Thursday, October 30, 2008

Wednesday, October 29, 2008

Happy 2nd Birthday ...

2 tahun yang sudah...29 October 2006 lahirlah seorang putera




Dengan Opah dan Kakak semasa berusia 2 bulan

...Muhammad Nu'aim. Buah hati famili semua yang comey, kelakar dan nakal eheheh. Tak plan nak celebrate apa2pun sebab sibuk dgn kerja....tapi tak tahulah pulak kalau mama dia ada beli kek..ihiks. Kish2 pp Nu'aim..semoga dipanjangkan umur, cepat bercakap dan dengar kata Opah, mak long, Abah dan Mama.

Oktober 2007

2008


Tuesday, October 28, 2008

Episod sibuk datang lagi..

Sekarang ini episod hari2 yang sibuk telah bermula. Dengan batuk yang tak hilang lagi, kepala tambah serabut, meja tambah selerak dan kerja banyak yang tertunda...aduhhhh.

Friday, October 24, 2008

3 hari...

..kak long menyepikan diri. Sepi bukan kerana merajuk dan bukan kerana marahkan sesiapa atau melarikan diri dari masalah. Cuba teka sebab apa kak long menyepikan diri? Terus terang lebih mudahkan? Kak Long menyepikan diri sebab kak long tak sihat. Demam. 3 hari demam dengan batuk. Bila makan ubat, demam kebah tetapi demam datang lagi...sakit semua sendi dan pening kepala semua lengkap.


Hari ini datang jugalah ke tempat kerja walau tak sihat seratus peratus tapi oleh kerana pagi tadi pening dah berkurangan, kak long bolehlah memandu. Sewaktu menaip entri ini kepala dah mula sakit semula, jadi kak long kena berhenti yer. Jaga diri semua...



p/s :
Saper tau nama karektor kartun di atas ini? Dalam pada demam, kak long sempat tiru gambar kartun ini hanya kerana sayangkan anak saudara yang beriya-iya suruh kak long lukis. Ehehehe tibai jer lukis asal dia suka.

Monday, October 20, 2008

3 malam 3 hari di Kuching, Sarawak


3 hari di Kuching, Sarawak tetapi masa untuk berlibur hanya sekejapan saja. Orang kata , menyusuri Sungai Sarawak pada waktu senja sambil menyaksikan matahari terbenam dan melihat "Pak Tambang" mendayung sampan menyeberangi sungai memang nyaman. Huhuhuhu tapi kak long sempat sampai ke WaterFront tapi tak sempat nak tunggu sampai matahari terbenam tapi memang cantik.

Tebingan Kuching atau waterfront yang dibina pada 1993 menyimpan rentetan sejarahnya yang menarik. Di sinilah bermulanya sejarah Kuching dengan ketibaan seorang pengembara dari England, James Brooke yang menumpaskan pemberontakan di sungai atas permintaan bapa saudaranya Sultan Brunei. Sarawak ketika itu adalah sebahagian daripada Brunei. Sebagai balasan, Sultan Brunei melantik James Brooke menjadi Rajah Sarawak, sehinggalah pendudukan Jepun tahun 1941. Selepas perang, anak saudara Brooke, Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.

Bazaar menjual ole2 dan cenderamata berjajaran di sepanjang jalan berhampiran WaterFront. Peminat cenderamata dan pengumpul barangan antik, pasu Sarawak, hasil seni suku kaum serta ukiran kayu tidak seharusnya melepaskan kunjungan ke sini. Tak banyak yang dibeli di sini. Byk yang menarik tapi tak sempat nak jelajah semua sebab kawan2 yg lain dah menanti di TOPSPOT..food court berhampiran Hilton tu..huhuhu berpeluh jalan kaki dari water front ke situ. Jarak jadi jauh sebab kami tersesat sedikit...ehehe ada jalan dekat tapi kami ambik jalan jauh..ahaks.. adventure jugak petang itu.

Muzium Sarawak menempatkan koleksi artifak Borneo yang cukup komprehensif dan memiliki cita rasanya yang tersendiri mengenai Borneo dan penduduknya. Justeru, persembahannya dalam bentuk koleksi syiling, alat senjata, pakaian, tembikar, ukiran, tekstil, barang-barang perhiasan dan pelbagai artifak seni, budaya dan sejarah adalah nadi kehidupan masyarakat bumi kenyalang itu.Muzium pun tak sempat nak singgah sebab bila balik ke Hotel hari Sabtu, muzium dah tutup..ehehehe.

Selepas dinner hari sabtu yang lepas, kak long ke Pasar Satok bersama rakan2. Shima , iaitu adik kepada Arsaili sempat menemani kami membeli beberapa ole2 kenangan untuk orang tersayang. Shima yang baik hati juga bersama2 ulang alik pusing keliling Pasar Satok sebab ada yang nak beli terubuk masin dan kuih lapis sarawak. Selepas habis shopping, berhenti pulak makan mee kolok( tertunai sudah impian yang makan mee kolok Sarawak..ehehehhe poyo jer).

Shima juga bawa kami pusing2 malam Sabtu lepas melihat keindahan Kuching pada waktu malam. Dapatlah kami tengok beberapa landmark Bandar Kuching walaupun waktu malam tapi alhamdulillah, merasa jugalah jalan2 sekitar Kuching. Thanks so much to Arsaili dan Shima. Nanti Shima kalau datang KL jangan lupa bagitau kak long tau. Macam Diana cakap, kalau tak bagitahu siapppp. Ahaks.

Pengunjung tidak seharusnya melepaskan peluang menaiki perahu tambang untuk menyeberang Sungai Sarawak yang mengenakan tambang 50 sen seorang. Dari sini, anda dapat melihat Astana, istana yang dibina oleh Charles Brooke pada 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, Ranee Margaret. Huhuhu tak sempat nak merasa naik perahu tambang tu.

Pada masa ini, Astana James Brooke telah menjadi kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak. Kami sempat pusing2 area astana ni malam sabtu yg lepas ..hampir tengah malam. Shima berhentikan kereta di hadapan pagar istana untuk sessi bergambar kenangan. kak long tk ada gambar tu..dalam kamera kawan...isk isk kena ingat nak mintak jugak gambar tu dari Zaiton dan Prof. Nor untuk kenangan.

Fort Margherita ialah kubu pertahanan yang sangat penting pada masa Charles Brooke. Kubu ini diberi nama Margherita, bersempena nama isterinya. Fort Margherita, akhirnya dijadikan Muzium Polis. Sangat menarik untuk dikunjungi bagi melihat sejarah kepolisan di Sarawak, senjata, meriam tua, pedang serta bilik-bilik khas untuk banduan dan bilik hukuman. Kami tak sempat pergi muzium ini. Ye la dah malam manalah sempat, muzium dah tutup.

Sarawak River Cruise membolehkan anda melihat penempatan penduduk serta bandar di pinggir sungai, Jambatan Satok yang terkenal serta berpusing di Jambatan Pending- Dah cadang nak naik boat tu tapi tak sempat...adehhh kecewa ( tapi ada alasan pulak lain kali nak pergi lagi...eheheh).

Kampung Melayu, Masjid Negeri ( mempunyai lima “Golden domes”) dan kilang memproses Sarang Burung dan Kilang Tembikar (yang terkenal dengan reka bentuk ukiran asli Sarawak). Pusing2 di kawasan kampung melayu menaiki kereta yang dipandu oleh Shima membolehkan kami melihat suasana kampung Melayu Gersik yang terkenal di Kuching. Tak beli sebiji pun tembikar Sarawak. Hmmm rugi rasanya.

Menyeberangi Sungai Sarawak melalui Jambatan Satok untuk menuju ke Kuching Utara-Shima bawak pusing-pusing sampai ke Petra Jaya dan dapat lihat mat2 rempit berlumba.

Muzium Kuching - dengar jer cerita pasal muzium ni dari shima...tak ada masa nak pergi. Mungkin lain kali.

Perpustakaan Awam Negeri Sarawak- tengok dari jauh ajer sebab waktu dah hampir tengah malam..tapi cantik sebab dekat tasik ( ke sungai hah?) ehehhehe nampak air jer malam tu tapi tak sure tasik ke sungai kat sebelah perpustakaan tu.

Akhir sekali terima kasih buat Shima yang sudi melayan Kak Long dan kawan-kawan sebagai tetamu.Malam itu kami sampai di bilik hotel hampir jam 12 tengah malam.

Sila klik di sini
untuk melihat gambar2 yang sempat kak long ambil semasa di sana.

Friday, October 17, 2008

Sampai dah...

Akhirnya kami samoai ke Kuching pada pukul 12.30 pagi 17 oktober, 2008. Huhuhu flight delayed selama 1 jam. Alhamdulillah cuaca okey sepanjang perjalanan. Tidur pukul 2 pagi..bangun pagi ni ambik sarapan di hotel. Sekarang kami di campus baru di Kuching dan sessi pertama akan bermula sebentar lagi. Selepas sarapan tadi sempat jalan2 ke kawasan sekitar hotel, termasuk padang merdeka dan kedai2 sekitar.

