya ke atas rohnya. Amin.

Monday, October 30, 2006

Raya oh Raya

Malam raya pertama, adik dgn anak2 main mercun dengan bunga api.Ihiks ....abah depa pun nak lepas gian main mercun cam kami main dgn arwah dulu

Photobucket - Video and Image Hosting

nampak tak lampu kat belakang tu ...ehehe itula lampu panjut yg kak long pacak dgn bantuan Ieqa dan mak tp tk ada org teringat nak ambik gambo masa tu ..ahaks

Photobucket - Video and Image Hosting
sorry ler..gambo dgn henpon maner nak terang sgt...ehehehe
Photobucket - Video and Image Hosting
Hujan lebat turun mencurah2 dari petang sehingga malam raya pertama. Akibatnya sebelum tgh malam tu air naik di sekeliling rumah. Gambo ni kak long ambik pada hari raya ke 2.
Photobucket - Video and Image Hosting
Yang bawah ni pulak gambo rumah semasa kak long dah ready dlm kereta nak balik ke semenyih. Air di sekeliling ruma hdah surut tapi air di parit masih penuh.
Photobucket - Video and Image Hosting

Baby baru di pagi Syawal ke 6, 2006

29 October 2006 @ 10.50am ,Kak Long menerima berita yang adik ipar kak long telah selamat melahirkan baby boy. Kak Long sempat singgah di Hospital bersalin Razif di Taman Seri Andalas Klang.Gambar2 berikut sempat kak long ambil menggunakan henpon . Sorry la kalau tak terang. Ada lagi gambar lain tapi ada masalah pulak nak upload. Apa-apapun nanti kalau ada gambar2 lain dan baby pun dah ada nama, kak long post lagi kat sini. Eeeeiii...geram arr tengok baby ni..


Photobucket - Video and Image Hosting

comei sungguh cam abg2 dengan kakak dia..

Photobucket - Video and Image Hosting
cutenyer..

Photobucket - Video and Image Hosting

nyenyak sungguh dia tidur..

Photobucket - Video and Image Hosting

mak dgn cucu ke 4

Photobucket - Video and Image Hosting

Nasyirat nak pegang adik baru kononnya..eheheh

Monday, October 16, 2006

Salam Lebaran Dari Ku untuk Mu...

Sahabat-sahabatku sekalian disempena bulan al-mubarak ini dan tak lama lagi bakal menyambut hari yang mulia, hamba menyusun jari tanda kemaafan dipinta sekiranya ada salah dah silap ketika kita sama-sama bergurau,berjenaka. Kepada mereka yang akan balik ke kampung semoga kita akan berhati-hati di jalanraya dan selamat sampai ke kampung dan selamat kembali semula ke tempat kita bermastautin mencari rezeki.

Adat jauh kata mengata,
Adat dekat puji memuji,
Andai ada tersilap kata,
Ampun dipinta menyusun jari.

Salam jauh dan dekat,
MAAF ZAHIR & BATIN.

Tuesday, October 10, 2006

Bunga Api...


Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting



Dulu masa Kak Long dengan adik masih kecil, arwah abah selalu belikan bunga api. Bukan mercun tau...eheheh kak long takut dgn mercun. Dulu-dulu bunga api belum lagi diharamkan penggunaannya. Baru-baru ini ajer yang kerajaan haramkan sebab budak-budak kita especially yang melayu kreatif la sangat. Ambik belerang dlm bunga api ..kumpulkan serbuk belerang lepas tu jadikan bunga api yang lebih besar "power". Bukannya masa dulu tu tak ada kes budak-budak hilang jari , hilang penglihatan akibat bunga api atau mercun tapi beberapa tahun yang lepas semakin banyak kes , itu pasal kena banned bunga api dengan mercun.

