Posts

Showing posts with the label Menara Condong Teluk Intan

Bila ada Suka

Image
...ada juga dukanya. Dugaan demi dugaan datang bertimpa. Peringatan buat diri supaya tidak alpa dengan kegembiraan. Mak selalu cakap kat anak-anak sedara yang bergurau lebih. Mak kata" itu nanti seronok sangat bergurau, bertepuk tampar tu, ada yang menangis". Hmm biarlah gambar2 ini menceritakan apa yang terjadi. suka... Duka ... pecah berderai cermin kereta..rasa kesal tak terhingga tapi itulah akibat bila lalai dan alpa. Sekejap sahaja Allah beri kita dugaan yang membuatkan kita rasa bila2 masa Allah akan tarik rezeki dan nikmat yang telah Allah kurniakan.

Berjayakah Kempen Earth Hour?

Sabtu lepas kak long balik ke kampung. Alhamdulillah perjalanan lancar. Malamnya, kak long makan malam di Teluk Intan. Sesudah solat maghrib di Masjid Teluk Intan, kak long perhati juga kalau-kalau Earth Hour Campaign iaitu mematikan penggunaan lampu selama 1 jam mendapat sambutan di Teluk Intan tetapi seperti yang telah dijangka, bandar Teluk Intan cerah. Setiap lorang jalan, kedai-kedai dan supermarket terang benderang. Kak Long kira kempen tersebut memang tidak mendapat sambutan terutama pihak-pihak yang bersandarkan kepada keuntungan terutama pemilik premis perniagaan. Malam minggu, pelanggan ramai, so kalau lampu gelap selama 1 jam, pasti keuntungan akan berkurangan untuk hari tersebut. Walaupun mereka pastinya sedikit sebanyak tahu tentang pemanasan global tapi keuntungan lebih utama. Apabila balik, banyak rumah di kawasan perumahan di mana rumah kazen kak long tinggal, bergelap. Wah...ada juga mereka yang mahu turut serta mengurangkan kesan pemanasan global ini walaupun mereka t...

Hari Itu Dalam Sejarah

Image
Selepas habis waktu bekerja pada hari minggu yang lepas, kak long dan mak balik ke kampung. Kak Long sampai di rumah kazen kak long pada pukul 7:45 malam dan terus solat maghrib. Keesokan harinya kak long pergi ke Bandar Teluk Intan kerana Iqa, anak sedara kak long tu nak cari buku teks sekolah dia. Malangnya tidak ada satupun buku teks yang dikehendaki ada di kedai2 buku di Teluk Intan itu. Terpaksalah Iqa membeli buku2 teks tersebut sekembalinya beliau ke MRSM Balik Pulau esok. Harap2 stok buku teks mencukupi. Kalau tidak, terpaksa pulak dia bergantung kepada buku2 rujukan SPM yang telah dibeli. Kawan-kawan semua masih ingat entri tentang Menara Condong Teluk Intan yang pernah kak long tulis beberapa minggu lepas. Oleh kerana Noushy dah suruh kak long naik menara itu, ehehhe kali ini dengan rasa sedikit gayat, kak long naik juga menara tersebut. Mak dengan kazen kak long, Kak Ina memula tak nak naik tapi akhirnya mereka naik juga..ihiks. Iqa temankan kak long naik ke atas menara. T...

Bukan tak Sayang...

Image
Apabila membaca entri di blog arsaili tentang kisah beliau melawat Menara Pisa di Itali dan membandingkannya dengan Menara Condong Teluk Intan , kak long teringat akan lambang bandar Teluk Intan ini yang belum kak long naiki. (Lalu lalang kat bawah dan tepi menara dah beribu kali) ehehehehhe. Adehlah...malu betul!. Bukannya jauh sangatpun Menara Jam tinggi ni dengan rumah kak long di kampung,hanya kira-kira 45 minit kalau memandu tapi hairan jugak tak pulak kak long teringat nak naik.Kalau tak silap dulu memang boleh naik ke atas menara tu tapi tak pastilah pulak sekarang ni kut dah di banned pulak...ahaks. Rugi ler pulak rasanya. Dataran kat bawah menara condong tu sentiasa ada ekspo..pelbagai ekspo dari barangan rumah, binatang eksotik dan lain-lain. Untuk tambah pendapatan majlis daerahlah kut sewanya tu ..ehehehe. Orang lain tak pastilah pulakkan..tapi kak long rasa kita ni selalu sangat lupa atau tak sedar( tanpa sengaja) akan kesan2 sejarah yang ada berhampiran kita. Silap2 har...