Imbasan 2006 -bhg 2

Hari ini merupakan hari terakhir Kak Long bekerja untuk tahun 2006. Esok Kak Long akan mula bercuti dan akan masuk semula bekerja, InsyaAllah pada 3 Januari 2006.

Secara keseluruhannya, Kak Long bersyukur kerana Kak Long berjaya mengharungi suka dan duka di tahun 2006 ini. Alhamdulillah, walaupun tidak bertemu dengan "Mr. Right" namun dengan adanya kaum keluarga dan sahabat handai yang sentiasa menyokong dan memberikan panduan, maka Kak Long masih berdiri dan berlari.

Walaupun pada pertengahan tahun, Kak Long merasa amat tertekan dengan kerja, tetapi alhamdulillah dengan adanya perubahan di pihak atasan, Kak Long tidak merasa tertekan sangat.

Segala kejadian dan peristiwa yang telah berlaku adalah sejarah yang patut dijadikan tauladan dan sempadan supaya hidup kita akan lebih berjaya di hari-hari yang mendatang. Selamat tinggal 2006....


Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah