Wednesday, January 02, 2008

Hari Itu Dalam Sejarah

Selepas habis waktu bekerja pada hari minggu yang lepas, kak long dan mak balik ke kampung. Kak Long sampai di rumah kazen kak long pada pukul 7:45 malam dan terus solat maghrib.
Keesokan harinya kak long pergi ke Bandar Teluk Intan kerana Iqa, anak sedara kak long tu nak cari buku teks sekolah dia. Malangnya tidak ada satupun buku teks yang dikehendaki ada di kedai2 buku di Teluk Intan itu. Terpaksalah Iqa membeli buku2 teks tersebut sekembalinya beliau ke MRSM Balik Pulau esok. Harap2 stok buku teks mencukupi. Kalau tidak, terpaksa pulak dia bergantung kepada buku2 rujukan SPM yang telah dibeli.

Kawan-kawan semua masih ingat entri tentang Menara Condong Teluk Intan yang pernah kak long tulis beberapa minggu lepas. Oleh kerana Noushy dah suruh kak long naik menara itu, ehehhe kali ini dengan rasa sedikit gayat, kak long naik juga menara tersebut. Mak dengan kazen kak long, Kak Ina memula tak nak naik tapi akhirnya mereka naik juga..ihiks. Iqa temankan kak long naik ke atas menara. Tangga berpusing yang sempit membuatkan kak long semakin gayat..eheheh.
Hari itu adalah hari yang bersejarah buat kak long. Beratus-ratus kali lalu lalang di tepi menara dan akhirnya sebelum 2007 berakhir, kak long naik ke menara itu

Gambar kandid yang Iqa ambik semasa nak pergi ke Dataran Menara Condong..tu nampak tu kat belakang tu menaranya..eheheh


Harap maaf! kualiti gambar tidak cantik sebab guna kamera telefon sahaja. Kamera tertinggal di rumah ..ihiks .

Akhirnya sampai giliran kak long bergambar kenangan..huhuhu macam pelancung dari jauh...eheheh padahalnyer anak tempatan...eheheh



Ehehe akhirnya kak long menjejakkan kaki ke dalam menara condong teluk intan dan naik ke atas. Nampak ke kak long dlm gambar ni? ehehhe kecik jer tu hah sebelah Iqa bertudung warna putih.


Gayat teman kat atas tangga ni..tak berani nak naik ke tingkat yang atas lagi ...

12 comments:

Farah B said...

k.long, tak penah sampai lagi la kat leaning tower of Perak tu. heheheh

mad redo1 said...

besh! besh! reached great heights at the end of the year, the new year would surely see even greater heights reached by Zura...

cakap2 motivasi nih... hehehe...

Noushy Syah said...

yezzaa..that's gr8 Kak lOng, finally you made it! Congratulations for that!

Agree as what Mat Redo said...;)

mama ranggie said...

wah...bestnyer...

eira lom pernah rasa naik lg..

Zura@Kak Long said...

Farah-->kalau turun ke Teluk Intan, singgahlah leaning tower of Teluk Intan tu..eheheh nanti org kata Pisa Tower dah sampai, tower yg ni tk sampai pulak..ihiks.

Zura@Kak Long said...

Mad.Redo1-->InsyaAllah...nanti kak long terbang up up on the way...ehehheh sbb nak reached the sky kena terbang :-).

Zura@Kak Long said...

Noushy-->Thanks so much. Kalau Noushy tak galakkan kak long naik ke menara tu..memang tk terfikir nak naik ..eheheh.

Zura@Kak Long said...

eira-->nanti ada peluang ke Perak..singgahlah ke Teluk Intan. Bolehlah naik menara tu :-)

Noushy Syah said...

Kak LOng...wishing you are fine and ok now yea..muahss..BTW visit here for your award, and you could pass on to others if you want to:

http://noushy-award.blogspot.com/

cyg kak long!U deserved it!

Mersik said...

Wahh.. tahniah ye kak long.. hr tu naik gunung, kali ni naik menara la plak.. kekek lepas ni sure join Amazing Race ni kekek..

Semoga di tahun baru ni akan lebih berani dan tabah hati dalam menempoh dugaan..

Kak long boleh! yihaa

Zura@Kak Long said...

Noushy-->Thanks so much for the award. Really appreciate it. Terharu kak long.

Zura@Kak Long said...

Mersik-->ahahaha angan2 jer amazing race tu ...tapi kalau diberi peluang dan ada partner yg ngam ..kak long memang sukaaa...eheheh

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin