Monday, January 14, 2008

Salahkah bertanya?

Bila seorang perempuan atau lelaki menghantar sms atau menelefon bertanya kepada seorang lelaki atau perempuan yang difikirkannya sebagai seorang kekasih, seorang lelaki atau perempuan itu akan merasa apa?

Adakah kita rasa rimas? perempuan ni tak layak jadi isteri sebab mengongkong? lelaki itu tak layak jadi suami? apa lagi komen seorang lelaki mahupun perempuan ? Salah ke kalau kekasih atau suami mahupun isteri kita bertanya di mana kita berada ketika itu?

Lainlah ceritanya kalau sms atau call setiap minit. Kalau setiap minit tu mungkinlah boleh kita merasa menyampah...tapi sudahkah anda menjawab pertanyaan darinya yang pertama itu? kalau tak berjawab, memanglah sms akan dihantar berkali2..phone akan berdering2. Iyerlah...manalah tahu kita tak angkat sebab kita pengsan ke ..jatuh dalam longkang ke? dating dgn bini atau laki orang ke? sedangkan ada yang risau tentang kita.

Sudahkah kita memberitahu suami/isteri kita itu kemana arah tuju kita? Jangan jadi seperti berita kemalangan yang baru2 ini berlaku...niat nak menyorokkan perkahwinan kedua dari pengetahuan isteri pertama dan 7 orang anak terbongkar!bila sang suami mati kemalangan bersama2 bakal isteri2 dan keluarga! Alasan tak nak bagitahu perkahwinan yang bakal berlangsung sebab tak nak kecikkan hati pihak isteri pertama? isk iskkk....sakit hati arr bila baca cerita macam ni ...sampai bila nak sembunyikan rahsia?

Pastikah kita bahawa pasangan kita itu cemburu buta..dan bukannya kerana sebab2 lain? Apa pula kesalahan kita terhadapnya...

Salah rasanya kalau kita cepat menjatuhkan hukuman hanya kerana pasangan kita bertanya di mana kita berada...fikirkan jika pasangan anda yang melakukan tindakan yang sama kepada kita..adakah kita akan buat tak reti? lantak ler dia nak tunggang terbalik pun?

Rasa2nya tak salah kalau bertanya sebab nak mendapat kepastian dan bukannya bertanya membuta tuli dan berkali2.Fikir-fikirkanlah...

7 comments:

mama ranggie said...

betul tu kak long...

sekadar bertanya,ape salahnyer...

tp jgnlah sampai merimaskan...

Noushy Syah said...

Yeap kak LOng...

There's nothing wrong when your spouse/hubby/wife/gf/bf calling/smsing asking where you are about..it shows that someone care for you...especially if you haven't tell them where you are and BTW wouldn't it be nice just to let the person you love and care about where you are going in the first place?

Lainlah calling2 macam FBI!!:)

p/s I would be happy if my Syahyang call and ask me hey syg where are you? You will feel that he cares and concerns abt you...

Noushy Syah said...

p/s Kak lOng jgn marah yea..coz I've tagged you for the LOVE & HATE topics..just a simple tag but means a lot...

Have fun doing it..keep smiling!

Zura@Kak Long said...

Eira--> betul tu. Kalau dah tahu kemana arah tuju dan dijawab dgn ikhlas, tak perlu marah dan rimas dan org yg bertanyapun takkan tanya lagi :)

Zura@Kak Long said...

Noushy-->Kak Long setuju dengan apa yg Noushy katakan.150% setuju..ahaks.

The taggie, I will do it later yea. Today tak sempat dan tak larat nak fikir ...huh cam la taggie tu kena fikir bykkan?? ahahah.. but really sorry, next en3 laa yer taggie tu :-)

Noushy Syah said...

Ok kak Long...take your time yea.

Muahhss..

Farah B said...

K.long, tak salah call or sms. kalau kita yakin and percaya spouse kita, buat apa nak suspect and have lack of trust in them kan? anyway, jealousy is one, but sometimes, bila org dah percaya nak tipu pulak. tu yg payah tu

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin