Wednesday, October 08, 2008

Cerita Raya


...kak long sibuk sekarang ini, jadi tak sempat nak cerita panjang lebih awal. Hari ini ambik peluang update blog.
Malam sebelum raya, sesudah berbuka puasa, dan sesudah siap memasak juadah hari raya, mak kak long mengalami masalah kekejangan otot kaki menyebabkan dia tak mampu untuk memijakkan kaki mahupun melangkah. Kami tinggal berdua saja. Kak Long terasa amat sayu ketika itu tetapi kuatkan hati sebab tak nak mak rasa bertambah sedih. Kak long papah mak dan mencari minyak panas tapi tak jumpa. Yang ada hanya minyak angin dan gamat. Malam itu mak mengesot utk ke bilik air dan kak long tambah sayu bila mak menangis bila kak long terima sms dari pakcik di Seremban.

Bila kak long nak bagitahu adik dan kakak sepupu, mak tak bagi. Air mata masa tu memang tak mampu ditahan tapi kak long menangis dalam diam. Sambil menghabiskan gantung langsir di dapur. Semua kak long buat sendiri. Sedihhhh...selalunya mak yang tak duduk diam dalam rumah tu tapi kali ini mak duduk setempat dan tak boleh banyak bergerak sebab kaki kanan akan sakit. 2 tahun lepas kaki kiri yang kejang tapi tak seteruk kaki kanan ini.

Bila kesedihan mak dah reda, mak dah membersihkan diri, mak tolong kak long isi kuih dalam balang kuih. Masa itu rasa lega sedikit. Malam itu hujan lebat dan kami tidur di ruang tengah antara dapur dan anjung ( lebih dekat ke bilik air). Mujurlah rendang ayam dan nasi impit telah siap di masak sebelum mahgrib lagi.

Raya pertama dan kedua kak long sibuk sangat sebab ramai sedara mara datang ziarah. Tak cukup tangan dibuatnya. Mujurlah Iqa datang pagi raya dan tolong kak long buat air dan menghidang. Sebab itu tak ada gambar glamer raya kak long ...eheheh tak sempat nak pakai cantik2 pun. Raya pertama dan kedua asyik turun naik ulang alik ke dapur dan anjung dari pagi sampai petang. Tak sempat nak bergambar tapi adalah beberapa keping gambar yang sempat Iqa ambik masa tetamu datang. Malam tu rasa lutut dah longlai..ahaks.

Alhamdulillah malam raya ke 2, kaki mak dah boleh di pijakkan dan di bawa berjalan walau terdengkut2. Pagi raya ke 3, mak dah mampu berjalan walau tidak boleh membengkokkan kaki kanannya. Petang raya ke 3, adik dan famili sampai ke kampung dan malam itu kami makan malam beramai2.

Gambar2 masih belum siap..so layan jerlah aksi anak2 sedara kak long sebelum pergi beraya dipagi raya ke 4.

6 comments:

Suzi said...

sayu baca kisah mak kaklong tu...moga tabah menghadapinya...dan moga cepat sembuh...
penat pun takpe...mesri seronok melayan sedara mara ..kan?

wilda said...

sedih ye, bila ibu sakit di hari raya..kaklong kuatkn smgt ye..insyaAllah, setiap sakit ada penawarnya..

Akak said...

Salam...

Mcm mana dgn kesihatan emak, harap dah sembuh, Kak Long mcm mana plak??

Akak doaka semuga semuanya baik2 yea..

Kak Zue said...

Suzi/Wilda/Akak-->mak kak long masih belum sembuh sepenuhnya tapi alhamdulillah mampu utk berjalan. Terima kasih semua.

~Cinta Milo Ais~ said...

semoga mak kak long cepat sembuh..dugaan di hari raya tu nak buat cam na kan..saya pun time raya demam, tak boleh nak raya sakan huhu

kuIna Jentayutiara said...

moga mak kak long cepat sembuh, sama2 kita berdoa ya.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin