Thursday, July 15, 2010

Bertuahnya seorang ibu

Satu peristiwa ketika menanti masuk waktu solat maghrib di masjidil haram kira2 3 minggu yg lepas masih melekat di kotak fikiran ini.

Tiba2 ada seorang kakak atau mungkin berpangkat adik mengelap muka ibu atau mungkin ibu mertuanya. Rupanya hidung makcik tu berdarah. Cara wanita itu memegang kepala ibu nya dan mengelap darah yang mengalir kak long lihat penuh dgn kasih sayang. Lembut sgt2. Lap dengan tuala dan air mineral yg dibawa. Cucu makcik tu pun ada sekali ...alahaii syahdu sungguh ketika itu. Sebak hati...kalaulah terjadi kepada diri ini..adakah diri ini mampu bertenang seperti wanita itu.

Tak semena-mena air mata kak long pulak yang mengalir ke pipi tanpa dapat ditahan2 ketika menunaikan solat maghrib. Ibu tadi meneruskan solatnya dgn hanya duduk di sebelah anak @ menantu perempuan dan cucunya.

Terharu..semoga kita semua akan prihatin kepada ibu kita seperti wanita di dalam cerita kak long ini.

Bertuah makcik tu dapat anak@ menantu perempuan yang mengambil berat kebajikannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin