Posts

Showing posts with the label tertinggal buku

Buku, Cikgu Dan Sekolah

Pagi tadi, kak long terdengar suara seorang ustaz yang mengajar murid di KAFA menengking di dalam kelas.( kelas tu dekat dgn rumah). Memula tak dapat nak tangkap butir bicaranya tapi akhirnya kak long terdengar pasal buku tinggal kat rumah..kenapa tinggal buku? dan macam2 lagi tapi tak berapa dengar sangat apa dia cakap lagi. Kak Long pulak yg rasa kesian kat budak yang kena marah tu ..mesti dia kecut perut. Masa tu sunyi jer dalam kelas tu . Sebelum tu kelas tu bising dgn bunyi budak2 menghafal ayat2 Al- Quran. Kalau budak yg nakal dan memang selalu tinggal buku mungkin tak jadi kudis bila kena marah dek ustaz tapi kalau budak yg pertama kali tertinggal buku...kena marah macam2..kena tengking2...iskkk mahu tak nak dia pergi sekolah lagi lepas tu. Mungkin dia tak sengaja tertinggal buku dia kat rumah sebab ada budak2 ni bila dah siap homework..tak kemas buku..bila nak pergi sekolah ..baru sibuk nak kemas buku ikut jadual ler apa ler ..mungkin jugaklah ada buku yang tertinggal bila da...