Wednesday, October 15, 2008

Bila Hujan Turun Di kala Senja

Pemandangan di kawasan letak kereta di hadapan blok perpustakaan
Hujan turun dengan begitu lebat sekali di petang Rabu ini. Termasuk hari ini sudah 3 hari berturut-turut hujan turun di waktu petang membawa ke malam. Bila hujan lebat dgn guruh dan petir silih berdentum di langit kelabu, hati jadi sedikit runsing. Kak Long paling tak suka memandu dalam keadaan hujan diwaktu malam. Dalam keadaan jalan licin, jalan sesak dan had penglihatan yang terhad menyebabkan diri ini memandu dalam keadaan stress ..isk iskkk rasa tak sabar nak sampai ke rumah.

Titis-titis hujan di luar jendela

Monday, October 13, 2008

Nak Terbang ke Bumi Kenyalang

Diam tak diam dah seminggu tak update blog ni. Bukannya apa, tak ada idea, tak ada mood dan tak ada rasa nak berblogging..ehehehhe. Di ofis mmg sibuk tapi kalau nak update di rumah pun boleh sebenarnya tapi tak buat..ampunnn ek. Apapun tinggal 4 hari lagi sebelum kak long away dari ofis selama beberapa hari. Kak Long akan sampai di Kuching malam Khamis 16 oktober sehinggalah Ahad 19 Oktober. Flight details belum dapat lagi. Kali ini bukan bercuti tapi urusan kerja..eheheh. Sampai sini dulu..nanti kalau ada cerita lain kak long update lagi yer. Daaa..

Wednesday, October 08, 2008

Cerita Raya


...kak long sibuk sekarang ini, jadi tak sempat nak cerita panjang lebih awal. Hari ini ambik peluang update blog.
Malam sebelum raya, sesudah berbuka puasa, dan sesudah siap memasak juadah hari raya, mak kak long mengalami masalah kekejangan otot kaki menyebabkan dia tak mampu untuk memijakkan kaki mahupun melangkah. Kami tinggal berdua saja. Kak Long terasa amat sayu ketika itu tetapi kuatkan hati sebab tak nak mak rasa bertambah sedih. Kak long papah mak dan mencari minyak panas tapi tak jumpa. Yang ada hanya minyak angin dan gamat. Malam itu mak mengesot utk ke bilik air dan kak long tambah sayu bila mak menangis bila kak long terima sms dari pakcik di Seremban.

Bila kak long nak bagitahu adik dan kakak sepupu, mak tak bagi. Air mata masa tu memang tak mampu ditahan tapi kak long menangis dalam diam. Sambil menghabiskan gantung langsir di dapur. Semua kak long buat sendiri. Sedihhhh...selalunya mak yang tak duduk diam dalam rumah tu tapi kali ini mak duduk setempat dan tak boleh banyak bergerak sebab kaki kanan akan sakit. 2 tahun lepas kaki kiri yang kejang tapi tak seteruk kaki kanan ini.

Bila kesedihan mak dah reda, mak dah membersihkan diri, mak tolong kak long isi kuih dalam balang kuih. Masa itu rasa lega sedikit. Malam itu hujan lebat dan kami tidur di ruang tengah antara dapur dan anjung ( lebih dekat ke bilik air). Mujurlah rendang ayam dan nasi impit telah siap di masak sebelum mahgrib lagi.

Raya pertama dan kedua kak long sibuk sangat sebab ramai sedara mara datang ziarah. Tak cukup tangan dibuatnya. Mujurlah Iqa datang pagi raya dan tolong kak long buat air dan menghidang. Sebab itu tak ada gambar glamer raya kak long ...eheheh tak sempat nak pakai cantik2 pun. Raya pertama dan kedua asyik turun naik ulang alik ke dapur dan anjung dari pagi sampai petang. Tak sempat nak bergambar tapi adalah beberapa keping gambar yang sempat Iqa ambik masa tetamu datang. Malam tu rasa lutut dah longlai..ahaks.

Alhamdulillah malam raya ke 2, kaki mak dah boleh di pijakkan dan di bawa berjalan walau terdengkut2. Pagi raya ke 3, mak dah mampu berjalan walau tidak boleh membengkokkan kaki kanannya. Petang raya ke 3, adik dan famili sampai ke kampung dan malam itu kami makan malam beramai2.

Gambar2 masih belum siap..so layan jerlah aksi anak2 sedara kak long sebelum pergi beraya dipagi raya ke 4.

Friday, October 03, 2008



Selamat Hari Raya! bila dah ramai2..macam2 perangai anak2 buah kak long.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin