Thursday, July 10, 2008

Buku, Cikgu Dan Sekolah

Pagi tadi, kak long terdengar suara seorang ustaz yang mengajar murid di KAFA menengking di dalam kelas.( kelas tu dekat dgn rumah). Memula tak dapat nak tangkap butir bicaranya tapi akhirnya kak long terdengar pasal buku tinggal kat rumah..kenapa tinggal buku? dan macam2 lagi tapi tak berapa dengar sangat apa dia cakap lagi. Kak Long pulak yg rasa kesian kat budak yang kena marah tu ..mesti dia kecut perut. Masa tu sunyi jer dalam kelas tu . Sebelum tu kelas tu bising dgn bunyi budak2 menghafal ayat2 Al- Quran. Kalau budak yg nakal dan memang selalu tinggal buku mungkin tak jadi kudis bila kena marah dek ustaz tapi kalau budak yg pertama kali tertinggal buku...kena marah macam2..kena tengking2...iskkk mahu tak nak dia pergi sekolah lagi lepas tu. Mungkin dia tak sengaja tertinggal buku dia kat rumah sebab ada budak2 ni bila dah siap homework..tak kemas buku..bila nak pergi sekolah ..baru sibuk nak kemas buku ikut jadual ler apa ler ..mungkin jugaklah ada buku yang tertinggal bila dah kelam kabut tu.

Macam mana cara sepatutnya untuk menegur anak2 sekolah yang kadang2 tertinggal buku tulis atau buku latihan mahupn buku teks ? Kak long rasa kalaulah budak2 tertinggal buku..suruh jer dia kongsi dgn kawan. Pesan kat budak tu elok2..." lain kali jangan tinggal buku lagi ...susah nak kongsi2" atau cakap " kenapa boleh tertinggal? " atau kalau tertingga buku tulis " awak buat latihan dalam buku kosong yang lain , nanti balik rumah salin semula yer" . Kita tak perlu nak marah2 , sebaliknya bagi pilihan, bagi cara atau jalan untuk anak murid meneruskan pembelajaran . kalau anak murid tu diam sebab takut atau mmg tak tahu macam mana nak terangkan...kak long rasa eloklah uztaz atau cikgu tu cuba berhemah dan tak perlu nak marah2.
Ini hanyalah pandangan yang tak ada nilai dari kak long dan tidak ada niat untuk mengutuk mana2 cikgu pun ...

Kak long mmg tak boleh jadi cikgu sebab kadang cepat naik angin ...ehehehhe nanti teruk anak orang kena marah. Marah anak2 sedara yang malas nak buat homework mmg setiap hari..ehehehhe itupun kena kawal emosi jugak..kena saiko budak2 tu baru kadang boleh jalan strategi. So kak long rasa kalau nak jadi cikgu, pastikan anda seorang yg tidak panas baran, bijak mengawal emosi . Mak bapak /penjaga pun kena tengok betul2 buku2 sekolah anak2 kita sebab kadang2 kita tak boleh percaya 100% kat anak2 ajer bila bab mengemas buku atau buat keje sekolah..kita kena semak. Kesian kat anak2 yang kena denda sebab tak buat keje sekolah. Kadang2 anak2 kita tu malas , so bila anak malas..mak pun malas ..eheheh habislah anak2 yang kena denda.

kak long -->teringat masa form 2 kena jemur tgh panas terik matahari petang sebab tak bawak ikan hidup utk kerja makmal untuk subjek sains paduan..huhuhu. Kazen kita yang dalam kelas yang sama duduk kat kg ada bawak...kita duk dlm quarters JKR tu tak pandai nak cari ikan hidup..tak bagitahu abah sebab kita fikir boleh share dgn kawan2 lain tapi cikgu naik angin la pulak petang tu ...ehehe padan muka kena jemur ...ekekkeke.

8 comments:

~Cinta Milo Ais~ said...

Dulu-dulu kalau tertinggal buku mesti cikgu kata "nak suruh nenek awak baca ke buku tu".Ape ar cikgu ni. Nak je jawab "tak ah kura-kura saya nak baca" kuikuikui

fatinsakura said...

salam kenal juga dari fatin sakura...
nak link banner kak long..
tolong kasi html yer..
terpaksa send comment kat sini coz shoutbox kena block...

wilda said...

saya penah kena berdiri atas krusi sbb lupa bwk buku. cikgu tu kata saya sengaja reka alasan sbb die ingat saya x wat keje skolah. sedey taw. org buat keje skolah tu. huhu. cuma tertinggal je. sejak tu, sblm g skolah, check beg skolah sampai 3 kali sblm naik bas. heheheh.

Kak Zue said...

CintaMiloAis-->itula pasal ek..kadang ada cikgu2 ni sarcastic lebih2.

Kak Zue said...

Fatinsakura-->nanti kak long bagi url yer

Kak Zue said...

Wilda-->mesti setiap budak yg pernah gi sekolah pernah dimarah cikgu sebab tertinggal bukukan?

nora bahari said...

tapi kalau mood cikgu tu baik, mungkin dia akan cakap elok2 pada pelajar tu..
tapi kalau dah memang sifat pelajar yang agak degil dan suka tinggalkan buku, memang patut kena marah...
jadi, sebagai pelajar kena alert la kan..(nasihat utk diri sendiri juga nie.. kikikiki..)

nora bahari said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin