Posts

Showing posts from June, 2009

Salah ke hah?

Sekarang ni kalau ada panggilan masuk dan nombor tak kenal memang susah akak nak jawab. Malas melayan tele marketer dok promot macam2. Kalau kawan atau sedara yg kol kenalah sms bgtau mereka yg kol ehehe barulah kita jawab. Salah ke? Suka hati akak la ek?

I FOLLOW YOU...

Image
Berapa orang yang follow blog? 22 orang setakat ini.. Alhamdulillah...daripada tak ada langsung, kira ok la tu ..eheheh. Bukannya blog saya ni terkenal ...lagipun saya jarang berkesempatan merayau menziarah blog orang lain...itu adalah salah satu sebab tak ramai yg mengikuti jejak saya. Sebab2 lain hanya mereka yg tahu...ehehhe. Apapun terima kasih kerana sudi menjadi kenalan..Maaf juga kalau saya jarang singgah ke blog anda. Nanti kalau yg mana saya belum follow ...saya akan follow yer

Dia datang lagi

Hari ni kerja...esok pun kerja..Isnin tak kerja..ada appointment kat hospital . Dah tinggal berapa hari jer baru nak bagitahu kata ada audit hari Isnin ni. Rasanya teman tak sempat nak ke kampus hari Isnin tu nanti. Teman percaya Hana dengan geng lain boleh menjawab soalan2 dari auditor tu dengan sedaya yang termampu. Dia dah lama tolong menguruskan department, so she should know what to do and not to do. Hopefully, the auditor will not choose our department but my instinct telling me that they will turn up. Anyway, if he or she or the audit team just ask questions based on the procedures that we have for the department, then InsyaAllah we could pass the audit with flying colours...:-). Yang sedikit merisaukan ialah jika mereka tanya pasal department kat branch campus...mungkin ada masalah sedikit dalam soal pelaksanaan prosedur sebab keadaan dan kemudahan yang ada di sana sedikit berbeza. Apapun, soal pembelian buku2 dan pemprosesan buku adalah centralize, kami yang buat kat sini so r

Stop worrying and start living

Image
Our worst nightmare might come true. But the chances are we'll cope. Because we are human:flexible,adaptable and resilient. With that in mind, it's time for us to stop worrying and start living. Otherwise, we're going to worry ourselves to death... Nota kak long: Eeeee...tak mo jadi gini arr...isk iskk kadang2 kena jugak merasa bimbang ..perlu berfikir jugak...huhuhu. Itu yang buat tak boleh nak elak dari simtom2 anxiety dan stress. I need some revolution and motivation

Rabun...

Rabun jauh atau rabun dekat? Tak kira la apapun jenis rabun yg anda semua alami tapi cuma nak cerita yg perubahan status mahupun tahap kerabunan berubah mengikut usia. Huhuhu kalau dulu nak masukkan benang dalam jarum kena guna cermin mata tapi sekarang tak perlu guna cermin mata lagi terang lubang jarum jahit tu. Mengaku jer yang diri ini dah tua ehehe. Adehh...kena periksa mata ni dan buat cermin mata baru le nampak gayanya.

Meniti hari...

Abah dah lama pergi buat selama-lamanya. Sepanjang arwah masih hiduppun kami tak pernah meraikan Hari Bapa. Namun Ju pasti Abah tahu kami sayangkan Abah dari dulu dan selama-lamanya. Ju akan jaga mak. Semoga Abah tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Ameen. Al Fatihah untuk Abah Mohd Sayuti Salim.

Alhamdulillah

Saya berjaya sampai ke tempat yg di tuju petang tadi dengan bantuan Hana,kazen saya. Huhuhu walaupun sedikit sesat beberapa kali akhirnya sampai juga.kelakar pasalnya peta yg dibawa ikut arah lain tp saya tersilap masuk susur keluar tapi boleh juga sampai ke destinasi. Cuma agak pening nama jalan dah tak nampak pasal kena tampal dgn stiker along. Ehehe siap pusing2 blok yg betul 2 kali dan akhirnya tanya kat orang tepi jalan. Rupanyer kami dah terlepas ofis supplier tapi tak jauh cuma masalah mencari parking je.15 minit berpusing akhirnya dapat gak letak kereta berhampiran kedai. Bila balik sekali lagi silap jalan tp boleh u-turn dan selamat sampai di rumah 8:30 mlm. Hari jumaat ptg sesak di kl tak dpt dielakkan..mujurlah berdua kalau sorang mahu panik jugak. Alhamdulillah.

Menyesal...

Phobia betul la kalau kena pergi area yang kita tak biasa pergi. Huwaa a...apasal ler orang tu set appointment pukul 4 pulak...Isk menyesal betul bila dia tanya kelmarin sama ada kita free kul 10 pagi atau 4 petang dan kita jawab kita available jer hari ni sebab ingatkan company tu nak buat demo kat sini. Mintak2 ler orang tu yang akan memandu dan harap2nya cepatler habis demo tu supaya tak lewat sgt balik. Orang tu tak pulak jawab lagi email kita pasal transport arrangement. Kalau kena memandu sendiri, macam mana niiiii.... Adeh..awal pagi dah risau tak menentu...
Image
Cantik warna langit tapi yg tak cantik adalah kesesakan yg berlaku kerana ada kereta rosak di kawasan jalan yg sedang dinaik taraf. Geram je tengok mereka yg potong Q! Sabo je le..

Cinta gila

Ehehe saya suka cerita cinta gila di astro prima 10 malam Selasa. Lakonan dan dialog dlm citer ni kelakar ada,selamba ada dan seriuspun ada. Citer yg tak berat mesej tapi bukan kata citer ni tak ada mesej.,adaa. Apapun kalau tak suka ...akak tak kisah... ehehe janji akak suka! Alfatihah buat Allahyarham Shukri Hashim yang merupakan salah seorang pelakon di dalam drama ini.

Penat

Image
Saya rasa penat sangat. 2 hari cuti hujung minggupun tak mampu menghilangkan rasa penat. Lebih kepada penat minda sebenarnya. Apabila mengenangkan kerja-kerja pengubahsuaian yang akan berlaku tidak berapa lama lagi untuk menaiktaraf pusat sumber ini, saya terasa agak takut. Banyak cabaran dan banyak perancangan dan banyak juga penjadualan perlu dilaksanakan kerana perkhidmatan perlu diteruskan walaupun setelah kerja-kerja menaiktaraf dimulakan nanti. Adehh...

Yang Berjasa

Image
Dulu-dulu awal 90an, tak ada cybercafe ( mungkin ada tapi saya yg tak tahu ) tapi masa tu final year di itm, jumpa pc pun kat makmal komputer. Masa tu tak ada Office mahupun windows. Ehehehe yg ada program word processingnyer ialah wordstar, wordperfect dan spreadsheetnyer pulak lotus 123, dan database programming guna dBase 3. Semasa semester 5, kena praktikal selama 3 bulan di perpustakaan pilihan. Oleh kerana selepas habis praktikal kena siapkan laporan, maka mak dengan susah payah belikan mesin taip manual tapi cantik sebab ada cover dan boleh dibawa ke sana sini. Nak beli yang guna elektrik mahal. Terima kasih Mak! Iyerla, masa tu kak long tak lepak kat KL untuk siapkan laporan, buat kat kampung masa cuti semester. Huhuhu sedihnyer bila ingat masa tu. Susah payah menaip sebab masa tu slow giler menaip dan kalau salah kena guna corrector, bukan boleh tekan key delete atau backspace macam sekarang. Ada satu hari tu, kak long letak beberapa helai kertas laporan yang dah siap taip kat
Image
Kerjapun buat,tv pun layan tapi yg menang kerja la ehehe.ni break kejap layan blog pulak. My life is pathetic?..nasib la

Cuba, try test ler ...

Muahahahah...slow giler weh menaip tapi kira oker ler kan sebab bukan ambik kelas menaip pun. Dulu2 selepas SPM ramai yang ambik kursus menaip, tapi saya lepak tak ambik kursus menaippun...ihiks. Ni laju menaip sebab dulu rajin chatting...ahahahaha. Terjumpa entri pasal test ni kat blog Cikgu Panji 41 perkataan Speed test Saper-saper nak tengok sejauh mana kepantasan anda menaip, sila klik link kat atas ni. Selamat mencuba ...jangan sampai tercabut huruf kat papan kekunci tu pulak ek..ahaks.

Adakah pengganti?

Image
Idea entri ini datang setelah membaca entri tentang puzzle kehidupan di blog CintaCukelet Anda membeli jigsaw puzzle yang berjumlah 1000 keping. Apabila 999 kepingan puzzle telah berjaya dicantumkan, tiba-tiba ada satu ruang kosong di tengah cantuman dan habis keliling mencari tidak berjumpa jumpa. Adakah anda terfikir bagaimana boleh terjadi, apakah rasa hati anda dan dimana nak dicari kepingan ke 1000 itu?. Adakah anda terasa hidup ini tidak akan pernah "perfect" dan cantik secantik puzzle yang kita beli. Entri ini adalah entri auto posting. Saya sibuk menginterview calon-calon staff hari ini. CC..sorry ek cedok idea ..eheheheh.

Terapi untuk stress?

Image
Minggu baru dibulan Jun. Semoga minggu ini adalah lebih baik dari minggu2 sebelumnya. Saya rasa saya lebih selesa..hmm ye ker ? walaupun dah pergi terapi "s" hujung minggu, adakah saya berpuas hati? apapun alhamdulillah, terbeli juga sehelai blaus, sebuah periuk nasi dan vakum untuk dibawa balik kampung dan juga benda ini yang diharap dapat membantu bila saya stress dan perlu menyiapkan kerja di rumah... tolonglah hambamu ini, permudahkanlah segala urusan hambamu yang serba kekurangan ini Ya Allah. Ameen.

Akhir-akhir ini..

Image
...saya terasa sangatlah tertekan dan serba tak kena. Bukan soal cinta terpendam. Itu dah lama saya dapat lupakan dan tak kisah sangat. Ini soal periuk nasi. Soal kerja yang semakin hari semakin menekan jiwa sampaikan terasa nak QUIT. Rasa gundah gulana .Kalaulah tak dapat bantuan dan sokongan dari kawan2 di jabatan ini, mahu rasanya letak jawatan kejap2 ini juga. Terasa sia-sia jer 16 tahun bersama-sama susah senang. Apabila orang luar yang beri komen negatif, baru nak sedar, baru nak melenting. Dulu-dulu kita bagi cadangan tak pernah nak ambik tahu. Last2 bila nak buat perubahan, macam nampak salah kita pulak kononnya tak pernah bagi tahu pasal kekurangan. EEee...tolongggglahhh..malam tadi dah sakit kepala, sampai kena ambik pil penahan sakit. Pagi ini pun terasa macam ada urat yg putus jer dalam kepala ni..rasa terbakar, perit, pedih hati dan jiwa. Dah lama tak menangis...dan hari ini terasa air mata senang sangat meleleh. Astaghfirullah...sabarlah hati..buatlah apa yang boleh..sele

Ke mana dan di manakah...

... Saya nak bawak diri?la la la la ehehe maaf ye,rasa kut ada fius terbakar dan ada wayar yang putus ni. Agak2 ada unsur2 'escapism' tak dlm entri hari ni?