Posts

Showing posts with the label Pengorbanan Ibu

Bertuahnya seorang ibu

Satu peristiwa ketika menanti masuk waktu solat maghrib di masjidil haram kira2 3 minggu yg lepas masih melekat di kotak fikiran ini. Tiba2 ada seorang kakak atau mungkin berpangkat adik mengelap muka ibu atau mungkin ibu mertuanya. Rupanya hidung makcik tu berdarah. Cara wanita itu memegang kepala ibu nya dan mengelap darah yang mengalir kak long lihat penuh dgn kasih sayang. Lembut sgt2. Lap dengan tuala dan air mineral yg dibawa. Cucu makcik tu pun ada sekali ...alahaii syahdu sungguh ketika itu. Sebak hati...kalaulah terjadi kepada diri ini..adakah diri ini mampu bertenang seperti wanita itu. Tak semena-mena air mata kak long pulak yang mengalir ke pipi tanpa dapat ditahan2 ketika menunaikan solat maghrib. Ibu tadi meneruskan solatnya dgn hanya duduk di sebelah anak @ menantu perempuan dan cucunya. Terharu..semoga kita semua akan prihatin kepada ibu kita seperti wanita di dalam cerita kak long ini. Bertuah makcik tu dapat anak@ menantu perempuan yang mengambil berat kebajikannya.

Ratu Hatiku I

Image
Lokasi foto : sebuah kedai gambar di Pekan Selekoh, Perak di awal 1970 Maaf ek...saper yang dah pernah tengok..sila abaikan..ehehehe Hari Ibu jatuh pada 10 May, tapi pada kak long, setiap hari , adalah hari ibu. Kalau kita nak mengenang jasa ibu, tak perlu tunggu Hari Ibu. Bila-bila masa kita perlu menghormati ibu, mak , mami, mama atau ummi kita. Pengorbanan mak tidak mungkin terbalas. Semasa mengandungkan kak long,mak bersusah payah memasak, membasuh kain dan menguruskan keperluan harian walaupun mengalami alahan di awal mengandung. Masa tu duduk kat rumah sewa bersama2 arwah Abah. Mak tak tinggal di rumah Mbah( nenek dalam bahasa Jawa). Kak Long sebagai anak sulung, ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Pernah pada zaman darurat 1969, ada perintah berkurung dikenakan tetapi di kampung ketika itu tidak terasa sangat semangat perkauman itu. Mak memberanikan diri mengendong kak long yang berusia kira2 setahun ketika itu membonceng motosikal untuk balik ke rumah sewa yang terleta...