Pada satu Ramadan kira-kira 24 tahun yang lepas, anak jiran kak Long di kuarters JKR Simpang 3, Bagan Datoh Perak, telah kehilangan 3 jari sebelah kiri kalau tak silap kak long akibat dari bermain bunga api. Bukannya dia main bunga api yang biasa. Dia dengan bijaknya cuba memampatkan belerang bunga api yang di kumpulkan ke dalam sebatang besi. Dia nak buat bunga api yang bila di bakar, percikan bunga api tu akan mengeluarkan percikan yang besar dari batang besi tu . Masa tu dah dekat waktu berbuka, terdengar letupan yang kuat sangat dan beberapa saat selepas tu bunyi orang menangis dan menjerit. Rupanya mak cik sebelah rumah tu dah menangis tengok jari anak dia Nan dah terkulai dan hancur.

Mujurlah adik kak long masa tu dah balik ke rumah utk berbuka. Sebelum tu dia kata dia memang jadi pemerhati proses pembikinan bunga api buatan sendiri tu..alhamdulillah syukur. Malam tu abah berbuka di hospital sebab abah tolong hantar Nan ke hospital Teluk Intan dengan kereta abah. Isk iskk esoknya Kak Long tengok penuh darah kain penutup kereta abah yang dibuat alas .

Dah tua-tua ni setakat tengok anak-anak buah main bunga api la , ehehe jadi pengawas gitu. Raya ni anak-anak buah beraya di rumah atuk mak dengan atuk ayah depa di Klang , jadinya malam raya nanti akan sunyila kak long sebab hanya ada mak di rumah...huwaaa..sedih sedihh . Walaupun hari-hari jumpa depa di sini tapi bila dah balik kampung, dan raya pulak mesti sedih sebab depa mungkin akan balik ke kampung raya ke 3. Masa tu nak main bunga api yang selamat cam "flying butterfly" tu dah tak meriah arrr. Apa-apapun semoga lebaran ini tidak banyak kes cedera akibat main bunga api /mercun /meriam yang terjadi, Amin...

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting



Saturday, October 07, 2006

Looking Through The Eyes of Love

Please, don't let this feeling end
It's everything I am
Everything I want to be
I can see what's mine now
Finding out what's true
Since I found you
Looking through the eyes of love

Now, I can take the time
I can see my life
As it comes up shining now
Reaching out to touch you
I can feel so much
Since I found you
Looking through the eyes of love

And now, I do believe
That even in a storm we'll find some light
Knowing you're beside me, I'm all right

Please, don't let this feeling end
It might not come again
And I want to remember
How it feels to touch you
How I feel so much
Since I found you
Looking through the eyes of love
Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, October 06, 2006

Soal dan Jawab...




Tag ke, virus ke ..tak kisahlah. Nizie punyer pasal, Sist jawab jugaklah...layanzz utk gembirakan hati...eheheh.

1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?
--->dengan mak kat rumah sendiri .... Alhamdulillah


2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?
--->persiapan dah mula 1-2 bulan yang lepas. Beli kain awal-awal, hantar kat tukang jahit. Kuih mueh biasa dah dekat raya baru beli...eheheh kuih tunjuk biasanya biskut. Kalau kek biasa nya masak sendiri...

3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?
--->ikut jadual kerja, Ramadan kali ini 2 minggu sempat berbuka di rumah, 2 minggu lagi rasa-rasanya dalam kereta . Jalan jammed Ooo tak sempat sampai kalau balik kul 6.30pm. Ihiks


4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?
---> kalau orang belanja , kira okeylah. Tapi lebih suka berbuka dengan famili. Kecuali ada tugasan yang memerlukan kita join berbuka di hotel. Dulu pernah tapi sekarang ni tak ada ...ihiks .

5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?
---> nak kata tak suka ...suka jugak . Nak kata suka sgt tidak lah...tapi tahun ni memang nak hantar kad pada kengkawan yang alamat mereka kak long tahu ..

6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada Kak Long di alamat berikut :-
--->Nak tahu alamat..sila email ke juezura@gmail.com atau ym kak long di zura_ms2000@yahoo.com. Takut wehh post alamat kat internet ni ...ehehhehe

7) Tak nak sebarkan virus ni sbb rasanya kaum kerabat blog dah dapat semua. Sesiapa nak kad raya, bagi alamat kat kak long ek..siapa cepat dia dapat..ihiks


*Alhamdulillah..masalah dan dugaan dapat di atasi buat ketika ini*

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin